second blog

Wednesday, October 1, 2008

cerita malam raya saya.

assalamualaikum.

disaat aku sedang menulis blog aku neh. aku sedang kepenatan dan juga kebusanan. mak aku dan juga adik aku sudah pulang ke kampung....errr...bandar halaman. mereka tumpang kereta sepupu aku kerana ingin menolong atok dan nenek aku mengemas dan memasak di malam raya ini. aku tak boleh ikot sebab kereta penoh. adik aku yang kecik dah balik terengganu, kampung dia. ayah aku kerja sampai esok pagi. so tinggallah aku seorang diri dirumah ini sambil menonton cerita cerita raya , iklan iklan raya , berita , ucapan PM dan juga MTV. [huhhh?]

dari petang tadi , aku hanya memberi komitmen terhadap myspace dan juga facebook bersama friendster. cuma masa aku bangon tedo tengah hari tadi aku hantar sms raya kepada semua no phone yang ada dalam phonebook handphone aku. aku dari dulu tak suka ciplak idea orang. aku akan karang sendiri ucapan hari raya. buat pantun sendiri. pernah sekali , aku buat pantun tahon neh , tahon depan aku dapat balik pantun tuh. dari orang yang berbeza. jaoh pulak tuh. aku amat berbangga. haha

setelah aku dah hantar sms. aku hanya meletakkan hp di atas. aku silent. aku pon turun buat kerja bodoh seperti geleng kepala , lompat katak , joget zapin dan macam macam lagi kerana terlalu busan. bila aku naek , aku tengok inbox aku teros jadi full. ada dalam 45 sms yang aku dapat. [aku agak kecewa sebab aku hantar lebih 200 sms , yang reply 40-60 je].

dah petang sket , aku pon keluar mencari tempat berbuka. dah macam takde tempat lain nak pergi. aku berbuka kat tempat lepak biasa aku dan kawan kawan. kedai lain semua tutup. lepas berbuka , aku balik rumah , teros booking seat wayang. ingat nak tengok KAMI the movie midnight hari ni. tapi takde orang yang sudi teman. semuanye busy dengan family. tak macam aku yang tengah seorang diri melayan lagu raya disamping takbir raya berkemundang di peti televisyen.

aku dah terlampau busan , aku pon memulakan kerja aku seperti yang dijanjikan kepada umi. kemas rumah. aku lap cermin yang besar gedabak kat ruang tamu rumah aku. naseb baek ada pengalaman kerja secret recipe. haha lepas tuh aku lap lah segala macam benda yang ada termasok kipas kipas , meja dan juga meja makan. lepas tuh aku vacuum rumah aku. aku bila dah rajin , benda yang mak aku tak suruh dan benda yang tak patot buat pon aku buat.

dah siap semua kerja aku , aku teringatkan alep yang selalunya ada family gathering malam raya. dia ajak aku datang makan. aku segan. jadi duduklah aku dirumah seorang diri.

ini merupakan kali pertama aku bermalam raya seorang diri. selalu malam raya , akan duduk bersama keluarga. borak , mengumpat , bersenda gurau , main bunga api [masa kecik] dan lain lain. aku tak pernah beraya di kampung. jadi aku tak pernah kacau dodol , bakar lemang. paling kuat pon masak ketupat dan rendang. itu pon aku hanya memandang. kesian aku.

erm,
ramai yang tanya. apa perasaan aku nak raya. sejujurnya , aku tak rasa pape pon nak raya neh. pada aku raya tetiap tahun sama je. takde beza pon. aku lebih excited nak beraya bersama makhluk bulan hari ahad nieh. sebab masing masing dah berjanji nak complete berbaju melayu. wow, teruja ! walaupon ahad adalah hari raya ke 5. tapi kami nak buat macam raya pertama. aku amat tidak sabar. haha

abib dan baba [atok dan nenek belah umi].
ramai yang kata , aku cucu kesayangan mereka. sebab apa yang aku minta dari mereka , pasti dapat. yuran UiTM aku , mereka yang bayar. duit perbelanjaan masa masok UiTM dulu , mereka yang beri. lesen kereta aku di atas pembiayaan mereka. masa aku pergi manchester dulu , mereka yang beri duit belanja. sejujurnya , aku lebih sayang mereka dari mereka sayang aku.

