second blog

Thursday, July 30, 2009

speechless.

elmonism ,

aku sekarang umpama orang hampir nak bahagia. doakan perasaan ini berkekalan ya ?

p/s : kalau dah palat tu palat jugak. dia saja yang betul. [eh aku cakap pasal apa ni ? astaghafirullahalazim]

Friday, July 24, 2009

adik baru !!

elmonism ,

aku harus akui , adik aku lebih hensem dari aku bila dia besar nanti. putih melepak la wei ! aish.


haa tu gambar-gambar seperti yang dijanjikan. tengok dapat nombor 22. mesti dah besar nanti jadi Kaka. HAHA!!

korang boleh add facebook Hezry kalau korang nak. aku buat akaun dia sebab aku nak upload gambar dia membesar. nak letak video-video dia kat situ untuk tatapan orang. nanti dah besar , boleh ganti aku dalam CAMNI CAP EHH. sebab kecik kecik dah popular. [klik sini untuk facebook Hezry]

aku tak sabar nak tunggu Umi dengan Ezry balik rumahhhh !!

Thursday, July 23, 2009

cuak nak dapat adik.

elmonism ,

esok saya dapat adik baru. pukul 8 pagi Umi saya akan masok bilik bersalin. tapi caeserian la. aish. saya cuak ni.

doakan Umi dan adik saya selamat ya ?

insyaAllah entry lepas ni , saya sertakan gambar Umi dan adik baru saya. Mohd Zulhezry. boleh panggil dia Hezry atau AG !! hehe

Tuesday, July 21, 2009

cerita tentang Bandung dan Jakarta.

elmonism ,

cerita bermula bila Dimas cakap yang HUJAN tercalon untuk APM '09 yang akan diadakan di Jakarta. aku pada masa itu terus jakun nak ikot. sebab aku tak pernah pergi ke Jakarta.

bila Dimas tahu yang aku ikot HUJAN ke sana , dia dan Noh bersetuju untuk jadikan aku official photographer untuk trip HUJAN ke Indonesia ini. mereka turut pergi ke Bandung untuk shooting video clip single terbaru mereka , Mencari Konklusi.

apa kata kalau aku bercerita sambil korang tengok gambar. kool tak ?

sampai di Jakarta pada hari Selasa , aku terus ke FX mall. dimana terletaknya FX cafe yang didalamnya ada studio. gila cool wei tempat tu. siap ada bilik untuk dj practice skill. makanan pon boleh tahan best. aku minum air Tina Turner. ada air lain yang nama dia BB King , Bob Marley dan lain-lain kat sini. kalah Murni punya I Love You atau Pink Panther weiii ! kat FX mall ni , Hujan buat rakaman untuk Channel V. Hujan perform 6 lagu kat situ.

sebaik habis saja shooting , kami bergegas ke Bandung. ke rumah Dimas dimana kami menginap. sebelum pulang , singgah makan Nasi Goreng Mawut. terbaikkkk gila ! lepas makan , kami pulang tidur. sebab esoknya call time pukul 9 pagi.

Rabu
kami terus ke Hilton Bandung untuk meeting dengan Kak Nini Channel V dengan Rewan. ada taklimat untuk shooting video clip. masa ni aku dengan Am dengan AG makan tak ingat dunia. sebab kelaparan.

lepas taklimat , kami terus ke lokasi penggambaran. gila kool bila dapat tahu yang Hujan akan shooting dalam tren. tren akan jalan ke beberapa stesen keretapi. sumpah best !

habis je shooting , kami terus ke Kampung Daun untuk makan malam. masa ni aku diserang demam yang teruk. nasib baik Panjang bawak ubat. terus telan ubat. terus sehat untuk ke mall dimana kami berjumpa Yulius. dia manager Hujan kat Indonesia. dia juga manager Changcuters. gila senget mamat ni. tak habis buat lawak.

lepas lepak , terus balik rumah Dimas. esok call time pukul 7 pagi katanya. balik balik terus tidur. semuanya penat tak ingat dunia.

