second blog

Monday, June 15, 2009

kehilangan.

semalam dalam jam 11 lebih malam , aku menerima panggilan dari abang Tazo. Tazo sudah pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya. nada sebak abangnya menyampaikan berita pada aku membuat aku semacam kelu. nasib baik ketika aku menerima berita , Shy , Ayu , Miraj dan Asrol ada bersama. aku dapat control juga sebak didada ini.

banyak kenangan manis antara aku dengan dia. dan tiada langsong sedikit kenangan pahit antara kami berdua. teringat zaman kami duduk sebumbung. kadang tidur sekarpet di ruang tamu. sama keluar makan. dan sama pergi ke kelas math sambil bermain anti carut. terlalu banyak kenangan. dia sahabat paling baik aku di Penang sana.

itu semua kini tinggal kenangan. dia telah pon pergi menghadap Tuhan. masanya telah tiba.

kenangan antara kau dan aku , akan aku kenang sampai bila-bila. kau antara sahabat terbaik. sahabat termulia. sedikit pon tidak pernah melukai sahabat yang lain. kehilangan kau merupakan satu kehilangan besar bagi aku , bagi kawan-kawan yang lain.

aku berdoa agar roh Tazo ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. semoga roh Tazo dicucuri rahmatNya. Amin.

Al-Fatihah.

Murtadzo Bin Ghazali
1988 - 2009

6 comments:

sHEmA_sHImoT:D said...

semoga kau di tempatkan di klangan org2 yang beriman..
amin..

atreyu strange said...

I'm sure he would rest in peace knowing that he had a good life with good people like you and your friends. My condolences to you and his family.

Dahlia said...

al fatihah..
moga2 roh nya dicucuri rahmat..
amin..
he is one of my followers..
sedey laa..

bintangbicara said...

takziah kat elmo
al fatihah kat tazo

hasanah said...

salam elmi..
kitorg famili tazo, wish to gather semua gambar and video tazo. we know you have some of it. boleh tak tolong kasik kat kitorg gambar2 and videos tazo yang elmi ada?

thanks so much..

Elmi said...

boleh boleh. nanti saya bagi. :)