second blog

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA tahun ini.

elmonism ,

merdeka tahun ini , tidak seperti merdeka tahun-tahun lepas. merdeka tahun ini , tak ada tengok fireworks , tak ada sembur sembur spray , tak ada huu sana haa sana , tak ada snap snap ambil gambar berlatarbelakangkan bendera Malaysia. tak ada.

tahun ini merdeka disambut dengan sangat busy. sangat BUSY !

dimulakan dengan kehadiran si dia di rumah yang membuatkan suasana happy dengan gelak tawa serta petikan gitarnya sampai pukul 9 pagi. lepas tu baru senyap. HAHA !

tapi hari busy aku sebenarnya bermula jam 7 petang , dimana aku perlu berada di studio NTV7 di Glenmarie untuk sesi rakaman REMAJA RAYA. CamniCapEhh!! telah dijemput untuk menjayakan program ini yang turut menampilkan Hujan , Aizat , Azlan & The Typewriter serta Bunkface. it's an honour la kan bila Noh serta Dimas dan Izzat Hujan jadi antara audience bila aku dan Shy ditemuramah. gila kool !

thanks to Azura , Aida , Deq'wan dan E'one yang menjadikan impian CamniCapEhh!! nak masok REMAJA jadi kenyataan ! jangan lupa saksikan kami nanti di hari raya ini !!

selepas selesai saja sesi rakaman tersebut , kami bergegas ke Sri Pentas untuk live recording 8TV Quickies. dimana aku ditemuramah oleh Belinda and gangs. aku ditemuramah adalah kerana video 'Satu Remaja Satu MALAYSIA' aku telah memenangi sebuah pertandingan yang mana aku rasa semua orang pon dah tau.

jadi aku rasa tak perlulah korang nak tanya aku lagi , apa maksud kemerdekaan bagi aku , sebab aku dah menggigil explained dekat dalam Quickies hari itu. HAHA ! in-case korang terlepas tengok , korang bolehlah layari laman web 8TV untuk menonton.

jadi itulah cerita malam merdeka aku pada tahun ini. dan janganlah panggil aku artis. aku hanya artist-wannabe sahaja. terima kasih.

oh ya , aku menggigil dalam tv adalah sebab Belinda duduk sebelah. aku jadi kaku.

anyways , thanks to all. all maksudnya SEMUA !

bakal artis ? haha

berbincang dengan Azura REMAJA yang sedondon dengan Shy CAMNI CAP EHH!! damn.

Quickies !!

fuh bukan senang nak masok studio ni

ini adalah orang kuat Homegrown. thanks !

Sunday, August 23, 2009

BTS 'Satu Remaja Satu MALAYSIA'.


elmonism ,

ini video the making of 'Satu Remaja Satu MALAYSIA'. selepas berfikir beberapa jenak , aku ambil keputusan untuk tidak gunakan 'Satu Bangsa' ataupun 'Satu Suara'. macam dah ada orang buat saja pakai title tu.

terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat. sumpah aku terharu dengan komitmen korang semua. CAYALAH !!

korang semua nantikan video full version yang akan direleasekan tepat 12 tengah malam 31hb Ogos nanti ya ? :)


p/s : mintak-mintak menang pertandingan short film merdeka nanti. amin amin amin !!

Wednesday, August 12, 2009

Next Big Project !


elmonism ,

ahad ini aku punya projek. dan aku rasa , ini projek terbesar yang pernah aku buat. sebab ia melibatkan ramai orang. walaupun kebanyakkannya adalah kawan-kawan , tapi kebanyakkannya adalah elmonism sendiri.

aku tak tahu nak explain macam mana pasal next big project ini. tapi yang pasti , ianya tentang Malaysia , dan ianya tentang merdeka. kalau ada yang sudi nak turut serta , jemputlah datang ke Taman KLCC , ahad ini[16 Ogos 2009] pada jam seawal 11 pagi. kalau boleh datang biar membawa kawan. sebab lagi ramai , lagi bagos ! tapi tiada bayaran ya ? kira buat kerja ikhlas untuk Malaysia. HAHA !

aku sangat teruja untuk tunggu ahad ini. sangat sangat teruja. sebab aku dah tak sabar nak melihat hasilnya. kalau tak percaya , pergi tanya jeju[klik sini] , aku siap dah buat example video. teruja punya pasal. haih.

jumpa nanti ya elmonism ?

p/s : nak tukar kos boleh tak ?

