second blog

Sunday, January 31, 2010

cerita budak sekolah part two.

entry lepas aku ada cerita pasal hari sukan masa zaman sekolah aku dulu , kan ? hari ini aku nak cerita pasal penglibatan aku dalam sukan-sukan lain pula. yelah , sekarang kan cikgu-cikgu duk sibuk nak pilih budak untuk wakil sekolah kan ? teruslah nostalgia lama muncul dalam kepala.

pasti kena kongsi !!

aku masa sekolah rendah , tak pernah langsung wakil apa-apa untuk sekolah. paling-paling dekat pon , badminton masa darjah 6. sampai pemilihan terakhir juga lah. tapi cikgu tu pilih kasih. padahal setiap kali sparring , aku mesti menang dengan budak tu. tapi cikgu pilih budak tu. mesti sebab budak tu duduk dekat dengan rumah dia , tu yang dia pilih budak tu.

tapi semangat aku tidak pernah luntur. sebaik aku melangkah zaman sekolah pakai seluar kaler hijau , aku terus melibatkan diri. tapi malang juga bagi aku. cikgu tak mahu budak tingkatan satu wakil sekolah untuk bawah 15 tahun. kurang pengalaman katanya. aku diam.

lepas saja aku pindah sekolah ke nilai , aku dah tak toleh belakang lagi. disebabkan aku masuk sekolah tu pertengahan tahun , aku melepas tahun pertama aku nak jadi wakil sekolah.

percaya tak kalau aku cakap , dari tingkatan dua sampai lima , aku tak pernah terlepas untuk jadi wakil sekolah dalam sukan badminton ? hah , itu aku. tingkatan dua , aku kalah peringkat pertama dengan seorang budak sekolah klia ni. dia tinggi dan dia laju. aku kalah 21-0. relaks saja. beregu aku dengan fendy rasanya tahun tu. aku kalah masa peringkat kedua. peringkat pertama pon aku menang percuma saja.

tingkatan tiga , aku kalah lagi masa peringkat pertama. dengan budak sekolah klia jugak. tapi kali ini dia pendek dan dia lincah. aku kalah lagi. 21-0. mana taknya , tiap tiap tahun main dekat sekolah klia. dengan penyokong dia orang punyalah ramai. budak yang aku lawan ni pulak handsome. lagilah ramai awek datang tengok. semua bulu tangkis aku pergi melilau. sebab mata merayau. beregu tahun tu aku dengan alei. macam biasa , kalah. dengan budak sekolah labu. kami dah dahului kot. jauh dah dia orang kena tinggal. tapi sebab yakin sangat , kami kalah. semangat budak kampung ni bagus. tak kenal erti kalah.

tingkatan empat aku pergi lagi. dan aku kalah lagi. nasib aku tak baik sebab tiap-tiap tahun aku kena lawan budak sekolah klia di peringkat pertama. kali ini aku lawan balik dengan budak yang aku lawan masa tingkatan dua tu. tinggi dan pantas. dah macam bao chunlai. tapi aku pon masa ni dah hebat sikit. tak ada lah kena telur. ada cabaran sikit lah. tapi kalah tetap kalah lah. dan beregu tahun ni , aku berpasangan dengan aloy. kau orang mesti tau aku menang ke kalah kan ? tak payah cerita.

tingkatan lima best sikit cerita dia. aku dipilih wakil sekolah , tapi aku tak tau pon yang aku dipilih. tau tau aku demam masa hari pertandingan. esok cikgu tanya kenapa tak datang. padahal aku tak pernah datang training langsung tahun tu. cikgu memang sayang aku.

tadi badminton. sekarang bola sepak.

macam badminton , tiap-tiap tahun aku pergi pemilihan. siap datang latihan tiap-tiap petang lepas sekolah. tak pernah lepas. tapi bola sepak ni aku tak hebat sangat. selalu digugurkan.

tingkatan dua , aku rasa aku bagus sangat untuk main sayap kanan. padahal dah tentu aku tak laju. memang kena drop.

tingkatan tiga , aku rasa cukup gagah main pertahanan. padahal dah tentu dah ada alan dengan kelvin yang lebih bagus. aku kena drop lagi.

tingkatan empat , aku rasa cukup bagus nak main midfield. tapi aku tak dapat jugak sebab tak cukup stamina macam aloy.

