second blog

Thursday, December 31, 2009

orang orang hebat.

atas dari kiri : kak suri , kak wani , omar , baim , acap , tri.
tengah dari kiri : along , syafiq , emy , shy , kak fynn.
bawah dari kiri : elmo , syafiq dan kak wani , kak ikim , kak jasmin dan fadza.

aku takkan cerita pasal selamat tahun baru. sebab tahun baru tiada makna bagi aku. sebab bagi aku , nak tanam azam , bukan hanya pada tahun baru. azam boleh tanam bila-bila. so what's the point nak celebrate tahun baru , kan ?

aku cuma nak kenang tahun 2009.

tahun dimana aku kenal orang-orang hebat didalam gambar diatas ini. untuk pengetahuan , aku dah anggap mereka ini macam kakak-kakak dan abang-abang aku.

aku mulai kenal mereka sejak aku sibuk-sibuk tengok kak wani perform sana-sini. dan rasanya titik mula aku nak rapat dengan mereka ialah bila masa aku dengan adik-adik aku pergi monolog pantai kak wani dekat bagan lalang tahun lepas. since then , aku mula rapat sikit demi sikit sehingga aku sukarela nak jadi askar bintang jatuh.

sejak bintang jatuh 3 venus dulu tu , aku rasa aku dengan mereka ni jadi bertambah rapat. ada yang jadi tempat aku mengadu pon hah.

kira dalam ramai-ramai askar ni , akulah yang paling bongsu. tapi semestinya bukan yang paling manja lah !

tapi rasanya , 2010 tidak akan sama rasanya. kerana kami bakal kehilangan dua orang ketua askar , kak wani dan kak fynn. masing-masing akan terbang jauh untuk belajar dan juga mengajar.

selama ini pun , selalunya kami akan berkumpul bila-bila kak wani atau kak fynn ada persembahan. kalau tidak , susah juga nak berkumpul. tapi lepas ni bila lah lagi.

haihhhhhhhhh. *mengeluh panjang gila*

malam ni dengar kata performasi terakhir kak wani. datanglah kalau kau orang ada masa. di lepaq cafe , kelana mall. aku rasa berbaloi kot kalau kau orang tak pergi the curve , tak pergi dataran merdeka atau klcc untuk menyaksikan persembahan terakhir kak wani. sebab lepas ni nak tunggu , lama gila lagi kot. jom ramai-ramai ! :)

p/s : aku rasa ramai orang yang dah aku pengaruhi untuk minat pada kak wani. sama ramainya dengan orang yang aku pengaruh untuk minat sama hujan. salah seorang yang minat gila dengan kak wani , tapi tak kesempatan untuk tengok kak wani perform , arwah tazo. :(




Monday, December 28, 2009

lelaki

atas permintaan ramai , aku diminta untuk menulis tentang lelaki pula. kesinambungan dari entry lepas yang bertajuk perempuan. dimana aku tanpa segan silu menghentam kaum perempuan.

aku ingat , aku akan diherdik , dikutuk kaw-kaw , tapi tidak. kaum perempuan sendiri mengaku mereka memang macam itu. tak percaya , pergi tengok komen yang ditinggalkan mereka di entry tersebut.

okey , tajuk hari ini , LELAKI.

aku sebagai salah seorang kaum adam , pasti aku cerita yang baik-baik saja tentang kaum lelaki ini. sebab pada mata aku lelaki ini tiada salahnya. yang banyak bagi masalah , perempuanlah. segala punca lelaki buat perangai adalah datang dari perempuan sendiri. kalau tak percaya , tunggu aku hurai.

sepanjang 21 tahun aku hidup , dah macam-macam jenis lelaki dah aku jumpa. jadi entry hari ini aku akan cerita berdasarkan pengalaman aku dan kawan-kawan rapat aku sahaja. aku takkan cerita tentang orang sekeliling. tak mahu ada yang ambil hati. kawan-kawan rapat aku tak kesah rasanya kalau aku cerita berdasarkan pengalaman dia orang. untuk jadi pedoman orang lain apa salahnya ?

ramai orang cakap yang lelaki ini susah didalami , susah nak difahami. perempuan yang selalu cakap macam ini lah , takkan lelaki pulak kan ? sebenarnya , bukan nak cakap apa lah , perempuan ni terlampau complicated sangat hidup dia , itu sebab dia cakap lelaki ni susah nak faham. padahal , lelaki ni semudah ABC saja nak faham. kami tidak susah untuk diterokai kerana kami suka dengan moto hidup , keep it simple. dah nama pun lelaki , semua benda ambil cincai saja. kalau suka , kami layan. kalau tak suka , kami layan biasa-biasa. kalau benci , kami terus tak layan langsung. senang.

lepas tu , ada juga yang cakap lelaki ni ego terlampau tinggi. satu yang aku tidak suka , aku tidak suka generalisasikan manusia[ika yang ajar aku pasal benda ini]. kalau si abu ni ego dia tinggi melangit , tak semestinya semua lelaki dalam dunia ni ego dia sama tinggi dengan si abu tu. ada juga lelaki yang sanggop kepala dia dipijak kaum perempuan semata-mata sebab sayang yang terlampau amat sangat. serius. aku pernah jumpa lelaki macam ini. ramai. ikut saja cakap awek , cakap bini.

ada juga yang ego dia tak tinggi mana. kalau dia suka perempuan tu dia cakap dia suka. dia tak simpan , dia tak tahan diri dia. cuma kadang-kadang , lelaki ini ada sifat malu dalam diri dia. kalau tak banyak , sikit pon mesti ada. malu untuk bertegur , malu untuk nak berkenalan , nak buat kawan baru. mujur zaman sekarang dah ada facebook dan myspace. tapi tak elok juga benda macam ni , lagi menambah sifat malu lelaki-lelaki seluruh malaysia. jadi kepada perempuan diluar sana , janganlah rasa diri tak cantik bila tak ada lelaki yang menegur. ada saja yang nak menegur , tapi percayalah , kami malu nak tegur. takut awak tak layan kami-kami ni. malulah !

okey sekarang ego aku dah buang jauh. malu pun aku dah buang jauh. sekarang timbul pulak masalah yang aku rasa aku ni terlampau kecil , terlampau banyak jurang antara aku dengan kau. kau anak dato'. kau anak orang berada , orang kaya. kau terlampau cantik bagi aku. aku ni lelaki selekeh saja pergi mana-mana. kau kemana pun orang pandang tak lepas. oh , kau ada kereta , aku naik komuter saja. kawan-kawan kau semua lepak hartamas , aku mampu lepak mamak depan rumah saja. macam mana aku nak mengorat kau ? pandang ke kau dekat aku ? haihh.

