second blog

Saturday, January 31, 2009

minta pertolongan.

aku ingin meminta , sesiapa saja yang baca blog aku ini , untuk jawab soalan soalan berikut. aku mahu tahu siapa yang kenal aku , siapa yang tidak. saja saja suka suka tiada kerja. tolong ya?

nama anda :
nama penuh elmi :
tempat lahir elmi :
tarikh lahir elmi :
makanan kegemaran elmi : *
minuman kegemaran elmi : *
elmi taksub pada : *
hobi waktu lapang : *
musik kegemaran elmi : **
tinggi elmi : [jawapan lebih kurang diterima]
influence elmi : ***

* banyak jawapan , tapi bagi salah satu sahaja,
** bagi nama artis atau nama lagu pon tidak apa.
*** banyak jawapan , tapi aku mahu dua jawapan.

terima kasih ya kawan kawan?
sayang anda semua.

Friday, January 30, 2009

satu dua tiga.

entry aku yang ini , aku buat sebab aku kesian gila dekat salah seorang kawan aku. nama dia murad.

aku kesian dekat dia sebab dia macam dipergunakan oleh seorang gadis. gadis ini aku juga kenal. nama dia linda.

cerita dia begini. gadis ini , dia ada kekasih hati. tapi kekasih hati dia sudah bekerja. bila sudah bekerja , sibuk. tiada masa untuk balas sms , call dan sebagainya. dalam pada masa yang sama , kawan aku murad ini , minat pada dia. tapi dia tak pernah bagitahu yang dia suka linda. dia pendam sebab dia tahu linda ada teman lelaki.

tapi dipendekkan cerita , entah macam mana , linda dengan murad jadi rapat. selalu sms. selalu call. kadang kadang keluar sama sama. sampai satu tahap , mereka berdua mengaku pada satu sama lain yang mereka saling menyukai.

selepas beberapa minggu , linda cakap , dia sudah tak mahu teman lelaki dia dah. sebab teman lelaki dia tak layan dia. padahal , teman lelaki dia punyalah sebaik baik lelaki. cuma sibuk kerja saja. siap linda tukar status dekat friendster jadi single.

bila si murad dapat tahu , dia terus cucuk line. sungguh sungguh dia. linda pon macam bagi harapan yang menggunung.

sampai satu hari , bila datang saja teman lelaki dia kembali , linda mahu balik teman lelaki dia. tapi dalam masa yang sama , dia mahu murad juga. macam playgirl juga lah lebih kurang. dua-dua nak.

perangai linda ini seolah-olah macam nak murad jadi peneman bila teman lelaki dia tiada saja. kesian kan murad? bila nak , linda cari. bila tak nak , linda macam tak layan.

aku nasihatkan murad , supaya lupakan linda. tapi selepas beberapa hari murad tidak layan linda , linda buat macam macam yang macam mahu sakitkan hati murad. aku kesian tengok murad.

tapi aku sakit hati tengok linda. aku secara jujur , aku tidak suka perempuan yang macam linda. semoga perempuan jenis macam ini , akan jadi anak dara tua. HAHAHA

sekian saja laporan dari bilik berita bulan clothing. saya elmi melaporkan.

Wednesday, January 28, 2009

teaser CAMNI CAP EHH !!



oh ini adalah teaser CAMNI CAP EHH !!
aku sedang mengupload episod baru. tunggu ya kawan kawan?

Tuesday, January 27, 2009

ternampak dia.

ini sebuah cerita yang disampaikan secara dalam bentuk sajak.

ternampak dia
terlihat dia
terpandang dia
terjeling dia

dia yang aku nampak
merupakan bekas kekasih hati
yang aku tidak pasti
adakah aku sayang dia

dia yang aku lihat
sudah punya kekasih baru
berjalan seinci jauhnya
mungkin cuba untuk berselindung

dia yang aku pandang
sudah mula berkaca mata
tapi matanya yang empat itu
tiada melihat aku langsung

dia yang aku jeling
pernah menafikan kehadiran lelaki baru itu pada aku
tapi akhirnya terkantoi dengan mataku sendiri
seorang lagi bekas kekasih aku yang sudah mula hidup baru

dia yang pernah aku sayangi
kini sudah aku lupai
aku kini pula cuba mencari
dimana cinta sejati

aku rasa , siapa yang baca blog elmi hujan , pasti tahu akan peristiwa ini. aku tidak mahu cerita panjang. semuanya sudah tersurat. tiada yang tersirat. aku juga yang masih di takuk lama. mungkin ada hikmah.

jangan anda ingat aku cemburu. aku cuma tersentuh. hatiku juga sensitif seperti orang lain.

ingin melihat kesemua bekas kekasih bahagia ,
elmi.