tingkatan lima , akhirnya. aku rasa aku memang layak jadi sayap kanan. aku tak kena drop pon. tapi aku dapat main sekali saja. lawan sekolah nilai. masa tu aku punca kekalahan. sebab aku tekel mamat india tu dari belakang. sudahnya dia orang dapat sepakan percuma , dan macam biasa lah kalau khairul jadi keeper. memang bola mudah pon lepas.

tapi disebalik ketidakhebatan aku main bola , orang cakap , aku angkat corner hebat. bola aku masuk cantik. nak-nak kalau ada fendy , alan , aloy dengan afiq dalam kotak penalti. sebab aku yakin dia orang boleh tanduk bola aku masuk dalam gol. tapi tak pernah pon jadi. dua kali saja aku dapat angkat corner. sebab main sekali saja.

tapi masa tingkatan lima barisan paling mantap. fendy jadi striker. alan jadi defence. afiq dengan aloy menjana midfield. ada menthol main second striker. ramai kawan jugak lah dalam pasukan tu. tapi kalah masa separuh akhir. dengan sekolah cempaka. sekolah alep. dia orang main tipu. suruh dua orang jaga fendy. siap anbalagan [star sekolah dia orang] pergi bisik dekat alan , 'nanti main untuk kita orang masa daerah'. pergh.

tapi aku lagi suka masa pertandingan bola sepak 7 sebelah kelab pencegah jenayah masa tingkatan lima. dapat nombor empat. afiq jadi captain. siap lawan sekolah tuanku ampuan durah. relaks saja seri. tak kalah weh. kalah perlawanan tempat ketiga pon penalti. afiq sepak tepat dekat keeper. aku sepak kena tiang. budak sekolah klia tu cakap dekat aku , 'korang datang tempat kita orang , mana boleh korang menang'. pergh dah la abah datang tengok. buat malu saja. tapi dalam pertandingan tu , aku ada jaringkan satu gol. afiq pon ada satu gol. aku assist. menthol pon ada satu gol. gol menthol cantik sikit , sebab kena palang baru masuk. tapi kita orang dapat masuk semi pon sebab afiq main baling syiling dengan penganjur.

dah habis cerita pasal bola. meh masuk cerita boling pulak.

boling , aku wakil sekolah sekali saja. masa tingkatan lima. masa ni lah aku jumpa ex aku yang nombor 22. yati tolong mintakkan nombor. masa ni aku dapat top 20 dari dekat 200 orang yang mengambil bahagian. yang ni bukan peringkat daerah , tapi peringkat negeri. sikit lagi nak jadi wakil negeri sembilan. 10 ranking lagi.

dalam banyak-banyak sukan , yang paling aku hebat , hoki.

sebab aku wakil daerah. [padahal sebab tak ada sekolah lain yang main hoki] masa pertandingan peringkat negeri , pasukan aku adalah pasukan belasahan. aku lebih banyak fokus dekat padang hoki yang sumpah best gila tu dari nak flick bola masa sudut penalti. aku jadi jakun habis bila main atas padang hoki tu. tak macam padang bola yang selalu aku main. akibatnya , 15-0 perlawanan pertama , 18-0 perlawanan kedua dan 8-0 perlawanan ketiga. percayalah , dalam tiga-tiga perlawanan yang aku main sepenuh masa tu , keeper pihak lawan tak pernah langsung dicabar sangat. paling kuat pon sekali.

sukan yang paling aku tak percaya aku jadi wakil sekolah adalah catur.

masa pemilihan , aku saja-saja sibuk. padahal aku mana reti main langsung. bila dah main , adalah sekali dua aku menang dengan siapa entah. bila senarai nama keluar , tengok-tengok nama aku naik. memang tak lah. aku cakap dekat cikgu , saya tak reti main catur. saya reti main dam haji saja.

cikgu tu senyum sinis. aku tau dalam hati dia mesti cakap , 'anak aku pon reti main catur , kau tak reti'.

Friday, January 29, 2010

romantik.

dulu aku ada gf. oh aku pernah ada ramai gf. yang ni gf yang nombor 22. dia suka lelaki yang romantik. jadi dia seboleh-boleh nak suruh aku jadi romantik. pada masa itu , aku tidak berapa tahu bagaimana sebenarnya kelakuan romantik itu.

sampailah hari ini , dimana aku akan cerita tentang romantik pada pandangan mata aku. tak tahu lah kau orang rasa yang sama atau tidak. ini dari pandangan aku.


romantik pada aku adalah bila , shy main gitar untuk lubby di hari pertama mereka keluar bersama. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , midi memegang tangan mean bila mereka sama-sama bermain ice skating. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , omar mengambil berat setiap kali along dalam keadaan tertekan.

