second blog

Saturday, October 11, 2008

apple aka erma yuhanis mokhtar.

cik erma yuhanis mokhtar
21 november 1986
[kakak terbaek di alam nyata]


erm... entry kali nie , aku mahu tujukan khas untuk apple. aku dah lama mahu buat entry ini. tapi aku amat belom ada mood mahu type. sekarang mood dah tiba. *wink* dikala aku menaip entry ini , apple sedang bergaya tidur di dalam bilik adik aku. aku ngantok juga di ketika ini. tapi , demi apple , aku rela postponed tedo ku. hehe

perkenalan aku dan apple bermula pada ketika aku baru balik kelas , pada pukul 5 petang , hari selasa , tanggal sembilan januari 2007. masa tuh , aku tunggu bas uitm nak balik kolej. aku bersama 2 orang kawan aku duduk di masjid uitm tunggu bas. sekali aku terpandang seorang perempuan yang memang aku dah nampak masa kat laman perdana baru sekejap tadi. masa tuh aku ingat lagi , apple pakai baju lengan panjang colourful. baju tuh yang menarek perhatian aku , bukan tuan punya badan. haha melawak je.

sambil aku pandang si apple neh , aku cakap kat kawan aku. aku mahu usya perempuan itu. saja nak kenal. masa neh aku agak baru ditinggalkan oleh kekaseh num 22. jadi saja lah nak kenal orang lain. tapi kawan aku semua macam tak percaya aku. konon diorang ingat aku tak berani mahu tegor. memang tak berani pon. haha

tunggu punya tunggu , bas pon sampai. kitorang pon naek lah bas tuh. aku mengambil kesempatan untuk duduk tidak jaoh dari apple. takot hilang pandang.

sampai saja dekat kolej , apple turun bas dulu. aku hanya mampu pandang. kawan aku cakap , kau memang penakot. aku pon tak buang masa , teros je tegor apple.

elmi : hye... ermmm.. leh tumpang tanya tak?
apple : huhh? nak tanya apa?
elmi : ermmmm... nama sapa?
apple : loh.. nama apple.
elmi : apple?
apple : a'ah. panggil je apple.
elmi : oh ok. i elmi.

lepas tuh , aku pon teros lah borak dengan apple neh. aku teros lupa kawan aku yang 2 orang tuh. rupa rupanya diorang sedang cari aku. haha lepas dah jalan sama apple sampai kolej dia , aku dengan takde segan silu ,

elmi : ermmm u..
apple : apa?
elmi : kalau i nak mintak number phone u boleh?
apple : u nak ke?
elmi : mesti lah nak. tu sebab i mintak kot.
apple : ok. 012-*******
elmi : ok. thanx eh apple?

lepas tuh , aku balik bilik dengan muka bahagia. huahua sejak tuh aku dengan apple makin rapat hari demi hari. yang kelakarnya , mula mula dia hanya anggap aku anak ikan dia saja. adoi. tapi makin lama , baru dia sedar yang aku nie terlampau baik nak jadi anak ikan dia. haha aku memang nak ngorat dia jadi gf aku. tapi dia cakap , 'u neh budak budak lah , tak matang'. sejak tuh , aku memang takde nak ada harapan lagi kat dia. kawan baek sudah.

1st date kitorang.
pegi summit bukit mertajam. naek bas mini. pegi tengok tentang bulan. haha memang aku tak matang. wakakakaka! padan kena reject awal awal. pastuh makan mcd. aku makan apple pie masa tuh. i ingat tau ple. haaa. tapi u makan apa i tak ingat. ke u tak makan masa tuh eh? apa apa lah.

titik sedih hubungan kami.
masa aku couple sama ex 23. dia agak kongkong aku. aku tak dapat jumpa apple sedangkan masa tuh dah semester last apple dekat penang. last aku keluar sama apple , tengok wayang kat pacific. apa nama ntah filem tuh. apple belanja mcd pastuh. sebab aku tak boley keluar duit. wayang pon dia belanja. sebab tuh aku makin sayang apple. (: keluar masa nieh pon , aku kelentong ex aku. cakap aku keluar sama kawan. terserempak apple. tu pon kantoi sebab nampak kawan ex aku. kihkih

lepas apple abes semester kat penang , dia ada sms aku.