yelah , saya tau saya tak ada keyakinan , cepat putus asa. tapi kalau awak bagi hint yang awak pun suka saya apa salahnya ? janganlah awak duduk tunggu saya saja yang nak kejar awak. apa kata awak bagi hint sikit. kasik saya tau yang saya boleh nak pikat awak. baru saya ada keyakinan sikit. janganlah buat muka ketat.

lagi satu , perempuan-perempuan ni selalu sangat cakap orang lelaki ni tak sensitif bila tiba pasal cerita cinta. tipulah. macam aku cakap tadi , jangan generalisasikan manusia. manusia lain-lain. ada lelaki yang mungkin kau jumpa , dia tak sensitif langsung , tapi tak semestinya semua lelaki macam tu. aku ada saja jumpa lelaki yang sensitif , emosional. sayang girlfriend sampai dah kena tinggal dah setahun dua pun masih sayang , masih teringat-ingat , masih menaruh harap. rugi perempuan yang tinggalkan dia itu. serius. kau tak mungkin rasa bahagia dengan orang lain selain orang yang sayang kau sepenuh jiwa dia. aku tak tipu.

ada juga lelaki yang sanggop buat apa saja untuk perempuan yang dia cinta. sanggop ulang-alik jauh-jauh untuk hantar gf dia pulang ke kampung halaman. siapa dapat lelaki yang jenis macam ni memang serius bertuah. kau orang boleh rasa macam dunia ni kau yang punya. sebab tak perlu risau-risau nak beli tiket bas , nak tunggu kereta api atau flight delay dan sebagainya.

tapi ada juga yang jenis tak ambil peduli sangat. yang dia tau , awek dia balik esok. datang balik minggu depan. tunggulah kau dekat puduraya tu seorang. aku banyak kerja nak buat. tapi , aku sayang kau. hah , dah nasib badan dapat boyfriend macam ni , nak buat macam mana , terima saja. tuhan dah bagi. belajar bersyukur boleh ?

ada lagi sejenis spesis lelaki yang aku kenal , dia sanggup buat apa saja untuk girlfriend dia. tapi bila dia ada duit. bila dia tak ada duit , dia lebih gemar berjauhan. cukup sekadar sms atau telefon sikit-sikit. tapi selalunya perempuan akan fikir lain. dia orang akan selalunya anggap yang kami ni dah berubah. tak beri perhatian. dan mungkin ada perempuan lain. sila jangan malu untuk bertanya. dia boyfriend awak. awak tanya saja apa yang awak nak tanya. buat apa nak malu ? satu hari nanti dia jadi suami awak. 24 jam awak tengok muka dia. atau awak tak pernah fikir yang awak ada masa depan dengan dia ?

ada juga lelaki yang mahu 24 jam bersama dengan awek dia. dia tak peduli yang awek dia akan rimas dengan dia. asalkan dia tahu yang awek dia ada depan mata. sampai kadang-kadang , keluarga pon terabai. akibat terlalu mahu bersama. kejap aku nak tanya , kalau bf kau terlalu abaikan kau , kau cakap kau terabai. kalau bf kau 24 jam dengan kau , kau rasa rimas pulak ? habis , kau nak macam mana ni ?

karang kalau dah dapat bf yang tak hargai apa yang dia ada lagi kau sakit hati. ada lelaki yang pernah aku jumpa , dia tak hargai dengan apa yang dia ada. dia ada awek , tapi dia cari lain. dia berfoya. tak pun , dia buat endah tak endah saja dengan awek dia. buat macam awek dia tu sampah. layan macam orang tak ada hati dan perasaan. kalau kau dah dapat bf macam ni , aku cadangkan kau bersyukur jugak dengan apa yang tuhan dah bagi. dari kau merempat tak ada orang nak kau , baik ada lelaki tak guna macam ni.

ada lagi satu lelaki yang jenis tak pernah nak jujur. kaki kencing. duduk tipu awek dia saja. eh you , i dah mengantok ni. esok kita sms lagi okey ? padahal , dia tengah duduk melepak dengan kawan minum teh dekat mamak. apa boleh buat , kau dah dapat lelaki macam ni sebagai kekasih hati kau , makan hati saja lah kau nampaknya. diperbodohkan. kesian kau.

kami kaum lelaki ni , paling pantang bila kena kongkong. tapi ada jugak antara kami-kami ni yang suka mengongkong awek dia. alahai , kami kongkong sebab awak tu perempuan. awak kan kaum yang lemah. kami kongkong sebab kami nak jadi protective. kami nak jadi hero sejati. walaweh. baru macho awak pandang saya kan ?

itu kira okey lagi lah. aku paling pantang kalau kawan-kawan perempuan aku ada kawan lelaki yang bajet macam skandal , tak nak ada apa-apa hubungan , tak nak ada komitmen , tapi hamek kau , tangan duk meraba saja. ambil kesempatan. [eh kenapa aku bekap perempuan ni ?]

okey tukar cerita.

ada satu jenis lelaki ni , lagi tak boleh belah. dia cakap dia sayang awek dia. tapi duduk membahan awek dia depan kawan-kawan dia. kalau berdua pun , dia bahan jugak awek dia. jangan fikir lain , dia ni sebenarnya tak tahu macam mana nak tunjuk kasih sayang dia pada awek dia. itu saja cara dia nak berkomunikasi dengan awak. mungkin niat dia bergurau. cuma awak yang salah tafsir. kecualilah kalau dia mengutuk awak sampai awak menangis , tapi dia masih kutuk. selamat tinggal sajalah. atau awak nak bersyukur dengan apa yang ada ? terpulang.

okey , satu aku nak cerita pasal lelaki ni. ini aku rasa key point dalam entry ni. lelaki kebanyakkannya jenis yang kalau aku dah clash dengan kau , tak bermakna aku tak nak kawan dengan kau. kau tetap kawan aku. tak pernah lelaki nak berdendam dengan bekas kekasih dia. tapi yang aku pelik , ramai perempuan ni , yang bila dah clash , sibuk menghentam bekas kekasih dia tadi tu. padahal yang lelaki ni tak ada pun nak dendam-dendam. apa masalah kau orang sebenarnya ni ?

