second blog

Wednesday, December 31, 2008

dua kosong kosong lapan.

ingin sekali aku mengucap selamat tinggal pada tahun 2008 ini dengan menyambut dekat mana mana tempat yang boleh aku tengok percikan bunga api. kerana tahun 2008 ini terlalu banyak kenangan bagi aku. memang patot aku menyambutnya dengan hebat. tapi apakan daya , aku tiada kekuatan diri malam ini. hanya berupaya duduk dihadapan laptop sambil aku bercerita tentang tahun 2008 yang bakal mengundur diri ini.

walaupun aku banyak menghabiskan tahun ini seorang diri , tiada seorang kekasih disisi , tetapi aku tetap merasakan tahun ini merupakan tahun terbaik dalam hidup aku. aku dikelilingi orang orang yang aku sayang dan menyayangi aku. aku bersyukur kerana tahun ini aku makin peroleh ramai kawan. walaupun aku kehilangan beberapa kawan , tetapi kedatangan beberapa lagi muka baru , telah melupakan terus kehilangan tersebut.

tahun ini telah menampakkan perubahan ketara dalam top friend hidup aku dimana ranking nombor satu telah dirampas oleh shy daripada fendy. kehilangan fendy sejak beberapa bulan lepas telah membuat hubungan kami semakin rengang. tetapi sebelum saja kehilangan fendy , aku dikurniakan beberapa orang kawan yang semakin rapat dengan aku. salah seorangnya , shy. walaupun hubungan persahabatan kami tidaklah terlalu lama , tapi hubungan kami pantas menjadikan kami kawan paling baik. tapi fendy tetap menjadi kawan yang baik terhadap aku. tapi biarlah dia sedang hangat bercinta dengan kekasih dia itu.

tahun ini juga aku mula kenal dengan beberapa orang kawan yang baik terhadap aku. seperti ad , amy , jeju , ezza , nulu , zymn , sid , ming dan beberapa orang rakan yang lain. hidup aku bertambah corak warna. makin ramai tempat mengadu , tempat berteduh. terima kasih.

tahun ini juga telah merapatkan lagi hubungan aku dengan aiman , zuher , lihin , muaz , alep , asrol , moja dan juga najmi. semua ini disebabkan tertubuhnya bulan clothing yang ditubuhkan pada tahun ini juga. walaupun kehadiran bulan clothing telah mengurangkan aktiviti futsal kami , tapi hubungan kami tetap makin rapat , makin teguh.

disebalik baik baik kawan aku , terdapat juga catatan hitam pada list top friend hidup aku. seperti pada ketika aku bergadoh dengan din , rakan rumah sewa aku yang lama , dengan arif [paklah] , juga rakan rumah sewa yang lama , serta dengan afyq adik farah. tapi aku tetap dengan ego aku , aku tidak mahu berada di pihak yang kalah.

tahun ini juga banyak berita baik yang aku dapat , salah satunya adalah kehadiran bakal ahli keluarga baru dalam keluarga aku. aku bakal dapat adik lagi beberapa bulan. aku sudah lama mengimpikan seorang adik lelaki. aku amat berharap bakal dapat adik lelaki. walaupun jarak umur kami nanti amat jaoh , tapi aku tak kesah.

tahun ini juga banyak mengajar aku tentang erti nilai kekeluargaan. aku banyak menerima pengajaran dari kesilapan diri terhadap kedua ibu bapa aku. aku banyak berdosa kepada ibu bapa aku , terutama kepada abah aku. aku minta maaf. semoga tahun hadapan aku akan lebih matang menghadapi situasi yang lebih mencabar.

hari jadi aku tahun ini juga lebih bermakna dari tahun tahun sebelumnya. ini kerana aku dapat kedua dua wishlist hadiah hari jadi aku. sebuah kamera dan seutas jam tangan. terima kasih kepada umi dan abah. (:

pelajaran aku pada tahun ini ada naik turunnya. tapi alhamdulillah , di penghujungnya , berada di atas. harap aku dapat meneruskan impaknya untuk bergraduasi tepat pada waktunya tahun hadapan.

aku mengakhiri tahun 2008 ini dengan titik noktah yang baik. aku harap aku akhiri tahun hadapan juga dengan titik notah yang baik juga. insyaAllah. semoga tahun depan lebih bermakna. lebih indah untuk diselami. semoga kenangan kenangan manis 2008 ini akan terus berada dalam ingatan kita.

selamat malam 2008.

selamat pagi 2009.

aku bersama ad , noh , amy dan nulu ketika unzipped hujan

aku dan mereka yang ini semasa birthday aiman

berhari raya dengan mereka yang gila

hari raya 2008

zuher dan fendy

selepas facebook party 2008

merdeka 2008

majlis perkahwinan alif saadon

wani ardy di rantai art event 2008

umi , ayu dan dada di genting

sahabat paling baik , shy

apple , kawan paling baik dan disayangi

hari bintang jatuh 2008

camni cap ehh bersama shy


bakal bakal jurutera kapal terbang malaysia

1 comment:

Anonymous said...

semoga tahun baharu ini membuka lembaran baharu dalam hidup anda. hargailah persahabatan dan kelibat mereka di sekeliling anda.

tingkatkan produktiviti
kurangkan kontroversi
don't drink and drive.
hahah~