Monday, January 26, 2009

elmi coklat yang sudah tidak boleh makan coklat !

mood : sakit gigi.

ya. gigi aku sudah sakit tahap berapa aku pon tidak tahu. itu lah , suka sangat makan coklat. kan dah kena. padan muka !

hari itu , aku beli snickers , dengan harapan dapat makan dengan puasnya. tapi , belum sempat suku aku makan , aku sudah mula meraung. gigi belah kiri aku sudah macam mahu meletup. sakit gila ! sejak itu , aku makan apa pon sakit. minum air sejuk pon aku meraung. gila saket hati.

kelmarin , aku pulang ke rumah. aku masuk saja ke dapur , aku buka peti ais. aku lihat ada toblerone 3 batang. hati aku berbisik , 'malangnya nasib kau toblerone , tidak dapat dijamah oleh aku'.

aku sedih.

aku meraung. tapi bukan meraung kesakitan , aku meraung kesesalan.

harap harap selepas jumpa doktor gigi nanti , dapat lah aku merasai nikmat coklat , nikmat ais krim , nikmat air batu. haihhhh.

pengajaran kepada semua , jangan lah makan terlalu banyak coklat. nanti suatu hari nanti , tak boleh makan teros coklat , lagi sakit hati. dan selalu lah gosok gigi. 5 kali sehari pon takpe. asalkan boleh makan coklat sampai mati. :)

esok aku mahu cari klinik gigi yang buka pada waktu cuti tahun baru cina. harap ada. amin ! SELAMAT TAHUN BARU CINA !!

tahun lembu tahun ini. aku bakal dapat adik lelaki. kesian dapat tahun lembu. bemy tahun naga wehh ! ahaha :P

p/s : kesian sakit gigi sampai tidak boleh memekak lagu revolusi.

Friday, January 23, 2009

aku melayu lupa diri.

lokasi
bilik darjah yang sejuk gila dekat uitm penang.

situasi sebelum ke lokasi
pergi hantar seorang kawan ke stesyen bas seawal 7 pagi. sejuk juga lah pada waktu itu.

kejadian
selepas berjaya menghantar kawan aku di stesyen bas , aku bergegas ke kampus , kerana aku ada kelas pada pukul 9. kelas amat sejuk seperti yang tertera di atas. oleh kerana tidak mahu lambat ke kelas , aku mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah. sebaliknya terus ke kampus.

aku ulangi , pagi amat sejuk kalau bawa motor.

dress code
sweater dan jeans.

sambungan
di kampus , ketika pulang dari kelas sebentar tadi , aku berselisih dengan seorang budak lelaki yang masih kolot minda , kolot akal dan tiada otak. jalan sebelah aku dan mengutuk aku pakai sweater.

kau memang dasar manusia BODOH. aku pasti ada sebab kenapa aku pakai sweater kan BAHALOL? ada aku susahkan kau ke aku nak pakai apa pon? kenapa kau harus kutuk aku?

sekurang-kurangnya , sweater yang aku pakai itu cool. bergaya. pandang juga lah perempuan kat aku. bukan macam kau. cuba mengambil perhatian orang dengan tingkah laku yang masih kurang matang. dasar katak bawah tempurung. macam ini la orang melayu. kutuk bangsa sendiri. orang orang yang pakai sweater bertemakan rempit , kau tak kutuk pula? BODOH !

harapan
selepas ini , aku amat berharap , manusia yang BODOH yang aku jumpa tadi , mengalami kejadian seperti yang aku alami sebentar tadi. biar dia rasa.

pengajaran
situasi begini yang membuatkan aku benci pada bangsa melayu. bangsa aku sendiri. aku masih kagum dengan orang jepun. patotlah mereka berjaya. tak macam orang melayu kita. nasib baik darah melayu aku sikit saja. aku lebih kepada mamak , indon dan arab. kepada orang melayu yang masih tidak buka minda mereka , tolonglah jadi bangsa yang semakin berjaya. jangan jadi KOLOT.

