ini entry tentang perjalanan proses penggambaran CAMNI CAP EHH episod Penang.
first episode kami
under myindie.fm.
khamis (19 februari 2009)
jam 4.30 petang , alep telah menelefon aku , memberitahu yang mereka sedang dalam komuter untuk ke pudu.
jam 5.15 petang , aku sms alep , shy dengan moja , suruh mereka berlari , sebab aku sudah tidak sabar.
jam 6 petang , alep menelefon sekali lagi , untuk bertanyakan tentang tiket bas nak beli ke mana.
jam 6.30 petang , alep sms aku , cakap yang bas sudah nak bertolak.
jam 6.31 petang , muaz sms aku , cakap yang dia jadi datang penang , tapi jangan bagitau sesiapa.
jam 6.39 petang , muaz cakap , yang ikot dia , gee , lihin , falihin , nadjmee dengan asrul. aku makin teruja.
jam 6.42 petang , aku terfikir nak celebrate birthday lihin dekat penang pada hari sabtu. baling telur la nampaknya ! GET READY PEOPLE !!
jam 8.08 malam , si paan sms aku , suruh aku bawa pergi makan sebaik dorang sampai.
jam 9.45 malam , muaz ym , tanya apa program esok petang.
jam 10 malam , asrol sudah bermula teka teki tentang kehadiran dia ke sini.
jam 10.10 malam , asrol cakap kemungkinan besar dia datang. sebab dia dah gian revolusi dengan personaliti berubah.
jam 11.45 malam , aku sudah ketemu shy , moja , alep dan paan di jeti. masing-masing muka happy gila! shy siap bawa scarlett [nama gitar dia]. wahh !
jam 12 malam , kami pergi teros ke gerai char koey teow paling terbaikkkk kat permatang pauh ni.
jam 1 pagi , setelah masing-masing makan 2 pinggan char koey teow , akibat terlalu sedap , kami pon pulang kerumah aku.
jam 2 pagi , kami sudah berada di rumah , melepak nak tidurrrr.
jumaat (20 februari 2009)
jam 7 pagi , kami bangun pagi. nak pergi sarapan.
jam 8 pagi , pergi makan nasi lemak. jalan kaki oke? semua merungut penat. HAHA
jam 9 pagi , sambung tidur.
jam 3 petang , bangun tidur. kantoi tak pergi solat. HAHAHA
jam 4 petang , aku pergi hantar assignment. budak ni bersiap. nak pergi mengkuang dam.
jam 5.30 petang , hujan turun. tak pergi mengkuan dam pon. ambil seyza dengan ain , pergi lepak dekat route 69.
jam 7 petang , balik. aku pergi test.
jam 10 malam , pergi karaoke. sejam je pon.
jam 11.30 malam , budak-budak ni kena tipu lagi sekali. tunggu video ya?
jam 1 pagi , menepung lihin dekat pelita nasi kandar. selamat hari lahir !
jam 2 pagi , aku merajok. HAHA ! sebab melissa ditepung.
sabtu (21 februari 2009)
jam 11 pagi , aku pergi mengambil ujian.
jam 12.15 tengahari , mereka semua sudah siap. tunggu seyza habis kerja.
jam 12.50 tengahari , capyq dan emon pergi mengambil seyza.
jam 2 petang , jumpa semua dekat esso. bergerak terus ke gig tanpa makan.
jam 2.30 petang , aku sudah sampai dengan emon dan capyq. yang lain sesat. teros jumpa JGO.
jam 2.50 petang , alip sampai bawa baju untuk JGO.
jam 3 petang , JGO perform. crowd ramai gila. nak pitam weh ! pakai baju bulan wehh ! HAHA !
jam 4 petang , camni cap ehh dengan JGO.
jam 4.30 petang , bunkface sampai.
jam 4.45 petang , bagi budak bunkface baju.
jam 5 petang , bunkface perform , tak pakai baju bulan. alasan : tak sempat tukar baju.
jam 6 petang , kitorang keluar gig akibat panas gila. tunggu sms dari ejam.
jam 6.30 petang , camni cap ehh bersama bunkface.
jam 7 petang , pergi gurney drive. makan bersama muaz dan lain-lain yang datang kemudian.
jam 9.30 malam , bergegas ke batu feringghi sebaik hujan berhenti.
jam 10 malam , sampai batu feringghi. lepak night market.
jam 11 malam , pergi minum dekat khaleel nasi kandar.
jam 1 pagi , melepak pula di padang kota lama. busking disana.
jam 2.30 pagi , muaz , lihin , hasrul , nadjmee , geema , farlihin balik ke rumah nenek muaz.
jam 3 pagi , kami di pau orang berpantun. haram. kami teros blah.
jam 3.15 pagi , camni cap ehh fort cornwallis.
jam 3.20 pagi , photoshoot serata penang.
jam 5 pagi , tunggu feri nak balik tanah besar.
jam 6 pagi , jumpa muaz dan lain-lain dekat pelita.
jam 6.15 pagi , main DOTA 5 on 5 dekat cyber cafe.
jam 7 pagi , balik tidur.
ahad (22 februari 2009)
jam 4 petang , bangun 'pagi'.
jam 5 petang , bercadang mahu pergi empangan mengkuang. hujan.
jam 5.30 petang , lepak makan dekat nasmir.
jam 7 petang , balik melepak.
jam 9 malam , aku bawa moja pergi beli tiket balik dorang.
jam 10 malam , pergi melepak dekat pelita , majlis perpisahan paling fun yang pernah aku join.
jam 1 pagi , balik.
isnin (23 februari 2009)
jam 12 tengahari , bangun 'pagi'. terasa demam.
jam 4 petang , keluar ke tasik mengkuang dengan acap dan nia.
jam 5 petang , camni cap ehh kat sana.
jam 7 petang , balik. bersiap.
jam 8.30 malam , hantar mereka balik kat jeti.
jam 10 malam , kereta api dorang jalan. aku menitiskan air mata.