second blog

Showing posts with label catatan harian.. Show all posts
Showing posts with label catatan harian.. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

is she worth it ?

is she worth it ?

is she worth it ?
sampai kau tak tentu hala macam ni.

is she worth it ?
sampai kau tak henti-henti fikir pasal dia.

is she worth it ?
sampai hidup kau tunggang langgang tanpa dia.

is she worth it ?
sampai kau sendiri makan hati.

is she worth it ?
sampai kau rasa bersalah sampai kau macam tak appreciate hidup dah.

is she worth it ?
sampai dia dah buang kau , tapi kau masih ada hati nak kejar.

is she worth it ?
sampai dia dah cakap kau tak ada makna untuk dia , tapi kau masih menaruh harapan.

is she worth it ?
is she worth it ?
is she worth it ?


the answer is
YES.

she's the reason why i woke up every morning.
she's everything to me.
she's a part of my soul.
i love you. no one else but you.

Wednesday, September 9, 2009

kamon elmi ! pujuk dia !!

SITI SYAZWANI BTE MOHD ABDAH ,

i tak kira. i nak jugak pujuk u. biarlah u kata i annoying ke apa ke. i tak kira. i tak nak hilang u.

ye , elmi dah mati. tapi , tabby mok u masih hidup.

Thursday, July 23, 2009

cuak nak dapat adik.

elmonism ,

esok saya dapat adik baru. pukul 8 pagi Umi saya akan masok bilik bersalin. tapi caeserian la. aish. saya cuak ni.

doakan Umi dan adik saya selamat ya ?

insyaAllah entry lepas ni , saya sertakan gambar Umi dan adik baru saya. Mohd Zulhezry. boleh panggil dia Hezry atau AG !! hehe

Friday, July 17, 2009

Bandung - Jakarta.

elmonism ,

sekarang aku di Antapani , Bandung. baru lepas ikot HUJAN pergi shooting video clip single terbaru dorang , Mencari Konklusi. sumpah terbaik wei. korang tunggu je nanti keluar dekat channel V. [ehem aku jadi extra kott]

kejap lagi nak bergerak ke Jakarta untuk APM esok malam. tapi berita sekarang sedang kecoh pasal ada dua hotel di Jakarta di bom.

aku cuak.

doakan semuanya selamat ya !

Monday, July 13, 2009

aish.

elmonism dan haters ,


ya aku bakal menyusul mereka esok pagi. *tak sabar okey !*

dimas cakap nak bawak aku pegi store The Changcuters ! yeah. pastu dapat jadi extra video clip Mencari Konklusi. aish. teruja teruja.

nanti aku try update dari rumah dimas kat Bandung nanti.

Tuesday, December 23, 2008

bekerja di JB.

baru aku sedar bahawa scene indie JB dengan scene indie KL jaoh beza. itu pon lepas shy tegor aku. susah nak explain macam mana beza scene itu. korang kena pergi sendiri dan rasakan sendiri.

aku pergi ke sana hanya sekadar untuk menjual baju bajuan serta untuk melayan julie goes overseas. sepatotnya , budak budak JGO pakai baju bulan masa perform. tapi entah dimana silapnya , dorang tak sempat nak ambil baju kitorang. aku agak sedih juga lah. sebab semua budak bulan memang memuja gila JGO neh. kitorang memang harap sangat yang mereka boleh perform sambil pakai baju kitorang. tapi apakan daya. kita hanya merancang , tuhan yang menentukan.

seperti biasa , aku malas mahu type panjang panjang. biar gambar saja yang menceritakan kepenatan badan.

cuma satu yang mahu aku tekankan. lagu lagu JGO , bukan untuk mosh. lagu dorang agak tidak sesuai untuk mosh. tolonglah sila jangan mosh. aku nak layan gila tak boleh. terpaksa pergi sebelah pentas nak jadi gila. kalau nak mosh , mosh la lagu koffin kanser ke , lagu bittersweet ke. apa punya orang la. kesian aku tak dapat jadi gila.