Tuesday, July 21, 2009

cerita tentang Bandung dan Jakarta.

elmonism ,

cerita bermula bila Dimas cakap yang HUJAN tercalon untuk APM '09 yang akan diadakan di Jakarta. aku pada masa itu terus jakun nak ikot. sebab aku tak pernah pergi ke Jakarta.

bila Dimas tahu yang aku ikot HUJAN ke sana , dia dan Noh bersetuju untuk jadikan aku official photographer untuk trip HUJAN ke Indonesia ini. mereka turut pergi ke Bandung untuk shooting video clip single terbaru mereka , Mencari Konklusi.

apa kata kalau aku bercerita sambil korang tengok gambar. kool tak ?

sampai di Jakarta pada hari Selasa , aku terus ke FX mall. dimana terletaknya FX cafe yang didalamnya ada studio. gila cool wei tempat tu. siap ada bilik untuk dj practice skill. makanan pon boleh tahan best. aku minum air Tina Turner. ada air lain yang nama dia BB King , Bob Marley dan lain-lain kat sini. kalah Murni punya I Love You atau Pink Panther weiii ! kat FX mall ni , Hujan buat rakaman untuk Channel V. Hujan perform 6 lagu kat situ.

sebaik habis saja shooting , kami bergegas ke Bandung. ke rumah Dimas dimana kami menginap. sebelum pulang , singgah makan Nasi Goreng Mawut. terbaikkkk gila ! lepas makan , kami pulang tidur. sebab esoknya call time pukul 9 pagi.

Rabu
kami terus ke Hilton Bandung untuk meeting dengan Kak Nini Channel V dengan Rewan. ada taklimat untuk shooting video clip. masa ni aku dengan Am dengan AG makan tak ingat dunia. sebab kelaparan.

lepas taklimat , kami terus ke lokasi penggambaran. gila kool bila dapat tahu yang Hujan akan shooting dalam tren. tren akan jalan ke beberapa stesen keretapi. sumpah best !

habis je shooting , kami terus ke Kampung Daun untuk makan malam. masa ni aku diserang demam yang teruk. nasib baik Panjang bawak ubat. terus telan ubat. terus sehat untuk ke mall dimana kami berjumpa Yulius. dia manager Hujan kat Indonesia. dia juga manager Changcuters. gila senget mamat ni. tak habis buat lawak.

lepas lepak , terus balik rumah Dimas. esok call time pukul 7 pagi katanya. balik balik terus tidur. semuanya penat tak ingat dunia.

Khamis

bila semua dah bangon , Dimas cakap , kami tak perlu pergi awal. sebab shooting hari kedua banyak melibatkan Scha dan Fauzi saja. kami terus bergerak sarapan. Dimas bawa pergi makan Bubur Nasi paling keren dekat Bandung.

lepas makan , kami terus ke lokasi dimana Scha dan Fauzi dah sibuk berlari sana-sini. punya lah ramai orang masa tu. relaks saja kat jalan keretapi. gila bahaya.

belum sempat habis shooting , pengarah minta seorang pelakon extra. mula-mula Dimas offer diri , lepas tu Dimas bagi dekat aku watak tu. sumpah 3 saat je aku keluar dalam video clip tu. haha tapi puas laaaa. korang tengok babak last nanti tau !! lepas habis shooting kami tak terus balik.