dan lagi satu aku nak tanya kau orang semua perempuan. boyfriend kau , nak kenalkan kau dengan kawan-kawan dia , dia kenalkan kau sebagai awek dia , atau dia cuma cakap kau nama saja ? atau dia cakap kau bakal isteri dia ? kalau dia kategorikan kau sebagai awek dia , kau kena berjagalah. sebab awek ni selalunya bukan untuk dibawa ke jinjang pelamin. agak biadap rasanya kalau cakap orang yang kau sayang dengan perkataan yang budak-budak rempit selalu pakai. kan ? silap-silap kau cuma tempat dia puaskan nafsu dia saja. nanti bila dia dah jumpa yang betul dia suka , yang solehah , kau bye bye saja dia mampu cakap.

dah , penat aku type panjang. kau orang fikir lah mana satu lelaki yang kau orang nak sebagai boyfriend kau orang. untuk pengetahuan , semua sifat atas ni aku ada. dan ia menjadikan aku sebagai lelaki paling tidak digemari perempuan. tetapi aku masih mahu mencari yang sudi menerima aku seadanya.

konklusi entry ni bagi aku , kau terima saja lah pasangan yang kau ada tu sebaiknya. tak perlu cerewet. kalau tak puas hati , slow talk. cuba ubah sama-sama. semoga bahagia.

:)

Wednesday, December 23, 2009

perempuan.

ini teori aku terhadap perempuan.

perempuan ini bagi aku punca masalah hidup. sekurang-kurangnya bagi aku. walau jatuh cinta macam mana pon aku dekat seseorang perempuan itu , pasti akan ada masalah yang diberikan oleh mereka-mereka ini.

serius.

aku akui , perempuan ini pelengkap hidup lelaki. tetapi itu perempuan yang memahami , perempuan yang berakal fikiran. bukan perempuan yang melulu dan terlalu ingin mengawal keadaan dan tidak dilupakan , yang terlampau mengada-ngada. dia mungkin kata dia manja , tapi orang pandang dia sebagai mengada-ngada atau lebih dikenali sebagai gedik.

aku bukan nak cari gadoh dengan perempuan. tapi aku hanya ingin bercerita dari sudut seorang lelaki. setidaknya , dari pandangan aku , lelaki yang tidak berpunya , tetapi sudah 24 kali bermain cinta. dan sudah berpuluh kali hampir jatuh cinta real hard.

perempuan akalnya satu. mereka pada aku , tidak banyak berfikir seperti seorang lelaki berfikir. itu sebab perempuan ini kadang-kadang emosi semacam terganggu. kadang ada yang panas baran terlampau. bikin suasana jadi kecoh. kadang ada yang tidak menyelidik , terus menuduh membabi buta.

ada juga aku pernah kenal dengan perempuan yang kaki mengikis. ada yang gemar mengongkong. ada yang suka mengawal keadaan. ada yang tidak pernah cuba untuk memahami. ada yang suka menuduh tak tentu pasal. dan ada juga yang cemburu sebab aku berkawan dengan lelaki.

haihh.

perempuan. aku sedar , aku keluar dari perut seorang perempuan. aku sedar , aku dibesarkan oleh seorang perempuan. aku sedar , aku dimanjakan oleh seorang perempuan. tapi watak seorang ibu tidak akan sama dengan watak seorang perempuan.

cuba selalu , anda kaum perempuan , sila memahami masalah sang lelaki. jangan hanya memahami sekali-sekala sahaja. cubalah faham selalu. masalah kami , lelaki ini , bukan datang sekali sekala. kami punya masalah selalu. selalu.

aku beri contoh untuk kau orang lebih faham maksud aku.

setiap kali nak keluar date , kami sang lelaki ini , pasti akan berfikir rasionalnya untuk keluar bersama. kerana ? sudah pasti wang ringgit. kalau dah diajak perempuan , pasti perlu berlagak gentleman. perlu belanja makan , dan lain-lain kos. kalau kami jenis yang sudah bekerja , mungkin sedikit mudah. tolak-tolak duit sewa rumah , duit mak ayah , duit bil dan duit kereta , ada lah sikit modal untuk keluar date dengan perempuan.

kalau kami jenis yang masih belajar ? susah. tapi ada juga yang tak pernah nak guna akal yang satu tu. buat bodoh saja dari mula si lelaki ambil dirumah , sampai lelaki hantar balik depan pintu gate depan rumah. kami tau la , kami yang ajak awak keluar. tapi , awak kenalah faham , saya belajar. mana ada duit sangat. apa kata kalau awak bersikap rasional hulur sikit bantuan. sekurang-kurangnya berbahasa lah. bukan kami mengharap sangat. cuma kalau saling bantu-membantu kan lebih manis. lebih suwit. kan ?

mungkin aku membebel macam ini , orang akan pandang serong pada aku. eh apa lah elmi ni , dah tak ada duit , ada hati nak ajak perempuan keluar , lepas tu tak tau malu nak suruh kita keluar duit kita pulak.

terus terang , kalau aku tak ada duit , aku takkan berani ajak siapa-siapa keluar. sebab aku takot aku akan keluar dengan perempuan yang tiada rasional seperti yang aku cerita diatas.

kalau ada yang cukup rasional , pandai berfikir. nanti berlagaklah pulak. ego tinggi. aku dah keluar duit aku , kau kena dengar cakap aku. sekarang aku nak beli-belah dekat klcc. lepas tu bawa aku pergi pavi , nak makan. lepas tu sebelum balik , singgah nilai 3 , nak beli kain.

kesian lelaki tu. perempuan tu saja yang happy. lelaki merana. kena ikut kehendak perempuan. sekali tak apa. tapi kalau dah lapan juta kali ? selamat tinggal awak , saya dah ada perempuan lain. tolak ansur itu penting. jangan nak dengar cakap awak saja ya perempuan ?

okey , sekarang dia dah boleh fikir rasional. dia juga dah tolak-ansur. tapi tiba-tiba dia mengongkong pulak. ini parah sikit ni. kongkong boleh kongkong. tapi janganlah sampai kalau i nak pergi main futsal dengan kawan-kawan i pon , you nak marah. takkan kemana i pergi , i nak heret you ? nanti you jugak bosan duduk menanguk tepi gelanggang. bagilah i sedikit kebebasan. i tak pernah halang you pergi beli-belah dengan kawan-kawan you pon. lagipun i main futsal dengan kawan lelaki. perempuan tak ada. janganlah kongkong. nanti i kongkong you , pandai pulak you cakap , i nak space , you jangan kongkong i. betul tak ?