ini dia hadi of laila's lounge perform untuk kali terakhir

dengan encik ant yang emsem

incik jazlan gila gilaan

pekerja makan gaji buta. ahaha


tengok saja?

makan makan


monche of julie goes overseas

Friday, December 12, 2008

telor.

tadi aku berjaya ditelor oleh miraj. tak sangka betol aku mereka boleh telor aku , sedangkan aku sudah amat berjaga jaga. nasib baik sebiji saja. kalau banyak tadi , menangis aku nak syampu.

apa apa pon , terima kasih miraj sebab telor aku. terima kasih juga pada asrol yang hebat berlakon tarik perhatian aku dengan bertanyakan tentang event rantai dan white shoes. terima kasih shy kerana berjaya mengelak perhatian aku juga. terima kasih kerry sebab temankan miraj beli telor. terima kasih aiman , zuher dan falihin sebab bersubahat. terima kasih banyak banyak. esok kalau kena telor atau tepung lagi , aku redha saja.

selamat hari jadi elmi. semoga panjang umur , murah rezeki , diramaikan kawan , dibukakan hati untuk belajar , dicemerlangkan result exam , disenangkan hidup , dilembutkan hati , ditenangkan jiwa , dicomelkan rupa , ditinggikan fizikal , dikuruskan badan , dihebatkan bersukan dan makin disukai ramai. amin.

Sunday, December 7, 2008

entry terakhir sebelom mencecah 20-an.

assalamualaikum ,

ini kemungkinan besar , entry blog saya yang terakhir sebelum saya mencecah umur 20. atau lebih cool disebut begini , 'ini mungkin merupakan entry saya yang terakhir semasa saya berumur belasan tahun'. pada ketika entry ini ditaip , saya berada di kampung halaman untuk menyambut hari raya aidiladha.

kepada teman teman yang ingin menyambut hari lahir saya , ini permintaan saya. saya mahu cupcakes boleh? please...... saya nak juga ikut trend masa kini. dapat cupcakes untuk celebrate birthday. pasti best kan?

seperti mana wishlist birthday saya tempoh hari , saya ingin seutas jam tangan dan sebuah kamera d40. kamera d40 sudah hampir pasti dalam genggaman. jadi yang tinggal hanyalah seutas jam tangan. siapa mahu beri? itu pon kita tak tahu. [pinjam ayat cerita los dan faun]

akhir kata , selamat hari raya aidiladha. dan selamat menepung saya. itu pon kalau dapat lah. ya? saya akan away buat beberapa hari. nanti kalau berkesempatan , saya update blog lagi ya?

selamat hari lahir in advanced , elmi.

aku sudah taken oke?

mood : bahagia dan happy dan rindu pada si dia.
waktu : 4.11 pagi.


tadi , aku propose dia untuk menjadi teman hidup dia. tanpa sejambak bunga , tanpa sebentuk cincin aku meluahkan keinginanku untuk menjadikan dia sebagai kekasihku. hanya secebis hati dan sepatah janji yang dapat aku berikan kepadanya tatkala itu.

dengan senyuman manis dibibir , dia menerimaku. melonjak hatinya menerima aku sebagai kekasih. hatiku? hatiku hanya mampu berbisik , 'penantian aku dikurniakan dengan seorang yang amat sempurna buatku , aku bersyukur padaMu'. hatiku bukan tidak melonjak , cuma hatiku cover macho sikit. (:

pada detik 3.45 petang tanggal 6 disember 2008 , aku dan dia bergelar sepasang burung merpati putih yang berterbangan beriringan kemana saja tanpa dapat dipisahkan. aku berdoa agar kisah yang bermula ini diakhiri dengan noktah bahagia.

sang coklat akhirnya bertemu sang strawberi. kehidupan baru bermula dengan penoh bahagia. sekalung perhargaan buat teman teman yang sentiasa berdoa untuk aku tidak kira waktu dan ketika.

aku akhirnya menemui bahagia.

Saturday, December 6, 2008

aku nervous.

sabtu
6 december 2008
3.51 pagi

aku gementar untuk lalui saat saat first date esok. doakan aku ya kawan kawan? aku ngantok. tidur dulu. tak sabar menanti hari esok.

