second blog

Wednesday, December 9, 2009

mentaliti malaysia

aku dah tak banyak masa untuk menaip. tapi aku gagahkan jugak jari-jemari aku ini untuk menaip. sebab aku rasa blog ini salah satu cara untuk merapatkan hubungan jauh antara kita-kita.

hari ini aku mahu membebel mengenai mentaliti orang kita. orang melayu kita. orang cina kita. orang india kita. orang malaysia kita. satu malaysia kan ? jadi semua kena. tak kira bangsa.

mula-mula aku nak cerita pasal kawasan perumahan aku. sekarang sudah ada papan-papan tanda 'Jangan Buang Sampah Merata-rata' dan 'Keep Our Home Clean'. tetapi malangnya , semasa kali pertama aku terpandang dengan papan-papan tanda tersebut , aku ada nampak seorang makcik ini , elok saja dia berjalan kaki sebelah papan tanda tersebut , dan terus dia buang botol air dia sebelah papan tanda itu. assalamualaikum makcik , tak makan saman ke papan tanda dah ada pon masih tak reti nak baca ?

kedua , jalan lintasan pejalan kaki. aku bukan nak cerita besar atau cakap letup-letup punya kuat lah , tapi aku pernah pergi tiga empat negara luar , dan pada dorang ni , pejalan kaki adalah yang paling penting. kereta belakang cerita. tapi tidak di sini. contoh , masa umi di hospital dulu , depan hospital jalan nak menuju ke parking kereta ada lintasan zebra. kereta yang lalu dekat situ semua haram punya laju. tak ingat dunia. bila sampai dekat lintasan zebra tu , makin dia laju. bukan dia berhenti dan beri laluan kepada pejalan kaki. lagi dia pecut. siap hon. kalau dekat australia , sedangkan lampu lintas jalan kaki merah pon , dorang tak hon. dorang beri masa kepada pejalan kaki ni habis lintas jalan dulu. lepas tu baru dorang pecut. tak percaya tanya izz.

ketiga , lampu isyarat. aku paling bengang nak mati dengan orang yang suka langgar lampu isyarat. nak kemana pon tak tahu lah dorang ni nak cepat je memanjang. contoh paling dekat , lampu isyarat depan rumah aku ni saja. selalu sangat orang buat bodoh dengan lampu merah tu. setiap kali aku nampak orang langgar lampu merah ni , sumpah aku menyumpah. harap dia betul-betul terbabas langgar lampu itu. tapi jangan mati , kasi dia patah kaki , jongos gigi , putus tangan. biar dia belajar sikit. dan harap dia tak buat lagi. orang malaysia mana belajar dari pengajaran. dorang belajar dari tengok movie yang tak ada pengajaran.

keempat , pengangkutan awam. orang malaysia ini aku tengok , dah makin malas. kalau tak ada kereta , dah tak mahu keluar berjalan. seboleh nak naik kereta. apa kelas naik komuter , kata mereka. aku bukan apa , aku kagum tengok orang luar , yang bangga bila naik tren pergi kerja , naik bas pergi date. tengok sajalah bagaimana sesaknya tren dekat jepun , subway dekat us , underground dekat london. walaupun sesak , dorang tetap relaks. tak macam orang malaysia kita , malaslah naik komuter , ramai ! tapi ada juga yang aku bangga. orang malaysia kita sekarang dah pandai beratur nak naik komuter. beratur masa komuter belum sampai. komuter dah sampai , hilang beraturnya. serius.

lima , kedai kopi. kedai kopi yang bukan bermaksud warung kopi tempat orang minum kopi. tapi mengumpat. orang malaysia ni aku tengok banyak sangat umpatnya. sana sini mengumpat , mengutuk dan membahan. tak kira dari umur usia remaja sampailah ke yang tua bangka. tak ingat nak mati. mengumpat bukan dapat apa pon. dapat dosa. tak kira dari orang yang tengah melanggar lampu isyarat tu ke atau pon orang yang tengah beratur nak naik komuter tu ke , ada saja yang tengah mengumpat.

enam , bodek atau lebih sedap aku panggil kipas bontot. orang malaysia ini dah terlampau biasa dengan membodek. bodek sana , bodek sini. kipas bontot pensyarah , cium bontot bos. apalah hipokrit sangat korang ni. aku tengok dari budak sekolah , pelajar universiti sampailah ke pekerja am , semuanya pasti ada yang perlu membodek. bodoh. budak sekolah nama abu tu nak wakil sekolah bola sepak , jadi dia kipas bontot cikgu dia. pelajar universiti nama abu yang dah besar tu nak cemerlang dalam peperiksaan dia , jadi dia cium bontot pensyarah dia. pekerja am nama abu yang dah dewasa tu nak naik pangkat , jadi dia usap-usap bontot bos dia. kau hipokrit dan kau tak ada maruah. bodoh.

tujuh , duit. zaman sekarang zaman banyak pakai duit. banyak benda kita buat kena perlu sangat pakai duit. nak pergi kerja pon perlu ada modal. duit tambang atau duit tol. duit makan tengahari , duit minyak , duit teksi , duit tandas. sebelum kau dapat gaji , kau dah dapat tahu yang hidup kau bulan depan pasti akan sengkek. itu orang yang dah bekerja. orang yang belajar macam aku ni ? harap duit bulan dari abah aku. rm350 tak banyak. tolak duit sewa , duit letrik , duit internet , aku cuma ada rm150 untuk makan sebulan. itulah manusia. dah tahu tak ada duit , tak payah rasanya nak ada internet. pakai benda ikot keperluan sudahlah. bila ada duit , beli benda bukan-bukan. beli drum yang tak patot tu. bila sengkek , pandai merungut. lagi satu , kalau dah tak ada duit , lupakan pasal dating. buat malu je lelaki keluar dengan perempuan , tapi perempuan belanja. malu.

