second blog

Thursday, July 9, 2009

kenapa kenapa kenapa ?

kehadapan elmonism ,

tiba masa untuk bercerita. cerita yang mungkin boleh menjatuhkan air muka sendiri. tapi nak buat macam mana , ramai sudah bertanya.

kenapa aku masih di penang semester ini ? kenapa tidak nampak aku di uitm kampus shah alam ? kenapa aku masih berada di nilai , tidak di kampus tempat sepatotnya aku berada ? kenapa , kenapa , kenapa dan kenapa ?

ini dia keburukan internet.

semester lepas aku banyak menghabiskan masa aku didepan laptop. berdepan dengan pelbagai jenis manusia didunia internet. memperbanyakkan kenalan aku. dan juga mendedahkan aku dengan pelbagai ragam manusia yang membuat aku semakin mengenali dunia. tapi ada silapnya.

terlampau leka dengan dunia internet membuat aku banyak meninggalkan pembelajaran aku. banyak main katanya. ilmu yang sepatotnya aku genggam , hilang begitu sahaja. aish. oleh sebab itu , aku repeat. dan aku terpaksa extend.

dan malang bagi aku , subjek yang sepatotnya aku ambil semester ini , tiada ditawarkan semester ini akibat aku tiada pelajar junior. dan aku terpaksa extend lagi satu semester , semester depan. jadi aku bakal extend dua semester yang akan menjadikan aku belajar lapan semester hanya untuk diploma. aish.

ini nasib aku. ini ketentuanNya. aku terima dengan hati yang tenang. relaks. boleh berfoya. boleh dapat tiket free MAS. boleh relaks tak banyak subjek.

tapi buat ketika ini , aku sedang bercuti sebulan. sebab ibu kesayangan aku sedang berada di wad. dan oleh kerana abah bekerja mengikut roster , aku mengambil cuti untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang mithali , menjaga adik dirumah. :)

elmonism jangan risau , saya kool menghadapi tambahan dua semester. walaupon saya rasa saya dianiaya pihak tertentu.

2 comments:

sHEmA_sHImoT:D said...

elmi cool...

Anonymous said...

abg mithali ye? haha
jgn tinggalkn aku sorg2
tknk pegi bdmnton! abg mithali kne paham oh. whahaha