elmonism ,
hari ini hari istimewa. kerana hari ini hari lahir Umi aku yang ke 44.
hari ini bertambah istimewa. kerana , ada satu hari itu , beberapa hari sebelum Umi bersalinkan hezry , aku amat takot. takot entry yang aku tulis hari ini jadinya lain. jadi entry sedih , emo , yang bakal membuatkan orang ramai menangis. kerana risiko Umi untuk bersalinkan hezry tempoh hari.
aku yakin semua tahu , yang seorang wanita yang berusia , banyak risiko untuk melahirkan anak. Umi ada cerita tentang seorang wanita yang punya masalah yang sama dengan Umi. dia meninggal dunia beberapa hari selepas melahirkan anaknya. sekarang kau rasa apa yang aku rasa masa itu ?
aku tak boleh tidur malam beberapa hari sebelum Umi bersalin. hari terakhir sebelum Umi bersalin , aku melangkah dengan penuh berat hati. aku risau. kalau boleh masa itu , aku nak tidur saja di hospital menemani Umi. aku takot. pergi tanya imnie , tanya shida , malam itu , berapa kali aku tanya dorang pasal ini.
tapi semuanya selamat. Alhamdulillah , tiada apa yang berlaku. Umi pon selamat , adik pon selamat. comel pulak tu. aish. bikin panas bila semua cakap dia lagi comel dari aku. [iklan kejap]
aku bersyukur kepada Allah , sebab aku semacam dapat peluang kedua. peluang kedua untuk menjadi anak yang superb kepada Umi. walaupun aku memang seringkali menyusahkan Umi. alahai , anak mana yang tak pernah menyusahkan mak bapak dorang , ye tak ?
cuma satu yang aku nak sampaikan , korang sayanglah Ibu korang. sebab kita tak tau bila Tuhan nak tarik nyawa dorang. kan ? sebelum apa-apa jadi , baik korang hargai Ibu korang. tak kesah la dia dah nyanyuk tua ke , tak kesah la dia mami jarum ke , tak kesah la dia menganak-tirikan kau ke , tak kesah la dia berbelah bahagi sayang korang ke , tak kesah la dia benci kau sebab dia sayang anak yang lain ke , tak kesah dan JANGAN KESAH ! dia mak kau. dia lahirkan kau. sekali kau hilang dia , kau dah takkan dapat lagi kasih sayang seorang Ibu ! percayalah wei , kasih sayang Ibu tiada galang ganti. takkan ada orang yang akan sayang kau macam Ibu kau sayang kau. SUMPAH !
aku tak percaya kalau kau cakap ada orang lain yang lebih sayang kau dari mak kau sayang kau. aku tak percaya kalau kau cakap suami isteri kau sayang kau lebih sayang kau dari mak kau. aku tak percaya girlfriend kau sayang kau lebih dari mak kau sayang kau. aku tak percaya boyfriend kau sayang kau lebih dari mak kau sayang kau. sebab pada aku kasih sayang seorang Ibu itu adalah sayang yang ULTIMATE. yang paling besar yang kau boleh dapat dari seorang manusia yang lain.
bodoh lah kepada sesiapa yang lebih sayang orang lain dari dia sayang mak dia. aku rasa dia sangat bodoh. [sesiapa yang terasa , maaf. ini umum]
aku sekarang tak kesah kalau Umi nak herdik , nak pukul , nak marah , nak tengking aku. dia mak. dia boleh buat itu semua. dia mengandungkan aku dalam perut dia 9 bulan. perit kot. apa salahnya kalau dia nak pukul , marah aku ? masa dalam perut dia , aku tendang tendang tak apa pulak kan kan kan ? buat lah apa yang Umi nak buat , asalkan jangan hilang dari hidup elmi.
tahun lepas dalam blog ini , elmi punya banyak janji nak berubah , kan ? [klik sini] entah berjaya berubah ke tidak , you judge ! HAHA
dikesempatan ini , elmi doakan Umi panjang umur , murah rezeki dan dimudahkan kehidupan. no more problems. lepas ni duduk rumah diam-diam jaga hezry saja. dan semoga hari-hari mendatang ini akan menjadi lebih indah buat Umi. tambahan ada hezry lagi. mesti susah tidur malam kan ? sabar je lah. haha
tapi sorry Umi , elmi masih belum ada calon menantu lagi la. aish.
p/s : aku masih anak nombor satu. walaupun ada adik kecil , aku masih first. cuma sayang dah kena bagi empat. dulu bagi tiga saja. mesti kurang dapat duit raya nih. *winks*
4 comments:
awhhh, this is super sweet!
happy birthday umi elmo :)
saya nak jadi menantu umi neh bleh tak?
:D
eh amboi amboi alongggg. dah ada ikhwan cukup aaaa. haha
happy birthday aunty :P
*ada jugak part duita raya tuuuuu, siot je u dah tua kot!
:P
saya baru saja menjadi follower anda kerana blog anda kelihatan menarik.heeeeeeeee;)
kita punya ibu sama.melahirkan anak ketika usia sudah lanjut.ketika itu ibu saya 38 tahun.if im not mistaken.kerisauan turut sama saye rasakan jugak time tu
betul kata elmi,tak salah ibu nak herdik dan maki kita.itulah nama dia IBU.
anyways happy birthday to ur umie.semoga dimurahkan rezeki satu keluarga.
.wanny.
Post a Comment