second blog

Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Monday, January 11, 2010

skandal aku hujan.

hujung minggu yang paling letih tapi paling seronok.

empat hari datang berlatih flash mob dance dengan Raingers untuk persembahan Hujan di AJL yang baru melabuhkan tirai malam tadi.

ini first time aku dapat tengok post-production AJL dari hari latihan , hari rehearsal , sampailah ke hari kemuncak. tiga hari berulang ke bukit jalil. sampai naik muntah nak tengok AJL tu ulang-ulang.

tapi aku tak muak tengok persembahan Yuna. setiap kali bila turn Yuna perform , pasti bulu roma menegang. yang paling best , bila tengok video yang ditayangkan dibelakang semasa Yuna perform. sumpah style habis. ditambah pula dengan arrangement lagu yang jadikan persembahannya misteri gila.

tapi aku tak nak cerita pasal orang lain. walaupun aku akui , bila Bunkface perform , gegar stadium macam nak runtuh dia orang sing-a-long. ditambah pula dengan si Zaem dengan Pejal ada duduk melompat belakang Paan. memang aku jeles lah dia orang dapat naik pentas , aku tak dapat. cis.

tapi yang paling best , Raingers ah. semua orang ingat dua orang first yang terkinja tu macam apa saja. mesti orang ingat security tak bagos. sekali lepas tu ramai yang masok. lepas tu baru penuh depan stage tu. siap ada koreografi. mesti orang tak expect langsong.

masa aku depan stage , aku ada dengar orang jerit-jerit nama aku. 'Elmi ! Elmi !!'. dalam hati aku bertanya juga siapa artis mainstream yang kenal aku sampai duk jerit nama aku. nak kata Azura , dia dekat belakang buat kerja produksi. nak kata Aida , dia memang busy jadi floor manager. sekali aku toleh , Liyana Jasmay rupanya. patotnya dekat situ , tempat Search yang duduk. entah macam mana , Nana pulak yang duduk situ.

sumpah lepas tu aku terus nervous gila. hilang counting dalam kepala terus. bajet nak pose mengadap penonton. sekali bila Nana yang duduk situ , memang aku terus lost. tapi nasib baik ada kawan yang guide step lepas tu. selamat aku.

yang aku bengangnya , ada seorang mamat sebelah aku pakai baju putih. dia tak tau step. dia bukan Raingers yang terlibat pon. aku rasa dia ingat kita orang serbu bodoh saja agaknya. bila mula step , dia jadi lost. dah nampak buruk dah persembahan. apalah.

tapi apa-apa pon , aku gembira walaupun penat. pasti satu hari nanti aku akan rindu saat-saat macam ini. serius.

cari aku dalam minit 4.14-4.16. hujung belah kiri video. nampak topi ajaib aku tak ?

p/s : lepas ni bila show Hujan yang ada lagu Aku Scandal , aku akan buat dance itu lagi. walaupun seorang. aku peduli apa !

Thursday, December 31, 2009

orang orang hebat.

atas dari kiri : kak suri , kak wani , omar , baim , acap , tri.
tengah dari kiri : along , syafiq , emy , shy , kak fynn.
bawah dari kiri : elmo , syafiq dan kak wani , kak ikim , kak jasmin dan fadza.

aku takkan cerita pasal selamat tahun baru. sebab tahun baru tiada makna bagi aku. sebab bagi aku , nak tanam azam , bukan hanya pada tahun baru. azam boleh tanam bila-bila. so what's the point nak celebrate tahun baru , kan ?

aku cuma nak kenang tahun 2009.

tahun dimana aku kenal orang-orang hebat didalam gambar diatas ini. untuk pengetahuan , aku dah anggap mereka ini macam kakak-kakak dan abang-abang aku.

aku mulai kenal mereka sejak aku sibuk-sibuk tengok kak wani perform sana-sini. dan rasanya titik mula aku nak rapat dengan mereka ialah bila masa aku dengan adik-adik aku pergi monolog pantai kak wani dekat bagan lalang tahun lepas. since then , aku mula rapat sikit demi sikit sehingga aku sukarela nak jadi askar bintang jatuh.