Khamis

bila semua dah bangon , Dimas cakap , kami tak perlu pergi awal. sebab shooting hari kedua banyak melibatkan Scha dan Fauzi saja. kami terus bergerak sarapan. Dimas bawa pergi makan Bubur Nasi paling keren dekat Bandung.

lepas makan , kami terus ke lokasi dimana Scha dan Fauzi dah sibuk berlari sana-sini. punya lah ramai orang masa tu. relaks saja kat jalan keretapi. gila bahaya.

belum sempat habis shooting , pengarah minta seorang pelakon extra. mula-mula Dimas offer diri , lepas tu Dimas bagi dekat aku watak tu. sumpah 3 saat je aku keluar dalam video clip tu. haha tapi puas laaaa. korang tengok babak last nanti tau !! lepas habis shooting kami tak terus balik.

Jumaat
bangun je dengar kecoh-kecoh kat tv , Jakarta kena bom. patot handphone Noh bunyi tak berhenti pagi tu. semua jadi lost. tak tau APM jadi ke tak. Yuna siap call Noh , sebab tak jadi datang Jakarta. takot APM cancel. tapi at last , APM jadi juga. Yuna pon datang.

masa on the way ke Jakarta ni la Noh marah aku. tapi aku malas nak cerita. haha malam tu aku ikot Hujan soundcheck. gila diskriminasi. Hujan kena soundcheck pukul 3 pagi.

lepas tu , drum set Hujan yang paling simple. drum set ST12 , Nidji , Yovie Nuno dengan Kotak semua gila penuh. aish.

Sabtu
bangun pagi terus gerak Convention Centre. ada full dress rehearsal katanya. tapi kelam kabut je. tu pasal Hujan tak lalu red carpet. sebab kena rehearsal masa red carpet. gila !

kat backstage jumpa Kotak dengan Nidji. Stacy dengan Ayu bilik sebelah Hujan. Faizal Tahir dengan Aizat pulak lepak bilik Hujan kat backstage. memang riuh lah dalam tu. tak habis bahan Faizal Tahir pasal PTPTN.

habis APM , semua kumpul. nak pergi post party buatan sendiri. dekat mana entah tak ingat. Faizal Tahir , Aizat , Yuna semua join kitorang. dorang cakap ada Adi Sixth Sense , tapi aku tak perasan pon. Noh punya parents pon ada. Yuna punya parents pon ada. macam nak merisik je. haha

Ahad
bangun , terus breakfast dengan Am. lepas tu terus pergi airport. dekat airport menunggu 4 jam. nak balik KL.

sampai KL , Noh call , tanya aku dah sampai rumah belum. sebab kitorang flight lain-lain.

trip aku ikot Hujan ni menambahkan senarai kawan aku. ada Opank , Ashaf , Wulan , Biel dengan Vivi. gila best. lepas ni bila-bila boleh pergi Jakarta dengan Bandung lagi !!

p/s : satu soalan aku , pernah tak korang naik kapal terbang masa selsema ? SUMPAH SAKIT weiii !

Friday, July 17, 2009

Bandung - Jakarta.

elmonism ,

sekarang aku di Antapani , Bandung. baru lepas ikot HUJAN pergi shooting video clip single terbaru dorang , Mencari Konklusi. sumpah terbaik wei. korang tunggu je nanti keluar dekat channel V. [ehem aku jadi extra kott]

kejap lagi nak bergerak ke Jakarta untuk APM esok malam. tapi berita sekarang sedang kecoh pasal ada dua hotel di Jakarta di bom.

aku cuak.

doakan semuanya selamat ya !

Monday, July 13, 2009

hey hey hey hey !!

eh elmonism dan haters ,

maaf hari ni batak sikit nak post entry banyak banyak. haha

perasan tak aku asik post entry pasal haters je kan ? aish. aku tak nak layan la pasal dorang lagi. lepas ni tak post entry berkenaan dorang lagi. okey tak ? haha

aku nak cerita sikit ni. pasal berkaitan entry aku yang satu dulu tu. mengejar matahari. ingat ? [klik sini] kan lepas tu ada entry follow up pasal entry tu kan ? [klik sini pulak] ingat kan kan kan ?

haaa malam ni aku nak buat lagi satu entry follow up nih. tadaaaaaaaaa !!


haa akhirnya aku bertentang mata juga dengan Liyana Jasmay nih. gadis idaman aku sepanjang zaman. cewah !