kalau yang kongkong tu pada aku dah cukup bagos dah. dari ada segelintir yang queen control. mak aih. ini lagi tak boleh belah ni. semua nak ikot cakap dia. kalau tak dengar cakap , kita clash. kadang-kadang lelaki ni terlampau sayang. ikut saja cakap si perempuan. yelah , awek aku hot. biarlah dia nak jadi queen control. kesian balak kau , orang pandang dia sebagai dayus. dengar cakap perempuan.

kejap , ada yang lagi best. perempuan tak sedar diri. bila lelaki sms perempuan lain , pandai cemburu , pandai marah. tapi diri sendiri ? main sms dengan lelaki lain. siap manja-manja. bila lelaki buat semua salah. tapi bila dia buat , semua tak nampak. dah nama pun perempuan. memanjang nak menang.

ada juga perempuan yang kuat menuduh. melulu saja dia tuduh tanpa usul periksa. aku kagum dengan perempuan macam ni. sebab bila bergaduh nanti , pasti si lelaki akan menang. sebab dia tuduh benda yang tak betul. lepas tu hebohlah telefon minta maaf sebab buat tuduhan yang salah. kan dah padan muka ?

ada juga yang terlampau obses dengan si lelaki. maksud aku , sikit-sikit , boyfriend. sikit-sikit boyfriend. sampai orang naik meluat dah nak dengar. tup tup esok bergadoh , clash. macam mana dude ? malu tak nanti ?

last-last. tak nak cerita banyak. nanti orang bosan baca panjang lebar. ada satu jenis perempuan ni , yang duduk dengar cerita sebelah pihak. ni bukan perempuan saja , tapi lelaki pon sama. cuma kebanyakkannya perempuan yang berkelakuan sebegini rupa. sebab itulah , melulu membuat tuduhan. tidak berfikiran secara rasional. bila dengar cerita sebelah pihak , confirm pihak yang lagi satu tu salah. confirm ! cuba dengar dua-dua belah pihak dulu. barulah melenting.

semua yang aku cerita dekat atas ni , atas pengalaman 21 tahun aku hidup. tolak 10 tahun tak tahu apa apa pasal perempuan. aku ada 11 tahun pengalaman. dalam 11 tahun tu , macam-macam jenis perempuan aku dah jumpa. setakat ini , pasti ada yang tak kena dengan setiap perempuan yang aku suka. tak percaya , tanya kawan-kawan rapat aku. pasti wujud perkataan tapi yang terpacul dari mulut aku.

sebab apa ? sebab pada aku , perempuan ini menyusahkan. walaupun aku sedar , yang aku perlukan seorang perempuan ketika ini. HAHA

lucu kan ?

mana ada lelaki yang tak perlukan perempuan dalam dunia ni. aku tak terkecuali. cuma , jadilah perempuan yang berfikir. jangan jadi perempuan yang cantik luar saja. tak ada manusia sempurna. tapi ada manusia yang hampir sempurna di mata setiap manusia yang lain. aku tak tipu.

saya sayang awak , perempuan. :)

BLACK & WHITE PHOTO Contest.


aku tak reti link logo. [klik sini je].

jumpa ini dalam blog omaw. dan terus join tak banyak cakap dah. tak rugi apa pon kalau tak join. right ?

Tuesday, December 22, 2009

kenapa aku boleh , kau tak boleh ?

pernah tak kau orang bertanya pada diri sendiri - kenapa dia boleh , kenapa aku tak boleh ? - pernah ?

sejujurnya aku pernah berputus asa dengan proses pembelajaran peringkat universiti aku. sebab aku sedar , manusia cacat macam aku , tidak akan boleh sekali menjadi jurutera. oh jangan tertanya-tanya , aku bukan cacat apa pon. sekadar cacat mata. aku rabun warna.

seorang yang mempunyai masalah rabun warna , tidak boleh menjadi engineer mahupun technician. apatah lagi menjadi seorang juruterbang. aku tidak mahu bercerita tentang perkara yang sudah lepas yang sudah hilang. aku ingin bercerita tentang masa depan.

sekarang tiba masa aku tanya diri aku sendiri , kenapa dia orang boleh , kenapa aku tak boleh ?
kenapa kebanyakkan kawan-kawan aku boleh menamatkan pengajian mereka tetapi tidak aku ? kenapa kawan-kawan aku boleh ada cita-cita nak jadi kaya melalui kerja sebagai engineer tetapi tidak aku ? kenapa dia boleh , aku tak boleh ?

jadi melalui persoalan itu , timbul satu motivasi. untuk buktikan kepada dia orang , yang walaupun aku cacat , aku boleh berjaya macam dia orang juga. tetapi , bukan sebagai engineer. tetapi sebagai seorang manusia.

kalau dia orang boleh tamatkan pengajian , tentu aku boleh. walaupun aku sedar , tiada sebarang syarikat pon yang akan terima aku sebagai pekerja kerana kecacatan aku ini. tapi aku tidak akan berhenti berusaha. sebab aku percaya pada rezeki. rezeki tuhan yang bagi.

kalau dia orang boleh ada cita-cita besar nak kaya melalui kerja sebagai seorang jurutera yang berjaya , aku pon boleh. tapi cita-cita besar adalah nak kaya melalui bidang lain. bidang yang aku tak rela nak kongsi dengan kau orang lagi. biar aku tamat diploma dahulu , baru aku cerita apa cita-cita aku sekarang.

nampak tak ? kalau kau tak boleh buat ini , kau ubah sasaran kau , supaya kau masih boleh berjaya , walaupun dengan gaya atau cara yang berlainan. asalkan hidup kau tak wasted. hidup sekali , tak guna kalau cepat putus asa , lepas itu hanya duduk mengenang nasib. nasib kita , kita boleh ubah. dengan cara berusaha.

sekarang aku nak suruh kau orang tanya diri kau orang. kenapa aku boleh , kenapa kau orang tak boleh ?

jom kita ubah nasib kita kearah yang lebih baik. mana tahu nanti kita sama-sama jadi insan yang berjaya. orang pon tak pandang selekeh macam tiga hari aku di KLCC. mentang-mentang aku sentengkan seluar , pakai selipar jepun , berlumpur berlecak , kau orang nak pandang aku hina lah ? aku manusia sama macam kau juga. berak dekat jamban. atau kau berak dekat dalam kereta mercedes bapak kau punya ke ? LOL