sejak bintang jatuh 3 venus dulu tu , aku rasa aku dengan mereka ni jadi bertambah rapat. ada yang jadi tempat aku mengadu pon hah.

kira dalam ramai-ramai askar ni , akulah yang paling bongsu. tapi semestinya bukan yang paling manja lah !

tapi rasanya , 2010 tidak akan sama rasanya. kerana kami bakal kehilangan dua orang ketua askar , kak wani dan kak fynn. masing-masing akan terbang jauh untuk belajar dan juga mengajar.

selama ini pun , selalunya kami akan berkumpul bila-bila kak wani atau kak fynn ada persembahan. kalau tidak , susah juga nak berkumpul. tapi lepas ni bila lah lagi.

haihhhhhhhhh. *mengeluh panjang gila*

malam ni dengar kata performasi terakhir kak wani. datanglah kalau kau orang ada masa. di lepaq cafe , kelana mall. aku rasa berbaloi kot kalau kau orang tak pergi the curve , tak pergi dataran merdeka atau klcc untuk menyaksikan persembahan terakhir kak wani. sebab lepas ni nak tunggu , lama gila lagi kot. jom ramai-ramai ! :)

p/s : aku rasa ramai orang yang dah aku pengaruhi untuk minat pada kak wani. sama ramainya dengan orang yang aku pengaruh untuk minat sama hujan. salah seorang yang minat gila dengan kak wani , tapi tak kesempatan untuk tengok kak wani perform , arwah tazo. :(




Tuesday, November 10, 2009

happy wani's day , please ?

ahad lepas , aku bersama askar bintang jatuh telah meraikan hari lahir ketua askar kami , iaitu general wani ardy.

yang kelakarnya , macam macam plan dah kami cuba buat , tapi asyik tertangguh , asyik tak jadi. sebab susah nak cukupkan korum. almaklumlah , masing masing busy kerja. busy exam. kalau semua dah tak busy , kak wani pulak yang busy dengan show dan kerja.

last last , sarjan along telah buat plan baik punya , pergi terjah kak wani tengah shooting video clip lagu 'Please'. buat buat macam pergi nak tengok dorang shooting. padahal nak celebrate birthday kak wani yang dah dua minggu dah lepas.

in a nut shell , memang best la hari tu. walaupun panas terik , tapi best la. sebab bukan senang nak panjang bukit UPM sana tu. [eh yeke ?] tapi yang paling terbaik , sebab dapat tengok kek coklat belgium yang along buat [eh yeke ?] melting sebab panas terik. fuh. aku memang tak boleh nak makan la kan. gigi merana. haihh.

hari itu turut disertai lain lain askar seperti sarjan fynn , leftenan ikim , leftenan hellmy , leftenan suri , leftenan tri , leftenan syafiq , leftenan omar dan juga prebet elmi. eh aku la tuh ! :)

tapi hari tu aku ditakdirkan perlu balik awal. rumah jiran ada doa selamat hari jadi anak dia. perlu balik segera. tak dapat nak buat the making of video clip please. dapat buat separuh je bak kata leftenan hellmy.

oh ya , sarjan fynn cakap , ada sorang budak perempuan ni cari prebet shy dekat dia. gila famous amos prebet shy. orang cari dia dekat sarjan fynn. fuyoh ! oh oh , shy cakap , kepada semua perempuan luar sana , dia dah kahwin. tak perlu cari dia lagi. cari orang single yang lain , seperti moja , hasrul dan aku. [eh yeke ?]

dah dah , aku tak mahu cerita panjang. jom tengok video. (:



happy birthday kak wani ! ;)

p/s : tak setuju betul nama atas kek tu 'happy wani's day' hahahaha

Monday, November 9, 2009

nogori sombilan monang la poik !

