kehadapan bintang jatuh , terima kasih.
terima kasih sebab kerana engkau , aku kini sudah ada sebarisan abang dan kakak yang AWESOME !!
[atas dari kiri : Omar , Shy , Along , Elmo , Baim ; tengah dari kiri : Hellmy , Ikim , Suri , Wani , Fynn , Ana , Min , Acap ; bawah duduk mencangkung : Fadza ; tiada didalam gambar : Syafiq , Tri , Ed]
tidak aku sangka , pertemuan sengaja aku dengan mereka ini di Bagan Lalang tempoh hari akan memulakan titik persaudaraan diantara aku dengan mereka. dulu masa baru berjumpa , masa aku masih bersegan silu , aku lihat mereka ini bagai satu keluarga. kemana saja bersama. gila cool. dan aku tak sangka yang satu hari nanti [sekarang] , aku akan menjadi part of the family. lagi la gila cool !
mereka ini semua sekelompok dewasa yang baru meninggalkan alam remaja. aku terasa gila muda dengan ketidakmatangan diri aku bila berada dengan mereka. nasib baik aku tidak menjadi mangsa buli. HAHA
kepada abang-abang dan kakak-kakak , sila memberi tunjuk ajar. dari segala aspek. kerana saya sungguh terkesima [cewah !] kerana punyai abang dan kakak seperti korang. masing-masing sudah berkerjaya serta pakar dalam bidang masing-masing. saya ingin mengidolakan korang semua boleh tak ?
boleh la please ! haha gila elmo.
sayang korang semua lah !