aku memang dah agak aku akan jumpa dia kelmarin. tapi aku takde la nak harap sangat dapat borak sama dia. sekali si ully , ag dengan dugong [mereka memang dah lama tau aku gila LJ] pegi cakap sama LJ yang aku ada situ. terus LJ panggil aku. aku sumpah terdiam bila aku sedar yang LJ panggil aku.

yang paling tak tahan , ag boleh cakap dekat LJ yang aku dah lamaaa gila dekat LJ. sumpah aku blushing masa tu. aish.

lepas apa jadi antara aku dengan Joanna , aku harap aku dengan LJ pon boleh jadi rapat. amin amin amin. haha

lagi satu cerita best masa hari kelmarin , first time ada orang mintak signature aku. gila !


yang makin popular ,
elmi.

haters yang penakot.

elmonism dan haters ,

erm aku nak kongsi satu benda pasal orang yang digelar penakot. komen kutok-kutok , maki hamun , nak menjatuhkan orang semua , tapi anonymous ? what the fuck ? tulis la nama , letak gambar. baru hebat beb kalau nak kutok orang. bukan menyembunyi dalam lubang jamban bila menyerang musuh.

biasalah. bak kata orang , orang handsome yang makin popular memang ramai haters. ignore saja sudah. sedangkan HUJAN yang kena kutok kaw-kaw relaks je. Bunkface yang kena fuck pon selamba redah je.

HAHA !

oh ya , aku sedang packing sambil menitiskan air mata ni. air mata keterujaan. nak pegi join HUJAN kat jakarta esok !! wo wo. haters , lu apa ada ? haha

aish.

elmonism dan haters ,


ya aku bakal menyusul mereka esok pagi. *tak sabar okey !*

dimas cakap nak bawak aku pegi store The Changcuters ! yeah. pastu dapat jadi extra video clip Mencari Konklusi. aish. teruja teruja.

nanti aku try update dari rumah dimas kat Bandung nanti.

Sunday, July 12, 2009

tribute untuk yang membenci serta yang memaki.

elmonism.

sekarang saya dah ada musuh yang baca blog saya. kool kan ? mesti ada je yang dia tak suka , yang dia menyampah dengan aku kan ? haha

LAGI AKU SUKA !

saya elmi melaporkan untuk kawan , sahabat serta musuh all the way from rumah noh. [kerek sebab nak kasik orang yang tak suka aku meluat bila baca]

Saturday, July 11, 2009

elmonism , be strong !

elmonism ,

aku semakin dibenci. lebih ramai kawan yang aku cuba dapatkan , lebih ramai musuh yang aku dapat juga. tapi nak buat macam mana , semua itu bukan kuasa kita. aku tak boleh nak memuaskan hati semua pihak.

kepada pihak yang membenci aku , silakan terus membenci. sebab kalau lagi ramai yang benci aku , lagi bagos. secara tidak langsong , aku boleh improve perwatakan diri aku. nanti kalau tidak ada orang benci , aku takot nanti aku tidak maju kedepan. kan ? terima kasih orang yang membenci. HAHA

aku tak faham , ada sesetengah kenalan aku yang mudah rasa down bila dikutuk , bila dihentam. aish. relaks sudah. aku admit , aku pon kalau kena hentam , aku akan melenting kejap. tapi bila dah lama sikit , aku cuba ambil hentaman itu sebagai benda positif. tak guna nak down lama-lama.

sama seperti bila ditinggalkan boyfriend/girlfriend. tak perlulah nak kecewa sampai berhari-hari , berminggu-minggu , berbulan-bulan. chill lah wei. dah orang tak nak. tak payah la nak duk fikir lagi. lagi fikir , lagi tensi. kan ? bila nak terfikir je benda tu , korang ignore je. fikir benda lain , contohnya korang berangan. haaa. sumpah mujarab. haha

percaya cakap aku , ramai je lagi lelaki dengan perempuan lain dekat luar tu. memang kita takkan dapat yang sama dengan dia yang baru meninggalkan kita , tapi mungkin kita akan dapat yang lagi better. kan ? lagi satu , walau banyak mana pon kenangan kita dengan dia itu , tapi dia dah tinggalkan kau kot. so just forget him/her lah ! wei , he/she dumped you ! kau patot benci dia. bukan patot menangis guling-guling sebab kau dah takde dia. aish.

sori kalau ada elmonism yang terasa dengan entry aku kali ini. aku cuma rasa benci dengan orang-orang yang selalu mengingati orang yang sudah meninggalkan. sikit-sikit nak emo. hadoi. aku tahu ada antara kawan , kenalan atau siapa-siapa saja yang terasa. sebab aku tahu , ramai yang pernah memalui saat yang macam ni.

hidup ini sebenarnya sangat pendek untuk kita nak menangis. sebab kita tak tahu bila kita mati. aku tak nak mati masa aku sedih , masa aku emo.

keep smile elmonism.

