second blog

Wednesday, December 23, 2009

perempuan.

ini teori aku terhadap perempuan.

perempuan ini bagi aku punca masalah hidup. sekurang-kurangnya bagi aku. walau jatuh cinta macam mana pon aku dekat seseorang perempuan itu , pasti akan ada masalah yang diberikan oleh mereka-mereka ini.

serius.

aku akui , perempuan ini pelengkap hidup lelaki. tetapi itu perempuan yang memahami , perempuan yang berakal fikiran. bukan perempuan yang melulu dan terlalu ingin mengawal keadaan dan tidak dilupakan , yang terlampau mengada-ngada. dia mungkin kata dia manja , tapi orang pandang dia sebagai mengada-ngada atau lebih dikenali sebagai gedik.

aku bukan nak cari gadoh dengan perempuan. tapi aku hanya ingin bercerita dari sudut seorang lelaki. setidaknya , dari pandangan aku , lelaki yang tidak berpunya , tetapi sudah 24 kali bermain cinta. dan sudah berpuluh kali hampir jatuh cinta real hard.

perempuan akalnya satu. mereka pada aku , tidak banyak berfikir seperti seorang lelaki berfikir. itu sebab perempuan ini kadang-kadang emosi semacam terganggu. kadang ada yang panas baran terlampau. bikin suasana jadi kecoh. kadang ada yang tidak menyelidik , terus menuduh membabi buta.

ada juga aku pernah kenal dengan perempuan yang kaki mengikis. ada yang gemar mengongkong. ada yang suka mengawal keadaan. ada yang tidak pernah cuba untuk memahami. ada yang suka menuduh tak tentu pasal. dan ada juga yang cemburu sebab aku berkawan dengan lelaki.

haihh.

perempuan. aku sedar , aku keluar dari perut seorang perempuan. aku sedar , aku dibesarkan oleh seorang perempuan. aku sedar , aku dimanjakan oleh seorang perempuan. tapi watak seorang ibu tidak akan sama dengan watak seorang perempuan.

cuba selalu , anda kaum perempuan , sila memahami masalah sang lelaki. jangan hanya memahami sekali-sekala sahaja. cubalah faham selalu. masalah kami , lelaki ini , bukan datang sekali sekala. kami punya masalah selalu. selalu.

aku beri contoh untuk kau orang lebih faham maksud aku.

setiap kali nak keluar date , kami sang lelaki ini , pasti akan berfikir rasionalnya untuk keluar bersama. kerana ? sudah pasti wang ringgit. kalau dah diajak perempuan , pasti perlu berlagak gentleman. perlu belanja makan , dan lain-lain kos. kalau kami jenis yang sudah bekerja , mungkin sedikit mudah. tolak-tolak duit sewa rumah , duit mak ayah , duit bil dan duit kereta , ada lah sikit modal untuk keluar date dengan perempuan.

kalau kami jenis yang masih belajar ? susah. tapi ada juga yang tak pernah nak guna akal yang satu tu. buat bodoh saja dari mula si lelaki ambil dirumah , sampai lelaki hantar balik depan pintu gate depan rumah. kami tau la , kami yang ajak awak keluar. tapi , awak kenalah faham , saya belajar. mana ada duit sangat. apa kata kalau awak bersikap rasional hulur sikit bantuan. sekurang-kurangnya berbahasa lah. bukan kami mengharap sangat. cuma kalau saling bantu-membantu kan lebih manis. lebih suwit. kan ?

mungkin aku membebel macam ini , orang akan pandang serong pada aku. eh apa lah elmi ni , dah tak ada duit , ada hati nak ajak perempuan keluar , lepas tu tak tau malu nak suruh kita keluar duit kita pulak.

terus terang , kalau aku tak ada duit , aku takkan berani ajak siapa-siapa keluar. sebab aku takot aku akan keluar dengan perempuan yang tiada rasional seperti yang aku cerita diatas.