romantik pada aku adalah bila , zahir mengaku tidur sebantal sekatil seselimut dengan aliff.

romantik pada aku adalah bila , lynn dengan ayu setiap malam ym dan skype untuk bergosip bersama. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , kak fynn setiap hari buat status di facebook mengatakan yang dia perlukan tri.

romantik pada aku adalah bila , kak wani buat satu album dipenuhi dengan gambar dia berdua dengan syafiq yang bertajuk panah dan busur. siap ada lagu. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , kak ikim dan hellmy membuat ucapan semoga bahagia bersama dalam video. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , baim dan kak naja membuat status yang sama sekaligus.

romantik pada aku adalah bila , imnie ingin mengenalkan aku dengan seseorang walaupun pada masa aku sedang bergadoh besar dengan dia.

romantik pada aku adalah bila , afiq adli masih lagi mengambil berat tentang anis walaupun sudah lama mereka berpisah.

romantik pada aku adalah bila , emon malu-malu bila aku buka cerita pasal ain.

romantik pada aku adalah bila , pali risau bila gf dia tidak punyai laptop untuk membuat assignment.

romantik pada aku adalah bila , erie bergayut setiap malam dengan gf dia dalam keadaan berbisik seolah-olah aku tidak dengar.

romantik pada aku adalah bila , hakim dan nisa cuba menyembunyikan hubungan mereka dari pengetahuan kawan-kawan.

romantik pada aku adalah bila , abah mencari sekeping gambar lama dia dengan umi masa berdating dulu , lalu scan dan publish di facebook. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , setiap kali pakcik azmi nak tukar barang dekat kereta , dia akan bagitahu abah.

romantik pada aku adalah bila , pakngah bawak kereta hampir accident , tapi makngah yang marah lebih dekat orang lain.

romantik pada aku adalah bila , khairy sering bergabung tenaga untuk bergosip dengan farah.

romantik pada aku adalah bila , rynn meminta topup dari ibunya melalui wall facebook.

romantik pada aku adalah bila , amy sentiasa menemani pjoe membuat kerja tak kira dekat mana.

romantik pada aku adalah bila , sid selalu mengajak bani lepak minum dan makan melalui status facebooknya.

romantik pada aku adalah bila , scha mengorbankan malam tahun baru hanya untuk menemani nadjmee ke mesyuarat malam.

romantik pada aku adalah bila , abang yee sanggop mencarikan aku t-shirt changcuters di indonesia.

romantik pada aku adalah bila , lihin sentiasa disisi moja bila moja diganggu seorang gay.

romantik pada aku adalah bila , capyq sentiasa bergadoh manja mengenai dota dengan arwah tazo.

romantik pada aku adalah bila , noh menyuap aku makan kerana dia tak pernah menyuap sesiapa kawannya makan. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , alef mengajak kosai dan kak jiggy untuk menonton wayang menerusi twitter.

romantik pada aku adalah bila , fynaz dan aku saling bertukar ucapan selamat malam sebelum tidur. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , hasrul bertanyakan aku , sampai bila aku nak jadi single.

romantik pada aku adalah bila , abang pid dan kak ecah berkongsi kek birthday.

romantik pada aku adalah bila , aiman dan zek kembali bersama walaupun dugaan pernah menimpa.

romantik pada aku adalah bila , acap selalu promote blog zahir. kemain lagi. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , ceghap sanggup berusaha untuk mendapatkan tiket lebih untuk kekasihnya.

romantik pada aku adalah bila , grace nak tolong aku usha fara.

romantik pada aku adalah bila , syed dan bajila menegur dengan cara yang paling kool dalam facebook.

romantik pada aku adalah bila , ag menyuruh aku untuk tidur di atas katilnya.

romantik pada aku adalah bila , ming terkilan aku tidak sms mengucap selamat pagi kepadanya.

romantik pada aku adalah bila , yanie memberi semangat pada aku bahawa zuzu sebenarnya masih single.

romantik pada aku adalah bila , melvin membawa sejambak bunga untuk afie masa afie nak buat persembahan.

romantik pada aku adalah bila , apple terus menerus mendoakan aku supaya cepat ada gf.

romantik pada aku adalah bila , tiba-tiba alei popchat untuk meminta maaf tentang pergadohan 5 tahun dulu.

romantik pada aku adalah bila , zymn terus terasa bila aku buat status facebook tentang sesuatu , lalu terus sms mengucap selamat malam kepada aku.