Wednesday, December 16, 2009

bella is a bitch.



selamat petang.

aku pasti kebanyakkan kau orang sudah tengok cerita di atas ini , New Moon. sebenar-benarnya , sudah lama ingin aku coretkan tentang ini , tapi masa selalu tidak mengizinkan. juga kemalasan untuk menaip selalu membuak-buak.

hari ini bukan aku nak cerita pasal cerita ini. cuma nak bercerita tentang orang-orang yang menonton cerita ini.

sebaik sahaja mereka tengok cerita sambungan kepada Twilight ini , semua bikin kecoh mahu jadi team bagi pihak di sebelah mana. team Edward atau team Jacob. adoilahaii. dari kau orang semua kecoh-kecoh nak jadi pihak mana , baik kau orang selami jalan cerita New Moon ni.

maksud aku , teliti watak Bella. dari kau orang heboh dengan kekacakan si pucat Edward , dari kau orang agungkan si badan tegap Jacob. kau orang sedar tak si Bella itu perangai , mak aih , sungguh bitch sekali.

setuju ? kalau tidak , mari aku ungkaikan.

mula-mula Bella jatuh cinta dengan Edward. bila Edward hilang , Bella jadi sunyi gila babi. hidup tensi , semua buat tak tentu arah. jadi dia cari kawan dia , Jacob. mula-mula kawan lah kan ? lepas itu , mula bagi harapan. bagi hint-hint yang tak perlu rasanya nak bagi. lepas itu Jacob pon sudah mula tak tentu arah , sebab dah jatuh cinta dengan si Bella ni.

tup tup , Edward semacam muncul balik. terus Bella tinggalkan Jacob. pergi dekat Edward. padahal masa Edward tak ada , Jacob ni lah yang duduk teman dia , jaga dia , buat dia rasa apa nikmat dunia. lepas ada Edward , terus Jacob tak diperlukan.

sekarang kau orang setuju tak yang Bella ni bitch sebenarnya ? mempergunakan lelaki untuk kebahagiaan diri sendiri. tak hirau langsung perasaan orang lain , orang sekeliling. pentingkan diri namanya.

so now I will ask you guys one more time , are you team Jacob or are you team Edward ? or maybe , team Bella is One Hell Of A Bitch.

(:

Saturday, December 12, 2009

21 tahun. 300 entry. dan bukan terakhir.

bismillah.

assalamualaikum.

pejam celik pejam celik , sudah dua puluh satu tahun aku menghadap dunia yang tiada apa ini. sudah dua puluh satu tahun aku hadapi berbagai onak duri dan cubaan dekat dunia penuh bohong ini.

pejam celik pejam celik , sudah tiba ulang tahun kelahiran aku lagi sekali. seperti 20 tahun-tahun lepas , sama saja ulang tahun aku kali ini. tiada apa yang berbeza.

cuma ,

agak hambar sedikit hidup aku hari ini. tahun lepas berduyun rasanya sms birthday untuk aku. tahun ini cuma tiga belas. empat belas termasuk seorang yang sms kepada adik aku sebab tiada nombor aku. tahun lepas sms saja cecah 40 sms. itulah , bikin ramai musuh , inilah jadinya.

tapi wall facebook boleh tahan meriah. tak henti-henti wall masok. ada juga rupanya yang masih ada masa untuk singgah dan mengucapkan aku selamat hari lahir , selamat semakin tua , semoga panjang umur , murah rezeki , cepat jumpa jodoh dan sebagainya. terima kasih. zaman makin canggih. semua orang dah ada facebook. apa barang sms , wall la kool !

tapi ada juga yang wall + sms. sumpah terharu.

tahun ini juga , tiada sebarang ancaman tepung dan telur. cuma satu dari moja. itu pun hanya sekadar gurauan. tiada ancaman sebenar. macam tahun lepas , aku kena setepek dikepala oleh miraj. nasib tahun ini miraj dah duduk di kl. kalau tidak , pasti dia balas dendam sebab masa birthday dia tahun lepas , dia parah di tembak telur. selamat hari jadi , miraj. esok saja birthday kau. sibuk nak sebelah dengan aku. hehh.

aku dah cukup umur untuk bergerak bebas. aku dah cukup umur untuk mengundi. aku dah cukup umur untuk ke mana-mana. aku sudah cukup umur. cuma belum mahu matang. tapi aku janji , selepas ini , blog aku ini akan matang. cukuplah 300 entry yang merepek-repek sebelum ini. lepas ini tiada entry merepek , insyaAllah.

tahun lepas , macam-macam yang aku harapkan untuk tahun ke 20 hidup aku. satu pon tak jadi , malangnya. aku harapkan supaya akhirnya hari ini aku akan ada seseorang dalam hidup aku. aku tak ada. aku harapkan hari ini aku sudah berjaya tamatkan pelajaran , aku tak dapat. aku harapkan supaya hari ini aku 65kg , aku tak berjaya. aku harapkan hari ini aku semakin matang , aku tidak. aku harapkan yang aku tidak akan meninggalkan solat lagi , aku tak berjaya.

semuanya tidak tercapai. kerana ? disiplin dan juga tiada keinginan.

tahun depan ?

aku nak capaikan apa yang tak dapat aku capai masa aku dua puluh. mintak-mintak dua puluh satu ini lebih kuat semangatnya.

tahun lepas banyak yang aku mahukan sebagai hadiah hari jadi. sungguh kanak-kanak. tapi dapat. *senyum kambing* tapi tahun ini , maaflah. aku tak mahu pon hadiah-hadiah ini. aku cuma mahu hati senang saja. ;)

tapi sejujurnya. aku sunyi. sunyi sebab tak ditepung. nampak sangat aku ni tak ada kawan lah wei yang sanggop buat macam-macam untuk aku. pathetic sungguh hidup anak muda sorang ni. haihh. tak apa. as long as dorang ingat , dah cukuplah. tak elok nak mintak banyak. nanti orang kata , demand.