lapan , dengki. orang malaysia ni ramai sangat yang ada perasaan dengki aku tengok. ramai. pantang nampak orang hebat sikit , mulalah dengki. kawan tu baru ada kawan ramai sikit , dah mula rasa bahang. kawan tu baru ada barang baru , mula rasa panas. kawan tu baru berjaya sikit , dah rasa tak senang duduk. terus cari jalan nak jatuhkan kawan itu tadi. semalam aku dengan scha cerita pasal kenapa kedai hebat selalu bungkus ? jawapan aku senang saja , orang dengki. macam-macam cara dia boleh buat kasi kawan dia tu bungkus kedai.

sembilan , cakap besar. fuhh ! gila menatap aku dengan orang-orang yang cakap besar ni. benda baru jadi sikit , dia punya cakap dah besar gila dah. macam hebat sangat dah. sekali tengok-tengok , benda tak jadi. kan dah malu. mana kau nak letak muka lepas tu ? dah malu sangat dah sampai tak tercampak muka kau dah. sebaik-baiknya tak perlulah bercakap besar. relaks sudah okey ? bila dah patot heboh , barulah kau heboh satu malaya.

sepuluh , lupa diri. dalam banyak-banyak perangai manusia dalam malaysia ni , yang paling aku menyampah , lupa diri. kau baru nak besar sikit , kau dah lupa diri. dah lupa asal usul. aku malaslah nak tegur orang macam ni. dia ingat dia dah bagos sangat. baru bisnes sikit , dah lupa mak ayah. baru kaya sikit , dah lupa bini. baru belajar sikit , dah tutup telinga. tuhan tu besar. nak tarik kejap je lahaiii. jadi tak perlu lupa diri ok ? balik ke pangkal jalan.

terakhir , wayang. orang malaysia kita ni sampai bila nak berubah aku pon tak pasti. nak tengok wayang pon jadi masalah. nak tengok cerita yang best saja. best pada mentaliti orang malaysia adalah filem yang boleh buat kau melekat dekat kerusi panggung itu sampai habis cerita. bukan best sebab filem itu best. mentaliti orang malaysia kalau tengok wayang , kelas ketiga. terus terang , orang bikin filem bukan untuk enjoy. orang bikin filem untuk belajar pasal hidup. okey aku tipu , orang bikin filem sebab untuk hidup. tapi kita-kita yang tengok ini , janganlah duduk harap nak tengok cerita yang efek dia kebal. tengok lah cerita yang ada jalan cerita. cerita yang ada makna. bukan cerita yang buat kau menangis , tapi kau tak dapat apa. faham tak apa yang aku cakap ni ? kalau tak faham , kau memang penonton kelas ketiga. penonton malaysia. pergilah kau tengok cerita a razak mohaideen tu hah. orang sekarang layan cerita kabir bhatia , kau sekat lagi tengok razak punya filem. sebab kau kelas ketigalah. haha

kalau nak ikutkan , banyak saja yang aku tak suka dengan mentaliti orang kita. tapi nak buat macam mana , takkan aku nak senaraikan semua. penatlah aku. bukan korang masok otak pon. baca lepas tu hilang. lepas tu buat. pehh. lagi mencanak otak aku nak anggap korang kawan.

aku harap sesiapa pon yang baca entry macam bagus aku ini , bukanlah yang tergolong dalam golongan bodoh sombong ini. dan aku harap , kalau korang tergolong dalam golongan ini , berubahlah. sebab aku dapat rasa yang generasi aku sekarang inilah yang bakal mengubah masa depan malaysia menjadi sebuah negara yang lebih maju dan lebih sukses di masa hadapan.

tapi tidak bola sepak. sebab aku rasa generasi adik aku pon belum tentu lagi dapat bawa malaysia pergi piala dunia. sukan sea pon berapa belas tahun lagi baru boleh menang agaknya. itulah , cium bontot coach lagi. siapa suruh !

8 comments:

hzrh said...

lagi satu , kalau dah tak ada duit , lupakan pasal dating. buat malu je lelaki keluar dengan perempuan , tapi perempuan belanja. malu.


LIKE!
:)

Nazatul Lockman said...

sokong bab wayang..
diorg nk filem yg sng nk phm@nk cpt..
dr membaca filem itu sendiri utk difahami..

Elmi said...

hazirah : jyeah !
naz : kan ? give me five ! ;)

AfiDani said...

100% sokong ko punye entry. mmg itu yg berlaku pd masyarakat Malaysia skrng nie.

afiqsiddhartha said...

Tapi weyh.aku selalu nak keluar duit time ngan sorang ex aku ni.die tak pernah nak kasi.sampai marah2.macam mana tu?

Elmi said...

afidani : give me five yaw !
afiq : haha kalau dah macam tu , let it be lah. kita makan free ! hahahahaha ;)

Scattered Kim said...

baguih entri hang.
no 1 - itu nama dia sampah masyarakat
no 2 - org lintas = menyemak jalan raya
no 3 - aku lah tu hahahha
no 4 - public transpot menepati masa takpe beb
no 5 - itu lah name nye menJOYAH! hahah
no 6 - yup! bodekers are suckers!
no 7 - lelaki tak tau malu RAMAI SIOT!
no 8 - dengki sampai mati!!
no 9 - exited la tuu
no 10 - kabir batia & afdlin RULES!

Elmi said...

kak ikim : ha'ah , public transport selalu lambat. lupa nak selit dekat entry. haish. memang sucks gila nak menunggu public transport. hahaha