Friday, December 5, 2008

seminggu.

jumaat
5 december 2008
6.14 pagi


hari ini aku rasa aku dan jeju macam dapat pahala yang banyak saja. menyatukan dua manusia malu yang mahukan sesama sendiri. tadi , aku dan jeju dapat membuatkan mereka mengaku yang mereka menyukai satu sama lain. semoga berbahagia hendaknya mereka berdua. tugas aku hanya sampai sini. selepas ini , pandai pandai korang lah ya?

klik sini untuk baca puisi yang direka oleh jeju untuk mereka.

sedang asyik chenta mereka mahu berputik , seorang lagi sepupu aku sedang hangat dilamun cinta. berpacaran di pavillion. aku amat cemburu melihat seorang demi seorang kawan , saudara , kenalan aku menemui cinta mereka. aku bila lagi? harap esok hari menjelma dengan cepat , agar dapat aku menemui seseorang. mungkinkah dia cinta hati aku yang aku cari selama ini? sama sama kita nantikan.

ketika aku sedang menulis entry ini , aku sedang amat mengantok gila. tetapi aku menahan mata semata mata untuk menghiburkan hati aku yang amat sudah tidak sabar untuk memegang kamera milik aku sendiri. yeah !!!

p/s : selamat hari lahir kepada fatin adik zuher.

Wednesday, December 3, 2008

sembilan hari lagi.

3 december 2008
1.43 pagi

hari ini aku sudah potong rambut. malas dah nak dengar bebelan umi suruh potong rambut. aku memilih untuk memotong rambut ala sam bunkface. sebab? sebab aku mahu jadi pengikut setia bunkface pula selepas ini. mana tahu nanti ada bunkface.org pula kan? haha siap ada 2 line tuh. jangan jeles haaa.

tadi shy belanja makan secret. mekaseh shy. sayang kau. susah susah saja belanja aku makan. (: tadi juga aku teman ayie pergi jumpa rynn. jeles aku bila nampak mereka pegang tangan. haihh.

semalam malam shy ada bagi software mixer lagu. aku sudah jadi addicted. mahu jadi DJ pula. selepas dapat tahu bahawa aku tiada bakat menyanyi.

aku macam tiada idea mahu bebel apa malam ini. mungkin sebab aku tidak cukup tidur kebelakangan ini. nanti nanti la aku update lagi.

p/s : kepada semua kawan rapat aku. tolong bagi gambar korang seorang seorang. aku mahu buat tribute gambar kawan kawan rapat aku. tidak mahu pakai gambar hijau itu lagi. ramai sudah jadi musuh.

Tuesday, December 2, 2008

kehadiran bulan december.

2 disember 2008
1.29 pagi

bulan terbaik dalam kalendar. sebab? sebab terdapatnya hari jadi aku dalam bulan december ini. oleh kerana itu , aku dapat merasakan yang kawan kawan aku semua sekarang tengah duduk perah otak untuk mendajal aku masa birthday aku nanti. aku serah diri la nanti. boleh? cari aku dekat banglo merah belakang pelita KLCC masa rantai art event. boleh ke macam itu? haha

semalam aku menghabiskan masa aku sehari suntuk dekat melaka. aku , aiman , shy , zek dan kery pergi kesana adalah semata mata untuk buka booth sempena gig charity di MMU melaka. sampai sahaja di sana , kami sedar yang kami telah ditipu oleh bunkface. gig start pada jam 8 malam , dan bukan 3 petang macam tertulis dalam myspace bunkface. kami pon membuat keputusan untuk melepak dekat bandar melaka bandaraya bersejarah.

aku teros sms jeju , suruh dia keluar rumah , join kami melepak. dia pon datang. kami jalan sampai patah kaki petang semalam. tapi puas hati sebab dapat berposing bergambar , dapat shooting episod baru 'camni cap eh !!'.