Jumaat
bangun je dengar kecoh-kecoh kat tv , Jakarta kena bom. patot handphone Noh bunyi tak berhenti pagi tu. semua jadi lost. tak tau APM jadi ke tak. Yuna siap call Noh , sebab tak jadi datang Jakarta. takot APM cancel. tapi at last , APM jadi juga. Yuna pon datang.

masa on the way ke Jakarta ni la Noh marah aku. tapi aku malas nak cerita. haha malam tu aku ikot Hujan soundcheck. gila diskriminasi. Hujan kena soundcheck pukul 3 pagi.

lepas tu , drum set Hujan yang paling simple. drum set ST12 , Nidji , Yovie Nuno dengan Kotak semua gila penuh. aish.

Sabtu
bangun pagi terus gerak Convention Centre. ada full dress rehearsal katanya. tapi kelam kabut je. tu pasal Hujan tak lalu red carpet. sebab kena rehearsal masa red carpet. gila !

kat backstage jumpa Kotak dengan Nidji. Stacy dengan Ayu bilik sebelah Hujan. Faizal Tahir dengan Aizat pulak lepak bilik Hujan kat backstage. memang riuh lah dalam tu. tak habis bahan Faizal Tahir pasal PTPTN.

habis APM , semua kumpul. nak pergi post party buatan sendiri. dekat mana entah tak ingat. Faizal Tahir , Aizat , Yuna semua join kitorang. dorang cakap ada Adi Sixth Sense , tapi aku tak perasan pon. Noh punya parents pon ada. Yuna punya parents pon ada. macam nak merisik je. haha

Ahad
bangun , terus breakfast dengan Am. lepas tu terus pergi airport. dekat airport menunggu 4 jam. nak balik KL.

sampai KL , Noh call , tanya aku dah sampai rumah belum. sebab kitorang flight lain-lain.

trip aku ikot Hujan ni menambahkan senarai kawan aku. ada Opank , Ashaf , Wulan , Biel dengan Vivi. gila best. lepas ni bila-bila boleh pergi Jakarta dengan Bandung lagi !!

p/s : satu soalan aku , pernah tak korang naik kapal terbang masa selsema ? SUMPAH SAKIT weiii !

Monday, July 13, 2009

aish.

elmonism dan haters ,


ya aku bakal menyusul mereka esok pagi. *tak sabar okey !*

dimas cakap nak bawak aku pegi store The Changcuters ! yeah. pastu dapat jadi extra video clip Mencari Konklusi. aish. teruja teruja.

nanti aku try update dari rumah dimas kat Bandung nanti.

Thursday, June 11, 2009

saya cuak. saya gigil.

mood : teruja. sangat teruja.

tempoh hari , semasa meeting hujan.org dengan Dimas , aku dilantik event coordinator untuk Gathering Raingers vs Hujan 21 Jun ini. masa itu , aku hanya fikir event ini hanya kecil-kecilan saja. antara Hujan dan 150-200 orang Raingers sahaja.

itu hari itu.

hari ini sudah lain.

event jadi makin besar. sudah ada sponsor. dan akan ada kejutan. lepas itu ada media. baik. saya cuak. kalau event hodoh , siapa salah ? AKU !

ya Allah. *gigil*

aku cuba yang terbaik. sebab Hujan bukan nama kecil. Hujan bukan macam Hujan dulu. Hujan sekarang sudah besar. kalau aku buat mistake , sangat bahaya. besar tanggungjawab. rakan-rakan AJK , tolong beri kerjasama yang hebat okey ? kita sama-sama usaha tangga kejayaan.

nanti masok paper , masok magazine biar yang elok-elok. biar kita naikkan nama Raingers !

disaat aku menulis entry ini , aku sudah dapat email dari pihak akhbar dan juga message di facebook dari pihak majalah. gila la Elmo !

ini aku belum cerita part yang paling teruja. tapi malang bagi korang , aku tak boleh cerita. sebab benda ini masih rahsia. tunggulah 21 Jun nanti ya ?

good luck Elmo dan para AJK !