Wednesday, January 21, 2009

tiada kerja part one.

hari ini aku hendak merepek boleh? aku tidak boleh tidur malam semalam. tiba tiba sebuah sajak aku karangkan. mari baca sajak baru belajar aku.


semalam kau tinggalkan aku
semalam kau lupakan aku
semalam aku sebak bersedih
semalam aku dilupakan

tika aku merenung jiwa
aku nampak saat bahagia kita bersama

tika aku menatap hati
aku nampak detik indah kala dulu itu

nyatanya jodoh kita sudah tiada
kau sudah bahagia bersama dia
bahagia selama lamanya
aku disini masih merenung bulan tika bersendiri

esok aku mungkin senyum
esok aku mungkin bergelak tawa
tapi tahukah mereka di dalam aku menangis
di dalam aku mati

aku harap esok jodoh bertemu
agar tidak mati jiwaku


tak best kan? maklumlah , aku kan tidak tahu berbicara menggunakan puisi. HAHA !

Tuesday, January 20, 2009

kebodohan membawa penyesalan.

ada orang pernah berbisik padaku.

'cinta tidak perlu dicari. ia akan datang dengan sendirinya. suatu hari nanti , pasti'.

aku rasa , ada betulnya apa yang telah dibisikkan orang itu. kerana dua hari lepas , cinta itu seolah-olah memberi peluang kepadaku. secara tiba-tiba aku diberi peluang untuk keluar dengan seorang gadis. gadis yang menjadi buruan kepada ramai lelaki. pasti menjadi buruan.

pada ketika aku begitu teruja , aku membuat kesilapan. kesilapan yang aku rasa amat menunjukkan kebodohan diri.

cerita bermula dengan perbualan di dalam myspace bersama seorang gadis yang menuntut ilmu di kampus aku juga. aku mengenalinya dalam dunia myspace lebih kurang 7 - 8 bulan yang lepas. aku tidak tahu yang dia merupakan seorang penuntut uitm penang. lama kelamaan , aku menyedarinya apabila ternampak gambar dia berlatarbelakangkan bangunan putih biru uitm pulau pinang.

lalu terus aku merapatkan diri sejak itu. sehinggalah ke hari kelmarin. dimana aku saja mencuba nasib , mengajak dia keluar menonton filem di panggung wayang berdekatan. dia setuju , dengan syarat aku belanja. memang tanggungjawab seorang lelaki untuk membelanja pada pertemuan pertama. aku setuju. kami berjanji untuk bertemu didepan kolej pada jam 5.30 petang.

aku terus bersiap kerana pada ketika itu jam sudah menunjukkan jam 5.10 petang. setibanya aku di depan kolej , sudah jam 5.45 petang. aku sudah pesan pada dia , agar sms aku jikalau aku lambat sampai. aku beri nombor telefonku padanya , tetapi aku tidak pula meminta nombor telefon dia.

tetapi tiada sebarang pesanan ringkas yang aku terima. aku terus menunggu. sehingga jam 6.45 petang. aku kecewa. aku pulang dengan hati yang menggelegak. terus aku capai laptop , terus aku on myspace. aku terus masuk myspace dia. sekali bila aku perhati , rupanya...

nombor telefon yang aku berikan ternyata salah. salah satu nombor sahaja. typo barangkali. meraung aku dibuatnya. aku telah mensia-siakan peluang untuk berkenalan lebih rapat dengan dia. peluang ini mungkin datang hanya sekali. mungkin dia benci pada aku selepas ini. aku tidak tahu. kerana sejak daripada itu , dia belum lagi menampakkan dirinya di myspace.

bodoh kan aku? ternyata sekali aku bodoh. disebabkan kebodohan aku itu , hidup aku tidak berapa tenteram. asyik terlalu memikirkan tentang kebodohan aku.

menaruh peluang kedua ,
elmi.

