second blog

Friday, January 2, 2009

selamat pagi 2009.

masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2009 kepada semua yang sudi menyinggah ke blog aku yang tidak seberapa ini.

dalam entry ini , aku ingin berkongsi dengan semua tentang azam dan impian serta angan anganku sempena tahun 2009 ini.

pertama sekali , aku ingin sekali untuk menamatkan proses pembelajaran aku tepat pada waktunya. aku tidak mahu melanjutkan lagi semester aku. aku sudah tidak ada duit untuk menampung yuran pembelajaran. semoga semester ini aku belajar bersungguh sungguh. memandangkan myspace dan facebook sudah semakin busan bagi aku. apatah lagi friendster. aku yakin aku boleh belajar dengan cemerlang. walaupun 21 credit hours yang perlu aku tempuh semester ini. aku yakin aku boleh. cuma memerlukan sedikit suntikan semangat dari rakan rakan serta ahli keluarga. semangat tapi bukan tekanan.

kedua , aku berjanji pada diri sendiri , untuk tidak lagi melibatkan diri dalam gigs yang tidak berfaedah. melainkan gigs itu mempunyai tarikan yang tersendiri. seperti contoh , ada julie goes overseas perform , hujan , dan juga mungkin apabila aku menjadi crew. tetapi tidak semestinya aku tidak pergi gigs , aku tidak akan pergi ke event event lain. anda mungkin silap. aku amat sangat mahu jadi crew hari bintang jatuh 2009 dan aku juga mahu jadi crew rantai 2009. insyaAllah pada ketika event itu berlaku , aku akan sudah menamatkan pengajian aku.

ketiga , aku teramat mahu menjadi pramugara pada tahun ini sebaik aku menamatkan pengajian aku. aku kepingin menjadi pramugara adalah kerana minat mendalam aku untuk melawat ke negara orang. dan juga minat mendalam aku terhadap kapal terbang. tapi aku tidak mahu menjadi jurutera kapal terbang kerana ketidakmampuan jurutera pergi melawat negara orang secara kerap. walaupun jurusan pembelajaran aku ini memang akan membawa aku ke arah karier seorang jurutera kapal terbang.

keempat , disebalik kejayaan sendiri , aku juga teringin melihat kejayaan bulan clothing. aku kepingin untuk melihat bulan clothing menjadi setaraf wearenvy. cukuplah menjadi setaraf mereka untuk tahun ini. dapat mengeluarkan design sehebat chantq juga amat melegakan aku. aku amat berharap sahabat bulan clothing aku akan berubah dan memulakan kerja selain dari selalu bermain dota. diharap dengan usaha kamu semua , dapat kita sama sama mengecapi kejayaan di lain hari.

kelima , di usia yang semakin tua , semakin matang ini , aku juga ingin merubah diri untuk menjadi manusia yang lebih sempurna mental dan fizikal. aku ingin menjadi anak yang lebih baik kepada kedua ibubapa aku. aku ingin menjadi abang yang lebih baik kepada adik adik aku. aku ingin menjadi cucu , anak saudara , sepupu , cicit yang lebih menghormati ahli keluarga yang lain. aku juga ingin menjadi kawan yang lebih cool , lebih hebat kepada kawan kawan aku. aku juga ingin menjadi seorang pelajar yang agak cemerlang kepada pensyarah aku. dan aku juga berjanji untuk menjadi seorang bekas kekasih yang amat baik dan peramah kepada bekas bekas kekasih aku.

keenam , aku juga berjanji kepada diri sendiri , aku akan menjadi seorang hamba yang senantiasa tunduk kepada perintahNya. aku akan cuba sedaya upaya untuk melengkapkan solat 5 waktu sehari semalam yang selama ini kerap tertinggal subuh dan kerap dilewatkan lain lainnya. akan juga aku kerap berpuasa sunat selepas ini. tapi sebagai manusia biasa , aku akan perlahan merangkak ke arah itu. tidak mungkin aku akan dapat menjadi sebaik manusia dalam sekelip mata.

ketujuh , aku akan cuba sedaya upaya untuk menurunkan berat badan aku. terlalu berat rasanya sekarang badan aku ini. 74kg adalah suatu angka yang sudah tidak boleh diterima akal aku. tinggi 171cm , berat sepatotnya hanya 67-70kg sahaja. aku berazam untuk menurunkan sebanyak mungkin kilogram itu.

kelapan , aku akan cuba untuk terus hidup berblog. agar semua kenalan aku akan dapat mengikuti perkembangan hidup aku. termasuk musuh aku juga. supaya semua dapat tahu , adakah aku dapat melaksanakan semua azam , impian dan cita cita aku ini. doakan aku. semoga aku menjadi seorang yang lebih hebat menjelang 2010 nanti. insyaAllah.

1 comment:

Ezza Narziefa said...

aku suke dgn azam2 ko...semoge berjaya wahai sahabat !!

;)