kalau ada yang cukup rasional , pandai berfikir. nanti berlagaklah pulak. ego tinggi. aku dah keluar duit aku , kau kena dengar cakap aku. sekarang aku nak beli-belah dekat klcc. lepas tu bawa aku pergi pavi , nak makan. lepas tu sebelum balik , singgah nilai 3 , nak beli kain.

kesian lelaki tu. perempuan tu saja yang happy. lelaki merana. kena ikut kehendak perempuan. sekali tak apa. tapi kalau dah lapan juta kali ? selamat tinggal awak , saya dah ada perempuan lain. tolak ansur itu penting. jangan nak dengar cakap awak saja ya perempuan ?

okey , sekarang dia dah boleh fikir rasional. dia juga dah tolak-ansur. tapi tiba-tiba dia mengongkong pulak. ini parah sikit ni. kongkong boleh kongkong. tapi janganlah sampai kalau i nak pergi main futsal dengan kawan-kawan i pon , you nak marah. takkan kemana i pergi , i nak heret you ? nanti you jugak bosan duduk menanguk tepi gelanggang. bagilah i sedikit kebebasan. i tak pernah halang you pergi beli-belah dengan kawan-kawan you pon. lagipun i main futsal dengan kawan lelaki. perempuan tak ada. janganlah kongkong. nanti i kongkong you , pandai pulak you cakap , i nak space , you jangan kongkong i. betul tak ?

kalau yang kongkong tu pada aku dah cukup bagos dah. dari ada segelintir yang queen control. mak aih. ini lagi tak boleh belah ni. semua nak ikot cakap dia. kalau tak dengar cakap , kita clash. kadang-kadang lelaki ni terlampau sayang. ikut saja cakap si perempuan. yelah , awek aku hot. biarlah dia nak jadi queen control. kesian balak kau , orang pandang dia sebagai dayus. dengar cakap perempuan.

kejap , ada yang lagi best. perempuan tak sedar diri. bila lelaki sms perempuan lain , pandai cemburu , pandai marah. tapi diri sendiri ? main sms dengan lelaki lain. siap manja-manja. bila lelaki buat semua salah. tapi bila dia buat , semua tak nampak. dah nama pun perempuan. memanjang nak menang.

ada juga perempuan yang kuat menuduh. melulu saja dia tuduh tanpa usul periksa. aku kagum dengan perempuan macam ni. sebab bila bergaduh nanti , pasti si lelaki akan menang. sebab dia tuduh benda yang tak betul. lepas tu hebohlah telefon minta maaf sebab buat tuduhan yang salah. kan dah padan muka ?

ada juga yang terlampau obses dengan si lelaki. maksud aku , sikit-sikit , boyfriend. sikit-sikit boyfriend. sampai orang naik meluat dah nak dengar. tup tup esok bergadoh , clash. macam mana dude ? malu tak nanti ?

last-last. tak nak cerita banyak. nanti orang bosan baca panjang lebar. ada satu jenis perempuan ni , yang duduk dengar cerita sebelah pihak. ni bukan perempuan saja , tapi lelaki pon sama. cuma kebanyakkannya perempuan yang berkelakuan sebegini rupa. sebab itulah , melulu membuat tuduhan. tidak berfikiran secara rasional. bila dengar cerita sebelah pihak , confirm pihak yang lagi satu tu salah. confirm ! cuba dengar dua-dua belah pihak dulu. barulah melenting.

semua yang aku cerita dekat atas ni , atas pengalaman 21 tahun aku hidup. tolak 10 tahun tak tahu apa apa pasal perempuan. aku ada 11 tahun pengalaman. dalam 11 tahun tu , macam-macam jenis perempuan aku dah jumpa. setakat ini , pasti ada yang tak kena dengan setiap perempuan yang aku suka. tak percaya , tanya kawan-kawan rapat aku. pasti wujud perkataan tapi yang terpacul dari mulut aku.

sebab apa ? sebab pada aku , perempuan ini menyusahkan. walaupun aku sedar , yang aku perlukan seorang perempuan ketika ini. HAHA

lucu kan ?