Friday, July 10, 2009

cuba panggil aku.

hoi elmonism !

hari ini aku nak cerita pasal nama panggilan aku. HAHA ! dah takde benda nak cerita dah. sampai pasal nama panggilan pon nak kena cerita. biasalah.

okey. aku punyai beberapa nama panggilan. aku cerita satu persatu la boleh ?

abang
ini panggilan yang diberi oleh abah dan umi. dorang panggil aku abang sebab aku anak sulung. so memang layaklah aku dipanggil abang. kan ?

abang helmie
ini panggilan keluarga aku. keluarga besar. makcik , pakcik , sepupu yang kecik-kecik semuanya panggil aku abang helmie. sebab aku cucu first dalam keluarga abah. :)

helmie
ini panggilan atok dan nenek aku. ada juga sesetengah kawan yang memanggil aku helmie. dengar sebutan huruf H nya. kawan-kawan lama di sungai buloh pon memanggil aku dengan nama ini.

bemy
ini panggilan dari adik aku yang kecik. lepas itu jadi ikutan adik aku yang besar. lepas tu sepupu yang rapat-rapat pon panggil aku bemy. singkatan kepada bang elmy. haha senget.

elmi
ini nama yang diberi oleh seorang ex aku dulu. dia yang start panggil aku elmi. lain sikit dari helmie. hilang sebutan H nya. lebih pendek , lebih komersial katanya. nama ini menjadi ikutan ramai kerana aku meletakkan nama ini di myspace , friendster dan sebagainya. ramai orang mengenali aku dengan nama ini. (:

zul
ini nama panggilan aku di sekolah. para guru serta budak sekolah panggil aku zul. kecuali sesetengah yang rapat yang panggil aku helmie. aku tidak prefer orang panggil aku zul. kerana ini merupakan nama panggilan ayah aku. so aku tidak mahu nanti terkeliru.

elmo
nama ini mula diberi oleh joanna. ya , joanna. dan saya suka bila nama ini melekat dalam ingatan dia. sampai ada orang lain nama elmo , joanna cakap , 'dah ada sorang tu nama elmo , tak boleh tukar'. para askar bintang jatuh juga memanggil aku elmo. kerana ada sorang askar tu namanya hellmy. untuk tidak mahu berlaku percanggahan , aku dipanggil elmo.

aku sebenarnya tak kesah sangat apa orang nak panggil aku. panggil je apa saja , aku pasti nyahut. asalkan korang panggil dengan kuat serta memandang aku. kalau tidak , hampir pasti aku akan membuat bodoh saja.

selamat malam elmonism !

Thursday, July 9, 2009

kenapa kenapa kenapa ?

kehadapan elmonism ,

tiba masa untuk bercerita. cerita yang mungkin boleh menjatuhkan air muka sendiri. tapi nak buat macam mana , ramai sudah bertanya.

kenapa aku masih di penang semester ini ? kenapa tidak nampak aku di uitm kampus shah alam ? kenapa aku masih berada di nilai , tidak di kampus tempat sepatotnya aku berada ? kenapa , kenapa , kenapa dan kenapa ?

ini dia keburukan internet.

semester lepas aku banyak menghabiskan masa aku didepan laptop. berdepan dengan pelbagai jenis manusia didunia internet. memperbanyakkan kenalan aku. dan juga mendedahkan aku dengan pelbagai ragam manusia yang membuat aku semakin mengenali dunia. tapi ada silapnya.

terlampau leka dengan dunia internet membuat aku banyak meninggalkan pembelajaran aku. banyak main katanya. ilmu yang sepatotnya aku genggam , hilang begitu sahaja. aish. oleh sebab itu , aku repeat. dan aku terpaksa extend.