penat memang penat. tapi terima kasih banyak kepada jeju yang banyak membantu. dah macam tour guide dah jeju semalam. terima kaseh banyak jeju. sayang kamu.

sebaik saja jam 7 , kami bergegas ke tempat kejadian gig , MMU melaka. sampai saja disana , banyak booth yang sudah buka. ada la dalam 6 booth termasok bulan clothing. crowd boleh tahan ramai , band pon boleh tahan best. tapi busan sebab dalam gig kena duduk. haihh.

aku dan shy dah buat keputusan awal awal lagi. masa bunkface perform , aku masok tengok. dan masa seven collar perform , dia yang akan masok dan aku jaga booth. masa bunkface , kami semua masok layan bunkface ramai ramai. shy jaga booth ditemani 'kawan dia yang single' , sabrina. tapi masa seven collar perform , aku jaga booth seorang. SEORANG !! gila busan weh. tidak patot aku diperbuat begitu. kesian aku.

tapi apa apa hal pon , trip semalam memang enjoy gila. memang puas hati. terima kasih aiman. terima kasih jeju. terima kasih kery. terima kasih shy. dapat aku lupakan kisah memalukan aku di OIAM.

Sunday, November 30, 2008

10071.

ahad
30 november 2008
3.04 pagi


sumpah memenatkan. aku tiba di times square dalam jam 11 setengah. selepas print gambar dan fotostat ic , aku , miraj dan shy teros beratur. kami mula beratur dari jam 12.05 untuk register bagi mendapatkan nombor giliran.

setelah 6 jam beratur , kami akhirnya diberikan nombor giliran. nombor giliran aku , 10071. shy 10069. miraj 10075. sebaik sahaja kami ambil nombor kami , kami mendapati bahawa orang yang di audition baru nombor 9300. jadi hampir 800 orang kami perlu tunggu.

akhirnya kami di audition pada jam 11.45 malam di bilik audition nombor 4. jurinya ialah edris ex-manager VE. aku teros tampar shy , aku cakap , itu ex-manager VE. dah la shy nyanyi lagu ruffedge. semasa shy nyanyi , edris turut nyanyi bersama. siap gendang meja lagi. aku fikir , tentu shy dapat ke peringkat seterusnya.

selepas itu , tibalah giliran aku. aku menyanyikan lagu kasih berubah oleh ferhad. edris tiba tiba suruh aku bermula dari chorus lagu. aku terpinga sebentar. sumpah blur sekejap. damn ! kemudian , aku terdengar suara shy dibelakang memberi tunjuk ajar. aku teros start tanpa lengah. sumpah buruk. takde feel semua. hoishh. kejap lagi , edris tanya aku , 'awak minat hujan kan? tau lagu hujan? nyanyi please'. aku teros mendendangkan lagu hiba. kemudian aku berundur.

next contestant , aliff. budak yang baru kami kenal masa beratur panjang sebentar tadi. dia juga mempunyai minat yang sama seperti kami , iaitu acapella. apa lagi join la dia dengan kami. masa dalam bilik audisi , dia menyanyi lagu jay jay. aku tidak ingat nama lagu tersebut. dia nyanyi memang sedap gila. aku sendiri terpukau.

selepas itu , turn miraj. miraj nyanyi lagu soledad , lagu westlife. dia nyanyi pada aku ok. nak dibandingkan dengan aku , gila terok. haha

then kami pon dibawa keluar bilik. diluar , kami diberikan keputusan. ada 3 jenis keputusan. 'yes' , 'no' dan 'maybe'. kakak itu cakap , 'unfortunately , dalam group ini , cuma ada seorang saja yang dapat 'maybe'. yang lain harap maaf , terima kasih kerana mencuba'. kami semua ingat lelaki keturunan filipina yang memang vokalnya , hebat ! aku pon buka handphone , teros nak reply sms. kakak tuh pon sebut nombor yang dapat 'maybe'.

