second blog

Friday, July 10, 2009

cuba panggil aku.

hoi elmonism !

hari ini aku nak cerita pasal nama panggilan aku. HAHA ! dah takde benda nak cerita dah. sampai pasal nama panggilan pon nak kena cerita. biasalah.

okey. aku punyai beberapa nama panggilan. aku cerita satu persatu la boleh ?

abang
ini panggilan yang diberi oleh abah dan umi. dorang panggil aku abang sebab aku anak sulung. so memang layaklah aku dipanggil abang. kan ?

abang helmie
ini panggilan keluarga aku. keluarga besar. makcik , pakcik , sepupu yang kecik-kecik semuanya panggil aku abang helmie. sebab aku cucu first dalam keluarga abah. :)

helmie
ini panggilan atok dan nenek aku. ada juga sesetengah kawan yang memanggil aku helmie. dengar sebutan huruf H nya. kawan-kawan lama di sungai buloh pon memanggil aku dengan nama ini.

bemy
ini panggilan dari adik aku yang kecik. lepas itu jadi ikutan adik aku yang besar. lepas tu sepupu yang rapat-rapat pon panggil aku bemy. singkatan kepada bang elmy. haha senget.

elmi
ini nama yang diberi oleh seorang ex aku dulu. dia yang start panggil aku elmi. lain sikit dari helmie. hilang sebutan H nya. lebih pendek , lebih komersial katanya. nama ini menjadi ikutan ramai kerana aku meletakkan nama ini di myspace , friendster dan sebagainya. ramai orang mengenali aku dengan nama ini. (:

zul
ini nama panggilan aku di sekolah. para guru serta budak sekolah panggil aku zul. kecuali sesetengah yang rapat yang panggil aku helmie. aku tidak prefer orang panggil aku zul. kerana ini merupakan nama panggilan ayah aku. so aku tidak mahu nanti terkeliru.

elmo
nama ini mula diberi oleh joanna. ya , joanna. dan saya suka bila nama ini melekat dalam ingatan dia. sampai ada orang lain nama elmo , joanna cakap , 'dah ada sorang tu nama elmo , tak boleh tukar'. para askar bintang jatuh juga memanggil aku elmo. kerana ada sorang askar tu namanya hellmy. untuk tidak mahu berlaku percanggahan , aku dipanggil elmo.

aku sebenarnya tak kesah sangat apa orang nak panggil aku. panggil je apa saja , aku pasti nyahut. asalkan korang panggil dengan kuat serta memandang aku. kalau tidak , hampir pasti aku akan membuat bodoh saja.

selamat malam elmonism !

1 comment:

scha said...

wei..aku panggil kau mangkuk kan?
nape tak letak dalam ni??
kikikiki~