second blog

Wednesday, April 1, 2009

cerita tentang SABAH.

Sabah cuma mengambil masa selama dua jam untuk buat aku jatuh cinta. tak lama , dua jam saja.



nak tahu kenapa?

sebaik tiba di airport , aku belum nampak apa apa yang menarik perhatian. kecuali semasa dalam kapal terbang , aku nampak pemandangan Kota Kinabalu dari udara , memang cantik. pantainya memang berbeza dengan pantai di Semenanjung Malaysia.

aku tak tipu.
pasir pantainya , putih.
air lautnya , biru kehijauan. bukan kuning. [maaf kalau salah , aku buta warna]

tapi perkara yang betul betul membuat aku jatuh cinta dengan Sabah ialah , kecantikkan para gadis di sana. setelah dua jam tiba di Sabah , selepas menunggu kereta sewa dan sebagainya , setelah tiba di bandar Kota Kinabalu , aku sudah mulai nampak gadis Sabah atau lebih dikenali sebagai sumandak [bak kata ika].

hari pertama , setelah mencuci mata di KK selama beberapa minit sahaja , aku serta keluarga terus bergegas ke Kundasang. sebuah daerah yang terletaknya begitu hampir dengan Gunung Kinabalu. kami menginap disana untuk malam pertama di sana. Kinabalu Pine Resort nama tempat penginapan kami itu.



dalam perjalanan ke Kundasang , kami dijamahkan dengan pemandangan yang indah di sebalik gunung ganang , di celah pokok pokok , dan juga di belakang lori treler.

sejuk.
indah.
aman.

kalau kaki sudah tiba di Kundasang , rasanya pemandangan di Semenanjung harus dilupakan. tiada bandingan. puncak Gunung Kinabalu itu sendiri sudah menggambarkan segalanya.







terlalu indah untuk diucapi. harus dilihat sendiri.

malam itu , kami sekeluarga pergi ke pekan Ranau. kampung asalnya si linda af2 yang digembar gemburkan seorang yang cantik. kalau anda ke Ranau , tidak perlu pergi jauh jauh , cari saja di pasar tani , berderet sumandak yang lebih gorgeous dari si linda itu.

jam 6 petang sudah kelihatan seperti jam 7.30 malam. kami dinner. teh o ais limau di sabah menggunakan lemon dan bukan limau purut. jadi jangan terperanjat kalau teh anda berasa sangat masam atau pahit. aku kurang pasti.



jam 10 mataku terlelap malam itu. kerana terlalu sejuk dan terlalu penat melayan perasaan disana.

'abang , bangun. pergi tengok gunung kinabalu. cantik. pergi snap gambar la'.

aku bangun pagi itu dikejutkan umi. aku lihat , ya Allah , sungguh cantik. kata orang tempatan , puncak Gunung Kinabalu hanya boleh nampak pada jam 6 pagi sehingga 9 pagi sahaja. kerana selepas itu , puncak akan dilindungi kabus serta awan.



*kechakkk kechakkkk*

10-20 gambar telah diambil. aku sambong kembali tidurku. sebelum dikejutkan dengan julie goes overseas yang masuk RTM1 pagi itu. aku terus mandi. kami terus checked out dari resort itu.







bersarapan pagi di pekan Kundasang. aku mencuba dengan berani Nasi Goreng Lalap. rupanya nasi goreng dengan udang goreng tepung. HAHA ! kenyang.

kami masok ke dalam kampung kampung dibelakang. ingin melihat pemandangan yang cantik lagi. cuma air terjun yang kami nampak.

bergerak pulang kami ke bandar KK. singgah membeli cenderahati di Nabalu. sebelum check in dekat Hyatt Regency. makan tengahari di Wisma Merdeka dimana aku dengan umi nampak seorang lelaki yang bergaya seperti shy. bersama seorang lelaki agak berusia. agak aku , mungkin justin watuna lelaki itu.

keluar berjalan di sekitar philipines market. umi dan abah berbelanja sakan sementara aku kepanasan didalam itu. tapi tidak lupa aku dingorat seorang gadis yang bekerja dekat situ akibat cermin mata hijau aku itu. (:

pada sebelah malam , kami sempat menjamah udang yang memuaskan tekak dan juga bibir yang menjamah. oh rindu udang udang itu. ikan bakar dan sayap ayam bakar juga bersepah tersedia. meja makan panjang seperti di kenduri kahwin.

unik.

pulang untuk menonton Hujan di hits1 akhir sambil bergelap untuk earth hour. sebelum kembali tidur.

bangun esok pagi , aku menyedari yang aku perlu pulang ke KL , dan terus ke Penang hari ini juga. ya Allah , mesti penat aku nanti. aku tegangkan otot muka untuk membuat senyuman FAKE untuk umi , abah dan ayu. tapi aku tidak mampu. sebab realitinya , memang aku tidak mahu pulang !

7 dari 10 gadis di Sabah menarik minat aku. sedangkan cuma 2 dari 10 dekat Semenanjung ini. kalau dekat kampus , aku rasa seorang budak Sabah itu cantik gilaaaaaa. dekat Sabah , budak perempuan sekampus aku itu mungkin aku tidak pandang sikit pon.

bayangkan.

tapi akhirnya , selepas makan tengahari di restoran seafood di satu pekan dekat dengan Beaufort[aku lupa nama tempat itu] , terus bergegas ke airport.

pulang dengan tangan kosong tanpa nombor telefon seorang pon sumandak Sabah. :(

tunggu video yang akan aku upload dekat youtube dan CAMNI CAP EHH. maaf aku terpaksa buat episod CAMNI CAP EHH tanpa shy.

p/s: untuk lebih gambar , sila ke facebook atau myspace. blogger lambat sejak dua menjak ini. harap maklum.

4 comments:

Moja [Bulan] said...

g sabah x ajak..huhu..=p
bez gilak gmbr2..
nape xde gmbr2 bersama2 sumandak2 sabah..hehe..=p

.amiey. said...

mane gmbr sumandak? adehh

tazo said...

nak sumandak!!

kathy rienna.. said...

sumandak kinabalu...d kl pun bnyk suda sumandak sabah, ko tackle jer...