Sunday, January 18, 2009

masih bingung.

keadaan aku pada ketika ini adalah masih seperti tajuk entry aku kali ini. aku sendiri tidak tahu kenapa aku perlu selalu jatuh cinta pada seseorang yang aku tahu , bukan tahapku. betapa jauh jurang antara dia dan aku. kenapa perlu aku angau pada dia? padahal pasti aku akan sakit hati di kemudian hari.

status menunggu , masih menunggu , dimana dia di ym , di facebook sebenarnya hanya untuk dia. aku tidak tahu sama ada aku ada peluang atau tidak. aku tidak tahu sama ada betol aku ada harapan atau aku hanya dipermainkan perasaan saja. atau pada dia , selama ini hanya gurauan. aku tidak pasti. yang aku tahu , aku kini sedang lemah dari segala aspek. hanya kerana angau.

aku mengaku aku bodoh dengan bercerita tentang entry ini.

tapi sebenarnya aku sudah tidak tahu hendak bercerita tentang apa. hanya memikirkan tentang dia saja 24 jam sehari. ahhhhh , apa nak jadi , jadi lah. yang aku tahu , aku sudah tidak sabar mahu pulang ke nilai jumaat ini. kerana aku terlalu rindu pada segalanya yang terdapat di nilai.

aku mahu pulang ,
elmi

Thursday, January 15, 2009

blog baru elmi.

sila kunjungi blog aku yang lagi satu. blog tentang hari hari indah yang dilalui oleh aku. blog ini hanya akan di update tentang bebelan tentang kehidupan aku secara am. tetapi di blog yang lagi satu ini akan diceritakan tentang kehidupan harian seorang manusia bernama elmi.

bukan tujuan aku untuk memperbanyakkan blog atau menyusahkan siapa siapa. tetapi hanya kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. menggunakan wordpress yang dikatakan ramai lagi hebat lagi bagus dari blogspot ini.

aku hanya mencuba.

tambahan pula ceghap telah memberi offer yang sangat menarik di mana url nya pasti membuatkan orang lain cemburu. dengan ini aku menjemput semua untuk melawati ke


*terima kasih ceghap !

Monday, January 12, 2009

seratus.

entry ini adalah entry ke seratus blog aku ini. masa mula mula aku buat akaun blog , aku tak sangka pon aku akan buat entry sebanyak ini. tidak sangka aku boleh jatuh cinta dengan dunia berblog ini.

sejak blog ini tercipta , banyak perkara yang berlaku kerana kehadiran blog ini. 

ada yang pernah berkecil hati sampai merajuk. 
ada yang menangis. 
ada yang marah sampai call memaki hamun. 
ada yang gelak.
ada yang mengutuk.

pernah suatu ketika , aku sampai tutup blog. kerana merasa tekanan dari orang orang yang tertentu. tapi kerana cinta aku untuk menulis tentang kehidupan sehari hari aku , aku tukar url dan kembali berblog.

disini aku. entry ke seratus.

entry kali ini sebenarnya aku mahu tribute kepada semua orang yang telah wish birthday aku sebulan yang lepas.

yang call aku untuk wish birthday aku ialah maliniey , mingalep dan juga wani. terima kasih sebab sanggup habiskan credit untuk call. walaupun wani wish seminggu lewat kot.

ini pula senarai yang sms aku.

shifaa
'happy birthday to u abg mohd zulhelmie'

kerry
'yo bemy. u my man ! happy birthday yaw. walaupun ayie belakang bemy ni , tp ttp rase nak wish camni. kang wish depan2'

jeju
'happy birthday to u , happy birthday to u , happy birthday to elmi. :D semoga panjang umo , murah rezeki , epy selalu , diberkati Allah dan hidup bahagia'

ezza
'elmi.. happy birthday dan selamat bercinta'

nisa
'oitt2. hepy 20th besday. hoho ! a year older is a year wiser. may all ur wish come true. have a blast. ey u dah tua lorr. da puluh2'

aneys
'happy birthday! org da lama 20 , kau baru nak rasa. hehe gudluck ye dlm ape jgk yg ko wat. aku dan afiq sntiasa akan jadi kwn ko, 4ever. happy 20th birthday!'