romantik pada aku adalah bila , skin menasihat aku bila aku semacam hanyut.

romantik pada aku adalah bila , fendy tiba-tiba call dan terus ajak pergi bbq di tepi pantai.

romantik pada aku adalah bila , zaem dipujuk kekasihnya ketika dia merajuk di depan homepage facebook.

romantik pada aku adalah bila , apit sedia untuk membuat persembahan lagu beeha untuk aku.

romantik pada aku adalah bila , amreet masih setia mengambil berat tentang afiq walaupun jarak mereka setengah bumi.

romantik pada aku adalah bila , aku buat entry blog pasal romantik. sangat suwit lah elmi ni. (:

romantik pada aku , tidak semestinya dari seorang kekasih kepada kekasihnya sahaja. malah dari sesiapa kepada sesiapa. asalkan ianya menyentuh perasaan , jiwa dan raga.

Thursday, January 28, 2010

cerita budak sekolah.

sedar tak sedar , dah penghujung januari. dah nak menjengah ke februari. waktu macam sekarang ni dekat sekolah tengah busy buat apa selalunya ?

cuba teka.

yes yes yes. sekolah sedang sibuk dengan acara-acara sukan seperti hari sukan sekolah , hari merentas desa dan juga pemilihan wakil-wakil sekolah untuk sukan-sukan tertentu.

masa-masa macam ni lah yang paling best pergi sekolah. sibuk buat latihan untuk memastikan maruah rumah sukan dan maruah sekolah tidak tercalar.

hari ini aku ingin kongsi cerita tentang masa aku disekolah dulu. aku agak aktif juga dalam bidang sukan dalam sekolah. luar sekolah juga. aktif sikit. haha

dulu dekat sekolah menengah , aku rumah biru. dari sekolah aku ditubuhkan , rumah biru ni paling tinggi ranking , tempat tercorot. paling rendah , pastinya corot juga. tapi nak buat macam mana , dah cikgu suruh aku masuk rumah biru. aku ikut saja.

tapi jangan sangka aku seorang loser. bila masa aku tingkatan empat , aku hanya dilantik sebagai seorang ajk rumah biru. sehinggalah beberapa orang yang betul-betul loser dalam rumah biru berpindah sekolah ke sekolah yang lebih pandai , aku dilantik menjadi ketua rumah biru. tapi agak terlambat. sebab dah separuh jalan. masa tingkatan empat , aku dapat bawa rumah biru rapat sikit dengan rumah tangga kedua tercorot.

tapi aku kembali sebagai ketua rumah biru masa tingkatan lima. kali ini dari mula. aku bina empayar aku. aku tarik budak baru sekolah aku yang berpotensi untuk join rumah biru. aku tarik kawan kawan baik aku untuk berpaling tadah dan sertai empayar rumah biru aku. aku berusaha untuk membuktikan bahawa aku seorang yang bukan loser seperti ketua rumah biru yang sebelumnya. hanya pandai mengarah , tidak pandai menyertai.

aku seorang pemimpin yang turut berperang. kalau ada acara yang tiada pelajar sanggup sertai , aku sendiri yang akan turun gelanggang. demi mata walaupun satu. sebagai balasan , aku menang 4x100 dan aku juga dapat tempat ketiga 4x400. acara 1500m , aku ditempat second last. tapi aku peduli apa ? dah aku tak ada stamina. nak buat macam mana. walaupun merentas desa aku dapat nombor 18. catatan juga dibawah masa satu jam untuk 7.5km. tapi nyata aku tidak boleh nak ikut pace si aloy dan si afiq yang kadar stamina mereka cukup memberangsangkan.

tapi , usaha aku selama dua bulan nyata tidak sia-sia. aku berjaya membawa rumah biru ke tangga kedua dalam ranking rumah sukan untuk tahun itu. hanya berbeza sedikit mata dengan rumah pemenang. itu pun sebab barisan perbarisan aku agak terabur sedikit. impian aku untuk naik stage memegang piala pusingan rumah sukan tidak kesampaian. niat dah salah. patot kalah.

kini , sudah 5 tahun aku meninggalkan zaman sekolah. dan dengar-dengarnya , rumah biru masih lagi menjadi yang corot setiap tahun. hanya pada tahun 2005 , iaitu tahun aku sebagai ketua rumah , rumah biru tidak corot , malah ditempat kedua.

hebat tak ?

sesuatu organisasi perlu ada seorang pemimpin yang berkaliber untuk maju kehadapan. tanpa pemimpin hebat macam aku , rumah biru sentiasa corot. satu hari nanti aku mahu jadi perdana menteri malaysia. dan aku mahu jadikan malaysia sebagai salah satu kuasa dunia. G8 akan menjadi G9.

dalam mimpi lah elmi !