mana ada lelaki yang tak perlukan perempuan dalam dunia ni. aku tak terkecuali. cuma , jadilah perempuan yang berfikir. jangan jadi perempuan yang cantik luar saja. tak ada manusia sempurna. tapi ada manusia yang hampir sempurna di mata setiap manusia yang lain. aku tak tipu.

saya sayang awak , perempuan. :)

36 comments:

Anonymous said...

bro,ko tunggu masa je la nak kena fire nnt. hahaha

tapi kadang2 ade pulak pompuan dah cun,laki pulak spoil. :P

duniaaa duniaaaa

AlisaHalim said...

pelik tapi benar

afiqsiddhartha said...

isu perempuan mata duitan memang tak boleh diterima.yang lain tu kerenah perempuan yang biasa.aku boleh terima.kita ni(lelaki) tak mungkin sama sekali dapat faham perempuan sepenuhnya.yang kita mampu hanyalah tepekkan rasa sayang dan cinta.jangan cuba nak faham..gila nanti!
apa-apa pun bro, aku tahhu.satu hari nanti bila kau dah berkahwin,perempuan tu mesti one of a kind,dan bukan lah perempuan kebanyakan.tahniah aku ucapkan awal2 haha

Anonymous said...

haha. ade betulnya tu. beb, gua nak tanya, dlm kata hati lelaki yg sbnr, dia nak gf dia tu mcm na? erm, kongsi duit wktu date, kasi main futsal, jgn gedik, mcm tu? klu prmpuan kasi kebebasan, laki kata prmpuan tu buat endah x endah plk.


Plus

blh lu describe ape beza gedik dengan manja.
Gua dah confuse ah.

Elmi said...

tengku aizat : hah itu biasalah. nanti aku nak buat pulak entry pasal lelaki. haha

kaseh : kan kan ? awak tu lelaki ke perempuan ?

afiq : haha siot awal awal dah ucap tahniah. damn. tapi aku memang tak nak faham pon perempuan. tak pasal tanjung rambutan.

kambeng : manja bila dia hanya manja masa bila dengan kau. gedik bila dia manja depan orang lain. manja bila perlu saja. gedik adalah bila manja selalu. (:

Anisa said...

ade jugak lelaki yg tak hargai pempuan
:(

nurain rodze said...

wow wow .
karangan spm .

Kaluih said...

betul sgt la apa yg aku tulis ni.
aku pun alami benda yg sama.

tapi tu normal kot,pandai2 handle la kan..

jiher :) said...

aha. aku pon macam setuju. *clapclap*

Elmi said...

anisa : sokong. itu lelaki bodoh. dah ada perempuan tapi tak jaga betul. [tunjuk diri sendiri HAHA]

nurain : haha kan kan ? mesti dapat A. wuwu

goblin : itulah. nak tak nak kena hadapi jugak. haihh.

jiher : give me five ! :D :D

scha said...

weh..
sejak bila lak kau nye entry panjang2 ni..
da rupa tesis dah ni..
agagaga..
weh..aku perempuan camne?
(mesti kau tanak jawab kan?)
gila.

Nazatul Lockman said...

'cemburu sbb kwn ngn laki??!'
problem 2...

i pun mmg fuck jgak ngn pompuan yg 24jam bkepit ngn bf,
pas2 skit2 bf,xleh wat 2,wat ni,cuz nti bf i mrah,ni lah tulah..
mcm konpem bf 2 jd laki ko..
glgn ni ade tmasuk di klgn kwn2 i..
oh,mmg fuck siut..

Elmi said...

scha : bukan dari dulu ke entry aku panjang panjang ? tapi at least tak jiwang macam entry kau. haha erm , kau jenis perempuan yang setia. tapi , kau kuat merajuk ! HAHA

naz : hah tahu tak apa ! menyampah gila.

::ThisIsNotMe:: said...

perempuan x de bf pon bermasalah, tibe2 naik angin secate automatik dengan kawan2 perempuan sndri...

masalah hormon tol...

Elmi said...

naili : haha mengutuk kaum sendiri nampak ? HAHA

AIYER said...