nurul
'askum. slmy hari lahir. moga pnjng umo mura rezki n dpt gf cpat2. moga apa yang dicitakan tcapai n mnjd seorg yg lebih tabah n matang mghadapi sgala cbrn, dugaan dan rintangan'

fatin
'elmi!! happy bufday! hoho kamoo sudah tua.tua.tua. da tua wat cara tua ye? jangan bajet muda. semoga kamoo happy selalu dimurahkan rezki pnjg umo'

lynn
'selamat hari jadi yaw. hpy slu bemy'

shy
'happy birthday to u , happy birthday to u , happy birthday to my bestfriend , happy birthday to u ! smuge pnjang umo murah rezeki. pnjang ni nak ckp tp xda crdit. ni la last. tua dah kau eh. happy birthday my friend !'

asrol
'happy birthday to u. hoho mlm nie jgn lupe blnje mkn. haha smoga pnjg umo dan dimurahkan rzki'

afiq
'selamat hari jadi kepada kawanku , mohd zulhelmie. yg ke DUA PULUH. haha semoga dapat apa yang dihajati'

mean
'happy bufday bemy! may god bless u always. chill :)'

fendy
'appy bufday bro'

tazo
'bemy. terlmbt plak. hepi birthday! wohh org tua. haha'

nazira
'couldn't let dis day go by without a warm reminder that u're very special person who makes a real difference in dis world. so naturally u'r wished juz wut u bring 2 others.happy bufday n happiness always elmi !!'

farahain
'happy birthday. may Allah bless u n good luck in ur future undertaking :)'

aiman
'hepi bestday mi, sme pnjng umr mrah rzki. sekian'

iya
'selamat hari jadi buat abg helmi'

makngah
'happy birthday !'

pid
'happy birthday emi. hope dipnjgkn umo n dmurahkan rezeki'

beesya
'hey bday boy !'

amrie
'epy bufday'

umi
'umi syg abg sgt2'

yatie
'hepi brthdy , smoge pnjg umr n dmurhkan rzki , nnt blnje aku k?'

abah
'abah ucap selamat hari lahir yg ke-20. semoga panjang umur dan murah rezeki. abah sayang abang sangat sangat tau'

niesa
'hapy bufdy!! b a gud boy yarh!'

apple
'zum geburstag viel gluck , viel gluck zum geburstag , zum geburstag veil gluck... hepi bday elmi. sj lambat wish. bia org plg last wish u on ur big day. let da new one be da 1st. nway , epi bday again n again , may god bless ur life. amin'

itu senarai orang yang sms aku. terima kasih semuanya. ada juga yang wish melalui ym , myspace , friendster dan facebook. terima kasih juga diucapkan. dekat blog ini pon ada yang wish. terima kasih daun keladi.

sampai disini saja entry keseratus aku.

jumpa lagi di entry yang ke dua ratus.

insyaAllah. :)

yang mengutus entry,
elmi.

Friday, January 9, 2009

kesilapan aku.

entry kali ini aku ingin bercerita tentang kesilapan aku , kebodohan aku tentang sesuatu yang bergelar cinta.

pada ketika hati aku bergegar , hati aku menggeletar , hati aku gelisah pada seseorang , aku dengan kebodohan yang memang aku akui , telah memilih untuk bersama dengan seorang perempuan yang tidak aku cintai.

benar.

aku tidak meneruskan usaha aku untuk memperoleh cinta daripada dia yang aku menaruh harapan sedalam mungkin. semata mata untuk mendapatkan cinta yang tidak tahu kemana arah tuju. cinta FAKE.

disitu aku bodoh.

pada ketika ini , aku tidak tahu , aku tidak mampu untuk tahu , adakah aku masih ada peluang untuk dia. dia semestinya seorang yang cantik. seorang yang digilai ramai. pernah aku terfikir dahulu. layakkah aku untuk dia?

sedangkan dulu pon aku selalu fikir layakkah aku untuk dia. inikan pula sekarang.

layakkah aku?

aku serahkan semua kepada takdir , kepada jodoh. tapi aku amat berharap aku diberi peluang untuk lebih mengenali dia.

menaruh harapan yang tak pasti ,
elmi.