'100.......7..........1'.

sumpah aku terperanjat. kawan kawan aku dah ucap tahniah pada aku. aku sendiri tercengang. siap pegang nombor sendiri , tengok betol ke tak aku. padahal kat dalam bilik itu , aku paling hancur. mungkin sebab luck lagu hiba.

aku pon kemudiannya , mengikut seorang lagi ahmoi chantek ini , ke bilik audisi lain pula. kali ini , biliknya lebih besar. ada kamera. dan ada 2 orang juri. salah seorangnya syafinaz. yang bestnya , sebelom masok bilik , aku di interview oleh pihak 8tv. tanya aku 2 soalan. apa harapan untuk peluang kedua. dan apa perasaan dapat peluang kedua. kalau nak tahu apa aku jawab , tunggu saja keluar tv.

kemudian , aku dipanggil masok buat kali kedua. aku masok dan diminta nyanyi. aku nyanyi saja. tanpa segan silu aku nyanyi terabur. tidak sempat habis 1st verse , syafinaz cakap , 'terima kasih'.

aku keluar saja , dia bagi keputusan. aku seperti diketahui , 'no'. lepas itu aku di interview sekali lagi. kali ini soalan nya ada 3. apa perasaan selepas gagal , apa yang silap , dan adakah ini titik noktah perjuangan seni aku. nak tahu apa jawapannya? tengok 8tv please. tapi sumpah memalukan. aku sendiri tidak sanggop nak tengok. siapa tengok dan gelak , sumpah aku tidak mahu kawan lagi dengan korang. :P

Saturday, November 29, 2008

yeah , audition bakal tiba !

sabtu
29 november 2008
4.08 pagi


aku nervous. aku gegel. aku tak mahu cerita. aku takot. yang aku tahu , esok aku pergi dengan shy , miraj dan muaz , beratur , nyanyi , balik. lepas tu semester depan dapat makan free satu hari , tazo belanja. yeah ! tapi aku akan cuba yang terbaik juga esok. mana tahu ada rezeki nak jadi penyanyi. boleh duet dengan hujan lepas ini.

tadi dat radiokar offer aku berlakon dalam video clip dia. aku pon accept saja. sebab aku pon tiada apa yang boleh dibuat pada hari tersebut. dapat masok beberapa saat pon jadi la. asalkan dapat tunjuk muka. haha

kepada strawberry hati yang dapat job model baru , tahniah ya? nanti photoshoot , chocolate boy nak ikot tau? mana tahu i boleh jadi model juga. baru best.

semua aku nak jadi. penyanyi , pelakon , model. ish ish ish. macam bagos saja aku ini. padahal belajar pon tak habis lagi. gila gilaan elmi ini. tolong sedar diri.

tolong doakan aku ya kawan kawan untuk esok. kalau lah aku menang sejuta. aku janji aku belanja siapa yang komen entry ini makan mahal mahal. yeah !

Thursday, November 27, 2008

elmi , sila buat pilihan.

khamis
27 november 2008
3.59 pagi


aku ada tiga pilihan untuk celebrate birthday aku tahun ini. pertama : pergi rantai art event dengan semua kawan kawan. kedua : pergi kenduri kahwin dekat muar dengan umi. ketiga : pergi sydney , australia dengan abah. aku perlu memilih. tapi aku lebih rela keluar ke rantai art event kot.

hari ini tiada banyak yang terjadi pada aku. aku banyak habiskan masa aku dengan sms dan ym dengan seseorang. aku happy.

dan aku harap liverpool akan menang kejap lagi supaya dapat layak ke last 16 champions league. You'll Never Walk Alone.

Wednesday, November 26, 2008

sehari berhujan di genting.

rabu
26 november 2008
4.13 pagi


tadi aku bersama keluarga aku dengan family umi dora pergi ke genting. saja tiada kerja. pergi hanya untuk enjoy sakan. tapi malangnya , hujan lebat dekat sana. jadi kami hanya berkesempatan untuk pergi indoor theme park yang sumpah busan. kami hanya tengok tengok saja. tidak mahu membazir duit.


