second blog

Wednesday, October 29, 2008

happy birthday shameen azmi !



nama : shameen azmi
birthdate : 30th october 1991

hari ini aku ingin berbicara mengenai cousin aku , mean yang bakal menyambut hari jadi pada esok hari. dia merupakan cousin aku yang paling besar yang sama kepala dengan aku. tidak seperti abang abangnya yang agak serius. dia lebih terarah kepada kehidupan remaja. lebih suka enjoy sana sini. happy go lucky seperti aku. dia pernah meluahkan perasaan ingin pergi ke gigs. tapi tak pernah dapat pergi oleh kerana kawalan ketat ibu bapa dan abang abang. haha kesian mean tak dapat pegi gig.

mean juga selalu memberi pendapat tentang hal hal perempuan kepada aku. oleh kerana adik aku jaoh berbeza umur , jadi aku mengambil dia sebagai kaunter pertanyaanku. hobi mean adalah mengumpul seluar skinny yang berwarna warni. lihat sahaja myspace dia , sunggoh berwarna warni skinny yang dipakai olehnya. pening dibuatnya.

mean dijangka menetap di rumah aku selepas dia habis spm. tapi jangan harap dapat ikot bemy pegi gig ya? duduk rumah diam diam. ajar ayu belajar. wakakakaka! aku amat takot apabila mendengar berita bahawa mean akan menetap dengan aku. sebab aku takot kawan kawan aku seperti fendy dan shy berkhemah di hadapan rumah aku. mereka memang terbukti menaroh harapan pada mean. tapi maaf ye kawan kawan , she's taken.

aku sudah tiada apa mahu dibebelkan lagi.
kepada mean. selamat hari lahir diucapkan. semoga panjang umor dan ditenangkan hati untok menjawab spm nanti. chaiyok chaiyok ! kalau dapat result gempak , bemy bawak pegi gig free. gig berbayar toley haaa. :p


tahap sengalness yang sama. kasut converse yang sama hanya berlainan warna. handphone yang sama. selalu memakai skinny kemana mana. sah mean suka tiru bemy. haihh !

2 comments:

rimza said...

okay,selamat ari raye la..eh selamat ari jadi jgk hu..

AmY said...

selamat hari jadi!

comel cousin, cantik!

jom culik dia bawak pegi gig!

:D