second blog

Saturday, August 29, 2009

Rezeki Ramadhan

assalamualaikum elmonism ,

aku rasa , plan aku untuk buat tayangan perdana video 'Satu Remaja Satu MALAYSIA' di youtube dan facebook tak jadi kot. sebab apa ?

HEHE *gelak setan terlepas kena ikat*

sebab , APA KATA KALAU KITA SEMUA TENGOK RAMAI-RAMAI TAYANGAN PERDANA VIDEO 'SATU REMAJA SATU MALAYSIA' TU KAT 8TV !

video aku telah memenangi pertandingan short film merdeka anjuran Homegrown. dan aku telah dijemput hadir untuk rancangan Quickie 8TV ahad ni. so , do tune in guys. pukul 11.30 malam , 8TV.

aku ulang , Quickie 8TV , pukul 11.30 malam , 8TV.

aku speechless. tapi aku masih boleh kot nak ucap tahniah dekat semua yang terlibat. terima kasih juga tidak lupa kepada semua. ini semua kerja kita , bukan kerja aku sorang. so , LET'S CELEBRATE !!

tiba-tiba ahad aku nanti busy dengan interview. pukul 8.30 dengan REMAJA , pukul 11.30 dengan Quickie. rasa macam artis. selalu interview orang , kali ini orang interview aku pula. rasakan elmi rasakan !

oh ya , ini video the making of untuk tatapan semua. *winks*


p/s : siapa kata kita tak boleh hidup tanpa alep bulan ? siapa kata aku tak boleh jadi director ? siapa kata ? SIAPA KATA ?

p/s lagi : disebalik kegembiraan , aku macam rasa kosong akibat kehilangan si dia hari ini. :( i love you. i really do.

Tuesday, August 25, 2009

aishhhhh ! *excited pulak nihhh !*

elmonism ,

baru beberapa jam lepas aku cakap aku nervous pasal video itu , aku dah dapat satu berita gembira baru pulak.

CAMNI CAP EHH !! masok REMAJA raya. woooot ?

tadi dapat call , ahad ni shooting. fuh fuh !

*excited sampai pitam tapi sempat menjeling kepada haters*

fuh fuh *neves neves*

dah hantar final video. thanks to everyone who involves in this project. thank you thank you thank you. and now , we pray.

*senyap*

ada dengar degup jantung tak ?

*okey saya nervous*

mintak-mintak dapat berkat bulan Ramadhan ni. mana tau rezeki. Amin. *fuh fuh*

Sunday, August 23, 2009

BTS 'Satu Remaja Satu MALAYSIA'.


elmonism ,

ini video the making of 'Satu Remaja Satu MALAYSIA'. selepas berfikir beberapa jenak , aku ambil keputusan untuk tidak gunakan 'Satu Bangsa' ataupun 'Satu Suara'. macam dah ada orang buat saja pakai title tu.

terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat. sumpah aku terharu dengan komitmen korang semua. CAYALAH !!

korang semua nantikan video full version yang akan direleasekan tepat 12 tengah malam 31hb Ogos nanti ya ? :)


p/s : mintak-mintak menang pertandingan short film merdeka nanti. amin amin amin !!

Friday, August 21, 2009

macam BAGOS lah kau weii !!

elmonism ,

rabu ini aku akan dihadapkan ke mahkamah UiTM Pulau Pinang atas tuduhan yang anda boleh baca sendiri dekat gambar diatas. aku dituduh mengeluarkan kata-kata kesat kepada pelajar siswi.

kata-kata kesat aku ialah , 'sombong gila babi'.

semua orang tau , 'babi' tersebut adalah penyedap ayat sahaja. bukan pon aku cakap , 'sombong !! gila !! babi !!'. susah jadi orang yang sangat terpelajar ni. lain yang diiktiraf apa yang kita cakap. tak apa lah. kita tunggu saja nanti di mahkamah.

aku akan cuba menjadi seorang peguam bela kepada diri sendiri. boleh tak boleh , mari kita lihat sama-sama. mana tahu aku sebenarnya ada tokoh nak jadi macam Dr M. boleh ngorat Yuna. gahaha.

terima kasih UiTM !!

p/s : aku sudah ada akaun facebook baru untuk random people. search saja elmi.coklat@gmail.com thanks sebab sudi add ya ?

Wednesday, August 19, 2009

disable. BABi !!

elmonism ,

akaun facebook aku disable. facebook bengong sikit. aku ada akaun lagi satu nasib baik. tapi akaun itu untuk kawan rapat saja. nanti kalau lagi seminggu dua , akaun tu tak okey juga , aku buat akaun baru untuk random people. nanti aku add balik semua orang. :)

mintak-mintak akaun tu nanti okey. tak payah susah-susah nak add orang balik. aish. menyusahkan betul.

oh ya , aku dah teruja nak start editing. yeah !

