second blog

Monday, April 6, 2009

cerita tentang video itu.

cerita bermula , hampir 2 tahun yang lepas. masa aku baru saja broke up dengan ex aku. aku ada nampak si budak ini , dengan kawan kawan dia 2 orang. setelah beberapa lama aku fikir dalam dalam , aku mengambil keputusan untuk saja menegur.

cara teguran aku , aku rasa ok saja. salam dah bagi , tegur pon bergaya sopan terhadap seorang gadis. tapi , dia buat tak tau. aku tau dia cantik , tapi janganlah sombong gila bila orang tegur cara baik.

setelah beberapa ketika , aku meminta diri sebelum meminta nombor telefon. dia bagi. tapi mengambil masa yang amat lama. macam saja nak kenakan aku. aku tanya , dia cakap , tak ingat nombor. tidak lama kemudian , dia bagi.

tapi lepas tu , aku dengar dengar dari mulut orang , yang dia kutuk aku dibelakang. dia cakap , aku ni lelaki gatal dan sebagainya. aku buat bodoh. malas nak ambil tahu.

tapi selepas itu , aku sms la dia. tak berbalas. aku terjumpa friendster dia , tapi dia tak pernah nak layan. sampai suatu hari aku dapat tahu yang dia tukar akaun friendster. aku seperti yang korang tau , memang cepat gila menyampah dengan orang.

aku buat bodoh. sampai satu hari , aku terjumpa akaun friendster baru dia. dari aku jumpa tu , sampai sekarang , kalau aku add , dia tak akan approve ! memang menyakitkan hati. padahal kawan sekampus kot? sefakulti lagi. dah la rumah boleh tahan dekat. kenapa mesti sombong? aku nak kawan saja kot? macam kawan dengan budak lain dekat fakulti aku tu.

setiap kali kalau aku terjumpa dia di kampus , aku akan dapat merasakan satu suasana yang macam ada orang orang sedang menganjing aku. macam kutuk kutuk , gelak gelak. oh aku cukup tidak suka diperlakukan sebegitu.

sampai la ke Malam Pra Graduan tempoh hari. dia duduk dekat saja dengan tempat di mana aku duduk. aku tak perasan , tapi kawan aku yang lain perasan. sampai satu ketika , kawan kawan aku nak suruh aku interview dia. aku cakap aku tak nak. kalau korang nak , korang saja pergi. dorang cakap ok , tapi dengan bantuan aku.

aku setuju.

kawan kawan aku pon pergi la jumpa dia. dan seperti yang dalam video , macam itu la cara dia layan kawan aku itu. malu sudah kawan aku itu. merah padam. ramai orang dalam bilik tu. dia malukan kawan aku.

tapi kawan aku tak putus asa. dorang nak pergi interview kawan kawan dia pula. dekat meja yang sama. masa tu dia cakap , 'kenapa korang nak interview meja ni? kenapa tak meja lain?'. sedangkan , kami pada masa itu baru saja lepas interview meja sebelah. meja budak budak laki mekanikal. dan seterusnya meja dia. sebab kami kenal majoriti budak meja dia. meja lain , budak fakulti lain. kami tak kenal. macam mana nak interview kan? memang dia menyakitkan hati. aku bersabar.

tapi kawan kawan aku kebanyakkannya memang bengang dengan dia malam tu. dan bila aku tengok balik video tu , aku rasa bengang dengan perbuatan dia. dan tercetus idea untuk buat video orang yang sombong tak mahu di interview. tapi selitkan orang lain yang relaks diinterview. untuk buat teaser episod MPG nanti. tapi macam biasa , aku nak poyo , nak jugak letak band band yang pernah aku interview. kasik nama aku up sikit dekat UiTM. dekat MIAT dan tempat lain dah kecoh pasal CAMNI CAP EHH !. tapi tidak UiTM Penang. aku nak juga naikkan nama CAMNI CAP EHH ! dekat sini.

sekali ramai yang pandang serong apa yang aku buat semalam. dan sekarang aku dicaci , aku dimaki dengan hebatnya oleh orang orang yang tidak kenal aku , yang tidak kenal dia. memang aku nampak bersalah. dan aku mengaku bersalah. tapi dia tak nak ke mengaku bersalah , mengutuk aku? memalukan aku dan rakan rakan?

sekian.

7 comments:

aLepAdonSaid said...

cerita yg lengkap..
dan menerangkan byk bout tindakan ko..
sowie mie,sbb xmyokong tndakan nie..
aku nk sume ahli bulan menjaga sikap,
sbb penting tok majukan diri sendiri..
sowie yup..

:)

Azrin said...

sabar elmi..sabar...

org x knal dia ngan ko...
org yang komen video ko tu jugak xtau keadaan sebenar...

sebab tu dorg cakap macam2...
tapi bg org yang dah tau citer sebenar...

orang akan paham perasaan ko ngan kawan2 yang lain...

buat bodoh sudah...apa nak layan orang lain punya bodoh...nnt x pasal2 kita pon jadi bodoh sama...

asalkan rasa puas ada dalam hati...
buat je apa yang boleh buat ko rasa puas...
jangan peduli apa orang nak cakap...

9M-MFD said...

aku sokong ngan pe yg AzrAIn@rAIn@azrinrasid ckp 2....
hahaha...
alah,smpi ble die bleh buat cm 2...
smpi mse nnt die mst sdr nye...
mybe arini ari die..
mne tau sok ari ko ke...
hahaha

.amiey. said...

elmi, ini nasehat sorg kakak pada adek ek

just ignore it :)
aku mmg bengang lepas dgr ceta
tp aku pun tnk kau terlibat dgn masalah dgn law.
sbb dari segi law mmg kau salah.
but nvm, anggap pengajran k
papepon if anything happens,
aku ada.
kau masuk mahkamah, aku teman jugak.
dont wory.
but, jgn ulang lg ye lepas ni

sid said...

rilek sudey
bukan cun sgt pn
haha

AmY said...

tak berapa nak faham

AmY said...

i tak faham. ketinggalan cerita. nnt explain kat i ye?

haha