setelah penat berjalan , kami pergi makan malam di bagan lalang. selepas itu balik. dari duduk rumah tidak buat apa apa. elok juga sesekali keluar hang out dengan family. aku pon sudah lama tidak keluar dengan family. selalu keluar dengan kawan kawan saja. terima kasih sebab gila gilaan bersama bemy ya adik adik? hehe

malam ini , seorang lagi kawan aku kehilangan boyfriend. haihh , apa la nak jadi. lepas satu , satu. harap tabah menghadapi dugaan. seperti aku selalu cakap , kumbang ada merata. ya?

sebentar tadi , aku dengan shy , ayu , lynn , ayie dan abg pid puas membahan afyq dalam conference ym. sumpah best gila dapat bahan dia. sebab aku benci dia. sila baca blog makian. (:


terima kasih lynn , mean , ayu dan ayie sebab tolong promote baju bulan sampai ke puncak genting. klik sini untuk ke myspace bulan clothing.

Tuesday, November 25, 2008

oh audition OIAM dah dekat.

selasa
25 november 2008
5.58 pagi


tinggal lagi berapa hari saja lagi. tadi practice ramai ramai , sebelom perform sorang sorang depan shy , miraj , muaz , ayie , lynn , mean dan ayu. sedangkan depan mereka pon aku menggigil nak nyanyi , inikan depan paul moss dan syafinaz? oh tidak. apa lah yang jadi nanti. aku pon tak nak ambil tahu.

hari ini aku agak penat , teman sepupu sepupu aku berjalan dekat mid valley tadi. nasib baik ada miraj dan shy. takde la busan sangat aku tadi.

aku sudah mula pandai rindu pada seseorang. aku tidak tahu , patotkah aku rindu pada dia. atau patotkah aku buang dia jaoh jaoh dari hidup aku. tepuk dada tanya hati fikir sendiri.

p/s : masok hari ini , sudah 4 hari aku tidak sentuh icon frozen throne dalam laptop aku ini.

Monday, November 24, 2008

budak noob makan ketam.

isnin
24 november 2008
5.02 pagi


tadi aku , shy , aiman dan zack pergi makan seafood dekat gelang patah , johor. zack order banyak makanan. salah satunya , ketam. aku dan shy jakun , tidak pernah makan ketam. jadi yang makan aiman dan zack saja. selepas habis makan , banyak lagi ketam tertinggal. jadi aku dan shy pon teringin nak makan juga ketam itu.

tapi ini yang terjadi. sebagai seorang noob , kami patah riukkan ketam ketam itu semua. isi hancur habis. berusaha nak makan , tapi dapat isi sikit saja. penat.


ini hasil kerja tangan aku


hasil kerja tangan shy


hasil kerja tangan zack


hasil kerja tangan aiman


ini untuk kawan kawan yang kena tinggal

tidak senang nak makan ketam ni rupanya. habis bersepah meja dibuatnya. apa apa pon , terima kasih kepada aiman yang belanja makan dan bawa jalan jalan.

nanti aku buat blog baru bersama shy. kami ada produce rancangan yang bertemakan video blog , 'camni cap eh !!'. nantikan kemunculan episod pertama. aku sedang edit video tersebut.

hari ini , aku sudah dapat belajar beberapa perkataan sarawak. terima kasih kepada farahain yang sudi mengajar. kamek sayang kitak.

Sunday, November 23, 2008

facebook party was just okey.

ahad
23 november 2008
6.30 pagi


takde ah meriah mana pon. tak macam event event lain. it was just okey. tapi kira okey la dari duduk kat rumah saja. dapat juga cuci mata. dapat release tension study dari hari tuh. dah la takde gig minggu ini. pergi event pon jadi laa.

hari ini genap lagi seminggu aku akan pergi audition one in a million. aku sudah amat teruja. dan juga amat nervous. belom pernah lagi pergi audition seumur hidup aku. ini first time. pengalaman baru. yeah !!

semalam , seorang lagi kawan aku break dengan boyfriend dia. musim agaknya sekarang ni. semua orang pon nak break. bawa bersabar. ada hikmah disebalik apa yang terjadi. doa saja yang boleh dipanjatkan. agar menemui kebahagiaan yang dicari.