Tuesday, August 18, 2009

ini untuk afiq othman.


elmonism ,

semalam merupakan hari lahir salah seorang kawan paling baik aku di sekolah dulu. nama dia Muhammad Afiq Bin Othman. hari ini aku nak tulis entry tribute untuk beliau.

dulu masa di sekolah , aku admit , dia kawan paling baik aku selain fendy. banyak juga kenangan aku dengan dia masa 2 tahun di sekolah dulu. kami satu kelas. aku ketua tingkatan masa form 4 , dia ketua masa form 5.

antara kenangan yang aku tak boleh lupa , masa aku pindah rumah dulu , dia salah seorang yang berusaha keras tolong aku angkat angkat barang. gila terharu masa tu wei , SUMPAH !

lepas tu lagi satu yang aku tak boleh lupa , masa dekat dekat hari sukan , yang aku nak tarik dia tukar rumah , dari rumah kuning masok rumah biru. sebab aku tau dia ini ada endurance. tapi cikgu suriya tak bagi masa tu. cih. kalau tak , confirm rumah biru johan masa tu. demit !

lepas habis sekolah pon , aku dengan dia ni agak rapat. sebab aku selalu main bola dengan dia dekat taman perumahan dia dekat bukit mahkota sana tu. siap pergi UKM selalu main bola. tapi selalu kena belasah kan afyq kan ? HAHA!

tapi ada juga benda yang tak berapa nak best jadi antara kami dua. masa form 5 , ada beberapa bulan tu , kitorang jadi musuh ketat dalam kelas. gila tak best masa tu wei. tapi aku tak salahkan dia pon , sebab aku tahu masa itu ada unsur lain yang menghantui diri dia. :p

tapi aku bersyukur sebab benda itu tak berpanjangan. kita masa tu akhirnya berbaik. aku ada lagi kot video kau minta maaf dekat yati tu. nanti aku upload. gila kelakar la wei. GAHAHA!! nanti aku cari , aku upload. yeah yeah yeahh !

tapi kan tapi , afyq ni dah pindah duduk amerika sana tu. dia cakap dia tak mungkin balik sini lagi dah. masa kau nak pergi tu , sori sangat wei aku tak dapat datang. Umi bersalin wei masa tu. kalau tak , aku mesti pergi kot airport hari tu. tapi tak apa , kalau ada rezeki , mana tau aku nak backpacking pergi sana , boleh lepak lepak sama kau. bawak aku pergi usya american chicks yep !

akhir kata untuk entry ini , HAPPY BIRTHDAY DUDE ! semoga kau berjaya dengan apa juga yang kau buat dekat tempat orang sana tu. kalau ada rezeki , kita jumpa lagi lain kali. manalah tau jodoh aku dengan Demi Lovato. tentu-tentu nanti aku selalu pergi tour US. kan ?

tapi yang pasti , aku rindu kau la wei ! &*!$#%!$@* !!

Friday, August 14, 2009

Selamat Hari Lahir Umi !!


elmonism ,

hari ini hari istimewa. kerana hari ini hari lahir Umi aku yang ke 44.

hari ini bertambah istimewa. kerana , ada satu hari itu , beberapa hari sebelum Umi bersalinkan hezry , aku amat takot. takot entry yang aku tulis hari ini jadinya lain. jadi entry sedih , emo , yang bakal membuatkan orang ramai menangis. kerana risiko Umi untuk bersalinkan hezry tempoh hari.

aku yakin semua tahu , yang seorang wanita yang berusia , banyak risiko untuk melahirkan anak. Umi ada cerita tentang seorang wanita yang punya masalah yang sama dengan Umi. dia meninggal dunia beberapa hari selepas melahirkan anaknya. sekarang kau rasa apa yang aku rasa masa itu ?

aku tak boleh tidur malam beberapa hari sebelum Umi bersalin. hari terakhir sebelum Umi bersalin , aku melangkah dengan penuh berat hati. aku risau. kalau boleh masa itu , aku nak tidur saja di hospital menemani Umi. aku takot. pergi tanya imnie , tanya shida , malam itu , berapa kali aku tanya dorang pasal ini.

tapi semuanya selamat. Alhamdulillah , tiada apa yang berlaku. Umi pon selamat , adik pon selamat. comel pulak tu. aish. bikin panas bila semua cakap dia lagi comel dari aku. [iklan kejap]

aku bersyukur kepada Allah , sebab aku semacam dapat peluang kedua. peluang kedua untuk menjadi anak yang superb kepada Umi. walaupun aku memang seringkali menyusahkan Umi. alahai , anak mana yang tak pernah menyusahkan mak bapak dorang , ye tak ?

