second blog

Tuesday, July 21, 2009

cerita tentang Bandung dan Jakarta.

elmonism ,

cerita bermula bila Dimas cakap yang HUJAN tercalon untuk APM '09 yang akan diadakan di Jakarta. aku pada masa itu terus jakun nak ikot. sebab aku tak pernah pergi ke Jakarta.

bila Dimas tahu yang aku ikot HUJAN ke sana , dia dan Noh bersetuju untuk jadikan aku official photographer untuk trip HUJAN ke Indonesia ini. mereka turut pergi ke Bandung untuk shooting video clip single terbaru mereka , Mencari Konklusi.

apa kata kalau aku bercerita sambil korang tengok gambar. kool tak ?

sampai di Jakarta pada hari Selasa , aku terus ke FX mall. dimana terletaknya FX cafe yang didalamnya ada studio. gila cool wei tempat tu. siap ada bilik untuk dj practice skill. makanan pon boleh tahan best. aku minum air Tina Turner. ada air lain yang nama dia BB King , Bob Marley dan lain-lain kat sini. kalah Murni punya I Love You atau Pink Panther weiii ! kat FX mall ni , Hujan buat rakaman untuk Channel V. Hujan perform 6 lagu kat situ.

sebaik habis saja shooting , kami bergegas ke Bandung. ke rumah Dimas dimana kami menginap. sebelum pulang , singgah makan Nasi Goreng Mawut. terbaikkkk gila ! lepas makan , kami pulang tidur. sebab esoknya call time pukul 9 pagi.

Rabu
kami terus ke Hilton Bandung untuk meeting dengan Kak Nini Channel V dengan Rewan. ada taklimat untuk shooting video clip. masa ni aku dengan Am dengan AG makan tak ingat dunia. sebab kelaparan.

lepas taklimat , kami terus ke lokasi penggambaran. gila kool bila dapat tahu yang Hujan akan shooting dalam tren. tren akan jalan ke beberapa stesen keretapi. sumpah best !

habis je shooting , kami terus ke Kampung Daun untuk makan malam. masa ni aku diserang demam yang teruk. nasib baik Panjang bawak ubat. terus telan ubat. terus sehat untuk ke mall dimana kami berjumpa Yulius. dia manager Hujan kat Indonesia. dia juga manager Changcuters. gila senget mamat ni. tak habis buat lawak.

lepas lepak , terus balik rumah Dimas. esok call time pukul 7 pagi katanya. balik balik terus tidur. semuanya penat tak ingat dunia.

Khamis

bila semua dah bangon , Dimas cakap , kami tak perlu pergi awal. sebab shooting hari kedua banyak melibatkan Scha dan Fauzi saja. kami terus bergerak sarapan. Dimas bawa pergi makan Bubur Nasi paling keren dekat Bandung.

lepas makan , kami terus ke lokasi dimana Scha dan Fauzi dah sibuk berlari sana-sini. punya lah ramai orang masa tu. relaks saja kat jalan keretapi. gila bahaya.

belum sempat habis shooting , pengarah minta seorang pelakon extra. mula-mula Dimas offer diri , lepas tu Dimas bagi dekat aku watak tu. sumpah 3 saat je aku keluar dalam video clip tu. haha tapi puas laaaa. korang tengok babak last nanti tau !! lepas habis shooting kami tak terus balik.

Jumaat
bangun je dengar kecoh-kecoh kat tv , Jakarta kena bom. patot handphone Noh bunyi tak berhenti pagi tu. semua jadi lost. tak tau APM jadi ke tak. Yuna siap call Noh , sebab tak jadi datang Jakarta. takot APM cancel. tapi at last , APM jadi juga. Yuna pon datang.

masa on the way ke Jakarta ni la Noh marah aku. tapi aku malas nak cerita. haha malam tu aku ikot Hujan soundcheck. gila diskriminasi. Hujan kena soundcheck pukul 3 pagi.

lepas tu , drum set Hujan yang paling simple. drum set ST12 , Nidji , Yovie Nuno dengan Kotak semua gila penuh. aish.

Sabtu
bangun pagi terus gerak Convention Centre. ada full dress rehearsal katanya. tapi kelam kabut je. tu pasal Hujan tak lalu red carpet. sebab kena rehearsal masa red carpet. gila !

kat backstage jumpa Kotak dengan Nidji. Stacy dengan Ayu bilik sebelah Hujan. Faizal Tahir dengan Aizat pulak lepak bilik Hujan kat backstage. memang riuh lah dalam tu. tak habis bahan Faizal Tahir pasal PTPTN.

habis APM , semua kumpul. nak pergi post party buatan sendiri. dekat mana entah tak ingat. Faizal Tahir , Aizat , Yuna semua join kitorang. dorang cakap ada Adi Sixth Sense , tapi aku tak perasan pon. Noh punya parents pon ada. Yuna punya parents pon ada. macam nak merisik je. haha

Ahad
bangun , terus breakfast dengan Am. lepas tu terus pergi airport. dekat airport menunggu 4 jam. nak balik KL.

sampai KL , Noh call , tanya aku dah sampai rumah belum. sebab kitorang flight lain-lain.

trip aku ikot Hujan ni menambahkan senarai kawan aku. ada Opank , Ashaf , Wulan , Biel dengan Vivi. gila best. lepas ni bila-bila boleh pergi Jakarta dengan Bandung lagi !!

p/s : satu soalan aku , pernah tak korang naik kapal terbang masa selsema ? SUMPAH SAKIT weiii !

2 comments:

scha said...

mie..
aku benci kau!

p/s:uiy..apa aku buat dalam vc tu?
hahaha..
sbuk je scha tu..
damn!

Unknown said...

aku pun benci hg!buleh?

hahaha