Wednesday, January 20, 2010

i am a selfish person.

semua pembaca rasanya kenal aku. seorang yang sangat gila fame. dan seorang yang sangat choosy dalam memilih kerja , memilih segalanya. kan ?



tapi pernah tak kau orang bayangkan seorang yang gila fame macam aku ni kerjanya adalah menjual ikan dan barang basah yang lain ?

padan muka aku.

Thursday, January 14, 2010

cabar mencabar.

semester ini aku rasa sangat bosan. kerana kelas terlalu sedikit untuk dihadiri. rumah tiada internet. satu hari akan aku habiskan satu jam di cyber cafe yang dekat depan rumah baru aku ni. sampai makcik yang jaga ni nak naik muak tengok muka aku rasanya.

tapi apa boleh buat ? aku bosan kot duduk rumah.

tadi aku pergi cari kerja part-time. semua full. jadi aku akan terus duduk dirumah gamaknya. nak balik nilai , duit tak ada. maka , terus-terusan lah aku bosan disini.

tapi semangat nak kekelas semester ini lain macam. kalau kelas pukul 8 pagi , pukul 7 dah terpacak mandi. tak macam sebelum ni , 7.45 tak tentu lagi mata dah buka. kemungkinan besar sebab tiada facebook yang menemani sampai jam 5 pagi. tiada lagi skype sampai rabak mata. dan mungkin juga sebab masih di awal semester.

ahhh peduli apa aku ? tanya hati dan tanya akal aku , aku nak dapatkan 4 flat semester ini. aku tidak main-main. aku serius.

siapa berani letak betting ?

(:

Monday, January 11, 2010

skandal aku hujan.

hujung minggu yang paling letih tapi paling seronok.

empat hari datang berlatih flash mob dance dengan Raingers untuk persembahan Hujan di AJL yang baru melabuhkan tirai malam tadi.

ini first time aku dapat tengok post-production AJL dari hari latihan , hari rehearsal , sampailah ke hari kemuncak. tiga hari berulang ke bukit jalil. sampai naik muntah nak tengok AJL tu ulang-ulang.

tapi aku tak muak tengok persembahan Yuna. setiap kali bila turn Yuna perform , pasti bulu roma menegang. yang paling best , bila tengok video yang ditayangkan dibelakang semasa Yuna perform. sumpah style habis. ditambah pula dengan arrangement lagu yang jadikan persembahannya misteri gila.

tapi aku tak nak cerita pasal orang lain. walaupun aku akui , bila Bunkface perform , gegar stadium macam nak runtuh dia orang sing-a-long. ditambah pula dengan si Zaem dengan Pejal ada duduk melompat belakang Paan. memang aku jeles lah dia orang dapat naik pentas , aku tak dapat. cis.

tapi yang paling best , Raingers ah. semua orang ingat dua orang first yang terkinja tu macam apa saja. mesti orang ingat security tak bagos. sekali lepas tu ramai yang masok. lepas tu baru penuh depan stage tu. siap ada koreografi. mesti orang tak expect langsong.

masa aku depan stage , aku ada dengar orang jerit-jerit nama aku. 'Elmi ! Elmi !!'. dalam hati aku bertanya juga siapa artis mainstream yang kenal aku sampai duk jerit nama aku. nak kata Azura , dia dekat belakang buat kerja produksi. nak kata Aida , dia memang busy jadi floor manager. sekali aku toleh , Liyana Jasmay rupanya. patotnya dekat situ , tempat Search yang duduk. entah macam mana , Nana pulak yang duduk situ.

sumpah lepas tu aku terus nervous gila. hilang counting dalam kepala terus. bajet nak pose mengadap penonton. sekali bila Nana yang duduk situ , memang aku terus lost. tapi nasib baik ada kawan yang guide step lepas tu. selamat aku.

yang aku bengangnya , ada seorang mamat sebelah aku pakai baju putih. dia tak tau step. dia bukan Raingers yang terlibat pon. aku rasa dia ingat kita orang serbu bodoh saja agaknya. bila mula step , dia jadi lost. dah nampak buruk dah persembahan. apalah.

tapi apa-apa pon , aku gembira walaupun penat. pasti satu hari nanti aku akan rindu saat-saat macam ini. serius.

cari aku dalam minit 4.14-4.16. hujung belah kiri video. nampak topi ajaib aku tak ?

p/s : lepas ni bila show Hujan yang ada lagu Aku Scandal , aku akan buat dance itu lagi. walaupun seorang. aku peduli apa !

