second blog

Saturday, October 31, 2009

she is ?

she's romantic
she's sweet
she's insane
she's caring
she's generous
she's loving
she's beautiful
she's gorgeous
she's awesome
she's perfect
and
she's not yours
she's mine

i love you and i will always do.

:)


Friday, October 30, 2009

idola [satu]

photography


malam ini aku rasa macam teringin nak kongsi tentang siapa idola aku dalam bidang photography. tiba tiba rasa macam jeles gila dengan gambar gambar dia walaupun hakikatnya seorang manusia tidak patot cemburu dengan idolanya.

okey , idola aku ialah Fad Manaf. ramai yang mungkin tak kenal dengan beliau. tapi mungkin ramai juga yang familiar dengan nama beliau. dan mungkin ramai juga tertanya , kenapa Fad Manaf ? bukan Sue Anna Joe ?

mungkin aku tidak berapa minat dengan Sue Anna mungkin sebab pada mata aku , beliau ini agak sombong. tidak seperti Fad yang lebih ramah dan humble. rasanya.

pernah selalu berjumpa dengan Fad. terutamanya pada show show Hujan. beliau merupakan official photographer Hujan selain Eone , Kareem dan juga Azim. dan aku pernah bergelar official photographer Hujan sekali untuk trip ke Indonesia tempoh hari. jadi aku macam agak proud bila dapat berdiri semegah mereka mereka ini walaupun aku sedar karya aku tidak sehebat mereka. mana ada bayi lahir terus berlari. kan ? :)

okey , mari kita lihat sedikit sebanyak hasil petikan jari Fad Manaf. aku pasti korang teruja.




okey aku paling tak suka gambar atas ni. nuff said. :)

gila kool kan gambar gambar dia kan ? apa yang aku tau , Fad ni dia gemar dengan gambar black and white. walaupun tiada warna , tapi still aku rasa macam lawa gila la kot gambar tu. kan ?

tapi lately , apa yang aku perasan , Fad dah kurang bermain foto. dia lebih terjurus kearah videografi. ini antara video video yang dia buat.




cool jugak kan ? itu sebab dia idola aku. :)
teringin nak ada projek dengan beliau.
mungkin suatu hari nanti.
insyaAllah.

cari Fad Manaf di :

move along ?

hari ini gua nak tambah lu orang punya bengang sama gua. biasalah hidup seorang saiko ni kena terus terus tambah kasik orang bengang. barulah namanya saiko. kan ?

okey , lu orang ada ini kan ?
okey , aku pasti lu orang tak ada ini. kan ?
apa jadahnya ni elmi saiko ?
oh benda ni pakai dekat tangan. lepas tu , boleh masok zon xfm.
zon xfm ni depan pentas katanya. depan tak depan la.
tapi for sure depan dari lu orang.
so enjoy nice view pandang bontot gua okey ? ;)

Wednesday, October 28, 2009

dirty little secret

okey ada orang macam dengki gila aku pergi AAR. siap buat status ym bagai.

*gelak*

eh jap !

*gelak guling-guling sampai muntah darah*

fuh puas hati saya.


p/s : esok mungkin hari bahagia saya. *taksabar*

it ends tonight

aku ingin kongsi dengan korang semua tentang sesuatu.

dulu masa aku baru lepas break up sama nombor 22 [aku rasa aku kejam bila panggil bekas kekasih aku dengan nombor saja , macam cyborg. HAHA] , aku sangat tensi dan tidak terurus. sangat faktap rasanya.

nak tau aku buat apa ?

aku dengar lagu ni ulang ulang.


serius. aku terus okey lepas tu. tak tau apa ada pada lagu ni.

beberapa minggu lepas , aku ada masok satu contest ni. kalau ada rezeki , dapat tiket tengok AAR. tapi kena pilih lagu kegemaran dorang ni , lepas tu cakap kenapa suka lagu tu.

SENANG GILA !

sebab dah ada pengalaman kan ? *winks*
It Ends Tonight , kerana lagu ini telah berjaya membuat saya get over bekas kekasih saya. yeah !
dan aku dah dapat confirmation , aku dapat tiket. tak payah nak rebut rebut beli sim pack digi. tapi tulah. tak ada orang mahu ikot aku. shy cakap dia tak minat AAR. gila ? padahal dia yang duk memekak lagu swing swing pejadahnya selama ni ? mungkin sebab lubby tak ikot kot. miraj pulak tak ada respon. *jeng jeng jeng* nak ajak afie ? dia memang lah sangat tak minat AAR. siapa nak ikot ni ?

ahhhhh , JUMPA ANDA DISANA !

p/s : aku berani habes ni. padahal 2hb ada paper. kena study dekat rumah nampaknya ni. habes concert terus balik penang. sempat ke ? gilalah elmi.