"u pasni jg diri baek2 kat penang tuh. i da xde nk tgk2 kn u da. jgn nakal2."

serius aku sedih dapat sms nieh. btol ple.... i nak nangis oh ! ishhh. pasnih jangan buat ayat sedih lagi. i sekeh nanti. hehe aku menyesal gila sebab dikongkong ex aku sampai aku tak dapat hang out sama apple sebaik mungkin. yelah bayangkanlah , aku selalu kot teman apple makan kat nasmir , sejati gemilang , abc corner. ishhh. miss that moment. hoihh.

lepas apple sambong degree kat shah alam. aku dah takde orang kat penang yang betol care kat aku. sedih yang amat masa tuh. naseb baek buleh sms sama dia. jaoh di mata dekat di hati. cewah !

aku masih ingat. masa aku dan apple pergi mencari hantu kat uitm. masa tuh , kecik berlakon. apple paut tangan aku ketat ketat. masa tuh aku cover macho je. buat buat berani. padahal aku pon sama cuak. nak je aku lempang kecik lepas dia gelak shaitan tuh. damn !

kalau tak kerana apple , aku tak mungkin kenal ramai orang kat uitm tuh. sebab apple rajin kenalkan aku sama kawan kawan dia. makin tambah kawan. musuh pon makin tambah. sebab orang jeles tengok aku keluar makan sama apple dan kawan kawan dia. ada jugak yang tak kenal aku , dan dan panggil aku. mintak num phone apple dan kawan dia. hehh. tak dapat ah. apple aku jaga elok elok. aku sayang dia kot nak pass pulak? hehh.

tapi pernah juga num phone apple terlepas kat tangan orang lain. fendy curik. dia sms apple. apple dapat tau dia kawan aku. teros apple marah aku. tak kawan aku. 2 minggu jugak rasanya. at last dia maafkan aku. i tau u sayang i. u takkan marah i lebih lebih. kan? hehe

umi pernah cakap kat aku. "kenapa lah abang tak ngorat je apple tuh?". aku hanya mampu senyum. umi suka apple. sebab apple baek dan juga ramah. pandai amek hati umi juga. kalau ada jodoh aku ngan apple , aku terima je. tak banyak cakap dah. haha tapi pastu kena tahan telinga dengar dia bebel aku tetiap hari. :p

setelah hampir setahun aku tak berjumpa apple. hari ini aku dapat jumpa dia. siap dia tedo umah lagi. puas hati. lepas rendu aku. haha tapi aku macam malu malu. sebab dah lama sangat tak jumpa. sorry eh ple? lepas nie tak tahu lah bila lagi kita nak jumpa. bila lagi u nak tedo umah i. kn? kn? hoishh.

penutup cerita.
apple..... u tau kan u kawan i paling best. sampai i dah anggap u macam kakak i dah. semua benda i cerita kat u. takde rahsia langsong. that's why u top friend i dalam friendster. dan dalam facebook. dan dalam hati jugak. :) i harap , hubungan kita akan kekal sampai bila bila. macam u cakap. kawan sampai bila bila. even u dah kawen nanti , janganlah u lupa sama i. nanti kesian i sorang sorang takde bestie lagi. hope ur bf sporting gila baban ah. hehe love you my kakak erma yuhanis. nyte ple.

si mata ngantok ,
apple punya si budak budak.


akhirnya aku ada gambar berdua sama apple

13 comments:

AmY said...

sweet + jiwang nak mampus
eeeyewwwww

:D

kalau dah jodoh tak kemana

:D

Elmi said...

amin.

thanx amy !

Nani. said...

wah apsal tak couple je terus :P

Elmi said...

taboleyy.

dia sudah bahagia sekarang loh.

lalalala~

renyrino said...

gile lawak.
wahahahah
haha
apa2 aje

Elmi said...

lawak?

adoi.

ade kata sedih.

ade kata lawak.

pe mood sebenanrnye ntah.

hoishh.

.amiey. said...

ada tp tiada :)

Elmi said...

ye jeju.

ada tapi tiada.

(:

- NuLU - said...

pergh..giler r..terharu aku bace neh.. ahaha..

Elmi said...

sebab apa kau terharu nulu?

rimza said...

hmm..same la ngan nulu..agak trharu..bace post nie mcm bace komik aku dan sesuatu plak rase nyer =P eh encik elmi crk la sorg yg steady..

Elmi said...

bukan tanak carik.

tapi lom jumpa calon yang sesuai.

bila dah jumpa calon , takde jodoh pulak.

adoi.

Anonymous said...

haih..
elmi2..