second blog

Monday, January 11, 2010

skandal aku hujan.

hujung minggu yang paling letih tapi paling seronok.

empat hari datang berlatih flash mob dance dengan Raingers untuk persembahan Hujan di AJL yang baru melabuhkan tirai malam tadi.

ini first time aku dapat tengok post-production AJL dari hari latihan , hari rehearsal , sampailah ke hari kemuncak. tiga hari berulang ke bukit jalil. sampai naik muntah nak tengok AJL tu ulang-ulang.

tapi aku tak muak tengok persembahan Yuna. setiap kali bila turn Yuna perform , pasti bulu roma menegang. yang paling best , bila tengok video yang ditayangkan dibelakang semasa Yuna perform. sumpah style habis. ditambah pula dengan arrangement lagu yang jadikan persembahannya misteri gila.

tapi aku tak nak cerita pasal orang lain. walaupun aku akui , bila Bunkface perform , gegar stadium macam nak runtuh dia orang sing-a-long. ditambah pula dengan si Zaem dengan Pejal ada duduk melompat belakang Paan. memang aku jeles lah dia orang dapat naik pentas , aku tak dapat. cis.

tapi yang paling best , Raingers ah. semua orang ingat dua orang first yang terkinja tu macam apa saja. mesti orang ingat security tak bagos. sekali lepas tu ramai yang masok. lepas tu baru penuh depan stage tu. siap ada koreografi. mesti orang tak expect langsong.

masa aku depan stage , aku ada dengar orang jerit-jerit nama aku. 'Elmi ! Elmi !!'. dalam hati aku bertanya juga siapa artis mainstream yang kenal aku sampai duk jerit nama aku. nak kata Azura , dia dekat belakang buat kerja produksi. nak kata Aida , dia memang busy jadi floor manager. sekali aku toleh , Liyana Jasmay rupanya. patotnya dekat situ , tempat Search yang duduk. entah macam mana , Nana pulak yang duduk situ.

sumpah lepas tu aku terus nervous gila. hilang counting dalam kepala terus. bajet nak pose mengadap penonton. sekali bila Nana yang duduk situ , memang aku terus lost. tapi nasib baik ada kawan yang guide step lepas tu. selamat aku.

yang aku bengangnya , ada seorang mamat sebelah aku pakai baju putih. dia tak tau step. dia bukan Raingers yang terlibat pon. aku rasa dia ingat kita orang serbu bodoh saja agaknya. bila mula step , dia jadi lost. dah nampak buruk dah persembahan. apalah.

tapi apa-apa pon , aku gembira walaupun penat. pasti satu hari nanti aku akan rindu saat-saat macam ini. serius.

cari aku dalam minit 4.14-4.16. hujung belah kiri video. nampak topi ajaib aku tak ?

p/s : lepas ni bila show Hujan yang ada lagu Aku Scandal , aku akan buat dance itu lagi. walaupun seorang. aku peduli apa !

6 comments:

Along said...

along sms kamu kot, haha. semangat nak tengok hujan sebab nak tengok kamu, ape kes?

Farah-Izzaty said...

hahaha... mmg style la korg.. ak pn mule2 t'tnye2 gak pe la yg 2org tu wat kt dpn.. pstu bl dh rmai2.. ak pn excited bl de koreo.. style seyh..! congrats 4 u guys.. *double thumbs up!*

D said...

Haha.. Mula-mula aku ingat 2 orang yang kat depan tu terlepas dari security ke apa. Sebab bila camera fokus kat muka Noh, muka dia pun nampak blur je..
Bila dah ramai-ramai baru aku tahu, Hujan bawak Raingers rupanya.
Wuhuuuu~

scha said...

aku tengok AJL kat Assalam!!!
(macam biasa.. =.=!)
aku tak nampak kau..
aku nmpak beberapa topi..
tapi aku tak nmpak kau mie!!
aaarggh!!!

0.21 said...

pada aku, persembahan hujan adalah yg terbaik mlm tu :)

atreyu strange said...

Dah agak dah.. Ko mesti ada kat depan ngan Raingers aritu! Tapi memang tak nampak ah kat tv tu...

Ke tv umah aku kecik sgt? Adeihh..