21 tahun aku memandang dunia dengan pelbagai perspektif. macam-macam yang aku nampak. dalam dunia ini , sentiasa perlu berhati-hati. kadang orang yang kau anggap kakak , akan menikam belakang kau. orang yang kau anggap kawan baik , akan membuat hidup kau huru-hara. orang yang kau kurang ambil peduli , akan sentiasa peduli pada kau. orang yang kau mungkin lupakan , tidak lupa pada kau. orang yang sentiasa membuli , sebenarnya baik hatinya. orang yang mengambil kesempatan , indah budi bicaranya. orang yang dilihat kejam luaran , sungguh kuat imannya.

banyak yang aku belajar. tak cukup rasanya satu entry. nanti panjang berjela.

sudah. cukup-cukup cerita pasal ulang tahun kelahiran aku. bukan apa pun , hari jadi je pon. tak perlu gebang-gebang.

semoga aku panjang umur. semoga Allah murahkan rezeki aku. semoga aku sudah pandai senyum jujur. semoga hidup aku disenangkan. semoga aku habiskan diploma aku. semoga aku rajin belajar. semoga aku jadi manusia hebat. semoga aku menjadi kawan yang hebat kepada semua yang baca ni. semoga aku jadi anak yang hebat untuk kedua orang tua aku. semoga aku jadi yang hebat untuk diri sendiri. semoga hebat , ELMI !

kita tinggalkan 21 tahun dibelakang kita. kita mula hidup baru yang lebih kool. untuk kau , Elmi , dan aku , Elmi juga. [aku dah gila]

kita juga perlu tinggalkan 300 entry yang sudah ada ini dibelakang kita. kita pandang kedepan. sudah 300 entry blog ini. banyak betul aku menulis. rasa dah boleh buat novel. haha

300 entry. banyak ia ajar aku. tentang manusia. tentang hidup. ada orang mungkin tersinggung dengan tulisan kita. ada orang mungkin akan maki hamun tentang tulisan kita. ada orang mungkin menangis. ada juga mungkin tersentap. ada juga mungkin senyum.

aku berniat untuk menutup blog ini. tetapi memandangkan sudah ada followers yang tersendiri , aku tutupkan niat itu. ramai yang menghalang aku daripada menutup blog. ramai maksud aku , ramai. bukan lebih dari seorang maksudnya ramai.

dulu amy tanya , apa pentingnya followers ? ya , tak penting pon. sebab dari semua yang kita update , tidak semua pon yang baca. apatah yang memberi komen interaksi. tapi , ada juga yang akan singgah dan baca. walaupun tak habis , akan ada juga yang baca. dan yang baca ini , aku panggil mereka ini , pembaca yang setia. walau aku tulis merepek , dorang tetap akan baca.

umpama kita tulis buku , dan orang beli dan baca. dorang akan baca , dan mengambil iktibar , walaupun sedikit. walau aku tulis merepek , dorang akan sedar , yang tak ada gunanya tulis merepek. jadi mereka sedar dan mereka akan cuba berubah. insyaAllah , kalau mereka berubah sebab mereka baca blog kau , secebis cuma pahala mungkin merubah antara syurga dan neraka.

walaupun aku rasa sekarang lebih banyak ke arah neraka blog aku ini. haha

tapi apa-apa pun , terima kasih kerana membaca. terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan hidup aku. terima kasih.

sebenarnya otak aku blank , tak tau macam mana nak menyentuh hati pembaca dengan tulisan tentang hari jadi aku ini. harap-harap korang tak bosan membaca.

terima kasih lagi sekali kerana membuat hidup aku penuh warna-warni sepanjang 21 tahun ini. terima kasih.

Wednesday, December 9, 2009

mentaliti malaysia

aku dah tak banyak masa untuk menaip. tapi aku gagahkan jugak jari-jemari aku ini untuk menaip. sebab aku rasa blog ini salah satu cara untuk merapatkan hubungan jauh antara kita-kita.

hari ini aku mahu membebel mengenai mentaliti orang kita. orang melayu kita. orang cina kita. orang india kita. orang malaysia kita. satu malaysia kan ? jadi semua kena. tak kira bangsa.

mula-mula aku nak cerita pasal kawasan perumahan aku. sekarang sudah ada papan-papan tanda 'Jangan Buang Sampah Merata-rata' dan 'Keep Our Home Clean'. tetapi malangnya , semasa kali pertama aku terpandang dengan papan-papan tanda tersebut , aku ada nampak seorang makcik ini , elok saja dia berjalan kaki sebelah papan tanda tersebut , dan terus dia buang botol air dia sebelah papan tanda itu. assalamualaikum makcik , tak makan saman ke papan tanda dah ada pon masih tak reti nak baca ?

kedua , jalan lintasan pejalan kaki. aku bukan nak cerita besar atau cakap letup-letup punya kuat lah , tapi aku pernah pergi tiga empat negara luar , dan pada dorang ni , pejalan kaki adalah yang paling penting. kereta belakang cerita. tapi tidak di sini. contoh , masa umi di hospital dulu , depan hospital jalan nak menuju ke parking kereta ada lintasan zebra. kereta yang lalu dekat situ semua haram punya laju. tak ingat dunia. bila sampai dekat lintasan zebra tu , makin dia laju. bukan dia berhenti dan beri laluan kepada pejalan kaki. lagi dia pecut. siap hon. kalau dekat australia , sedangkan lampu lintas jalan kaki merah pon , dorang tak hon. dorang beri masa kepada pejalan kaki ni habis lintas jalan dulu. lepas tu baru dorang pecut. tak percaya tanya izz.

ketiga , lampu isyarat. aku paling bengang nak mati dengan orang yang suka langgar lampu isyarat. nak kemana pon tak tahu lah dorang ni nak cepat je memanjang. contoh paling dekat , lampu isyarat depan rumah aku ni saja. selalu sangat orang buat bodoh dengan lampu merah tu. setiap kali aku nampak orang langgar lampu merah ni , sumpah aku menyumpah. harap dia betul-betul terbabas langgar lampu itu. tapi jangan mati , kasi dia patah kaki , jongos gigi , putus tangan. biar dia belajar sikit. dan harap dia tak buat lagi. orang malaysia mana belajar dari pengajaran. dorang belajar dari tengok movie yang tak ada pengajaran.

keempat , pengangkutan awam. orang malaysia ini aku tengok , dah makin malas. kalau tak ada kereta , dah tak mahu keluar berjalan. seboleh nak naik kereta. apa kelas naik komuter , kata mereka. aku bukan apa , aku kagum tengok orang luar , yang bangga bila naik tren pergi kerja , naik bas pergi date. tengok sajalah bagaimana sesaknya tren dekat jepun , subway dekat us , underground dekat london. walaupun sesak , dorang tetap relaks. tak macam orang malaysia kita , malaslah naik komuter , ramai ! tapi ada juga yang aku bangga. orang malaysia kita sekarang dah pandai beratur nak naik komuter. beratur masa komuter belum sampai. komuter dah sampai , hilang beraturnya. serius.

