tiada mimpi,
terang siang,
tiba esok,
haram.
indah hidup,
sepi bumi,
dunia dusta,
kiamat bila,
diam.
esok tiada makna,
malam tiada rupa,
siang tiada cahaya,
mimpi tiada cerita,
jahanam.
apa kau fikir tentang esok ?
pabila malam ini kau sunyi,
bila tiba siang kau lupa,
tentang mimpi sinis semalam.
kelam.
apa yang kau mahu tak mungkin akan kau dapat,
tak kira sekuat mana kau berusaha.
kadang kau terpinga,
kadang mungkin kau gembira.
hidup mungkin tidak pernah adil,
tapi DIA maha adil.
jika kau rasa hidup kau tak sempurna,
maka kau menghina DIA.
layakkah KAU yang sekecil hama untuk menghentam DIA ?
tiada manusia sempurna,
cuba terima dia seadanya,
hidup seperti sediakala,
semoga dipertemu bahagia.
indah dunia,
malam sunyi,
mari esok,
hidup baru.
aku cuma mahu senyum jujur sekali lagi.
yang gemar merepek kebelakangan ini ,
Elmi.
2 comments:
wah, elmi jiwang .
pesal la berEMOSI sungguh ni hah??
hehehee
Post a Comment