dan malang bagi aku , subjek yang sepatotnya aku ambil semester ini , tiada ditawarkan semester ini akibat aku tiada pelajar junior. dan aku terpaksa extend lagi satu semester , semester depan. jadi aku bakal extend dua semester yang akan menjadikan aku belajar lapan semester hanya untuk diploma. aish.

ini nasib aku. ini ketentuanNya. aku terima dengan hati yang tenang. relaks. boleh berfoya. boleh dapat tiket free MAS. boleh relaks tak banyak subjek.

tapi buat ketika ini , aku sedang bercuti sebulan. sebab ibu kesayangan aku sedang berada di wad. dan oleh kerana abah bekerja mengikut roster , aku mengambil cuti untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang mithali , menjaga adik dirumah. :)

elmonism jangan risau , saya kool menghadapi tambahan dua semester. walaupon saya rasa saya dianiaya pihak tertentu.

Wednesday, July 8, 2009

gangguan.

kehadapan elmonism [panggilan kepada pembaca blog , cool tak ?] ,

kalau korang baca chatbox kat sebelah ni , korang dapat ketahui ada sorang makhluk bodoh ni dah buat kacau dalam blog aku ni. agaknya dah takde kerja lain yang dia nak buat. korang boleh baca dari mula chatbox terbabit. korang nilai sendiri siapa yang kurang ajar. jangan malu-malu komen kat bawah ni ya ? kalau rasa aku yang kurang ajar pon , give your feedback ! aku nak tau. :)

oh ya , kepada ARYANA , aku dah dapat ip address kau. aku dah dapat lokasi serta jenis internet kau. so jaga-jaga. jangan ingat aku bodoh ya ? jangan ingat kau boleh pijak kepala aku la wei ! kau kutuk mak bapak aku kat sini. kau cakap macam-macam dalam ni kan ? haha siaplah kau.

tapi oleh kerana aku ini jenis yang sangat kurang ajar dan biadap , aku rasa , biarlah kau buat kerja kau. aku malas nak ambil tahu. biar Allah saja yang balas. Tuhan itu maha adil dan maha kuasa kan ? Dia juga maha mengetahui. kan ? ingat , dengan Tuhan , kau boleh bertaubat. tapi kalau kau mati tanpa maaf sesama manusia , kau tahu kan apa hukumannya kan ?

aku tidak selalu bercakap pasal agama dalam blog aku. sebab aku tahu aku tak arif tentang agama. tapi aku masih seorang yang tahu yang mana baik dan yang mana buruk. sebab aku manusia yang punya akal fikiran. yang berfikir menggunakan otak. bukan binatang yang buat benda tanpa berfikir.

dan apa yang aku selalu pelajari di sekolah , doa orang dianiaya selalu dimakbulkan. kan ?

Bismillahirahmanirahim , ya Allah ya Tuhanku yang maha adil lagi yang maha mengetahui. aku berdoa padamu , agar siapa pon manusia yang membuat kacau keatas keluarga aku ini , diberi balasan setimpal dengan apa yang telah dilakukan olehnya. dan Kau susahkanlah hidupnya serta keturunannya seperti mana dia menyusahkan aku dan keluarga aku. Kau lindungilah juga keluarga aku dari segala bala dan malapetaka buatan manusia. jauhilah keluarga kami dari segala kuasa jahat serta niat jahat yang datang dari manusia tak guna. Amin ya rabbal al-amin.

aku tahu tak baik untuk kita berdoa untuk keburukkan orang lain. tapi , manusia macam ini , kita kena ajar sikit. biar dia sedar.

Sunday, July 5, 2009

aku suka kalau korang baca ini.

korang tolong baca blog sorang lelaki budiman ini.[klik sini]

aku sumpah , aku tak baca apa yang dia tulis. tapi aku dengar dari kawan-kawan aku , dia kutuk aku. dia ada cakap pasal orang pakai spek. itu aku. korang pegi baca , korang nilai sendiri. aku tak mahu pengaruhi minda sesiapa. manusia dicipta Allah semuanya ada otak. ada akal fikiran. mesti boleh fikir. manusia berfikir guna akal takkan dengar cerita sebelah pihak saja.

kan ?

aku kenal dia dah lama. dan dia memang seorang yang tikam belakang kawan-kawan. siapa tak pernah kena tikam dengan dia ?

aku ada dengar , dorang cakap , yang si mamat budiman lagi bersopan santun , jujur , tidak lepas tanggungjawab itu tulis , kerja dengan Bulan Clothing tak dapat satu sen pon ? wtf ? bukan kau ke yang cakap dulu , kita kerja bukan nak gaji. kita kerja kasik nama naik dulu. duit fikir kemudian. HAHA

melayu memang mudah lupa. ini salah satu contoh.

