second blog

Friday, October 31, 2008

aku maseh belasan tahun. [42 hari lagi]

42 hari lagi bakal tiba birthday aku yang ke 20. aku bakal mencecah ke alam puluhan tahon. bukan lagi budak belasan tahon. jadi aku mesti berubah ke manusia yang lebih matang. tak boleh acting as kanak kanak lagi. aku bakal merindui saat saat umur belasan tahon ku. kalau lah boleh selamanya jadi kanak kanak. kan best? haihh.

ada lagi 42 hari menjelang birthday aku. jadi kawan kawan , sanak saudara , ibu bapa , sepupu sepapat semua.... sediakan poket anda dengan duit berlebihan untuk beli hadiah. disini aku menyediakan wish list untuk hadiah birthday aku. terima kasih.

wish list.
- dslr d40.
- jam tangan. [dah lama aku tak pakai jam since jam abis battery dulu.]

itu saja. tanak mintak banyak banyak. (:

p/s : sapa tepung aku masa birthday aku nanti , aku korek biji mata dia. :p

Wednesday, October 29, 2008

happy birthday shameen azmi !



nama : shameen azmi
birthdate : 30th october 1991

hari ini aku ingin berbicara mengenai cousin aku , mean yang bakal menyambut hari jadi pada esok hari. dia merupakan cousin aku yang paling besar yang sama kepala dengan aku. tidak seperti abang abangnya yang agak serius. dia lebih terarah kepada kehidupan remaja. lebih suka enjoy sana sini. happy go lucky seperti aku. dia pernah meluahkan perasaan ingin pergi ke gigs. tapi tak pernah dapat pergi oleh kerana kawalan ketat ibu bapa dan abang abang. haha kesian mean tak dapat pegi gig.

mean juga selalu memberi pendapat tentang hal hal perempuan kepada aku. oleh kerana adik aku jaoh berbeza umur , jadi aku mengambil dia sebagai kaunter pertanyaanku. hobi mean adalah mengumpul seluar skinny yang berwarna warni. lihat sahaja myspace dia , sunggoh berwarna warni skinny yang dipakai olehnya. pening dibuatnya.

mean dijangka menetap di rumah aku selepas dia habis spm. tapi jangan harap dapat ikot bemy pegi gig ya? duduk rumah diam diam. ajar ayu belajar. wakakakaka! aku amat takot apabila mendengar berita bahawa mean akan menetap dengan aku. sebab aku takot kawan kawan aku seperti fendy dan shy berkhemah di hadapan rumah aku. mereka memang terbukti menaroh harapan pada mean. tapi maaf ye kawan kawan , she's taken.

aku sudah tiada apa mahu dibebelkan lagi.
kepada mean. selamat hari lahir diucapkan. semoga panjang umor dan ditenangkan hati untok menjawab spm nanti. chaiyok chaiyok ! kalau dapat result gempak , bemy bawak pegi gig free. gig berbayar toley haaa. :p


tahap sengalness yang sama. kasut converse yang sama hanya berlainan warna. handphone yang sama. selalu memakai skinny kemana mana. sah mean suka tiru bemy. haihh !

Monday, October 27, 2008

number wierdos dalam phone aku. tag oleh ad.

Weird name in my phonebook? let me see......


Acc CIMB Elmi - aku tak ingat number account. so letak la dalam phone book.

Balance - nak check balance credit. senang bila ada dalam phone book. buleh buat shortcut.

Budak Kecik - sebab dia tak tinggi. so i call her budak kecik. :p

Budak Ngok Ngek - budak kecik's younger sister. dia memang ngok ngek. tuh sebab aku panggil dia gitu.

Emily The Strange - nama dia amalina. pastu macam emo emo sket. aku panggil la emily. hehe

FD - farah diyana. kasik nickname senang.

Kapan - dia yang soh panggil dia kapan. haha

aku tak ramai kawan nama pelik laa. adoi ad neh.

tagging!!!!!!!
-sila cik jeju , cik nulu , cik ezza dan puan amy buat. :p

tag kawen by jeju.

Dream wedding.
This is a survey about your dream wedding, whether it be in the next year or after ten years. So, please answer after you read, the person who answered this before you took a great deal of effort.

1. How old are you?
twenty years young.

2. Are you single?
yes.

3. At what age do you think you'll get married?
my target is 24. but i don't think i do have money when i'm 24. :p

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
i'm single rememba? look question number 2.