* bekas kekasih aku yang baru putus dengan aku , telah punya teman lelaki yang baru. sungguh cepat aku dilupakan. hebat dia bukan?

Thursday, January 8, 2009

semester enam.

21 credit hours. aku saja nak berkongsi jadual aku. supaya semua tau bila aku free , bila aku tak free. bila aku boleh tidur lambat , bila aku kena tidur awal. bila aku kena bangun pagi , bila aku boleh bangun tengahari. bila aku pergi dan bila aku ponteng kuliah. haha

isnin
8-10 pagi kjt377 flight mechanics.
10-11 pagi kjt377 flight mechanics [tutor].
11-12 tengahari kjt367 aircraft systems [tutor].
8-10 malam kjp326 manufacturing process.

selasa
8-10 pagi kjt371 propulsion
10-11 pagi kjt367 aircraft systems.
2-4 petang kjt374 aircraft structures.

rabu
8-10 pagi mat285 further mathematics for engineers.
11-1 tengahari kjt367 aircraft systems.
4-5 petang kjt374 aircraft structures.
8-10 malam kjt350 airframe manufacturing and repair.

khamis
11-12 tengahari kjt377 flight mechanics.
3-4 petang mat285 further mathematics for engineers.
4-5 petang kjt371 propulsion.
8-10 malam kjp326 manufacturing process.

jumaat
8-9 pagi kjt374 aircraft structures [tutor].
9-10 pagi mat285 further mathematics for engineers [tutor].
10-11 pagi kjt371 propulsion [tutor].
3-5 petang kjt350 airframe manufacturing and repair.

inilah jadual waktu aku semester enam ini. aku amat berharap ini semester terakhir aku dekat sini. jadi tidak perlulah aku letak entry jadual waktu untuk semester depan pula ya?

* saja poyo letak nama subjek. nak suruh orang terpegun nama subjek. kebanyakkannya nama kapal terbang. gempak tak? haha abaikan saja. aku memang suka berpoyo.

Wednesday, January 7, 2009

hari ke 10 bulan muharram.

14 PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA
(10 MUHARRAM 1430 , BERSAMAAN RABU 7 JANUARI 2009)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

* terima kasih ezza. copy dari blog dia. (:

** sama sama kita berdoa untuk saudara kita di palestin , agar hidup mereka kembali tenteram. amin.

Monday, January 5, 2009

selamat hari tua untuk shy.



hari ini genaplah 22 tahun si jejaka hawt bernama shy'rul afneyzam watuna. seorang sahabat yang begitu hebat dan semestinya kacak lagi cool serta bergaya.

aku agak geram apabila memikirkan tentang dia yang tidak ditepung , tidak ditelur di hari tuanya ini. nasib dia agak baik kerana aku sudah pulang ke penang. zuher pula sibuk mengemas untuk menyambung pelajarannya. lihin dan najmi telah pulang ke kampus. miraj pula sudah pulang ke pangkuan ibubapanya. tiada siapa yang tinggal untuk menepungnya.

aku geram.

tapi tidak apa.

kau tunggu kepulangan aku nanti shy. aku tetap akan membalas dendam. walaupun kau kerap kata yang kau telah ditepung , telah ditelur semasa hari tua miraj tempoh hari. itu kan hari tua miraj , bukan hari tua kau. kan?

dan walaupun pada hari muda aku kau tidak menepung aku , tapi aku peduli apa. siapa suruh kau tidak tepung aku. kan?

hahahahaha [gelak SHYtan]

untuk pengetahuan semua , shy ini masih lagi single. masih lagi belum dipetik orang. ini kerana dia tidak akan sekali memetik orang. sebab dia malu. dia shy kan? shy = malu. kan? jadi kepada para gadis diluar sana , apa lagi yang kamu semua nantikan? rebut peluang ini. sebelum terlambat. percayai aku , dia seorang yang hebat. walaupun dia SHYtan. :)

akhir kata , aku senantiasa mendoakan kesejahteraan hidup kau wahai sahabat. semoga kau dikurniakan seorang kekasih yang juga hebat. aku juga doakan kau dapat jadi pramugara bersama aku nanti. camni cap ehh !!

yang bukan gay ,
elmi.