Wednesday, January 6, 2010

threesome atau aku skandal ?

entry kali ini , aku buat sebab atas permintaan jaja dekat chatbox sebelah ini. beliau menggesa [peh !] supaya aku bercerita tentang pendapat aku mengenai percintaan tiga segi.

seperti biasa , aku akan bercerita mengikut pengajaran hidup aku sepanjang 21 tahun mencelik mata memandang dunia yang luas penuh pancaroba ini.

macam orang bawak keretapi jugak lah. keretapi lokomotif antarabandar tu ada dua jenis. sama ada kepala dia dibelakang menolak gerabak penumpang , ataupun kepala didepan menarik gerabak penumpang. kalau pemandu dia berada didalam kepala yang didepan , dia senang nak agak bila waktu sesuai untuk berhenti di stesen perhentian supaya menyenangkan penumpang untuk turun di platform. berlainan pula dengan pemandu yang berada didalam kepala yang dibelakang. dia susah sikit nak agak bila waktu yang tepat untuk berhenti di platform. sebab dia belum lalu lagi platform tu.

samalah macam kehidupan kita seharian. kalau kita belum lalui lagi satu-satu kejadian , kita susah nak cerita dengan orang tentang apa yang terjadi. melainkan kalau kita dah pernah hadapi senario seperti itu , baru kita mampu untuk bercerita dengan penuh isi.

okey dah lari topik dah ni. baik aku mulakan.

cinta tiga segi. macam mana aku nak mula eh ? okey , aku mengaku aku pernah menduakan seseorang , aku pernah diduakan seseorang , dan aku pernah juga menjadi yang kedua dalam hidup seseorang. itu lumrah cinta monyet dan juga cinta palsu.

seorang lelaki biasa , dia akan terpanggil untuk mempunyai yang nombor dua bila dia rasa tak puas dengan apa yang dia ada. ataupun bila seseorang milik dia tu , tak memenuhi kehendaknya sebagai seorang kekasih. maka dia pun mencari solusi yang mudah dengan mencari yang nombor dua.

seorang perempuan biasa , dia akan mencari nombor dua , bila si kekasihnya tidak memberi sepenuh perhatian kepadanya. ataupun kehendak dirinya untuk mencari lelaki yang punya masa depan yang lebih cerah atau mencari lelaki yang lebih besar poketnya. ada juga perempuan yang mencari yang nombor dua untuk memuaskan kehendak nafsu diri. ya aku tau , lelaki pun sama dalam hal ini.

baiklah. situasinya begini. si kalsum bercinta dengan si megat. sedang asyik dilamun cinta , datang pula si mila yang jauh lebih cantik , jauh lebih hot dari si kalsum. oleh kerana terlalu sayangkan si kalsum , si megat tidak mampu untuk meninggalkan si kalsum. tapi keinginan hati adalah untuk mendampingi si mila. mesti semua orang pun pandang kalau aku keluar dengan si mila ni. dah lah cantik , baik pula tu. si mila pula memang menaruh hati dan perasaan yang mendalam terhadap si megat , kerana dengar katanya si megat ini seorang yang setia.

satu , tak guna kalau cantik , tapi duk melayan lelaki yang sudah berpunya. walaupun dalam benak kau cakap , tak apa , lelaki boleh kahwin empat. tapi tak rasa bersalah ke kau nak ganggu hubungan orang lain yang sedang dalam bahagia ?
dua , silap besar betul lah si megat ni cakap yang si mila tu baik. kalau dah ada hati nak jadi orang ketiga dalam cerita cinta.
tiga , si megat ni pula tak ada lah sayang sangat dengan si kalsum rasanya. kalau dah mata duk memandang perempuan lain. kalau betul sayang si kalsum , tak perlu rasanya memendam hati terhadap yang lain.
empat , kesian kalsum kan ? nanti mesti si mila cakap yang si kalsum ni tak pandai jaga boyfriend. mesti punyalah. si megat pula bukak point supaya tak nampak yang diri dia bersalah. nak suruh orang tuding jari pada si kalsum. mesti punyalah.

okey , situasi dua.