entry ni bukan untuk bermegah. tapi saja nak cerita dekat siapa siapa yang baca. sabtu malam hari tu , aku dengan lihin , fendy , zai serta 5 orang kawan lihin , pergi ke bukit jalil untuk menonton perlawanan bola sepak di antara Negeri Sembilan dan Kelantan. perlawanan akhir piala malaysia.

walaupon dari mula aku tau akibat serta risiko kalau pergi game yang membabitkan kelantan , aku redah juga. sebab teruja punya pasal dan sebab memang dah lama sangat dah aku tak pergi stadium tengok bola. sangap.

kali terakhir aku menonton perlawanan bola sepak di stadium adalah masa negeri sembilan lawan telekom malaysia. ke masa malaysia lawan indonesia. eh tak , masa selangor lawan mppj. eh eh betul la masa perlawanan negeri sembilan lawan telekom tu. masa tu tiket free. kerajaan negeri sembilan belanja. sebab negeri sembilan menang liga. tu lah last. masa tu pergi dengan fendy dengan alep. masa tu negeri sembilan menang , eh monang bosar , 5-1. haha

berbalik ke cerita pasal sabtu lepas. sampai sampai saja di stadium , hujan lebat. parking untuk penyokong negeri sembilan adalah dekat dekat dengan astro. lepas itu kena menapak ke stadium. jalan untuk menapak adalah jalan tanah merah. aku ulang , keadaan masa itu , hujan lebat. hujan lebat dengan tanah merah jadi apa ? ya bagos , lumpur. sedangkan penyokong kelantan dapat parking di zon perkarangan stadium. adil ? mungkin.

sampai saja di perkarangan stadium , fuhhh. lautan merah. tak nampak kuning pon. memang azab betul kalau cari pasal ni. kami buat bodoh saja. tapi bila melintasi penyokong kelantan ni , memang kena bahan. sebab bilangan kami sedikit masa itu. siap kena baling botol. memang haram jadah.

kena menapak lagi untuk sampai di markas negeri sembilan. untuk pengetahuan , tiket yang dijual untuk penyokong kelantan adalah 65000 keping. dan negeri sembilan hanya 25000. adil ? mungkin.

pintu penyokong kelantan ada banyak. pintu penyokong negeri sembilan ada satu. perlu direbut untuk masok. pintu penyokong kelantan , tak perlu menapak jaoh. pintu penyokong negeri sembilan perlu jalan keliling stadium baru jumpa. adil ? mungkin.

tapi ada rasionalnya. kalau penyokong kelantan yang duduk dibahagian stadium yang mana penyokong negeri sembilan yang duduk , aku rasa ahli pancaragam polis , budak budak ball boy , ahli bomba , pasukan paramedik yang duduk bawah tu , mesti dah kena baling mercun , baling botol dah sebagainya.

aku nak pendekkan cerita. selepas habis game , memang satu yang aku nampak pasal penyokong kelantan ni , dorang sama macam penyokong indonesia. ya aku tau , tak semua yang buat perangai. nila setitik rosak susu sebelanga. tapi kenapa perlu baling objek keras ke arah ahli bomba yang sedang berusaha memadam kerusi yang terbakar akibat perbuatan korang sendiri ? tak tak , kenapa perlu bakar kerusi tu ? dan kenapa perlu ada bendera politik sedangkan kita nak tengok orang tendang bola , bukan orang bagi talk nak pancing undi. duhhhh !

dah dah , aku malas nak cerita lagi. pintu luar stadium pon dorang jatuhkan sebab nak masok awal. bumbung stadium koyak sebab main mercun. kerusi hangus terbakar. haish. cukup cukup la tu wei. main bola je pon. bukan nak buat apa sampai nak merusuh. mentaliti tu cuba elokkan sikit. nama orang kelantan. orang kuat agama. tapi buat perangai macam tu tak best la orang pandang. kan ?

