second blog

Thursday, July 2, 2009

200.

okay. ada orang tanya aku , kenapa entry aku sekarang ni pendek pendek je ? jawapan aku senang je , kalau aku tulis panjang panjang pon , orang complaint. orang tak nak baca entry panjang panjang ni. baca suku saja , orang dah tutup.

lepas tu , aku agak terasa juga lah sejak dua menjak ni. rasa kehilangan. dulu , bila aku tulis entry saja , ramai yang komen. lepas tu , aku ingat lagi ada antara kawan-kawan aku yang cakap , dorang bookmark blog aku. sebab akan ada saja yang aku membebel dalam ni.

itu masa itu. masa ada keterujaannya. tapi sekarang ?

sudah tiada respon. macam sudah tiada yang sudi membaca. itu sebab aku rasa macam dah malas nak menulis. macam dah tiada makna. sebab macam cakap sorang-sorang saja. aku akui , ada yang baca , ada yang bagi respon. terima kasih sebab sudi baca. sudi bagi pandangan tentang setiap yang aku bebelkan.

pejam celik , sudah 200 entry dalam blog aku ini.

aku pon dah naik bingung tidak tahu nak tulis apa lagi dalam blog aku ini. sebab rasanya , dalam 200 entry ini , semua dah aku cerita. dah ketandusan dah nak tulis apa tak tau. idea dah tak ada.

itu sebab aku terfikir haritu nak tutup blog. tapi aku tak jadi tutup sebab aku tahu , bila tiada siapa tempat aku mengadu , dekat blog ini juga aku bercerita. blog ini dah jadi kawan baik aku dah.

terus terang aku cakap , aku agak terasa bila ada yang membahan aku , cakap macam macam pasal aku tulis blog ini. ada yang tanya aku bertubi-tubi , kenapa aku tulis blog ? seolah macam aku salah je nak tulis blog. haih manusia kan ?

elmi. elmi. elmi.
satu pesanan semangat untuk diri sendiri yang banyak ditimpa cemuhan sejak dua menjak ini , tolong , aku ulangi , TOLONG abaikan apa yang orang sekeliling cakap tentang kau. anggap saja cemuhan itu semua perasaan dengki mereka. mereka yang tiada kerja , nak menjatuhkan orang saja. kau hebat elmi. aku tahu kau hebat. kalau kau tak hebat , kenapa kau ada disini sekarang ini. di tempat kau sekarang. kau seorang yang hebat. kau bukan loser. percaya pada diri sendiri elmi. please jangan jatuh. kau kuat kan ? kau boleh hidup tanpa bantuan sesiapa. kau hebat. ingat tu , kau hebat.

p/s : siapa dulu bukan main lagi cakap aku tak boleh hidup tanpa alip bulan ? hei kamon la , aku kini makin kedepan. makin maju. boleh saja hidup tanpa dia ? sebab apa ? sebab ELMI KAN HEBAT !

8 comments:

AzrAIn@rAIn@azrinrasid said...

rileks la bro...jangan sedih-sedih..

Dahlia said...

uik?
kenapa nih elmi?
sapa yg dok sebok2 tuu?
*flying kick sama dia!*
ye saya setuju ELMI HEBAT!
:)

dear ezza, said...

tp bukan vid yg sengal tu...ade alip ke ?

Elmi said...

rin : tak sedih pon. marah je. haha

dahlia : hebat kan kan kan ? haha

ezza : tu selenge tu dah lama. memang la tepacak muka dia. cih !

sHEmA_sHImoT:D said...

elmo kuat..yg penting elmo jgn emo eh..

Aurora Di Balik Awan said...

oowhhoooo
i baca jer walau panjang
waakakakaka

Anonymous said...

from ezza : heheheh mane tau cite lame..ingatkan bru ke :D

Anonymous said...

mana ada manusia hebat. yg hebat cuma satu. Dia. bawak mengucap ye..