Sunday, October 25, 2009

quote of the day [part two]

semalam aku macam terfikir sejenak. aku tiba tiba rasa macam nak berbaik dengan alip bulan , afyq ngek dan juga dengan alei.

dah lama rasanya aku gadoh dengan alei. since habes sekolah menengah. dah dekat 4 tahun. dengan afyq ngek pulak , dah dekat setahun rasanya. dengan alip dah dekat 6 bulan. rasa macam tempat aku dekat neraka sana tu macam dah confirm je bila buat musuh sesama agama ni.

entah lah.

duk bermasam muka tak bertegur siapa ni kadang kadang tak ada guna jugak. tapi ada sesetengah kes rasanya tak perlu baik pon tak apa kot. aku baru bercadang tak nak gadoh lama lama dengan ada dua orang ni. tapi bila baca blog dia , aku rasa bagai ditusuk satu objek tajam. yang mana aku rasa dia dah lama nak cakap , tapi sebab aku kawan dia , dia tak cakap. bila dah gadoh , baru dia lepas cakap segalanya.
as far as i know
i am fed up of this
PERMAINAN BUDAK-BUDAK
kikikikiki

betul orang kata , kita takkan tau bad side kita kalau kita selalu dengan orang yang sayang kita. kita kena ada musuh , baru kita tau bad side diri kita.

oh ya malam ni Liverpool lawan MU. terus terang , aku dah tak kesah Liverpool nak kalah ke , nak kena belasah ke. even aku tak heran pon kalau Liverpool tak dapat masok Champions League next season. sebab aku nampak Liverpool macam sampah season ni.

Saturday, October 24, 2009

500 hari ?

elmonism ,

okey. semalam malam aku terpanggil untuk menonton 500 Days Of Summer. aku tak berkesempatan tengok di pawagam. sebab kesempitan wang dan juga kerana kesibukan kelas dan juga kerja rumah.

jadi malam tadi aku tonton online streaming di satu laman web ni. aku nak tengok pon bukan sebab apa pon. sebab Zooey Deschanel berlakon. haihh. sumpah comel minah sorang ni. sejam lebih aku depan laptop , gegel je aku. terpesona dengan kecomelan dia. haihh.

okey okey back to the topic. lepas aku dah tengok filem ni , semangat aku nak buat filem pendek romantik makin berkobar kobar. aku tak tau lah , setiap kali kalau aku tengok movie ke , short film ke or whatsoever , aku mesti macam tangan gatal nak buat video. sangap.

eh , ni dah lari topik dah ni. aiseh.

okey kejap , kalau korang belum tengok lagi , korang boleh la tengok. kalau malas nak tengok tapi rajin nak baca sinopsis , nah aku bagi sinopsis. tapi in english sebab aku malas nak type dan aku malas nak translate. thank you.
On January 8, Tom Hanson meets Summer Finn, the new assistant to his boss. Tom trained as an architect but works as a writer at a greeting card company.
One month later following a karaoke night Tom's co-worker, McKenzie, lets slip that Tom is attracted to Summer. Over the next few months Summer and Tom grow closer, despite Summer making it clear to Tom that she does not believe in true love, and does not want a boyfriend.
Tom shows Summer his favorite spot in the city, which looks out over a number of buildings he likes, although the view is spoiled by car parks. After a few weeks dating Tom gets into a fight with a guy chatting up Summer, and they have their first argument.
On day 290 Summer and Tom split up after they see The Graduate, a film which Tom thinks shows true love. Tom does not take the break up well and Tom's friends call his younger sister, Rachel, to calm him down.
Summer quits the greeting card company and Tom's boss moves him to consolations, as his depression is not suitable for happier events.
Months later Summer and Tom attend the wedding of a co-worker, they dance at the wedding and Summer catches the bouquet. They sit next to each other on the journey home and Summer invites Tom to a party at her apartment for the Friday. Tom attends the party and sees that Summer is wearing an engagement ring. Realising what is being celebrated, he leaves the party.
Tom enters a deep depression only leaving the house for alcohol and junk food. After a few days he returns to work, drunk, and quits his job. He sets about re-applying himself to architecture and makes a list of firms, and begins to attend interviews.
On day 488 he meets Summer at his favorite spot and they reconcile, he wishes her well. Twelve days later he attends a job interview and meets a girl, who is also going for the same job. Before entering the interview he makes a date to have coffee with her afterward. He asks her for her name, and she replies "Autumn."