Friday, November 6, 2009

drum cover [part one]


okey , aku tak ada kerja. aku ternyata rindu pada drum ni. maka aku pon saja lah buat video ni. sebab dah memang hobi aku nak buat video , so memang macam macam video lah yang aku nak buat kan ? HAHA

so memang diakui , tempo terabur. main tak clean. bunyi kick tak dengar. bunyi bising. dan memang jaoh langit dan bumi antara aku dengan Am. fuh fuh.

2 bulan lagi , aku nak jadi sehebat Am. chaiyok Elmi !!

Sunday, October 18, 2009

Mencari Konklusi Tour 2009 : Sg Petani , Kedah.

let the photos speak. again.


and now , let the video tell you the other side of the story. yeah !

Wednesday, September 30, 2009

eww sumpah malu la wei !

ingat tak haritu aku ada shooting masa bulan puasa haritu ? sehari selepas aku masok 8TV Quickie. kan ? haaa inilah dia hasilnya. ya Allah , aku bukan seorang pelakon okey ? hanya layak menjadi pengarah sahaja.

anyway , thanks Elena and the gang sebab invite aku join production dorang ini. pengalaman tu berlakon dalam short film orang buat. lepas ni boleh buat short film sendiri yang lagi gempak and boleh lah ajak korang sekali kan ? *winks*

so tak nak cerita banyak. jom tengok !

Saturday, August 29, 2009

Rezeki Ramadhan

assalamualaikum elmonism ,

aku rasa , plan aku untuk buat tayangan perdana video 'Satu Remaja Satu MALAYSIA' di youtube dan facebook tak jadi kot. sebab apa ?

HEHE *gelak setan terlepas kena ikat*

sebab , APA KATA KALAU KITA SEMUA TENGOK RAMAI-RAMAI TAYANGAN PERDANA VIDEO 'SATU REMAJA SATU MALAYSIA' TU KAT 8TV !

video aku telah memenangi pertandingan short film merdeka anjuran Homegrown. dan aku telah dijemput hadir untuk rancangan Quickie 8TV ahad ni. so , do tune in guys. pukul 11.30 malam , 8TV.

aku ulang , Quickie 8TV , pukul 11.30 malam , 8TV.

aku speechless. tapi aku masih boleh kot nak ucap tahniah dekat semua yang terlibat. terima kasih juga tidak lupa kepada semua. ini semua kerja kita , bukan kerja aku sorang. so , LET'S CELEBRATE !!

tiba-tiba ahad aku nanti busy dengan interview. pukul 8.30 dengan REMAJA , pukul 11.30 dengan Quickie. rasa macam artis. selalu interview orang , kali ini orang interview aku pula. rasakan elmi rasakan !

oh ya , ini video the making of untuk tatapan semua. *winks*


p/s : siapa kata kita tak boleh hidup tanpa alep bulan ? siapa kata aku tak boleh jadi director ? siapa kata ? SIAPA KATA ?

p/s lagi : disebalik kegembiraan , aku macam rasa kosong akibat kehilangan si dia hari ini. :( i love you. i really do.

Sunday, August 23, 2009

BTS 'Satu Remaja Satu MALAYSIA'.


elmonism ,

ini video the making of 'Satu Remaja Satu MALAYSIA'. selepas berfikir beberapa jenak , aku ambil keputusan untuk tidak gunakan 'Satu Bangsa' ataupun 'Satu Suara'. macam dah ada orang buat saja pakai title tu.

terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat. sumpah aku terharu dengan komitmen korang semua. CAYALAH !!

korang semua nantikan video full version yang akan direleasekan tepat 12 tengah malam 31hb Ogos nanti ya ? :)


p/s : mintak-mintak menang pertandingan short film merdeka nanti. amin amin amin !!

