second blog

Sunday, January 3, 2010

kutuk diri sendiri.

okey , selalunya dekat sini , aku akan mengutuk orang , menghentam orang. kan ? walaupun selalunya aku mengutuk orang secara am , tidak secara khusus , tapi masih ada yang terasa. kan ?

jadi hari ini , entry kali ini , entry terakhir aku untuk beberapa ketika rasanya , aku mahu mengutuk diri sendiri.

okey , aku tidak tahu nak mula dari mana.

untuk pengetahuan pembaca , atau dengan ayat yang lebih sedap dan pendek , FYI , aku ini merupakan seorang yang tidak pernah cukup solat lima waktunya. tidak pernah. kalau pernah pun , rasanya tak kushyuk kot solat aku itu. dan untuk pengetahuan kau orang juga , aku belum lagi khatam al-Quran. pernah menanam niat untuk sama-sama pergi mengaji dengan arwah tazo awal tahun lepas. tapi tidak pernah kesampaian.

aku juga seorang yang tidak baik dari personalitinya. aku gemar mengutuk orang belakang-belakang. bila aku mula mengutuk , tidak kira siapa , semua aku akan kutuk. termasuk kawan baik aku sendiri aku akan kutuk. sebab aku fikir diri aku macam bagos , itu sebab aku kutuk orang.

aku juga seorang yang teramat pemalas. kalau disuruh buat apa-apa , memang aku takkan buat. kecuali betul-betul dipaksa. itupun kalau aku rasa perlu buat , baru aku buat. assignments , project semuanya aku tidak pernah ambil serius. malah , aku tidak pernah nak buat pun. setakat copy paste. dan cari jalan mudah. itu sebab aku tidak bekerja waktu cuti semester.

aku seperti manusia lain , aku gemar mencari salah orang lain , supaya nampak diri aku tidak bersalah. aku juga selalunya akan menyelamatkan diri aku dahulu dari satu-satu masalah yang timbul supaya aku tidak akan disabitkan kesalahan oleh siapa-siapa.

aku juga seorang yang tidak pernah berfikir panjang. kerana itulah banyak masalah yang timbul yang disebabkan oleh aku. contoh , beberapa kes yang terjadi sepanjang tahun lepas. semuanya berpunca dari aku. kalau tidak kerana ketidakwarasan akal fikiran aku ini , pasti hidup orang sekeliling aku akan lebih bermakna.

aku juga seorang yang gemar memaksa. atau lebih sesuai , suka menjadi ketua. maksud aku , aku suka kalau orang dengar dan patuh pada cakap aku. kerana ? kerana aku rasa diri aku cukup bagos untuk menjadi ketua. aku kan bagos.

aku seorang yang tidak peduli tentang apa yang orang cakap terhadap aku. itu sebab ego aku jadi semakin tinggi. sampai aku rasa , aku ni manusia paling bagus dalam dunia ni. wtf ?

paling yang aku tidak suka tentang diri aku ialah , aku seorang yang suka menyusahkan orang lain. kemana-mana , kawan-kawan perlu mengambil hantar aku. kemana-mana perlu berteman. kalau naik kereta aku , kena payung minyak baru aku jalan. perangai macam sial.

lagi pulak tu , aku seorang yang kedekut nak mampos. dengan adik sendiri pon aku berkira. sebab apa ? sebab aku kan bagus. duit aku , duit aku lah. untuk aku seorang pakai. bukan untuk orang lain.

lagi apa lagi aku nak kutuk diri sendiri ?

oh , aku seorang yang mementingkan diri. aku seorang penikam belakang. aku seorang yang bukan mementingkan keluarga atau kawan-kawan. aku seorang pengkhianat. aku seorang yang kejam hati. aku seorang yang perangai macam babi. aku seorang yang suka kacau awek orang. aku seorang yang suka dekat semua orang , playboy gila babi. aku seorang yang skema nak mati.

dan aku juga seorang manusia biasa. tiada yang sempurna.

dah , jangan kawan aku lagi dah. aku busuk. kau je yang wangi.

7 comments:

AIYER said...

beb. baca ngko punya entri yg semua 'aku' ni, buat aku terasa jugak. cz rasa mcm kutuk diri sendiri dlm hati.haha. -dib-

Nazatul Lockman said...

tahniah,
kerana anda berjaya mengakui kelemahan diri.
penyelesaian:
cuba utk mengubah kelemahan itu menjadi kelebihan..
gudluck darling!..;)

Farah-Izzaty said...

bukan senang nk ngaku kelemahan dri..
ok la tu..

AfiDani said...

aku rase xde satu manusia pun yg x buat mcm ape yg ko buat tu. kite semua same je, Elmi. ape yg ko buat tu,kdng2 aku buat jgk. kutuk2 org pun slalu. biase la tu. tp dlm hati la...hihi

Chill Elmi ;>

atreyu strange said...

mengaku kelemahan sendiri atau sedang menganjing seseorang? lulz~

Elmi said...

dib : yeke ? aku tak bersalah!! HAHA
naz : haha baiklah akan dicuba.
farah : kan kan ? wuwu
afi : semua orang pon buat eh ? maknanya aku ni baiklah ? LOL
atreyu : kau rasa ? gahaha =)

AfiDani said...

Elmi: jgn nak prasan hahaha...
sume org ade buat baik n yg x baik. kita x bole judge seseorg tu baik or jahat. yg baik n jahat tu adalah berdasarkn kpd perbuatan dieorg & dr mata individu lain yg menandang sesuatu perbuatan tersebut dilakukan :D