second blog

Thursday, August 6, 2009

rindu saat itu.

elmonism ,

semester ini dah lain. tak macam semester dulu-dulu.

semester dulu kampus meriah dengan kawan-kawan. letih juga , sebab nak kena bertegur semua orang. kadang boleh terlewat ke kelas akibat kena menegur dan ditegur. semester kini dah tak ramai kawan. semua dah sambung degree. aku juga yang sangkot. tapi ada baiknya juga.

first day datang kampus hari itu rasa janggal. sebab rasa fresh. rasa macam budak baru masok sekolah. tiada orang kenal. rasa macam lost. pulak tu masa itu bawa kereta arwah tazo. lagi rasa janggal.

semester dulu , rumah meriah. main dota ramai-ramai sampai pagi sambil jerit-jerit maki-maki. siap online dengan kawan-kawan rumah lain. semester kini , main dota berdua saja dengan afiq. capyq dah dekat shah alam. arwah tazo dah tiada. main dengan AI[computer] pon macam busan. at least dulu boleh juga main geng 4 orang.

dulu bising rumah ini. arwah tazo dengan capyq selalu gadoh mulut. ada saja yang nak bertekak. lepas itu kitorang pula selalu gadoh siapa nak buang sampah , siapa nak cuci toilet , siapa nak vakum. sekarang dah tiada bising-bising. nak pergi makan sekarang pon sunyi saja.

semester dulu , kelas penuh. penuh gila. sampai naik menyampah nak pergi kelas. sebab penat dan assignment berlambak gila tambah lagi dengan test berturut-turut. semester sekarang , kelas boleh kira dengan jari saja. bila nak pergi kelas , semangat gila. assignment pon tak banyak. test tak dekat-dekat. boleh study lebih. final exam nanti pon mesti relaks.

semester dulu , aku tak ada girlfriend. semester sekarang pon sama. gila loser.

eh kenapa aku letak gambar atas tu ? sebab gambar itu saja yang ada cukup kami berempat dalam satu gambar. housemate kaki ponteng kelas.

rindu. arghhh !

p/s : budak-budak yang dekat nilai tu tak nak datang sini lagi ke ? rindu ahh ! [semua pon aku nak rindu , bungok !]

4 comments:

Dahlia said...

sedey pulak aku baca nih..xpa..study hard k?
gambate neh!!

sHEmA_sHImoT:D said...

go go elmi..xmo sedih2..;)

bintangbicara said...

selenge !

Nurul Aimi said...

belajar rajin2, jangan extend2 lagi...