si megat ni dah sedar kesalahan diri dia. lalu dia tinggalkan si kalsum. apa kau ingat dia nak tinggalkan si mila yang hot tu ke ? baik dia tinggalkan si kalsum tu. sayang boleh pupuk beb. hot mana boleh pupuk. lalu berbahagialah si megat dan si mila.

tiba suatu hari yang dah di agak oleh si kalsum , bila muncul pula si amir dalam cerita cinta ini. biasalah manusia kan suka simpan dendam. bila dah kena tinggal , mulalah menyumpah memaki. kau tunggulah satu hari nanti tuhan balas. karma wujud wei. tup tup , amir datang memorak perandakan kebahagiaan yang sedang dikecapi si megat dan si mila.

amir ni kaya. berduit. segak. pakai kereta mewah , kereta jenama luar negara. jam dia mahal. kasut dia branded. seluar dia tak ada jual dekat malaysia. baju dia pakai buang saja. terlampau kaya. tapi tak handsome. lagi handsome si megat. nak kata baik , mak bapak dia tinggalkan. entah kenal lagi ke tak dia dengan mak ayah dia. si megat ni taat setia pada ibu bapa. tapi nak buat macam mana , perempuan ni lebih suka kalau lelaki yang boleh layan dia berbelanja besar. dari dia kena hidup bersusah senang bersama dengan si megat. baik dia hidup bersenang-lenang dengan si amir. tak perlu fikir panjang.

dan lepas tu mulalah si amir ni duk menganjing si megat. biasalah lelaki. bila dah dapat seorang perempuan yang menjadi rebutan , mesti dia bangga. menganjing si megat walaupun si megat tak layan , tapi tetap juga dia menganjing si megat. dah nama pun manusia. nak kata apa lagi ?

situasi tiga.

sekarang si megat ni tinggal seorang diri terpinga-pinga kena tinggal. dan kalau boleh , masa tu jugak nak cari balik si kalsum. nak mengadu. baru dia sedar yang si kalsum tu lah manusia paling baik dalam dunia. bila tak perlu dulu , kau buang jauh. manusia.

tapi malang bagi si megat. si kalsum ni sekarang dah berumah tangga dengan orang lain. tapi suami dia , anuar , jenis yang sibuk dengan kerjaya. selalu tinggalkan kalsum ni di rumah sendirian. si kalsum ni pulak jenis yang tak reti duduk diam. selalu juga keluar rumah. cari duit lebih , buat bisnes kecil-kecil.

sekali terjumpa si megat. si megat ni dah lain. lebih matang. sebab lepas apa yang terjadi , dia berubah jadi lelaki yang lebih berpedoman. si kalsum ni pun ajaklah si megat minum-minum kopi. dah lama tak jumpa lah katakan. bila dah jumpa , dah borak lama , terbuka cerita buku lama. dah jadi konflik. sebab rupa-rupanya , si kalsum ni masih ada hati dengan si megat. kalsum kahwin dengan anuar pon sebab anuar ni berduit. ada masa depan. bukan sebab cinta. sama lah dengan kes si mila tadi.

dah sekarang ni megat jadi nombor dua pula. setiap kali anuar keluar kerja , mesti kalsum pergi jumpa megat. dah jadi skandal. lama-kelamaan , si anuar dapat tau. dah diceraikan si kalsum sebab curang dan tidak mahu berlaku dayus.

berdamailah si megat dan si kalsum akhirnya. setelah menduakan , diduakan dan menjadi yang kedua , akhirnya si megat dan si kalsum berbahagia ke jinjang pelamin. tapi cerita cinta hidup dia orang berdua , sangat tidak seronok untuk diceritakan kepada anak cucu. kan ?

sakit kalau kita diduakan. tak kira lelaki atau perempuan. bila diduakan , kau rasa diri kau macam tidak berguna langsung sebab segala sayang yang kau curah , langsung tak dihargai. rasa faktap gila babi. tapi nak buat macam mana ? takkan kau nak menangis meraung sampai mati ? baik kalau kau tinggalkan semua kenangan lama kau dengan dia , kau mula hidup baru. lagi berbaloi dari kau perap diri kau dalam bilik , tak buat apa-apa. jangan jadi bodoh. hidup ni bukan untuk kau ratapi tapi untuk kau tempuhi.

sebelum apa-apa terjadi , baik kau pilih kau nak jadi yang mana satu. kau nak diduakan atau kau nak menduakan ? bagi aku , lebih hebat rasanya jika kau menduakan. nanti kau boleh buat pilihan. dan rasa kool bila dua perempuan kejar kau pada satu-satu masa. rasa hebat gila bila orang pandang macam tu. pilihan ditangan kau. dua-dua pon tertunggu-tunggu. rasa bagai jadi raja serta gundik-gundiknya. kan ?