okey , lepas dah tengok cerita ni betul betul. aku rasa macam terkena setepek dekat dahi sendiri. "DAMN!!". kalau korang kenal aku , kalau korang tau apa jadi pada diri aku sejak dua menjak ni , korang akan faham kot. kot.

aku tak tau , mungkin aku saja yang rasa macam tu. sebab biasalah mentaliti orang Malaysia kita kalau tengok filem. bila habis filem , terus macam mendalami watak tak pasal pasal. contoh , tengok cerita Batman , keluar panggung terus rasa diri sama nasib macam Joker. tengok cerita Jangan Pandang Belakang , terus rasa ada hantu duduk belakang korang.

mungkin aku , lepas tengok filem tu , macam rasa terkena dekat aku. padahal mungkin satu Malaysia yang dah tengok cerita tu rasa terkena dekat diri dorang. elmi elmi.

tapi yang paling aku kagum dalam filem ni , dia punya gaya penceritaan dia. dia tak ikot flow. dia kejap dekat depan , kejap dekat belakang. gila putaq belit. tapi cool. aku suka bila otak aku dipusing pusing. nak nak bila nak dekat exam ni kan ? (:

oh ya , tadi dapat rasa pegang Macbook. aku rasa macam nak jual dslr , scooter , drum , laptop yang dah tak ada harga ni dengan apa apa saja yang aku ada untuk dapatkan seketul Macbook tu. memang harapan la dalam masa 365 hari ni aku nak dapat pakai Macbook. *sighs*

dan oh ya , err , takdak papa. oh wait wait , coldplay ada bagi download album live concert depa. tanda terima kasih depa dekat fans depa. gila cool depa ni. bukan senang nak dapat band besaq bagi download free. kan ?

p/s : cheq harini tiba tiba rajin nak dok cakap loghat utara. dak tau aih kenapa. gila agaknya. hang meluat , hang pi lari keliling pulau pinang. jangan nak dok maki aku. :)

Friday, October 23, 2009

batu keras been rocked !

ahad lepas , aku [bapak syaitan] dan segerombolan syaitan bertopengkan manusia , bergerak ke Hard Rock Cafe Penang untuk saksikan kugiran kegemaranku beraksi. biar gambar bercerita lagi.

ini pulak rakaman video sehari sebelumnya. sebaik selepas Mencari Konklusi Tour 09 : Sg Petani , Kedah.

Thursday, October 22, 2009

hari ini

okey hari ni aku batak sebab buat sampai 3 entry.

okey hari ni juga aku tau siapa kawan dan siapa bukan.

okey hari ni juga aku tau apa erti kawan.

okey hari ni juga aku bukan lagi Power Rangers.

okey hari ni juga aku mula fuck diri sendiri.

okey hari ni juga aku cakap , KAU dan KAU dan KAU dan KAU dan KAU dan KAU dan KAU dan KAU dan KAU dan KAU dan KAU jangan cari aku lagi.

okey hari ni juga aku rasa benci dengan internet ni.

esok perlu potong segera. thanks lah 'kawan-kawan'. i love you so much. <-- perkataan ni boleh dibuat main oleh sesetengah pihak , tapi bukan aku. bukan aku.

kau harus ADA !

okey. aku tak mampu. korang nak gelak , gelak lah ! aku tak kesah. aku memang tak boleh hidup tanpa Facebook. apalah sangat yang ada dekat Facebook tu ?

cuma ada kawan kawan , ada family. dan ada *cough cough*.

DAMN !

dorang penting kot ! kalau tak ada Facebook , macam mana nak stalk hidup dorang ? dorang bukan nobody , dorang semua important dalam hidup aku. mana boleh mana boleh !

tak sampai sejam aku deactivated , aku dah activated balik. elmi elmi.

