second blog

Thursday, February 19, 2009

bayangkan versi dua.

entry kali ini , aku mahu kau bayangkan , kalau usaha kita terhadap sesuatu itu lebih sedikiti dulu , pasti hidup kita tentu berbeza sekarang. kan?

cuba bayangkan.

kalau masa aku pergi medical check-up untuk cadet pilot dulu , aku tipu nurse tu , aku hafal jawapan si pilot yang buat check-up sebelum aku itu , pasti sekarang aku sudah menerbangkan sebuah kapal terbang di celah awan sana. kan?

cuba bayangkan.

kalau masa aku baru-baru masuk UiTM dulu , masa beratur panjang , ada check rabun kaler , kalau aku tak tanya si Erie dengan si Zul apa warna dekat kertas tu , pasti sekarang aku tidak belajar tentang mekanikal , tapi mungkin aku belajar tentang pengurusan hotel. kan?

cuba bayangkan lagi dalam.

kalau masa aku couple dengan Mel dulu , kalau aku cuba sedaya upaya menahan tohmahan kawan-kawan sekelas aku masa tu , mungkin aku sekarang ini masih berbahagia dengan dia lagi. kan?

cuba bayangkan lagi.

kalau masa SPM dulu , aku belajar lebih sikit , mesti aku tidak berada di UiTM Penang ni , tapi mesti aku berada di UTM Skudai , ataupun mungkin aku berada di overseas. kan?

cuba lagi kau bayangkan.

kalau masa aku belajar main gitar dulu , kalau aku dah tidak malas , tentu aku pandai gila main gitar sekarang , tentu aku boleh calon diri sendiri kat Kak Fynn untuk main gitar untuk performasi dia. kan?

aku nak kau bayangkan lagi.

kalau masa aku minta kamera dulu dekat abah , kalau aku tidak memberontak , pasti kamera masih lagi tidak ada dalam genggaman. kan?

kali ini aku nak aku sendiri bayangkan. untuk memotivasikan diri sendiri.

kalau aku usaha lebih sedikit untuk mengambil hati dia sekarang , usaha lebih sedikit untuk membenarkan dia tahu yang aku suka akan dia , usaha lebih sedikit untuk membuat dia juga rasa apa yang aku rasa , pasti pada masa akan datang , aku tidak akan menyesal. kan?

bayangkan. moga selepas penat kau membayangkan situasi ini , kau mampu tidur lena. sebab walau sengantok mana aku tika ini , aku masih belum dapat melelapkan mata. hati aku tidak senang.

selamat malam.

* tadi seorang kawan aku , mengadu kepada aku , tentang kebodohan seorang manusia. klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. mari memboikot orang bodoh. kerana dengan adanya orang bodoh dalam dunia ini , nanti tiada orang yang boleh bayangkan bayangan yang aku suruh kau bayangkan tadi.

2 comments:

AmY said...

bayangkan kalau i tak letak tangan atas bahu u kat mcpa dulu?

kita tak mungkin mengenali..hehe

Lubby said...

Kalau kita bayangkan banyak mungkin perkara yang lebih baik akan berlaku.mungkin tak kita lakukan benda bodoh yang mungkin kita pernah lakukan.atau kita buleh jadi super hebat kerana lengkap sempurna apa yang kita lakukan.
tak perlu bayangkan sebenarnya, tapi perlu hargai masa kini supaya kelak nanti kita tak perlu bayangkan situasi2 semalam,hari ni atau esok kerana kita sudah lakukan yang terbaik dan terhebat untuk diri sendiri :)
(i sendiri kena fikir dan mula hargai masa kini)
masa lalu yang tertinggal tak mungkin berjalan pulang pada kita.masa tu akan terus jalan jauh tinggalkan kita.
makanya,buat yang terbaik supaya tiada istilah 'bayangkan'
hehehe...
wah,panjang betoi.
and thnx kerana menyokong i atas kebodohan perempuan itu :)