*kau mesti ingat kau kena jadi photographer aku kahwin , pastu masa zuhair kahwin , kau kena langgar treler dengan benda penyek tu. ahahahaqahahaha

**pagi tadi rumah bawah rumah aku pasang lagu kegemaran kau. 'oh kekasihmu ini akan merasa gembira~~'. kebetulan lagu itu dipasang pada birthday kau. oh aku rindu nilai.

Sunday, January 4, 2009

dua puluh sembilan hari.

tajuk entry diatas menunjukkan bilangan hari aku dan si strawberry mampu bertahan sebagai sepasang kekasih. hanya 29 hari. tidak jejak sebulan pon.

kami berpisah kerana ketidakserasian antara kami berdua. mungkin kerana tempoh perkenalan kami yang begitu amat singkat. hanya berkenalan selama 2 minggu didalam myspace dan ym , kami terus mengambil keputusan untuk berjumpa.

disini silapnya.

baru buat kali pertama kami bersua mata , kami terus membuat keputusan untuk bersama. hati belum puas berbicara sama akal. akal terus bertindak mengikut nafsu.

akhirnya?

inilah jadinya. serasi berada jauh dari kamus percintaan kami. yang ada hanya penipuan lafazan cinta dari aku hanya untuk menyedapkan hatinya. aku kejam. maafkan aku kerana menjadi seorang teman yang berpura pura.

kepura puraan tingkah laku aku telah menjengkelkan hidupku. membuat hidup aku resah gelisah. dan akal sekali lagi bersuara. 'gantung dia tidak bertali'. kerana aku tidak mampu untuk membicara tentang kepura puraan aku selama 29 hari ini.

tetapi pengakhirannya , aku didesak oleh sekumpulan manusia yang setiap hari bertanya tentang kesudahan cerita cinta ini. aku mula berasa tensi. aku geram. aku marah. tapi ternyata aku sendiri yang bodoh. bukan begitu?

aku akhirnya mengaku padanya , yang aku sebenarnya tidak cinta padanya. aku selama ini berpura pura. maafkan aku. aku cuba. sumpah aku sebenarnya mencuba untuk mencintai kau. tapi apakan daya. cinta yang diharap itu tidak muncul. atau mungkinkah ia belum muncul. aku tidak tahu.

aku berdoa. aku berdoa agar kau akan menemui cinta sejati selepas ini. cinta yang hadir dari seorang lelaki. seorang lelaki yang lebih hebat dari aku yang tidak gentleman ini. hanya mampu melafazkan ucapan putus melalui sms. bila mahu bercinta pandai berkata sambil memandang mata. bila mahu melepaskan cinta , kelu seribu bahasa.

maafkan aku.

maafkan aku.

maafkan aku.

aku masih seorang budak lelaki yang belum menemui diri sendiri. bagaimana harus aku mencari cinta sejati jikalau diri sendiri aku belum jumpai.

**kalaulah cinta sejati boleh di cari melalui ejen carian seperti yahoo atau google. tidak perlu aku menulis panjang lebar entry ini bukan?

kembali seorang ,
elmi.

Friday, January 2, 2009

selamat pagi 2009.

masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2009 kepada semua yang sudi menyinggah ke blog aku yang tidak seberapa ini.

dalam entry ini , aku ingin berkongsi dengan semua tentang azam dan impian serta angan anganku sempena tahun 2009 ini.

pertama sekali , aku ingin sekali untuk menamatkan proses pembelajaran aku tepat pada waktunya. aku tidak mahu melanjutkan lagi semester aku. aku sudah tidak ada duit untuk menampung yuran pembelajaran. semoga semester ini aku belajar bersungguh sungguh. memandangkan myspace dan facebook sudah semakin busan bagi aku. apatah lagi friendster. aku yakin aku boleh belajar dengan cemerlang. walaupun 21 credit hours yang perlu aku tempuh semester ini. aku yakin aku boleh. cuma memerlukan sedikit suntikan semangat dari rakan rakan serta ahli keluarga. semangat tapi bukan tekanan.