cuma satu yang aku nak sampaikan , korang sayanglah Ibu korang. sebab kita tak tau bila Tuhan nak tarik nyawa dorang. kan ? sebelum apa-apa jadi , baik korang hargai Ibu korang. tak kesah la dia dah nyanyuk tua ke , tak kesah la dia mami jarum ke , tak kesah la dia menganak-tirikan kau ke , tak kesah la dia berbelah bahagi sayang korang ke , tak kesah la dia benci kau sebab dia sayang anak yang lain ke , tak kesah dan JANGAN KESAH ! dia mak kau. dia lahirkan kau. sekali kau hilang dia , kau dah takkan dapat lagi kasih sayang seorang Ibu ! percayalah wei , kasih sayang Ibu tiada galang ganti. takkan ada orang yang akan sayang kau macam Ibu kau sayang kau. SUMPAH !

aku tak percaya kalau kau cakap ada orang lain yang lebih sayang kau dari mak kau sayang kau. aku tak percaya kalau kau cakap suami isteri kau sayang kau lebih sayang kau dari mak kau. aku tak percaya girlfriend kau sayang kau lebih dari mak kau sayang kau. aku tak percaya boyfriend kau sayang kau lebih dari mak kau sayang kau. sebab pada aku kasih sayang seorang Ibu itu adalah sayang yang ULTIMATE. yang paling besar yang kau boleh dapat dari seorang manusia yang lain.

bodoh lah kepada sesiapa yang lebih sayang orang lain dari dia sayang mak dia. aku rasa dia sangat bodoh. [sesiapa yang terasa , maaf. ini umum]

aku sekarang tak kesah kalau Umi nak herdik , nak pukul , nak marah , nak tengking aku. dia mak. dia boleh buat itu semua. dia mengandungkan aku dalam perut dia 9 bulan. perit kot. apa salahnya kalau dia nak pukul , marah aku ? masa dalam perut dia , aku tendang tendang tak apa pulak kan kan kan ? buat lah apa yang Umi nak buat , asalkan jangan hilang dari hidup elmi.

tahun lepas dalam blog ini , elmi punya banyak janji nak berubah , kan ? [klik sini] entah berjaya berubah ke tidak , you judge ! HAHA

dikesempatan ini , elmi doakan Umi panjang umur , murah rezeki dan dimudahkan kehidupan. no more problems. lepas ni duduk rumah diam-diam jaga hezry saja. dan semoga hari-hari mendatang ini akan menjadi lebih indah buat Umi. tambahan ada hezry lagi. mesti susah tidur malam kan ? sabar je lah. haha

tapi sorry Umi , elmi masih belum ada calon menantu lagi la. aish.

p/s : aku masih anak nombor satu. walaupun ada adik kecil , aku masih first. cuma sayang dah kena bagi empat. dulu bagi tiga saja. mesti kurang dapat duit raya nih. *winks*

Wednesday, August 12, 2009

Next Big Project !


elmonism ,

ahad ini aku punya projek. dan aku rasa , ini projek terbesar yang pernah aku buat. sebab ia melibatkan ramai orang. walaupun kebanyakkannya adalah kawan-kawan , tapi kebanyakkannya adalah elmonism sendiri.

aku tak tahu nak explain macam mana pasal next big project ini. tapi yang pasti , ianya tentang Malaysia , dan ianya tentang merdeka. kalau ada yang sudi nak turut serta , jemputlah datang ke Taman KLCC , ahad ini[16 Ogos 2009] pada jam seawal 11 pagi. kalau boleh datang biar membawa kawan. sebab lagi ramai , lagi bagos ! tapi tiada bayaran ya ? kira buat kerja ikhlas untuk Malaysia. HAHA !

aku sangat teruja untuk tunggu ahad ini. sangat sangat teruja. sebab aku dah tak sabar nak melihat hasilnya. kalau tak percaya , pergi tanya jeju[klik sini] , aku siap dah buat example video. teruja punya pasal. haih.

jumpa nanti ya elmonism ?

p/s : nak tukar kos boleh tak ?

Saturday, August 8, 2009

losers.

1-tile

elmonism ,

aku tengah tak ada kerja. aku rasa busan. lalu dengan pantasnya aku buat kerja yang memang tak patot aku buat ini.

gambar menunjukkan antara dua pasukan top four EPL. Arsenal dan Chelsea. ada makna disebalik gambar.