5. If not, who do you want to marry?
liyana jasmay. gadis idaman.

6. Do you want a garden/beach or a traditional wedding?
traditional. as long as all my relatives can come and tepung tawar , i'll thankful.

7. Your ideal motive?
to have a wonderful life with my soul-mate.

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
anywhere she prefer. :)

9. How many guests do you think you'll invite?
all my relatives plus friends plus enemy plus haters , 250 - 600.

10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
simple but can be remembered for a long time.

11. Do you want the traditional vows or something you'd make up on your own?
i prefer spontanious vow.

12. How many layers of cake do you want?
4 please. chocolate indulgence , white chocolate macadamia , new york cheese cake and mango delight.

13. Do you prefer having your reception at a hotel or a simple place?
my parents' house.

14. When do you want to get married, morning or evening?
after zuhur. just perfect.

15. You'd rather have your reception outdoors or indoors?
outdoors. let the penanggah sweat.

16. Do you like a grand entrance for your bride?
yeah ! let her surprised me. it's her big day. our big day. why not?

18. Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
ahmoi chantek? wakakakaka ! just wait and see. maybe i'll play my own song. maybe.

19. Are you a morning person or a night person?
i'm batman. so night please.

20. Do you want a solemn ceremony or a light one?
solemn? light please.

21. What age do you think you want to get married?
see number 3.

22. Describe your ideal husband/wife.
girl who adores me every night and day. who treasure me for who i am. who cares about me 24/7. who believe in me 100%. who loves me and my family as much as she loves herself and her family. :) [do this kind of girl exist? somebody please tell me before i put too much hope].

23. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
i prefer the guests use their hand to eat. feel the love of the food aite ? haha

24. Champagne or red wine?
sirap. 4 me and my wife , 'can i have teh tarik please?'. takde kena mengena.

25. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
month after the wedding will be perfect.

26. Money or household items?
household items.

27. Who will pay for the bills?
u separoh , i separoh. my money , ur money. ur money , my money too. ok sayang?

28. Are you ready for married life?
i don't really know. no maybe. but i do jealous when alep got married that day. haha i'll wait until my turn. :p

29. Do you think you will still be a virgin until you get married?
yeah. for sure. my virginity is for my soul-mate oke?

30. Will you always be true to your wife/husband?
yes. she has to know the truth because she will be with me until the day i die. so no lying oke?

31. How many kids would you like to have?
four. two girls and two boys. emsem and chantek. :P

32. A new house for a newly wed or an old one?
i will buy a house before get married. and i'll take my parents to live with me too. they are my responsibilty too.

33. Will you celebrate silver wedding, gold wedding or diamond wedding?
sumpah tapaham soalan.

34. What kind of cuisine would you like for your wedding?
pulut kuning , rendang daging , ayam masak merah. satay kambing for dessert oke? alongside otak otak.

35. Will you record your honeymoon in a CD or DVD?
honeymoon in dvd? it'll be nice. 'anak anak... ini masa abah ngan mak honeymoon. masa nie la abah buat abang'. wakakakaka! sengalness.

36. Whose wedding plans would you like to know next?
1. wany
2. evaaa
3. rimza
4. reny

Saturday, October 18, 2008

alhamdulillah.

mood : thankful.

aku sudah completed puasa enam untok tahon ini.
sila puasa enam lagi tahon depan ya elmi?

kepada semua yang bakal enjoy kat kami jap lagi.

korang semua enjoy sakan la yeh? untung korang semua dapat pegi. dah ah banyak gila band. pastuh banyak gila booth. confirm ramai gila. aku dapat bayangkan , yang semua crowd yang ramai sing-a-long , moshing , lompat lompat. oh dem ! alangkah bestnya kalau dapat bersama korang semua.

