second blog

Sunday, November 8, 2009

tak nak kacau siapa siapa dah.

hari ini hari ahad. semalam hari sabtu. esok hari isnin.

hari ini aku penat. semalam aku pening. esok aku tak tau.

hari ini aku bengang. semalam aku happy. esok aku tak tau.

hari ini aku rasa tak cukup tidur. semalam aku rasa aku puas tidur. esok aku tak tau.

hari ini aku rasa nak baik dengan semua orang. semalam aku rasa aku nak gadoh dengan semua orang. esok aku tak tau.

hari ini aku sibuk dengan photography. semalam aku sibuk dengan videography. esok aku tak tau.

hari ini rasa nak pakai blackberry. semalam rasa nak pakai iphone. esok tak tau.

hari ini kena panas. semalam kena hujan. esok tak tau.

hari ini mood changcuters. semalam mood last shadow puppets. esok tak tau.

hari ini rasa sayang blog ini. semalam rasa nak tutup blog ini. esok tak tau.

hari ini rasa nak pergi studio ntv7 untuk remaja. semalam rasa nak pergi melaka tengok hujan. esok tak tau.

hari ini. semalam. esok tak tau.

hari ini masih boleh ubah. semalam dah tak boleh ubah. esok boleh rancang.

hari ini aku rasa esok aku tak nak kacau hidup orang lagi supaya aku tak kan menyesal pasal semalam lagi.

merepek itu memang kerja aku.

1 comment:

Farah-Izzaty said...

ko mmg suke merepek.. tau sgt dh..