ini sebuah cerita yang disampaikan secara dalam bentuk sajak.
ternampak dia
terlihat dia
terpandang dia
terjeling dia
dia yang aku nampak
merupakan bekas kekasih hati
yang aku tidak pasti
adakah aku sayang dia
dia yang aku lihat
sudah punya kekasih baru
berjalan seinci jauhnya
mungkin cuba untuk berselindung
dia yang aku pandang
sudah mula berkaca mata
tapi matanya yang empat itu
tiada melihat aku langsung
dia yang aku jeling
pernah menafikan kehadiran lelaki baru itu pada aku
tapi akhirnya terkantoi dengan mataku sendiri
seorang lagi bekas kekasih aku yang sudah mula hidup baru
dia yang pernah aku sayangi
kini sudah aku lupai
aku kini pula cuba mencari
dimana cinta sejati
aku rasa , siapa yang baca blog elmi hujan , pasti tahu akan peristiwa ini. aku tidak mahu cerita panjang. semuanya sudah tersurat. tiada yang tersirat. aku juga yang masih di takuk lama. mungkin ada hikmah.
jangan anda ingat aku cemburu. aku cuma tersentuh. hatiku juga sensitif seperti orang lain.
ingin melihat kesemua bekas kekasih bahagia ,
elmi.
4 comments:
wahh. sudah pandai berpuisi. eheemmm.best best. hehe :)
sabar yeh elmi..
u study elok2..
nnti mesti dah keje!!
u'll have sumone!!
trust me!!
^^
ya,
pasti tersentuh sebentar...
SEBENTAR sahaja.
lalu kamu bangkit,
toleh,
dan berjalan ke arah berlawanan.
ahaa~
kenapa perlu dipedulikan kegembiraan orang (ex) sedang kita sendiri menderita.
Post a Comment