kepada makhluk bulan ,
jangan lupa pesan pesan aku. jangan ada yang tinggal barang. kalau boleh , tolong cepat gerak ke tempat kejadian. jangan terhegeh hegeh. dan kalau ada orang yang mencari aku , katakan saja aku tiada. suruh lah dorang yang bertanyakan tentang aku , doakan yang terbaik untuk test aku yang macam sial + macam haram buat pada hari sabtu , 18 oktober 2008 dimana hari jatohnya tarikh kami the konsert. oh tidak ! [aku tahu ramai yang akan cari aku. haha]

kepada weng crew ,
korang pegi lah ber enjoy sakan snap gambar. lepas tuh tolong upload banyak banyak kat mespes. pastu sila buat entry pasal kami konsert sorang satu. macam yang korang selalu buat. aku janji aku takkan jeles. aku nak tengok gambar gambar tuh , dan biar aku dapat merasakan situasi majlis. biar aku bayangkan yang aku ada bersama korang semua. dan kalau korang pergi ke booth bulan clothing , jangan segan , jangan kedekot untok keluar 25hengget dalam wallet dan juga purse korang untok membeli baju bajuan bulan clothing. walaupon baju kami tak sechantek baju chntq. (:

kepada kawan kawan lain yang mengenali aku ,
korang pon wajib plis beli baju bulan clothing. kecuali kepada nisa dan 2 orang kembarnya yang sudah pon membeli dan akan memakai pada hari kejadian iaitu sebentar lagi. sunggoh teruja aku nak melihat orang ramai memakai baju rekaan aku dan rakan rakan. tapi apakan daya. aku tak mampu melihat. sila snap gambar. pastu upload dalam mespes. dan tolong tag bulan clothing ya? kepada seseorang , sila lah mengambil birthday present u kat booth bulan clothing dengan kata laluan yang telah diberikan. amek lah baju mana yang berkenan. dan tolong pakai bila keluar date sama i. kih.

hoihh. kalau ikot hati , lepas test nak saja aku balik kl. pergi konsert tuh. esok pagi balik sini balik. tapi nak buat macam mana. duit pon sengkek. lepas tuh dah janji sama pacik macik aku kat sini nak datang raya rumah dorang. lepas tuh banyak lagi test yang bakal menyusul. assignment bertimbun lagi. adoi. semoga melalui hari yang best ya kawan kawan. tolong lompat untuk aku , tolong mosh untuk aku dan tolong skaking untuk aku. kesian aku. dem !

p/s : ariana couple baru chat ngan aku kat facebook. dia soh aku balik. oh tidak !!

Thursday, October 16, 2008

tag yang dicuri nombor dua. [dari jeju]

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
stand still. and sing 'goodbye my lover'.

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
be a pilot. i know i can't. but i want it so bad.

3. What's your planning for this year's X'mas?
vacation to zurich , switzerland maybe.

4. What would you do with a billion dollars?
buy whatever i want and get married with world's top model.

5. Will you u fall in love with your best friend?
i know many of you know the answer. (:

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
being loved by someone of course. loving someone will hurt my heart and soul.

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
so long as men can breathe or eyes can see.

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
just wait and do nothing. i'll love her silently and quietly. [ada tapi tiada]

9. If you would like to record a song, with who will it be?
with someone who has 'suara serak seksi' like someone i know through facebook. (:

10. What will you do if your crush set you up with his/her best friend?
try to be friends with her best friend. we don't know our fate right? maybe her bestfriend is 'the one'.

11. How would you see yourself in ten years time?
married. still handsome and maybe a little bit thinner than now.

12. What’s your fear?
God.

13. No. 13 is missing.
huhh?

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
married but poor. love is the most important thing in life. not money. as long as i have great partner in life , i'll be thankful.

15. What’s the first thing you do when you wake up?
thinking of her. is she think of me neither? i don't really know.

16. Would you give all in a relationship?
yes. i will love her more than she love me. i'll give her 100 percent of me.

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
the one who loves me the most.

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing that someone has done?
i don't know. i think my answer will be yes.

19. Do you prefer to be a young mother or a divorce mother at 40?
i'll prefer..... apa punya soalan. aku laki la weh !

20. List 5 people to tag:
anyone who wants to be tagged ? buzz my ym. lols.

test flight.

tadi aku bersama fadzreen dan dasuki telah mencoba untok menerbangkan kapal terbang kawalan jaoh yang telah direka oleh kami untok project semester ini. ini antara gambar yang ada masa test flight.


fadzreen ngah setting airplane.


gaya teruja.


gaya mereka yang berusaha 100 peratus.

kapal terbang berjaya terbang. ada video. tapi bila dah upload , video sekat. dem !

aku tak sabar nak tunggu lusa. nak compete sama kapal terbang lain lain. hoihh. doakan kami. mana tahu menang. dapat markah lebih. nanti buleh dapat A+. pointer juga naik. haha (:

Tuesday, October 14, 2008

tukar number phone lagi?