<<<<perempuan xcantik dan x slim. lelaki xpndg pon. huhu.gahahahaha

Elmi said...

misteri : tak baik cakap macam tu lah weh.

SYAHIDAH SHARIF said...

emi..nasib u x baik dpat perempuan kaki kikis..tp lain plak kat i..i always support guys dr awal kluar smpai akhir kluar..then bila i buat salah sikit, trus x leh trima then putus kan i? within one month break up, i balik dr kedah (praktikal 3buln)tup tap da ad awek..n now next week...dia nk tumpng i g klantan (kebetulan last praktikal kt hosp sm)ngan reason x tau jalan n nk tumpg brg lam kete i..ugrhhhh,,as the conclusion.lebih kurg sm je laki2 n girl.. hu4

nurain rodze said...

haha . btoi2 .
perempuan x cantik dan x slim memang lelaki xpandang . haha .
-bukti banyak .

Elmi said...

syida : cakap lah lelaki tu zul ? ;p

nurain : bukti banyak pon , tak semestinya benda tu betul. :D

mintdes said...

MEMANG KARANGAN HABISSSSSSSSS :D

Elmi said...

mint : i teringin nak ambil spm balik lah. hahaha

:: Cik Buncet :: said...

saya suka post yang ni. bukan menyokong lelaki mahupun menyebelahi perempuan tapi ini lah ragam manusia.lelaki pun ade. perempuan pun ade. jadi fikir sendiri la

Elmi said...

buncet : dah nama pon manusia. pasti ada ragam masing-masing. kan ? :D

nurain rodze said...

ha'a jugak .
correct2 .
hati lainlain , rambut sama hitam .

Elmi said...

nurain : terbalik lah. rambut sama hitam , hati lain lain. :D

nurain rodze said...

ouh . tau :)
tapi kenape kt m.sia banyak rambut hitam yer ?
hati hati semua banyak busuk . wangi pun ade gak .

SYAHIDAH SHARIF said...

bukan zul la emi..zul cter lama..ni cter baru,,i da lama kot break ngan zul..u ni emi~~ hahaha

Elmi said...

nurain : sebab mentaliti orang kita ni dah tak betul. itu sebab dia. :)

syida : oh yeke ? i ingatkan pasal zul. hahaha

SYAHIDAH SHARIF said...

hahaha..apa la u ni emi..but nice post~! hik3

N.I said...
This comment has been removed by the author.
N.I said...

byk yg betul ni elmi.
tap, kalau lelaki yang masa perempuan nak hulur, dia ambik hati kata perempuan pandang rendah kat dia pulak, cmane?
hah, kan dilema.
*tapi spesies ni jarang kot ada? haha

cik peah said...

ade la laki xperlukan perempuan=gay..hahaha..
ko lom jumpe lagi yang btol2 untuk ko..
so berusaha sehingga jumpe..u go boy..ahaks~

Elmi said...

syida : heheh thanks !
nisha : itu kalau dah ada yang ego camtu , u patot bersyukur ah sebab tayah keluar duit dah. kan kan ?
peah : tau takpe. tu memang gay habes tuh. haha

Megumi Shika said...

hai
sy rs awak pun dh generalize perempuan
sy dh bce entry lelaki awak jgk
conclusion:no one's perfect
tapi xbermaksud kite kena redha bile kite bersame dgn sampah.
dan sy pegang prinsip ni
"To get the best,you have to be the best"
Best of luck in love!
:)

Feyarts (Ryser) said...

Saya stuju 99% dgn megumi shika hak3... saye ape tahu... baru jer abis spm.... tapi tul la gak tuk dapat yg terbaik kena jadi baek dulu... tapi kena ramai org pegang prinsip nie baru menjadi... ape2 pun kalau tak jumpe satu cebis prumpuan yg perfect sprti yg diimpikan... jgn risau... byk beribadat ingat tuhan, masuk syurga insyaallah dapat bidadari Baek punye~.... kalau nak pikir pasal dunia lagi.... buat bende same... mesti dapat Baek Punye~ ^-^ ......