lima , kedai kopi. kedai kopi yang bukan bermaksud warung kopi tempat orang minum kopi. tapi mengumpat. orang malaysia ni aku tengok banyak sangat umpatnya. sana sini mengumpat , mengutuk dan membahan. tak kira dari umur usia remaja sampailah ke yang tua bangka. tak ingat nak mati. mengumpat bukan dapat apa pon. dapat dosa. tak kira dari orang yang tengah melanggar lampu isyarat tu ke atau pon orang yang tengah beratur nak naik komuter tu ke , ada saja yang tengah mengumpat.

enam , bodek atau lebih sedap aku panggil kipas bontot. orang malaysia ini dah terlampau biasa dengan membodek. bodek sana , bodek sini. kipas bontot pensyarah , cium bontot bos. apalah hipokrit sangat korang ni. aku tengok dari budak sekolah , pelajar universiti sampailah ke pekerja am , semuanya pasti ada yang perlu membodek. bodoh. budak sekolah nama abu tu nak wakil sekolah bola sepak , jadi dia kipas bontot cikgu dia. pelajar universiti nama abu yang dah besar tu nak cemerlang dalam peperiksaan dia , jadi dia cium bontot pensyarah dia. pekerja am nama abu yang dah dewasa tu nak naik pangkat , jadi dia usap-usap bontot bos dia. kau hipokrit dan kau tak ada maruah. bodoh.

tujuh , duit. zaman sekarang zaman banyak pakai duit. banyak benda kita buat kena perlu sangat pakai duit. nak pergi kerja pon perlu ada modal. duit tambang atau duit tol. duit makan tengahari , duit minyak , duit teksi , duit tandas. sebelum kau dapat gaji , kau dah dapat tahu yang hidup kau bulan depan pasti akan sengkek. itu orang yang dah bekerja. orang yang belajar macam aku ni ? harap duit bulan dari abah aku. rm350 tak banyak. tolak duit sewa , duit letrik , duit internet , aku cuma ada rm150 untuk makan sebulan. itulah manusia. dah tahu tak ada duit , tak payah rasanya nak ada internet. pakai benda ikot keperluan sudahlah. bila ada duit , beli benda bukan-bukan. beli drum yang tak patot tu. bila sengkek , pandai merungut. lagi satu , kalau dah tak ada duit , lupakan pasal dating. buat malu je lelaki keluar dengan perempuan , tapi perempuan belanja. malu.

lapan , dengki. orang malaysia ni ramai sangat yang ada perasaan dengki aku tengok. ramai. pantang nampak orang hebat sikit , mulalah dengki. kawan tu baru ada kawan ramai sikit , dah mula rasa bahang. kawan tu baru ada barang baru , mula rasa panas. kawan tu baru berjaya sikit , dah rasa tak senang duduk. terus cari jalan nak jatuhkan kawan itu tadi. semalam aku dengan scha cerita pasal kenapa kedai hebat selalu bungkus ? jawapan aku senang saja , orang dengki. macam-macam cara dia boleh buat kasi kawan dia tu bungkus kedai.

sembilan , cakap besar. fuhh ! gila menatap aku dengan orang-orang yang cakap besar ni. benda baru jadi sikit , dia punya cakap dah besar gila dah. macam hebat sangat dah. sekali tengok-tengok , benda tak jadi. kan dah malu. mana kau nak letak muka lepas tu ? dah malu sangat dah sampai tak tercampak muka kau dah. sebaik-baiknya tak perlulah bercakap besar. relaks sudah okey ? bila dah patot heboh , barulah kau heboh satu malaya.

sepuluh , lupa diri. dalam banyak-banyak perangai manusia dalam malaysia ni , yang paling aku menyampah , lupa diri. kau baru nak besar sikit , kau dah lupa diri. dah lupa asal usul. aku malaslah nak tegur orang macam ni. dia ingat dia dah bagos sangat. baru bisnes sikit , dah lupa mak ayah. baru kaya sikit , dah lupa bini. baru belajar sikit , dah tutup telinga. tuhan tu besar. nak tarik kejap je lahaiii. jadi tak perlu lupa diri ok ? balik ke pangkal jalan.

terakhir , wayang. orang malaysia kita ni sampai bila nak berubah aku pon tak pasti. nak tengok wayang pon jadi masalah. nak tengok cerita yang best saja. best pada mentaliti orang malaysia adalah filem yang boleh buat kau melekat dekat kerusi panggung itu sampai habis cerita. bukan best sebab filem itu best. mentaliti orang malaysia kalau tengok wayang , kelas ketiga. terus terang , orang bikin filem bukan untuk enjoy. orang bikin filem untuk belajar pasal hidup. okey aku tipu , orang bikin filem sebab untuk hidup. tapi kita-kita yang tengok ini , janganlah duduk harap nak tengok cerita yang efek dia kebal. tengok lah cerita yang ada jalan cerita. cerita yang ada makna. bukan cerita yang buat kau menangis , tapi kau tak dapat apa. faham tak apa yang aku cakap ni ? kalau tak faham , kau memang penonton kelas ketiga. penonton malaysia. pergilah kau tengok cerita a razak mohaideen tu hah. orang sekarang layan cerita kabir bhatia , kau sekat lagi tengok razak punya filem. sebab kau kelas ketigalah. haha

kalau nak ikutkan , banyak saja yang aku tak suka dengan mentaliti orang kita. tapi nak buat macam mana , takkan aku nak senaraikan semua. penatlah aku. bukan korang masok otak pon. baca lepas tu hilang. lepas tu buat. pehh. lagi mencanak otak aku nak anggap korang kawan.

aku harap sesiapa pon yang baca entry macam bagus aku ini , bukanlah yang tergolong dalam golongan bodoh sombong ini. dan aku harap , kalau korang tergolong dalam golongan ini , berubahlah. sebab aku dapat rasa yang generasi aku sekarang inilah yang bakal mengubah masa depan malaysia menjadi sebuah negara yang lebih maju dan lebih sukses di masa hadapan.

tapi tidak bola sepak. sebab aku rasa generasi adik aku pon belum tentu lagi dapat bawa malaysia pergi piala dunia. sukan sea pon berapa belas tahun lagi baru boleh menang agaknya. itulah , cium bontot coach lagi. siapa suruh !