kali ini tukar ke digi.
sudah tak pakai 012-6621440 mulai khamis ini (16 october 2008).
sebab tukar number phone sila baca dibawah mengikut kategori anda.

edisi kawan kawan.
aku tukar num phone lagi sebab kehendak ibu bapa. mereka sudah tidak tahan membayar bil telefon aku yang hampir mencecah rm200 setiap bulan. padahal mereka yang suruh pakai bil dulu. aku dah banyak kali cakap , aku tak mahu pakai. dorang degil suroh aku pakai. sekarang suroh aku pakai prepaid balik. kan dah menyusahkan ramai pihak. aku pasti dibebel ramai orang nanti. hoihh. aku memilih digi kerana faktor aiman dan shy memakai digi. aku takde gf. jadi aku terpaksa ikot kawan. haha lagi satu faktor adalah kerana digi call seminit 16sen ke semua network. tapi aku yakin , pasti ramai yang takkan membalas sms aku disebabkan ramai yang pakai maxis.

edisi pakcik dan makcik.
elmi tukar num phone lagi sebab kehendak umi abah. mereka sudah tidak tahan membayar bil telefon elmi yang hampir mencecah rm200 setiap bulan. padahal mereka yang suruh pakai bil dulu. elmi dah banyak kali cakap , elmi tak mahu pakai bil. dorang degil suroh elmi pakai. sekarang suroh elmi pakai prepaid balik. kan dah menyusahkan ramai pihak. elmi pasti dibebel ramai orang nanti. terutamanya umi dora , makngah dan cik wan. hoihh. elmi memilih digi kerana faktor kawan iaitu aiman dan shy. mereka rakan kongsi bisnes elmi. dorang pakai digi. jadi senang contact kalau ada hal. lagi satu faktor adalah kerana digi call seminit 16sen ke semua network. tapi elmi yakin , walau pakai digi , pasti semua sanak saudara tak kedekut credit sms elmi. (:

edisi adik dan sepupu.
bemy tukar num phone lagi sebab kehendak mimah dan pakcik. mereka sudah tidak tahan membayar bil telefon bemy yang hampir mencecah rm200 setiap bulan. padahal mereka yang suruh pakai bil dulu. bemy dah banyak kali cakap , bemy tanak pakai bil. dorang degil suroh bemy pakai jugak. sekarang sebok suroh bemy pakai prepaid balik. kan dah menyusahkan ramai orang. hoihh. bemy pilih digi sebab aiman dan shy pakai digi. bemy kan takde gf. jadi bemy terpaksa ikot kawan bemy. haha lagi satu sebab adalah kerana digi call seminit 16sen ke semua network. tapi bemy rasa , korang semua mesti macam saving credit nak sms bemy pasni kan? takpe bemy paham.

sekian makluman.
terima kasih.
assalamualaikum.
segala kesulitan adalah amat dikesali.

Saturday, October 11, 2008

apple aka erma yuhanis mokhtar.

cik erma yuhanis mokhtar
21 november 1986
[kakak terbaek di alam nyata]


erm... entry kali nie , aku mahu tujukan khas untuk apple. aku dah lama mahu buat entry ini. tapi aku amat belom ada mood mahu type. sekarang mood dah tiba. *wink* dikala aku menaip entry ini , apple sedang bergaya tidur di dalam bilik adik aku. aku ngantok juga di ketika ini. tapi , demi apple , aku rela postponed tedo ku. hehe

perkenalan aku dan apple bermula pada ketika aku baru balik kelas , pada pukul 5 petang , hari selasa , tanggal sembilan januari 2007. masa tuh , aku tunggu bas uitm nak balik kolej. aku bersama 2 orang kawan aku duduk di masjid uitm tunggu bas. sekali aku terpandang seorang perempuan yang memang aku dah nampak masa kat laman perdana baru sekejap tadi. masa tuh aku ingat lagi , apple pakai baju lengan panjang colourful. baju tuh yang menarek perhatian aku , bukan tuan punya badan. haha melawak je.

sambil aku pandang si apple neh , aku cakap kat kawan aku. aku mahu usya perempuan itu. saja nak kenal. masa neh aku agak baru ditinggalkan oleh kekaseh num 22. jadi saja lah nak kenal orang lain. tapi kawan aku semua macam tak percaya aku. konon diorang ingat aku tak berani mahu tegor. memang tak berani pon. haha

tunggu punya tunggu , bas pon sampai. kitorang pon naek lah bas tuh. aku mengambil kesempatan untuk duduk tidak jaoh dari apple. takot hilang pandang.