Wednesday, August 12, 2009

Next Big Project !


elmonism ,

ahad ini aku punya projek. dan aku rasa , ini projek terbesar yang pernah aku buat. sebab ia melibatkan ramai orang. walaupun kebanyakkannya adalah kawan-kawan , tapi kebanyakkannya adalah elmonism sendiri.

aku tak tahu nak explain macam mana pasal next big project ini. tapi yang pasti , ianya tentang Malaysia , dan ianya tentang merdeka. kalau ada yang sudi nak turut serta , jemputlah datang ke Taman KLCC , ahad ini[16 Ogos 2009] pada jam seawal 11 pagi. kalau boleh datang biar membawa kawan. sebab lagi ramai , lagi bagos ! tapi tiada bayaran ya ? kira buat kerja ikhlas untuk Malaysia. HAHA !

aku sangat teruja untuk tunggu ahad ini. sangat sangat teruja. sebab aku dah tak sabar nak melihat hasilnya. kalau tak percaya , pergi tanya jeju[klik sini] , aku siap dah buat example video. teruja punya pasal. haih.

jumpa nanti ya elmonism ?

p/s : nak tukar kos boleh tak ?

Sunday, August 2, 2009

presenting : Malam Sepi.

aku tahu hasilnya buruk akibat tiada lighting yang betul. tapi nak buat macam mana , aku pon saja nak cuba-cuba.

terima kasih kepada semua yang terlibat. semua adalah termasok kereta nadjmee dan juga kereta asrol. serta handphone-handphone yang turut serta memberi lighting untuk video ini. thanks !

penolong pengarah : nadjmee.
penolong jurukamera : lihin.
make-up : scha dan moja.
lighting : lihin dan akmal.
photographer : asrol.

thanks guys ! kita berjaya buat benda yang 100% idea kita. tiada diktator berhidung tinggi.

so this is the video. filem pendek yang betul-betul pendek dan gelap ! do comments guys !

Saturday, August 1, 2009

kerja bodoh lagi !

elmonism ,

aku baru menyiapkan rakaman sebuah benda yang agak bodoh pernah aku buat. macam aku buat ini ,


macam aku buat ini ,


dan macam aku buat ini ,


jadi nantikan kemunculan benda bodoh yang akan datang ini ya ? aku nak siapkan editing secepat mungkin.

Selamat Ogos ! MERDEEEEEKAAA !!

Monday, July 13, 2009

aish.

elmonism dan haters ,


ya aku bakal menyusul mereka esok pagi. *tak sabar okey !*

dimas cakap nak bawak aku pegi store The Changcuters ! yeah. pastu dapat jadi extra video clip Mencari Konklusi. aish. teruja teruja.

nanti aku try update dari rumah dimas kat Bandung nanti.

Thursday, June 11, 2009

saya cuak. saya gigil.

mood : teruja. sangat teruja.

tempoh hari , semasa meeting hujan.org dengan Dimas , aku dilantik event coordinator untuk Gathering Raingers vs Hujan 21 Jun ini. masa itu , aku hanya fikir event ini hanya kecil-kecilan saja. antara Hujan dan 150-200 orang Raingers sahaja.

itu hari itu.

hari ini sudah lain.

event jadi makin besar. sudah ada sponsor. dan akan ada kejutan. lepas itu ada media. baik. saya cuak. kalau event hodoh , siapa salah ? AKU !

ya Allah. *gigil*

aku cuba yang terbaik. sebab Hujan bukan nama kecil. Hujan bukan macam Hujan dulu. Hujan sekarang sudah besar. kalau aku buat mistake , sangat bahaya. besar tanggungjawab. rakan-rakan AJK , tolong beri kerjasama yang hebat okey ? kita sama-sama usaha tangga kejayaan.

nanti masok paper , masok magazine biar yang elok-elok. biar kita naikkan nama Raingers !

disaat aku menulis entry ini , aku sudah dapat email dari pihak akhbar dan juga message di facebook dari pihak majalah. gila la Elmo !

ini aku belum cerita part yang paling teruja. tapi malang bagi korang , aku tak boleh cerita. sebab benda ini masih rahsia. tunggulah 21 Jun nanti ya ?

good luck Elmo dan para AJK !

