second blog

Tuesday, November 10, 2009

happy wani's day , please ?

ahad lepas , aku bersama askar bintang jatuh telah meraikan hari lahir ketua askar kami , iaitu general wani ardy.

yang kelakarnya , macam macam plan dah kami cuba buat , tapi asyik tertangguh , asyik tak jadi. sebab susah nak cukupkan korum. almaklumlah , masing masing busy kerja. busy exam. kalau semua dah tak busy , kak wani pulak yang busy dengan show dan kerja.

last last , sarjan along telah buat plan baik punya , pergi terjah kak wani tengah shooting video clip lagu 'Please'. buat buat macam pergi nak tengok dorang shooting. padahal nak celebrate birthday kak wani yang dah dua minggu dah lepas.

in a nut shell , memang best la hari tu. walaupun panas terik , tapi best la. sebab bukan senang nak panjang bukit UPM sana tu. [eh yeke ?] tapi yang paling terbaik , sebab dapat tengok kek coklat belgium yang along buat [eh yeke ?] melting sebab panas terik. fuh. aku memang tak boleh nak makan la kan. gigi merana. haihh.

hari itu turut disertai lain lain askar seperti sarjan fynn , leftenan ikim , leftenan hellmy , leftenan suri , leftenan tri , leftenan syafiq , leftenan omar dan juga prebet elmi. eh aku la tuh ! :)

tapi hari tu aku ditakdirkan perlu balik awal. rumah jiran ada doa selamat hari jadi anak dia. perlu balik segera. tak dapat nak buat the making of video clip please. dapat buat separuh je bak kata leftenan hellmy.

oh ya , sarjan fynn cakap , ada sorang budak perempuan ni cari prebet shy dekat dia. gila famous amos prebet shy. orang cari dia dekat sarjan fynn. fuyoh ! oh oh , shy cakap , kepada semua perempuan luar sana , dia dah kahwin. tak perlu cari dia lagi. cari orang single yang lain , seperti moja , hasrul dan aku. [eh yeke ?]

dah dah , aku tak mahu cerita panjang. jom tengok video. (:



happy birthday kak wani ! ;)

p/s : tak setuju betul nama atas kek tu 'happy wani's day' hahahaha

1 comment:

Along said...

abes tuh letak happy elmo's day lah ye baru setuju? :P

thanks kamu, for the lovely video!

thanks sebab datang awal tapi segan nak pergi kat derang sebab takut salah orang sampai kene tunggu along datang dan temankan [EH YE KE?]

p/s - along pun tak rasa kek belgium itu haha