sampai saja dekat kolej , apple turun bas dulu. aku hanya mampu pandang. kawan aku cakap , kau memang penakot. aku pon tak buang masa , teros je tegor apple.

elmi : hye... ermmm.. leh tumpang tanya tak?
apple : huhh? nak tanya apa?
elmi : ermmmm... nama sapa?
apple : loh.. nama apple.
elmi : apple?
apple : a'ah. panggil je apple.
elmi : oh ok. i elmi.

lepas tuh , aku pon teros lah borak dengan apple neh. aku teros lupa kawan aku yang 2 orang tuh. rupa rupanya diorang sedang cari aku. haha lepas dah jalan sama apple sampai kolej dia , aku dengan takde segan silu ,

elmi : ermmm u..
apple : apa?
elmi : kalau i nak mintak number phone u boleh?
apple : u nak ke?
elmi : mesti lah nak. tu sebab i mintak kot.
apple : ok. 012-*******
elmi : ok. thanx eh apple?

lepas tuh , aku balik bilik dengan muka bahagia. huahua sejak tuh aku dengan apple makin rapat hari demi hari. yang kelakarnya , mula mula dia hanya anggap aku anak ikan dia saja. adoi. tapi makin lama , baru dia sedar yang aku nie terlampau baik nak jadi anak ikan dia. haha aku memang nak ngorat dia jadi gf aku. tapi dia cakap , 'u neh budak budak lah , tak matang'. sejak tuh , aku memang takde nak ada harapan lagi kat dia. kawan baek sudah.

1st date kitorang.
pegi summit bukit mertajam. naek bas mini. pegi tengok tentang bulan. haha memang aku tak matang. wakakakaka! padan kena reject awal awal. pastuh makan mcd. aku makan apple pie masa tuh. i ingat tau ple. haaa. tapi u makan apa i tak ingat. ke u tak makan masa tuh eh? apa apa lah.

titik sedih hubungan kami.
masa aku couple sama ex 23. dia agak kongkong aku. aku tak dapat jumpa apple sedangkan masa tuh dah semester last apple dekat penang. last aku keluar sama apple , tengok wayang kat pacific. apa nama ntah filem tuh. apple belanja mcd pastuh. sebab aku tak boley keluar duit. wayang pon dia belanja. sebab tuh aku makin sayang apple. (: keluar masa nieh pon , aku kelentong ex aku. cakap aku keluar sama kawan. terserempak apple. tu pon kantoi sebab nampak kawan ex aku. kihkih

lepas apple abes semester kat penang , dia ada sms aku.

"u pasni jg diri baek2 kat penang tuh. i da xde nk tgk2 kn u da. jgn nakal2."

serius aku sedih dapat sms nieh. btol ple.... i nak nangis oh ! ishhh. pasnih jangan buat ayat sedih lagi. i sekeh nanti. hehe aku menyesal gila sebab dikongkong ex aku sampai aku tak dapat hang out sama apple sebaik mungkin. yelah bayangkanlah , aku selalu kot teman apple makan kat nasmir , sejati gemilang , abc corner. ishhh. miss that moment. hoihh.

lepas apple sambong degree kat shah alam. aku dah takde orang kat penang yang betol care kat aku. sedih yang amat masa tuh. naseb baek buleh sms sama dia. jaoh di mata dekat di hati. cewah !

aku masih ingat. masa aku dan apple pergi mencari hantu kat uitm. masa tuh , kecik berlakon. apple paut tangan aku ketat ketat. masa tuh aku cover macho je. buat buat berani. padahal aku pon sama cuak. nak je aku lempang kecik lepas dia gelak shaitan tuh. damn !

kalau tak kerana apple , aku tak mungkin kenal ramai orang kat uitm tuh. sebab apple rajin kenalkan aku sama kawan kawan dia. makin tambah kawan. musuh pon makin tambah. sebab orang jeles tengok aku keluar makan sama apple dan kawan kawan dia. ada jugak yang tak kenal aku , dan dan panggil aku. mintak num phone apple dan kawan dia. hehh. tak dapat ah. apple aku jaga elok elok. aku sayang dia kot nak pass pulak? hehh.