KAU HARUS ADA , Facebook ! (:


p/s : sabtu ni cancel date sebab pensyarah bikin test hari isnin. agak menyakitkan hati jugak bila orang lain dah habis test dah habis kelas , aku masih terpinga pinga dengan test dan assignments. terima kasih lah !

my mistakes were made for you

dah tak ada keperluan dalam Facebook. aku dah deactivated akaun aku. korang jangan terperanjat aku tak ada dalam friend list korang. tak , aku tak delete korang. aku yang deactivated akaun aku. :)


cari aku dekat sini , cari aku dekat twitter. dengan oh ya , dekat ym !

Wednesday, October 21, 2009

through my window

okey hari ini dekat twitter kecoh pasal ada satu CD ni , dorang duk hantar dekat radio tapi tak ada nama penyanyi. dorang cuma bagi url satu website ni saja. aku ingat saja la kecoh dekat twitter saja. sekali boom boom pow keluar dekat tv3 dan ada masok surat khabar Star semalam. gila rupanya dah kecoh benda ni.

jadi lepas aku dah dengar dengar lagu dorang ni , memang 1st yang terlintas atas kepala aku adalah bunkface. terang-terang dengar suara si shamsul annuar tu ha. then lepas selidik punya selidik , aku buat konklusi sendiri yang itu sememangnya lagu bunkface. lagu itu untuk promo ada satu benda ni yang akan keluar tak lama lagi.

lagu ni sebenarnya ada banyak versi. ada versi tomok , ada versi mila , dan ada juga versi mawi katanya. tak tau la sejaoh mana kebenarannya. itu yang aku dengar dengar saja. dan lagi satu yang aku dengar , dorang dah habis shooting video clip lagu tu. tak lama lagi keluar kot. kita tunggu dan lihat saja la ya ? :)

oh dan ya , minggu ini aku emosi terlebih. semua orang aku nak marah. kesian semua yang kena marah dengan aku. afiq , emon , ceghap , alef , kak jiggy , jeju , ayie , zmk dengan beberapa orang lagi , sorry la kalau aku termaki hamun kadang kadang bila korang buzz ym ke bila cf ke bila wall post dekat fb ke. aku kusut sikit sebab banyak assignments and all. aku takkan lah delete korang dekat fb. aku saja nak perhatian lebih. aku mengaku ni. haha

and oh yes , tahniah diucapkan kepada mean dengan midi. senyap senyap , tau tau dah declare makan big apple. how sweet. =) semoga berbahagia !

p/s : asik tengok orang lain bahagia. aku ni pulak makin lama makin dibenci dan makin membenci orang. ramai betul yang aku tak suka dan tak suka aku ni. haihh elmi elmi. apa nak jadi pon tak tau. suka sangat cari pasal.

quote of the day [part one]

hari ini kita lihat petikan ini :
"kita ada banyak hal yg boley dipkirkan
kita takda hal la dgn org yg cari hal
kita relax je
tutup mata
nanti dah terhantuk, baru sedar,
kita hantuk kan lagi! bagi betol2 sedar.

BIA MATANG SKET!"
oh ya. ini aku jumpa entah dimana agaknya. tapi boleh dipakai lah ini qoute. kepada sesiapa yang belum matang. JAGA JAGA ! ada orang nak hantuk kepala kau supaya jadi matang. yeah !

Monday, October 19, 2009

mari ignore mereka yang sucks !

siapa siapa yang ada add aku dekat ym , jaga-jaga. aku sudah ada group yang bertitlekan 'ignorance'. dimana disitu adalah segerombolan manusia yang aku dah malas gila nak layan. datang cari bila nak mintak tolong je. bila ada masalah dengan balak , baru datang terhegeh cari aku. tapi bila dah baik dengan balak , pehhh dan dan terus cakap aku menjatuhkan dia bagai. bergurau pon tak boleh. wtf ?

pergilah kau berbahagia sama balak kau tu. jangan nanti balak kau buat perangai lama , baru lah nak terhegeh nak mencari kawan kawan kau yang selama ni sentiasa ada untuk kau tu kan ? haha manusia manusia.

oh ya , nak add aku di ym ? ini id : elmisukamkncoklat . ya aku tau id aku macam budak budak. ada aku peduli ? haha

bola bola bola ?


Sunday, October 18, 2009

Mencari Konklusi Tour 2009 : Sg Petani , Kedah.

let the photos speak. again.


and now , let the video tell you the other side of the story. yeah !