Thursday, December 3, 2009

asal usul.

assalamualaikum dan selamat pagi.

sudah seminggu rasanya baba [nenek aku belah umi] ada dekat rumah aku. umi nak jaga dia kejap supaya dia berubah angin. yelah , kesian dia , umur dah 72 , tapi kena duduk rumah pakcik aku , dan jaga pakcik aku yang dah koma 12 tahun. patot dia yang dijaga , dan bukan dia menjaga.

dua tiga tahun lepas , omak [nenek aku belah abah] duduk dengan aku hampir tiga bulan. bukan nak cakap apa , tapi , aku rasa selesa bila dorang ada dirumah aku. sebab ? walaupun dorang ni kaki bebel hanya Tuhan je lah yang tau kan , tapi bila dorang ada dekat rumah , aku banyak belajar pasal hidup. nak nak bila kita dah tua nanti.

bila aku tengok dorang , aku dapat lihat diri aku masa dah tua nanti. kalau panjang umur lah kan ? aku suka tengok dorang duduk dijaga. sebab aku nak aku dijaga bila aku sudah tua nanti. korang bayangkan kalau semua orang ignore dorang , dorang duduk sendiri. memang tak dapat dibayangkan. kesian.

aku pelik , ada juga orang yang anti dengan atuk nenek mereka. yang anti dengan mak bapak dorang pon ada. sumpah aku tak faham. kalau dorang tak ada , korang tak ada. tak tau pulak aku , kalau korang tak reti mengenang budi la kan ?

macam kes baba ni , hari hari dia merungut selagi makanan tak habis. memang kau kena habiskan stok makanan , baru dia duduk senyap. masa aku sedang tulis entry ini , dia ada je dekat sebelah aku ni , tengah kemas bilik aku. berhabuk katanya sambil merungut pasal abah main drum , bising katanya.

memang menyakitkan hati kalau nak diikutkan. dia akan kejut aku pagi pagi. walaupun bukan sengaja dia nak kejut aku. tapi dia buat aku terjaga dengan menyapu bilik aku , bawa hezry baring sebelah aku dan macam macam lagi.

hah , sekarang dia tengah bebel suruh aku kahwin dengan orang rajin. -____-''

walau macam mana annoying pon dia , dia nenek aku. dia dah tua. biarlah dia nak bebel ke apa ke. dia dah tua. kalau dia marah aku ke apa ke , aku tak ambil hati pon. dia nenek aku. bila bila je dia boleh pergi. sebelum dia pergi , baik aku berbudi dengan dia. ada juga kenangan aku dengan dia. jangan nanti bila dia dah tak ada , baru aku nak menyesal.

aku cuma ingat satu je , baba akan sentiasa tolong aku dan keluarga aku bila susah. dia tak kedekut. aku ingat lagi masa mula mula aku nak masok uitm , aku tak ada duit nak bayar yuran dan beli barang keperluan , dia yang hulurkan bantuan. tak banyak cakap pon. sebab aku tahu dia sayang aku.

baba sekarang sakit. ustazah tu cakap , baba boleh nampak hantu raya. fuh , memang cuak juga lah kan ? tapi aku relaks. sebab baba macam tak nampak apa pon dalam rumah aku ni. cuma hezry saja sekarang kerap menangis , dan ustazah tu cakap , ada orang bunian duk kacau dia. main cubit cubit pipi dia. sebab kawasan desa kolej , nilai ni memang tempat orang bunian katanya. memang patotlah aku banyak dengar kawan aku cerita pasal nampak macam macam dekat desa kolej ni.

aku tanya abah , orang bunian tu siapa. abah cakap lelaki tua. pfth !! aku ingat orang bunian yang macam nora danish tu. boleh suruh hezry kenalkan dengan aku. haha eh eh , lari topik ni.

haaa baba. apa lagi aku nak cerita pasal dia eh ? dah tak ada nak cerita kot. aku cuma nak pesan dekat korang. kalau korang ada atuk nenek lagi , korang janganlah segan segan nak pergi jenguk dorang selalu. doranglah yang jaga mak ayah korang dari kecil sampai besar. macam mana korang rasa mak ayah korang sayang korang , macam itulah atuk nenek korang sayang mak ayah korang. dan percayalah cakap aku , atuk nenek kita ni lebih sayang cucu cucu dorang dari anak anak dorang.

macam mana aku tau ? sebab aku rapat dengan kedua belah atuk nenek aku. aku tahu lah ! korang apa tau ? HAHA

:)

Sesiapa yang suka rezekinya dimurahkan atau umurnya dipanjangkan, hendaklah dia merapatkan hubungan kekeluargaannya. - HR Al-Bukhari dan Muslim.

Tuesday, December 1, 2009

happy december.

selamat menjengah ke bulan disember. bulan penghujung tahun , penutup tirai. bulan lahirnya orang orang handsome dan orang orang gorgeous. serius.

bulan disember lahirnya orang gorgeous seperti britney spears , lucy liu , tyra banks , taylor swift , vanessa hudgens , christina aguilera , katie holmes , kristianna loken , jojo , dido , sheila e , kristin kreuk , hayley willians , sienna miller dan eliza dushku. cukup cantik mereka yang lahir di bulan disember ini.

tidak lupa , lelaki lelaki handsome yang mula menjenguk dunia pada bulan disember seperti jay z , jamie foxx , ahmad izham omar , adam brody , ryan seacrest , sam bunkface , samuel l jackson , ricky martin , john legend , denzel washington , jude law dan brad pitt.

bulan disember juga penuh dengan kelahiran orang hebat hebat seperti gianni versace , frank sinatra , michael owen , ludwig van beethoven , steven spielberg , sir isaac newton , johannes kepler , charles goodyear , lebron james , laila ali dan juga tiger woods.

dan yang paling istimewa pada bulan disember bagi aku adalah kerana pada bulan ini la disney diwujudkan. kalau tak ada bulan disember , mungkin takkan ada mickey mouse dan lain lain dalam hidup kita. tidak popular juga miley cyrus , demi lovato dan selene gomez yang korang duk sebok sebok tu. HAHA

eh tapi kenapa aku heboh cerita pasal orang hebat , handsome , cantik yang lahir pada bulan disember ?

sebab aku pon lahir bulan disember lahhhh. :)

happy december !!