tapi pernah juga num phone apple terlepas kat tangan orang lain. fendy curik. dia sms apple. apple dapat tau dia kawan aku. teros apple marah aku. tak kawan aku. 2 minggu jugak rasanya. at last dia maafkan aku. i tau u sayang i. u takkan marah i lebih lebih. kan? hehe

umi pernah cakap kat aku. "kenapa lah abang tak ngorat je apple tuh?". aku hanya mampu senyum. umi suka apple. sebab apple baek dan juga ramah. pandai amek hati umi juga. kalau ada jodoh aku ngan apple , aku terima je. tak banyak cakap dah. haha tapi pastu kena tahan telinga dengar dia bebel aku tetiap hari. :p

setelah hampir setahun aku tak berjumpa apple. hari ini aku dapat jumpa dia. siap dia tedo umah lagi. puas hati. lepas rendu aku. haha tapi aku macam malu malu. sebab dah lama sangat tak jumpa. sorry eh ple? lepas nie tak tahu lah bila lagi kita nak jumpa. bila lagi u nak tedo umah i. kn? kn? hoishh.

penutup cerita.
apple..... u tau kan u kawan i paling best. sampai i dah anggap u macam kakak i dah. semua benda i cerita kat u. takde rahsia langsong. that's why u top friend i dalam friendster. dan dalam facebook. dan dalam hati jugak. :) i harap , hubungan kita akan kekal sampai bila bila. macam u cakap. kawan sampai bila bila. even u dah kawen nanti , janganlah u lupa sama i. nanti kesian i sorang sorang takde bestie lagi. hope ur bf sporting gila baban ah. hehe love you my kakak erma yuhanis. nyte ple.

si mata ngantok ,
apple punya si budak budak.


akhirnya aku ada gambar berdua sama apple

Tuesday, October 7, 2008

taboley online.

mahu balik penang malam nieh.
streamyx kena potong.
bil tak sampai.
macam mana nak bayar?
bungok punya tmnet.
hehh !
nanti aku update.
banyak yang nak di update neh.
cuma belom ada mood.
hehe

Wednesday, October 1, 2008

cerita malam raya saya.

assalamualaikum.

disaat aku sedang menulis blog aku neh. aku sedang kepenatan dan juga kebusanan. mak aku dan juga adik aku sudah pulang ke kampung....errr...bandar halaman. mereka tumpang kereta sepupu aku kerana ingin menolong atok dan nenek aku mengemas dan memasak di malam raya ini. aku tak boleh ikot sebab kereta penoh. adik aku yang kecik dah balik terengganu, kampung dia. ayah aku kerja sampai esok pagi. so tinggallah aku seorang diri dirumah ini sambil menonton cerita cerita raya , iklan iklan raya , berita , ucapan PM dan juga MTV. [huhhh?]

dari petang tadi , aku hanya memberi komitmen terhadap myspace dan juga facebook bersama friendster. cuma masa aku bangon tedo tengah hari tadi aku hantar sms raya kepada semua no phone yang ada dalam phonebook handphone aku. aku dari dulu tak suka ciplak idea orang. aku akan karang sendiri ucapan hari raya. buat pantun sendiri. pernah sekali , aku buat pantun tahon neh , tahon depan aku dapat balik pantun tuh. dari orang yang berbeza. jaoh pulak tuh. aku amat berbangga. haha

setelah aku dah hantar sms. aku hanya meletakkan hp di atas. aku silent. aku pon turun buat kerja bodoh seperti geleng kepala , lompat katak , joget zapin dan macam macam lagi kerana terlalu busan. bila aku naek , aku tengok inbox aku teros jadi full. ada dalam 45 sms yang aku dapat. [aku agak kecewa sebab aku hantar lebih 200 sms , yang reply 40-60 je].

dah petang sket , aku pon keluar mencari tempat berbuka. dah macam takde tempat lain nak pergi. aku berbuka kat tempat lepak biasa aku dan kawan kawan. kedai lain semua tutup. lepas berbuka , aku balik rumah , teros booking seat wayang. ingat nak tengok KAMI the movie midnight hari ni. tapi takde orang yang sudi teman. semuanye busy dengan family. tak macam aku yang tengah seorang diri melayan lagu raya disamping takbir raya berkemundang di peti televisyen.