Saturday, June 6, 2009

cerita tentang Australia.


tiada apa yang best yang mahu dikongsikan. semuanya boleh ditonton dalam video di atas. pergi kesana hanya mahu mencuci mata. melihat budaya negara lain. melihat para gadis negara lain. melihat depan mata karya arkitek yang diagung-agungkan para Australian iaitu Harbour Bridge dan Opera House. melihat air laut jernih di tebing-tebing jeti.

but there's only one girl who really caught my attention. dan aku tidak tegur. hanya senyum. DAMN ! dengan parents dia saja aku berborak. sudah bukan jodoh. atau aku memang bodoh ? biarkan saja benda dah berlalu. [aku dah google nama ayah dia. yang aku jumpa hanyalah nama penuh adik lelaki dia. tiada myspace , tiada facebook].

oh ya , ketika di Surfers Paradise , Gold Coast , aku mendapati diri aku kembali jatuh cinta dengan cara pemakaian ala-ala skaters dan surfers. macam best tengok dorang kehulu-kehilir dengan shorts serta hoody. aku juga jumpa kedai yang menjual barang-barang quicksilver serta billabong yang agak murah. nanti abah pergi sana lagi , aku nak suruh abah beli macam-macam.

tiada banyak lagi yang boleh diceritakan. jumpa lagi Australia !

Saturday, May 23, 2009

obsesi.

bila aku busan , aku suka mengekspresikan kebusanan aku dengan buat benda-benda yang aku rasa macam cool tapi mungkin pada mata orang , benda bodoh. peduli kata orang , yang penting happy !

semalam pagi aku terbaca pasal pass untuk ke launch party video clip band Pesawat. mereka buat dekat KLIA. hari selasa. Bunkface pon ada turut serta.

mereka nak bagi pass free. tapi kena bikin video lagu Mirage sekreatif mungkin. jadi aku sahut cabaran. ini hasilnya.



terima kasih kepada Shy dan Lihin kerana sanggop berpanas dengan aku. terima kasih Abah sebab bagi pinjam kamera. sekarang tunggu keputusan okey?

p/s : 'anda berada di kawasan larangan , sila beredar secepat mungkin' HAHA wtf??

Friday, April 10, 2009

Hari Bintang Jatuh '09 : Tiga Venus.



pernah dengar pasal Hari Bintang Jatuh?

tahun lepas event ini dibuat di banglo merah dekat belakang Pelita KLCC. ingat lagi?

tahun ini Hari Bintang Jatuh kembali lagi.

Hari Bintang Jatuh '09 : 3 Venus , menampilkan 3 wanita berbakat yang bakal mengangakan mulut anda semua iaitu Wani Ardy , Ana Raffali dan juga Fynn Jamal.

tarikh : 31 Mei 2009
tempat : the Annexe Gallery , Central Market
masa : 1 pm
tiket : RM15 [termasuk sebuah CD eksklusif 3 Venus] *hanya 150 keping tiket untuk direbut*
tempahan : masih belum dibuka








Saturday, April 4, 2009

FYP saya.

ini video FYP (Final Year Project) aku. aku kena buat jet sukhoi sebagai permainan remote control. ini lah hasilnya. (:


Wednesday, March 25, 2009

Earth Hour 2009.

anggap saja ini iklan.


Tuesday, March 24, 2009

jatuh dan teros BANGUN !

aku mahu kongsi satu video dekat sini dengan semua sahabat , teman , kawan , kenalan , keluarga dan semua-semua. video ini aku tengok masa ceramah sabtu lepas. dan aku terpanggil untuk berkongsi video ini dengan semua orang.

ingat lagi entry aku yang sebelum ini , mengenai sesuatu yang baru. video ini macam ada kena mengena juga dengan entry tersebut.



kepada semua , kalau sudah jatuh TERSUNGKUR , tolong jangan PUTUS harap. terus BANGKIT segera.

'hidup ini terlalu singkat untuk merana. tolong enjoy hidup'.