tok abah [atok belah abah].
dengan tok abah , aku tak berapa rapat. kecuali masa tok abah duduk dengan family aku dulu. aku selalu maen playstation dengan dia. dulu dia seorang captain kapal laut. dalam cabin dia terdapat playstation. atok aku hebat bermain game. jangan tak percaya. sekarang dia busy melayan anak cik wan maen playstation pulak kot. hehe tok abah selalu perli aku macam tak solat. aku pendam je selalu. aku taknak beritahu dia yang aku jarang tinggal solat. nanti dia cakap aku poyo. biar je lah.

omak [nenek belah abah].
aku tak tahu nak cerita apa lagi. esok pagi lepas sembahyang raya , aku dan abah akan bertolak balik ke johor bahru. aku dah lama tak jumpa nenek belah ayah aku. dah 2 tahon lebih. aku merajok dengan dia sebab dia mengumpat belakang aku. tak patot bagi aku seorang nenek mendoakan sesuatu yang tak elok kepada seorang cucu. aku juga mempunyai hati dan perasaan. tapi aku ingin melupakan peristiwa tersebut. aku nak jumpa dia raya tahon nie. rendu jugak rasa nya. haha

om [aku panggil dia om sebab kami ada darah indon].
aku juga dah dekat 2 tahon tak jumpa om , aunty leha dan anak anak mereka. semuanya gara gara perselisihan faham antara abah dan om. om balik raya kedua. dah lama tak dapat duit raya dari om. aku juga tak pernah berjumpa anak mereka yang paling last , yang kelima. dah besar pon agaknya.

makngah [adik perempuan abah yang tengah tengah].
dengan makngah aku amat rapat. dulu masa makngah belom kahwin , makngah selalu bawak aku jalan jalan. pernah sekali tuh , kitorang turun naik bus intrakota. jalan pusing kl. padahal abah ada kereta masa tuh. masa tuh kitorang agak jakun naik intrakota. sebab masa tuh intrakota baru wujud. haha sekarang makngah dah ada 5 orang anak. paling tua umor 11 tahon. aku rendu saat aku kecik dulu.

cik wan [nama penoh irwan saputra , dia selalu perasan mix irwansyah dan nicholas saputra].
dengan cik wan aku rapat. sebab cik wan selalu lawan game dengan aku. dia juga rajin bawak aku pergi tengok wayang. dia juga selalu belanja mcd. sebab dia sekarang dah berjawatan besar kat mcd johor sana. sekarang sepupu aku yang laen dah besar , jadi kami dah tak berkesempatan nak lawan game lagi. anak anak dia yang 3 orang tuh pon dah besar besar. cik wan lah yang ajar aku tak makan sayur. masa dia duduk dengan family aku kat subang dulu , dia selalu makan dengan aku. dia asing sayur. sampai sekarang aku terikot. tapi dia lagi terok. dia tak makan buah. makngah selalu suruh aku kejut dia bangon tedo pakai buah apple. haha

busu [adik bongsu abah].
dengan busu , aku rapat jugak ah. sebab beza umor aku dan umor dia tak jaoh. 8 tahon je. selalu jugak dia jadi mangsa aku lompat lompat dulu selain cik wan. dia jugak mangsa aku maen game. tapi dia banyak influence aku. dia yang bagi pendapat suruh aku ambil mekanikal. sebab dia tegah aku jadi macam dia , arkitek. dia cakap lambat kaya. haha busu neh fans nombor 1 liverpool. sama dengan cik wan. mereka faktor aku minat liverpool sekarang. sekarang busu dah ada anak sorang. aku dah lama tak jumpa busu. sejak busu kahwin aku tak jumpa busu. dia busy sangat dengan kerja dia. arkitek lambat kaya. dia nak cepatkan lah tuh. haha joking busu !