aku dah terlampau busan , aku pon memulakan kerja aku seperti yang dijanjikan kepada umi. kemas rumah. aku lap cermin yang besar gedabak kat ruang tamu rumah aku. naseb baek ada pengalaman kerja secret recipe. haha lepas tuh aku lap lah segala macam benda yang ada termasok kipas kipas , meja dan juga meja makan. lepas tuh aku vacuum rumah aku. aku bila dah rajin , benda yang mak aku tak suruh dan benda yang tak patot buat pon aku buat.

dah siap semua kerja aku , aku teringatkan alep yang selalunya ada family gathering malam raya. dia ajak aku datang makan. aku segan. jadi duduklah aku dirumah seorang diri.

ini merupakan kali pertama aku bermalam raya seorang diri. selalu malam raya , akan duduk bersama keluarga. borak , mengumpat , bersenda gurau , main bunga api [masa kecik] dan lain lain. aku tak pernah beraya di kampung. jadi aku tak pernah kacau dodol , bakar lemang. paling kuat pon masak ketupat dan rendang. itu pon aku hanya memandang. kesian aku.

erm,
ramai yang tanya. apa perasaan aku nak raya. sejujurnya , aku tak rasa pape pon nak raya neh. pada aku raya tetiap tahun sama je. takde beza pon. aku lebih excited nak beraya bersama makhluk bulan hari ahad nieh. sebab masing masing dah berjanji nak complete berbaju melayu. wow, teruja ! walaupon ahad adalah hari raya ke 5. tapi kami nak buat macam raya pertama. aku amat tidak sabar. haha

abib dan baba [atok dan nenek belah umi].
ramai yang kata , aku cucu kesayangan mereka. sebab apa yang aku minta dari mereka , pasti dapat. yuran UiTM aku , mereka yang bayar. duit perbelanjaan masa masok UiTM dulu , mereka yang beri. lesen kereta aku di atas pembiayaan mereka. masa aku pergi manchester dulu , mereka yang beri duit belanja. sejujurnya , aku lebih sayang mereka dari mereka sayang aku.

tok abah [atok belah abah].
dengan tok abah , aku tak berapa rapat. kecuali masa tok abah duduk dengan family aku dulu. aku selalu maen playstation dengan dia. dulu dia seorang captain kapal laut. dalam cabin dia terdapat playstation. atok aku hebat bermain game. jangan tak percaya. sekarang dia busy melayan anak cik wan maen playstation pulak kot. hehe tok abah selalu perli aku macam tak solat. aku pendam je selalu. aku taknak beritahu dia yang aku jarang tinggal solat. nanti dia cakap aku poyo. biar je lah.

omak [nenek belah abah].
aku tak tahu nak cerita apa lagi. esok pagi lepas sembahyang raya , aku dan abah akan bertolak balik ke johor bahru. aku dah lama tak jumpa nenek belah ayah aku. dah 2 tahon lebih. aku merajok dengan dia sebab dia mengumpat belakang aku. tak patot bagi aku seorang nenek mendoakan sesuatu yang tak elok kepada seorang cucu. aku juga mempunyai hati dan perasaan. tapi aku ingin melupakan peristiwa tersebut. aku nak jumpa dia raya tahon nie. rendu jugak rasa nya. haha

om [aku panggil dia om sebab kami ada darah indon].
aku juga dah dekat 2 tahon tak jumpa om , aunty leha dan anak anak mereka. semuanya gara gara perselisihan faham antara abah dan om. om balik raya kedua. dah lama tak dapat duit raya dari om. aku juga tak pernah berjumpa anak mereka yang paling last , yang kelima. dah besar pon agaknya.

makngah [adik perempuan abah yang tengah tengah].
dengan makngah aku amat rapat. dulu masa makngah belom kahwin , makngah selalu bawak aku jalan jalan. pernah sekali tuh , kitorang turun naik bus intrakota. jalan pusing kl. padahal abah ada kereta masa tuh. masa tuh kitorang agak jakun naik intrakota. sebab masa tuh intrakota baru wujud. haha sekarang makngah dah ada 5 orang anak. paling tua umor 11 tahon. aku rendu saat aku kecik dulu.

