selamat pagi. aku kini sudah kembali berada di pulau pinang selepas puas bercuti tahun baru cina. puas. puas bermaksud terlalu puas. kerana sepanjang seminggu cuti , macam macam yang aku buat.
antaranya , aku dapat tengok kawan baik aku , shy main gitar untuk kak fynn. aku dapat melaksanakan camni cap ehh episod nilai bersama sahabat sahabat bulan yang lain. aku dapat merakamkan sebuah filem pendek yang akan aku edit esok atau lusa. aku dapat jumpa kebanyakkan kawan aku seperti ming , amy , sid dan lain lain.
aku juga dapat kawan baru , syeza , lina dan yang lain lain. aku dapat jadi seekers , cari hantu dekat nilai spring villa yang dimana , aku dan rakan rakan yang lain dapat lihat rupa hantu dalam video camera aku. dan aku juga dapat jumpa sahabat aku , fendy yang sudah 8 bulan aku tidak ketemu.
macam macam yang dapat aku buat dalam masa seminggu kan? sebab itu aku sayang akan nilai. aku sayang akan sahabat sahabat aku di nilai. kerana , mereka disana amat mementingkan ikatan persahabatan. sekali mereka kenal kau , selama lamanya mereka akan ambil berat pasal kau.
tadi pagi aku sampai di pulau pinang ini , ada sedikit penyesalan dalam benak aku. kenapa duit teksi dari stesyen kereta api ke rumah lagi mahal dari harga tambang kereta api dari kuala lumpur ke pulau pinang? lagi bagos kalau rm15 itu aku bagi dekat kawan aku sebagai duit minyak serta dapat belanja sesuap dua nasi goreng. kan lebih bagos? tak apa lah. benda sudah lepas pon.
nanti bila episod camni cap ehh versi seekers sudah siap di edit , aku akan cerita tentang kejadian malam itu. insyaAllah satu persatu akan aku ceritakan.
sekian mohd zulhelmie melaporkan dari pulau pinang. CAMNI CAP EHH !!
* aku masih menunggu kepada sesiapa yang belum lagi menjawab survey entry sebelum ini. terima kasih daun keladi kepada sesiapa yang sudah menjawab. nanti jawapannya , akan aku bagi tahu lain kali.
** shy pon cakap minggu lepas paling best. baca entry dia dekat sini.
4 comments:
best, best jugak, hutang jgn lupa oh
mau gambar, mau cd, janji tetap janji!!!!
memang best..
demam aku makin teruk.
hehe.
korang mmg celaka, buat jiwa aku meracau2 hendak tinggalkan johor!
huhuhu....camni cap????
mcm best je bace...mesti sonok ade je aktiviti...hehehe..nnt nk gi nilai ajak2 ler...wiu2 :P
teksi mmg mahal dowh..dari stesen ktm nilai ke acacia pon 15 hengget jugak~
Post a Comment