cuba kau bayangkan hidup ini tanpa aku. ya , aku yang bernama mohd zulhelmie bin zullifan.
abah
kalau hidup kau tanpa aku
pasti kau tidak akan terasa rimas bila aku meminta barang yang akan menghabiskan duit kau.
kalau aku benar tiada
aku pasti kau tidak pernah merasa tensi bila kalah ps2.
umi
kalau hidup kau tanpa aku
pasti duit kau sudah terlampau banyak sekarang ini , kerana aku memang selalu menghabiskan duit kau.
kalau aku benar tiada
aku pasti kau tidak akan pernah tersenyum dengan gelak tawa aku.
ayu
kalau hidup kau tanpa aku
pasti kau tidak pernah dilempang dengan kuat.
kalau benar aku tiada
aku pasti kau tidak akan pernah merasa nikmat melepak bersama kak fynn atau wani ardy.
dada
kalau hidup kau tanpa aku
pasti kau tidak pandai menyanyi lagu pagi yang gelap.
kalau benar aku tiada
aku pasti kau tidak akan busan tengok wayang cerita yang kau sendiri tidak faham.
keluarga
kalau hidup kamu tanpa aku
pasti kamu tidak merasa susah untuk melayan karenah aku.
kalau benar aku tiada
aku pasti kamu senang hati kurang satu angpow perlu diberi.
sepupu
kalau hidup kau tanpa aku
pasti tidak akan ada orang yang rajin membawa kau pergi ke kedai kak fynn.
kalau benar aku tiada
aku pasti kau tidak kenal pon watak watak penyanyi yang kau kenal sekarang.
sahabat
kalau hidup kau tanpa aku
pasti tidak akan ada bebelan yang aku ulang setiap hari yang terpaksa kau dengar.
kalau benar aku tiada
aku pasti hidup kau lebih senang tanpa perlu memikirkan beban yang datang dari aku.
kawan
kalau hidup kau tanpa aku
pasti tidak akan ada seorang yang sentiasa mendengar keluhan hati kau bila perlu.
kalau benar aku tiada
aku pasti kau lebih bahagia kerana tiada benda merepek yang perlu kau buat untuk aku.
bekas kekasih
kalau hidup kau tanpa aku
pasti tidak akan kau merasa menyampah dengan seorang loser seperti aku.
kalau benar aku tiada
aku pasti kau tidak akan tersenyum membaca benda ini.
musuh
kalau hidup kau tanpa aku
pasti tidak ada umpatan yang akan kau luahkan.
kalau benar aku tiada
aku pasti diri kau tidak pernah terasa hebat.
kau
kalau hidup kau tanpa aku
pasti tidak ada kau kenal aku yang kacak lagi bergaya.
kalau benar aku tiada
aku pasti saat kau lebih berguna untuk kau buat kerja lain dari kau baca benda bodoh ini.
aku
kalau hidup aku tanpa aku
pasti aku tidak seperti apa yang kau kenal sekarang.
kalau benar aku tiada
aku pasti kehidupan orang disekeliling aku akan suram tanpa kehadiran aku.
bayangkan untuk sekejap
kalau BENAR BENAR aku TIADA.
fikirkan sejenak waktu kita bersama.
walau waktu kita bersama hanya 5 minit ditepi jalan ketika kau menegur aku.
atau waktu kita mengabiskan sehari suntuk untuk bersenda gurau.
cuba kau bayangkan AKU TIADA disitu.
adakah kau akan merasa kehilangan?
* sejahat jahat seseorang itu , ambil sedikit masa untuk menghargai dia sebelum dia hilang untuk selama lamanya. kerana bila dia hilang , dia tidak mungkin akan muncul walau sekali , walau seimbas.
4 comments:
woohhh..
funny yet meaningful.
kalo ko xda..mesti aku x kenal shy,alep,raj,dan laen2 la..x best ar kalo ko xda..
+___+
ngee~~
saya ter inspired giler baca bende ni
a very unique point of view.
saya suka. (*^ー^)ノ
゚・:,。゚・:,。★゚・:,。゚・:,。☆
Post a Comment