cik wan [nama penoh irwan saputra , dia selalu perasan mix irwansyah dan nicholas saputra].
dengan cik wan aku rapat. sebab cik wan selalu lawan game dengan aku. dia juga rajin bawak aku pergi tengok wayang. dia juga selalu belanja mcd. sebab dia sekarang dah berjawatan besar kat mcd johor sana. sekarang sepupu aku yang laen dah besar , jadi kami dah tak berkesempatan nak lawan game lagi. anak anak dia yang 3 orang tuh pon dah besar besar. cik wan lah yang ajar aku tak makan sayur. masa dia duduk dengan family aku kat subang dulu , dia selalu makan dengan aku. dia asing sayur. sampai sekarang aku terikot. tapi dia lagi terok. dia tak makan buah. makngah selalu suruh aku kejut dia bangon tedo pakai buah apple. haha

busu [adik bongsu abah].
dengan busu , aku rapat jugak ah. sebab beza umor aku dan umor dia tak jaoh. 8 tahon je. selalu jugak dia jadi mangsa aku lompat lompat dulu selain cik wan. dia jugak mangsa aku maen game. tapi dia banyak influence aku. dia yang bagi pendapat suruh aku ambil mekanikal. sebab dia tegah aku jadi macam dia , arkitek. dia cakap lambat kaya. haha busu neh fans nombor 1 liverpool. sama dengan cik wan. mereka faktor aku minat liverpool sekarang. sekarang busu dah ada anak sorang. aku dah lama tak jumpa busu. sejak busu kahwin aku tak jumpa busu. dia busy sangat dengan kerja dia. arkitek lambat kaya. dia nak cepatkan lah tuh. haha joking busu !

ami tarey [abang sulung umi].
ami tarey dulu , dia selalu belikan aku mainan memandangkan dia takde anak. dia bisu dan pekak. tapi dia sayang aku. tapi sayangnya... aku tak dapat nak balas sayang dia terhadap aku sebab sekarang dia koma. dah 10 tahon lebih dia koma. accident motor. abib dan baba yang jaga dia sekarang. aku sentiasa doakan agar dia sembuh. tapi aku tak nampak tanda yang dia akan sembuh. semoga aku ada peluang melihat dia berjalan kembali dan marah marah umi lagi. amin !

umi dora [selalu marah aku tukar nombor telefon].
umi dora neh kalau masak , memang puas hati. kalau dia tahu kami nak datang raya rumah dia , dia akan bangon awal , masak sedap sedap untuk kami semua. selalu kami serbu ramai ramai rumah dia. sebab taknak dia masak banyak kali. haha anak anak umi dora ada 5 orang. semua ada ym sekarang. so aku nak cakap yang mereka neh dah besar panjang ah. tempat aku mintak berkenalan dengan perempuan , mereka lah mangsa kau. haha

umi chom [makcik aku yang paling kuat merajok (syhhhh!!)]. (:
umi chom nie macam umi dora gak. masak memang kepakaran dia. dia yang selalu akan buat kuih untuk rumah abib dan baba. dia jugak akan jahit langsir rumah. selalunya dia akan buat open house hari raya kedua. memang sesak rumah dia. sebab semua sanak saudara datang serbu. padat weh ! tapi ramai saudara belah suami dia la. anak dia sorang sahaja. dah darjah 4 kot.

umi juga ada seorang kakak paling tua. arwah umi afeeda. dia meninggal dunia ketika umi baru darjah 1. umi menamakan nama adik aku sempena nama umi afeeda. al - fatihah untuk umi afeeda. semoga roh nya dicucuri rahmat. amin.

apa yang best tentang raya bagi aku adalah bila adik adik atok aku datang dari singapore. sebab aku jumpa mereka memang setahon sekali je. lepas tuh , mereka tak pernah lupa bagi duit raya. even umi pon dapat. huahua tapi aku dah tak expect dapat duit raya lagi. bak kata busu , tahon umor cecah 20 , dah tak layak dapat duit raya. oh tidak !

hmmm,
tadi masa aku mula start tulis entry nie , aku macam takde semangat nak raya. tapi lepas dah type panjang lebar nie , aku jadi excited nak balik raya esok pagi.

untuk menutup entry raya tahon nie , aku ingin menyusun 10 jari kepada semua kawan kawan aku. makhluk bulan , weng crew , kawan uitm penang dan juga kawan myspace dan facebook. kalau ada terkasar bahasa , terlebih komen , terkurang komen , terlebih buzz , ter'spam' gambar ke. maafkanlah aku. kalau korang semua free , jemput lah datang ke rumah aku ahad ini. umi ada masak sikit untuk kawan kawan aku.

sudah la tuh. aku dah penat type. (:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin


kad raya aku tahon nie