kedua , aku berjanji pada diri sendiri , untuk tidak lagi melibatkan diri dalam gigs yang tidak berfaedah. melainkan gigs itu mempunyai tarikan yang tersendiri. seperti contoh , ada julie goes overseas perform , hujan , dan juga mungkin apabila aku menjadi crew. tetapi tidak semestinya aku tidak pergi gigs , aku tidak akan pergi ke event event lain. anda mungkin silap. aku amat sangat mahu jadi crew hari bintang jatuh 2009 dan aku juga mahu jadi crew rantai 2009. insyaAllah pada ketika event itu berlaku , aku akan sudah menamatkan pengajian aku.

ketiga , aku teramat mahu menjadi pramugara pada tahun ini sebaik aku menamatkan pengajian aku. aku kepingin menjadi pramugara adalah kerana minat mendalam aku untuk melawat ke negara orang. dan juga minat mendalam aku terhadap kapal terbang. tapi aku tidak mahu menjadi jurutera kapal terbang kerana ketidakmampuan jurutera pergi melawat negara orang secara kerap. walaupun jurusan pembelajaran aku ini memang akan membawa aku ke arah karier seorang jurutera kapal terbang.

keempat , disebalik kejayaan sendiri , aku juga teringin melihat kejayaan bulan clothing. aku kepingin untuk melihat bulan clothing menjadi setaraf wearenvy. cukuplah menjadi setaraf mereka untuk tahun ini. dapat mengeluarkan design sehebat chantq juga amat melegakan aku. aku amat berharap sahabat bulan clothing aku akan berubah dan memulakan kerja selain dari selalu bermain dota. diharap dengan usaha kamu semua , dapat kita sama sama mengecapi kejayaan di lain hari.

kelima , di usia yang semakin tua , semakin matang ini , aku juga ingin merubah diri untuk menjadi manusia yang lebih sempurna mental dan fizikal. aku ingin menjadi anak yang lebih baik kepada kedua ibubapa aku. aku ingin menjadi abang yang lebih baik kepada adik adik aku. aku ingin menjadi cucu , anak saudara , sepupu , cicit yang lebih menghormati ahli keluarga yang lain. aku juga ingin menjadi kawan yang lebih cool , lebih hebat kepada kawan kawan aku. aku juga ingin menjadi seorang pelajar yang agak cemerlang kepada pensyarah aku. dan aku juga berjanji untuk menjadi seorang bekas kekasih yang amat baik dan peramah kepada bekas bekas kekasih aku.

keenam , aku juga berjanji kepada diri sendiri , aku akan menjadi seorang hamba yang senantiasa tunduk kepada perintahNya. aku akan cuba sedaya upaya untuk melengkapkan solat 5 waktu sehari semalam yang selama ini kerap tertinggal subuh dan kerap dilewatkan lain lainnya. akan juga aku kerap berpuasa sunat selepas ini. tapi sebagai manusia biasa , aku akan perlahan merangkak ke arah itu. tidak mungkin aku akan dapat menjadi sebaik manusia dalam sekelip mata.

ketujuh , aku akan cuba sedaya upaya untuk menurunkan berat badan aku. terlalu berat rasanya sekarang badan aku ini. 74kg adalah suatu angka yang sudah tidak boleh diterima akal aku. tinggi 171cm , berat sepatotnya hanya 67-70kg sahaja. aku berazam untuk menurunkan sebanyak mungkin kilogram itu.

kelapan , aku akan cuba untuk terus hidup berblog. agar semua kenalan aku akan dapat mengikuti perkembangan hidup aku. termasuk musuh aku juga. supaya semua dapat tahu , adakah aku dapat melaksanakan semua azam , impian dan cita cita aku ini. doakan aku. semoga aku menjadi seorang yang lebih hebat menjelang 2010 nanti. insyaAllah.