Chelsea , seperti yang diketahui , ramai antara mereka yang ala-ala macam dah tua. umur dalam lingkungan 30. jadi mereka macam berjanggut sikit.
Arsenal , mereka dibarisi pemain muda tak berpengalaman. umur dalam lingkungan 20. jadi tak ada janggot. HAHA !

don't worry , dua-dua tak menang EPL season ni okey ? :P

*kalaulah jersi MU dengan Liverpool aku bawa dekat penang ni , mesti lagi kool gambar ini jadi kan ?*

Thursday, August 6, 2009

rindu saat itu.

elmonism ,

semester ini dah lain. tak macam semester dulu-dulu.

semester dulu kampus meriah dengan kawan-kawan. letih juga , sebab nak kena bertegur semua orang. kadang boleh terlewat ke kelas akibat kena menegur dan ditegur. semester kini dah tak ramai kawan. semua dah sambung degree. aku juga yang sangkot. tapi ada baiknya juga.

first day datang kampus hari itu rasa janggal. sebab rasa fresh. rasa macam budak baru masok sekolah. tiada orang kenal. rasa macam lost. pulak tu masa itu bawa kereta arwah tazo. lagi rasa janggal.

semester dulu , rumah meriah. main dota ramai-ramai sampai pagi sambil jerit-jerit maki-maki. siap online dengan kawan-kawan rumah lain. semester kini , main dota berdua saja dengan afiq. capyq dah dekat shah alam. arwah tazo dah tiada. main dengan AI[computer] pon macam busan. at least dulu boleh juga main geng 4 orang.

dulu bising rumah ini. arwah tazo dengan capyq selalu gadoh mulut. ada saja yang nak bertekak. lepas itu kitorang pula selalu gadoh siapa nak buang sampah , siapa nak cuci toilet , siapa nak vakum. sekarang dah tiada bising-bising. nak pergi makan sekarang pon sunyi saja.

semester dulu , kelas penuh. penuh gila. sampai naik menyampah nak pergi kelas. sebab penat dan assignment berlambak gila tambah lagi dengan test berturut-turut. semester sekarang , kelas boleh kira dengan jari saja. bila nak pergi kelas , semangat gila. assignment pon tak banyak. test tak dekat-dekat. boleh study lebih. final exam nanti pon mesti relaks.

semester dulu , aku tak ada girlfriend. semester sekarang pon sama. gila loser.

eh kenapa aku letak gambar atas tu ? sebab gambar itu saja yang ada cukup kami berempat dalam satu gambar. housemate kaki ponteng kelas.

rindu. arghhh !

p/s : budak-budak yang dekat nilai tu tak nak datang sini lagi ke ? rindu ahh ! [semua pon aku nak rindu , bungok !]

Wednesday, August 5, 2009

ketandusan ketandusan.

elmonism ,

aku sebenarnya sudah ketandusan idea untuk berblog lagi. tapi seperti entry yang lepas korang dah tengok kan filem pendek yang betul betul pendek yang aku buat dengan kawan-kawan aku kan ?

kali ini aku nak bagi poster dia pulak. yeah !


oh ya , lagi satu , aku mahu mendisplinkan diri mulai esok. online hanya sebelum jam 10 malam. boleh ke tak aku nak disiplin eh ? dan juga aku mahu mula diet balik. aish gemok sudah weii. awek pon takde , duh ! [gaya lubby] HAHA!

baiklah , mahu tidur. eh lupa , aku mengimpikan untuk jadi seperti Kabir Bhatia. buat filem gempak macam Setem. boleh atau tidak , itu Tuhan saja yang tahu. :)

good night elmonism !

Sunday, August 2, 2009

presenting : Malam Sepi.

aku tahu hasilnya buruk akibat tiada lighting yang betul. tapi nak buat macam mana , aku pon saja nak cuba-cuba.

terima kasih kepada semua yang terlibat. semua adalah termasok kereta nadjmee dan juga kereta asrol. serta handphone-handphone yang turut serta memberi lighting untuk video ini. thanks !

penolong pengarah : nadjmee.
penolong jurukamera : lihin.
make-up : scha dan moja.
lighting : lihin dan akmal.
photographer : asrol.

thanks guys ! kita berjaya buat benda yang 100% idea kita. tiada diktator berhidung tinggi.

so this is the video. filem pendek yang betul-betul pendek dan gelap ! do comments guys !

Saturday, August 1, 2009

kerja bodoh lagi !

elmonism ,

aku baru menyiapkan rakaman sebuah benda yang agak bodoh pernah aku buat. macam aku buat ini ,


macam aku buat ini ,


dan macam aku buat ini ,


jadi nantikan kemunculan benda bodoh yang akan datang ini ya ? aku nak siapkan editing secepat mungkin.

Selamat Ogos ! MERDEEEEEKAAA !!