second blog

Tuesday, November 17, 2009

TOPMAN presents :


jumaat lepas , aku ke Zouk untuk satu event anjuran TOPMAN dan kolaborasi bersama majalah JUNK. aku kesana dengan niat untuk memberi sokongan kepada teman-teman dari kugiran Lovesick Avenue. [gambar diatas] undi mereka untuk JUNKSOUNDS 2009 disini. [klik sini] vokalis mereka amat menggiurkan.

event ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Killeur Calculateur. [gambar diatas] aku agak terkagum dengan drummer mereka yang kelihatan agak kool walaupun bass drum beliau kelihatan bergerak semasa beliau sedang menghentak.

turut membuat performasi adalah Couple. [gambar diatas] mendendangkan 8 buah lagu yang turut merangkumi lagu lagu baru , mereka ternyata tidak mengecewakan. untuk pengetahuan , album terbaru mereka sudah berada di pasaran sejak sabtu yang lalu. dan juga , agak terkaku melihat Ariana memakai short ya ?

oh ya , event ini diacarakan oleh Moots Pop Shuvit. turut kelihatan pada majlis adalah DJ Uno serta ahli kugiran Pesawat.

kawalan ketat diluar tapak event dilonggarkan dengan kehadiran drumstick dan juga kamera didalam beg. pengawal satu menyangka aku seorang drummer didalam sebuah band. manakala pengawal dua menyangka aku media dari salah satu majalah. layankan saja. asalkan dapat masok. (:

4 comments:

Encik Zymn said...

ceh lain kali aku usung gitar la dtg gig. leh dpt artist passes ;))

mane gmbr ariana??

Elmi said...

pergi tengok dekat facebook. :p

Along said...

along belit tudung lepas tak jadi yuna? :P

Elmi said...

hahaha lepas along. kita boleh masok mana mana event nih. haha