second blog

Wednesday, December 16, 2009

bella is a bitch.



selamat petang.

aku pasti kebanyakkan kau orang sudah tengok cerita di atas ini , New Moon. sebenar-benarnya , sudah lama ingin aku coretkan tentang ini , tapi masa selalu tidak mengizinkan. juga kemalasan untuk menaip selalu membuak-buak.

hari ini bukan aku nak cerita pasal cerita ini. cuma nak bercerita tentang orang-orang yang menonton cerita ini.

sebaik sahaja mereka tengok cerita sambungan kepada Twilight ini , semua bikin kecoh mahu jadi team bagi pihak di sebelah mana. team Edward atau team Jacob. adoilahaii. dari kau orang semua kecoh-kecoh nak jadi pihak mana , baik kau orang selami jalan cerita New Moon ni.

maksud aku , teliti watak Bella. dari kau orang heboh dengan kekacakan si pucat Edward , dari kau orang agungkan si badan tegap Jacob. kau orang sedar tak si Bella itu perangai , mak aih , sungguh bitch sekali.

setuju ? kalau tidak , mari aku ungkaikan.

mula-mula Bella jatuh cinta dengan Edward. bila Edward hilang , Bella jadi sunyi gila babi. hidup tensi , semua buat tak tentu arah. jadi dia cari kawan dia , Jacob. mula-mula kawan lah kan ? lepas itu , mula bagi harapan. bagi hint-hint yang tak perlu rasanya nak bagi. lepas itu Jacob pon sudah mula tak tentu arah , sebab dah jatuh cinta dengan si Bella ni.

tup tup , Edward semacam muncul balik. terus Bella tinggalkan Jacob. pergi dekat Edward. padahal masa Edward tak ada , Jacob ni lah yang duduk teman dia , jaga dia , buat dia rasa apa nikmat dunia. lepas ada Edward , terus Jacob tak diperlukan.

sekarang kau orang setuju tak yang Bella ni bitch sebenarnya ? mempergunakan lelaki untuk kebahagiaan diri sendiri. tak hirau langsung perasaan orang lain , orang sekeliling. pentingkan diri namanya.

so now I will ask you guys one more time , are you team Jacob or are you team Edward ? or maybe , team Bella is One Hell Of A Bitch.

(:

9 comments:

nad the mukpen said...

hahaha. aku sedar tu. that's why klu org tanya aku psl new moon aku ckp 'ok je.'

sbb aku rasa bella tu jahat aka bitch. tapi tak bermakna aku benci Kristen Stewart ok. ;p

(=

Rizal Yusof said...

Fulamak posy yg sgt berani bro even
aku mmg sedar ke-bitch-an si Bella itu...
Huhuhuh....
Nasib bek xdak TEAM bella!!!=p

afiqsiddhartha said...

aku benci bella.tapi bella tak benci aku.tapi dia memang 'anjing betina'. rawr!

Anonymous said...

btol2..
benci kot kt Bella..
Kat Kristen Stewart pon x suke sgt..
x tau la npe..just x ske..

atreyu strange said...

Wahh. Mcm mencoret pengalaman sendiri jek? Huhu. Anyway, I don't watch this Twilight thingy because it has been overrated. So, I don't know about the characters much. =.=

Eerie Liuvyx said...

100% tak setuju
becoz bella tak pernah pon bg jacob any hope
kalu perasan pon bella tak pernah nak kiss jacob pon bcoz die masih syg edward
since part 1 pon lg jacob yg terhegeh2 kt die
damn i'm a big fan of twilight
how could u guys...hahaha..over

Phynaz said...

wow elmo. emo nampak. but i like this. props to you from zoe ;)

Along said...

i'd finally watched twilight, itu pun tengok separuh separuh.

tak hingin langsung nak tgk new moon.
and mostly friends yang dah tengok NM says the same thing as u did, so why shud i b watching a bitch in action when I've met real ones in life?

ha aku memang emo.

jiher :) said...

hahaha. aku tatau pon ade team jacob ngn team edward. gila pathetic! haha