HAHA

p/s : aku rasa tulisan aku sangat terlalu serius. aku cadangkan kau orang untuk tengok blog seorang kawan adik aku ini. sumpah release tension kalau baca. nama dia zahir. semak sesat sarat !! [klik sini]

Sunday, January 3, 2010

kutuk diri sendiri.

okey , selalunya dekat sini , aku akan mengutuk orang , menghentam orang. kan ? walaupun selalunya aku mengutuk orang secara am , tidak secara khusus , tapi masih ada yang terasa. kan ?

jadi hari ini , entry kali ini , entry terakhir aku untuk beberapa ketika rasanya , aku mahu mengutuk diri sendiri.

okey , aku tidak tahu nak mula dari mana.

untuk pengetahuan pembaca , atau dengan ayat yang lebih sedap dan pendek , FYI , aku ini merupakan seorang yang tidak pernah cukup solat lima waktunya. tidak pernah. kalau pernah pun , rasanya tak kushyuk kot solat aku itu. dan untuk pengetahuan kau orang juga , aku belum lagi khatam al-Quran. pernah menanam niat untuk sama-sama pergi mengaji dengan arwah tazo awal tahun lepas. tapi tidak pernah kesampaian.

aku juga seorang yang tidak baik dari personalitinya. aku gemar mengutuk orang belakang-belakang. bila aku mula mengutuk , tidak kira siapa , semua aku akan kutuk. termasuk kawan baik aku sendiri aku akan kutuk. sebab aku fikir diri aku macam bagos , itu sebab aku kutuk orang.

aku juga seorang yang teramat pemalas. kalau disuruh buat apa-apa , memang aku takkan buat. kecuali betul-betul dipaksa. itupun kalau aku rasa perlu buat , baru aku buat. assignments , project semuanya aku tidak pernah ambil serius. malah , aku tidak pernah nak buat pun. setakat copy paste. dan cari jalan mudah. itu sebab aku tidak bekerja waktu cuti semester.

aku seperti manusia lain , aku gemar mencari salah orang lain , supaya nampak diri aku tidak bersalah. aku juga selalunya akan menyelamatkan diri aku dahulu dari satu-satu masalah yang timbul supaya aku tidak akan disabitkan kesalahan oleh siapa-siapa.

aku juga seorang yang tidak pernah berfikir panjang. kerana itulah banyak masalah yang timbul yang disebabkan oleh aku. contoh , beberapa kes yang terjadi sepanjang tahun lepas. semuanya berpunca dari aku. kalau tidak kerana ketidakwarasan akal fikiran aku ini , pasti hidup orang sekeliling aku akan lebih bermakna.

aku juga seorang yang gemar memaksa. atau lebih sesuai , suka menjadi ketua. maksud aku , aku suka kalau orang dengar dan patuh pada cakap aku. kerana ? kerana aku rasa diri aku cukup bagos untuk menjadi ketua. aku kan bagos.

aku seorang yang tidak peduli tentang apa yang orang cakap terhadap aku. itu sebab ego aku jadi semakin tinggi. sampai aku rasa , aku ni manusia paling bagus dalam dunia ni. wtf ?

paling yang aku tidak suka tentang diri aku ialah , aku seorang yang suka menyusahkan orang lain. kemana-mana , kawan-kawan perlu mengambil hantar aku. kemana-mana perlu berteman. kalau naik kereta aku , kena payung minyak baru aku jalan. perangai macam sial.

lagi pulak tu , aku seorang yang kedekut nak mampos. dengan adik sendiri pon aku berkira. sebab apa ? sebab aku kan bagus. duit aku , duit aku lah. untuk aku seorang pakai. bukan untuk orang lain.

lagi apa lagi aku nak kutuk diri sendiri ?

oh , aku seorang yang mementingkan diri. aku seorang penikam belakang. aku seorang yang bukan mementingkan keluarga atau kawan-kawan. aku seorang pengkhianat. aku seorang yang kejam hati. aku seorang yang perangai macam babi. aku seorang yang suka kacau awek orang. aku seorang yang suka dekat semua orang , playboy gila babi. aku seorang yang skema nak mati.

dan aku juga seorang manusia biasa. tiada yang sempurna.

dah , jangan kawan aku lagi dah. aku busuk. kau je yang wangi.