Wednesday, April 29, 2009

perancangan.

entry ini ditujukan khas kepada Bulan Community. 

perancangan aku dengan shy untuk hujung tahun ini. gig akustik pertama dekat Nilai!! untuk merealisasikan perancangan ini , aku memerlukan sokongan. dari segi modal dan tenaga.

aku nak buat gig ini pada bulan Disember. betul-betul hujung tahun. sebab aku tahu , masa ini semua kolej , semua universiti sudah habis final. kan? kan?

dalam pemikiran aku ketika ini , aku nak buat gig akustik band kawan-kawan. band-band yang akan aku panggil adalah seperti :

Julie Goes Overseas
Bintang Batu
Selamat Pagi Gadis
The Voks
Awanband
Fynn Jamal
Joanna & Co
Wani Ardy
Hujan
Radiokar

tapi ini semua perancangan. tidak semua yang akan dapat aku panggil akibat bajet. kalau ada yang sudi sponsor , silakan. aku berbesar hati untuk menerima.

target audiens adalah dari kalangan pelajar-pelajar kolej dan universiti yang berdekatan. serta budak-budak sekolah area berdekatan juga.

dan juga , dalam fikiran aku sekarang ini , sudah ada nama-nama yang aku percaya untuk membantu aku dan Shy dalam melaksanakan program ini iaitu Jeju , Amy , Ezza , Alip , Scha dan Paeh. dan aku rasa , 8 orang memang tak cukup. jadi disini , aku letak kriteria untuk menjadi crew.

- rajin
- bekerja dengan rasa penuh bertanggungjawab
- tidak merungut
- tepati masa
- telinga tebal [tak kisah kena marah sebab kerja]
- komitmen tinggi
- tinggal area Nilai , Putrajaya , KL dan Seremban. [senang datang meeting]

kepada sesiapa berminat , hubungi aku. aku berharap sangat event ini berjaya. terima kasih.

Friday, April 10, 2009

Hari Bintang Jatuh '09 : Tiga Venus.



pernah dengar pasal Hari Bintang Jatuh?

tahun lepas event ini dibuat di banglo merah dekat belakang Pelita KLCC. ingat lagi?

tahun ini Hari Bintang Jatuh kembali lagi.

Hari Bintang Jatuh '09 : 3 Venus , menampilkan 3 wanita berbakat yang bakal mengangakan mulut anda semua iaitu Wani Ardy , Ana Raffali dan juga Fynn Jamal.

tarikh : 31 Mei 2009
tempat : the Annexe Gallery , Central Market
masa : 1 pm
tiket : RM15 [termasuk sebuah CD eksklusif 3 Venus] *hanya 150 keping tiket untuk direbut*
tempahan : masih belum dibuka








Tuesday, December 23, 2008

rock the world 8.

one word , 'superb'. superb bukan sebab emcee yang punya banyak cakap ataupun list band yang perform. tapi superb sebab kawan aku dari segala pelusuk tempat datang. terima kasih kerana sudi berkenal-kenalan dengan kawan aku yang lain ya? aku amat tak sangka , kawan aku boleh lepak sama kawan aku yang lain. buleh layan mosh sama sama. buleh berpeluh sama sama. korang memang rawks !! kalah RTW8. haha kalau korang takde , sumpah RTW tu tak rawk. [ayat bodek kawan kawan].

terima kasih juga kepada kawan kawan yang datang dengan kawan kawan yang lain. buleh aku dapat kawan baru. yea !! tanpa korang semua , pasti aku tak dapat crowd surfing kan? walaupun dapat surf 2 setengah saat saja. haha

dalam kehangatan suasana , kemeriahan majlis , aku turut bersimpati kepada amy kerana kehilangan handphone. kesian dia , dalam handphone dia ada 400++ contact number. kalau aku , pasti patah tangan sudah.

aku tidak mahu cerita panjang. biar gambar saja yang menceritakan suasana kemeriahan RTW8.













terima kasih kepada shy , amy , jeju , tazo , capik , zuher , zymn , kawan zymn , sid , adik sid , ming , ad , faiz , eddy , bulat , moja dan hanis. amat rugi kepada sesiapa yang ketinggalan majlis. jumpa lagi si gemok , hitam , busuk , rambut besar , banyak cakap dan kotak ajaib. siapa pergi mesti paham. haha