ITU SEBAB AKU TAK PERNAH MENGAKU AKU ORANG MELAYU !! aku orang malaysia.

Saturday, July 4, 2009

pernah tak ?

pernah tak korang rasa diri korang dibenci sampai korang rasa macam nak bunuh diri sendiri ?

Thursday, July 2, 2009

200.

okay. ada orang tanya aku , kenapa entry aku sekarang ni pendek pendek je ? jawapan aku senang je , kalau aku tulis panjang panjang pon , orang complaint. orang tak nak baca entry panjang panjang ni. baca suku saja , orang dah tutup.

lepas tu , aku agak terasa juga lah sejak dua menjak ni. rasa kehilangan. dulu , bila aku tulis entry saja , ramai yang komen. lepas tu , aku ingat lagi ada antara kawan-kawan aku yang cakap , dorang bookmark blog aku. sebab akan ada saja yang aku membebel dalam ni.

itu masa itu. masa ada keterujaannya. tapi sekarang ?

sudah tiada respon. macam sudah tiada yang sudi membaca. itu sebab aku rasa macam dah malas nak menulis. macam dah tiada makna. sebab macam cakap sorang-sorang saja. aku akui , ada yang baca , ada yang bagi respon. terima kasih sebab sudi baca. sudi bagi pandangan tentang setiap yang aku bebelkan.

pejam celik , sudah 200 entry dalam blog aku ini.

aku pon dah naik bingung tidak tahu nak tulis apa lagi dalam blog aku ini. sebab rasanya , dalam 200 entry ini , semua dah aku cerita. dah ketandusan dah nak tulis apa tak tau. idea dah tak ada.

itu sebab aku terfikir haritu nak tutup blog. tapi aku tak jadi tutup sebab aku tahu , bila tiada siapa tempat aku mengadu , dekat blog ini juga aku bercerita. blog ini dah jadi kawan baik aku dah.

terus terang aku cakap , aku agak terasa bila ada yang membahan aku , cakap macam macam pasal aku tulis blog ini. ada yang tanya aku bertubi-tubi , kenapa aku tulis blog ? seolah macam aku salah je nak tulis blog. haih manusia kan ?

elmi. elmi. elmi.
satu pesanan semangat untuk diri sendiri yang banyak ditimpa cemuhan sejak dua menjak ini , tolong , aku ulangi , TOLONG abaikan apa yang orang sekeliling cakap tentang kau. anggap saja cemuhan itu semua perasaan dengki mereka. mereka yang tiada kerja , nak menjatuhkan orang saja. kau hebat elmi. aku tahu kau hebat. kalau kau tak hebat , kenapa kau ada disini sekarang ini. di tempat kau sekarang. kau seorang yang hebat. kau bukan loser. percaya pada diri sendiri elmi. please jangan jatuh. kau kuat kan ? kau boleh hidup tanpa bantuan sesiapa. kau hebat. ingat tu , kau hebat.

p/s : siapa dulu bukan main lagi cakap aku tak boleh hidup tanpa alip bulan ? hei kamon la , aku kini makin kedepan. makin maju. boleh saja hidup tanpa dia ? sebab apa ? sebab ELMI KAN HEBAT !

theme song.

eh nak tau tak ? CamniCapEhh!! dah ada lagu tema.

thanks to Noh Hujan. dia baru bagi rough version of the song. nanti dia buat yang elok punya. so NANTIKAN !!

eh lepas tu , Azura dengan Aida dari program remaja cakap nak fikirkan something untuk CamniCapEhh!!. dorang nak buat CamniCapEhh!! dalam Remaja kot. atau mungkin dorang hanya cakap kosong. itu aku tak tau.

doakan yang terbaik untuk CamniCapEhh!!