ami tarey [abang sulung umi].
ami tarey dulu , dia selalu belikan aku mainan memandangkan dia takde anak. dia bisu dan pekak. tapi dia sayang aku. tapi sayangnya... aku tak dapat nak balas sayang dia terhadap aku sebab sekarang dia koma. dah 10 tahon lebih dia koma. accident motor. abib dan baba yang jaga dia sekarang. aku sentiasa doakan agar dia sembuh. tapi aku tak nampak tanda yang dia akan sembuh. semoga aku ada peluang melihat dia berjalan kembali dan marah marah umi lagi. amin !

umi dora [selalu marah aku tukar nombor telefon].
umi dora neh kalau masak , memang puas hati. kalau dia tahu kami nak datang raya rumah dia , dia akan bangon awal , masak sedap sedap untuk kami semua. selalu kami serbu ramai ramai rumah dia. sebab taknak dia masak banyak kali. haha anak anak umi dora ada 5 orang. semua ada ym sekarang. so aku nak cakap yang mereka neh dah besar panjang ah. tempat aku mintak berkenalan dengan perempuan , mereka lah mangsa kau. haha

umi chom [makcik aku yang paling kuat merajok (syhhhh!!)]. (:
umi chom nie macam umi dora gak. masak memang kepakaran dia. dia yang selalu akan buat kuih untuk rumah abib dan baba. dia jugak akan jahit langsir rumah. selalunya dia akan buat open house hari raya kedua. memang sesak rumah dia. sebab semua sanak saudara datang serbu. padat weh ! tapi ramai saudara belah suami dia la. anak dia sorang sahaja. dah darjah 4 kot.

umi juga ada seorang kakak paling tua. arwah umi afeeda. dia meninggal dunia ketika umi baru darjah 1. umi menamakan nama adik aku sempena nama umi afeeda. al - fatihah untuk umi afeeda. semoga roh nya dicucuri rahmat. amin.

apa yang best tentang raya bagi aku adalah bila adik adik atok aku datang dari singapore. sebab aku jumpa mereka memang setahon sekali je. lepas tuh , mereka tak pernah lupa bagi duit raya. even umi pon dapat. huahua tapi aku dah tak expect dapat duit raya lagi. bak kata busu , tahon umor cecah 20 , dah tak layak dapat duit raya. oh tidak !

hmmm,
tadi masa aku mula start tulis entry nie , aku macam takde semangat nak raya. tapi lepas dah type panjang lebar nie , aku jadi excited nak balik raya esok pagi.

untuk menutup entry raya tahon nie , aku ingin menyusun 10 jari kepada semua kawan kawan aku. makhluk bulan , weng crew , kawan uitm penang dan juga kawan myspace dan facebook. kalau ada terkasar bahasa , terlebih komen , terkurang komen , terlebih buzz , ter'spam' gambar ke. maafkanlah aku. kalau korang semua free , jemput lah datang ke rumah aku ahad ini. umi ada masak sikit untuk kawan kawan aku.

sudah la tuh. aku dah penat type. (:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin


kad raya aku tahon nie

4 comments:

Ezza Narziefa said...

jgn bersedey di mlm raye....ktorg kan ade..whaehaheh

*aku ngan jeju je pun*

;P

.amiey. said...

selamat hari raye jua :)

renyrino said...

gile panjang..
haha..
wey selamat reraya.
do jenguk jenguk my blog k.

rimza said...

rase nyer xlambat nk ucapkan selamat ari raye..raye2 nie relax2 jer..amik peluang luang mase ngan semua sedare n kengkawan yg ader..chill