second blog

Showing posts with label tribute.. Show all posts
Showing posts with label tribute.. Show all posts

Saturday, March 20, 2010

parti pantai.

where are they now ?

ini cerita tahun lepas. cerita pasal parti pantai ala afrika yang kita-kita buat.

mana mereka sekarang ?

aku mulakan dengan yang paling tua , jeju. aku tak tau dia dekat mana. masih di melaka agaknya. sudah enam bulan aku tidak bertegur sapa dengan dia. kali terakhir , raya. konflik sesama manusia.
kedua , ming. dia bekerja di shah alam sekarang. makin hebat dalam bidang fotografi. berkawan dengan orang-orang hebat seperti fad manaf dan lain-lain. rajin dia ni call aku kadang-kadang bertanya kabar. dan hadiah dari itali masih aku belum dapat lagi.
amy , sedang bahagia amat dengan pjoe. bergiat aktif dalam facebook yang dia buat semasa pulang dari parti pantai ini. kalau tidak , beliau bertegas untuk tidak membuat akaun facebook. kali terakhir berjumpa , masa rantai art idealist tempoh hari.
ikma , aku tak tau dia dekat mana buat apa. tapi rasanya badan makin mantap kot. last jumpa masa malaysia menang pingat emas bola sepak sukan sea dekat restoran thai.
aiman salak , dia sekarang mungkin sedang berusaha untuk membuat iklan untuk projek semester dia. kali terakhir berhubung di pop chat facebook sebulan dua yang lepas.
wany abdah , sekarang dia sekampus dengan aku. kadang terserempak. tapi belum pernah terserempak yang dua-dua nampak. selalunya salah seorang saja yang akan nampak. dan kemudian hanya bertegur menerusi sms sahaja. kali terakhir , jumaat lepas.
wanie moo moo , semenjak peristiwa gadoh-gadoh hari tu , dia tak pernah lagi approve aku di facebook. tak pernah juga reply sms. masih marah rasanya.
wanie kpj , dia ni ada dekat kota seriemas tu kot. dah lama juga tak bersua muka. walhal dekat saja kot.
sulis , parti pantai ini adalah yang pertama dan terakhir aku jumpa dia ni. hilang terus hubungan dengan dia. mungkin sebab dia ni terlalu pemalu rasanya.
alep , followers blog ini mungkin tahu apa yang jadi. dengar katanya dia sekarang menyambung pelajaran di uitm pahang.
moja , seorang kawan yang tak pernah akan reply sms. keji perangai. sekarang dekat uitm lendu , melaka. mungkin terlalu ramai awek hot berkawan rapat , sampaikan tiada masa untuk membalas sms mudah.
shy , sekarang busy dengan band acapella beliau , 24seven. sudah muncul di gig-gig hiphop. kali terakhir bercakap dalam telefon semasa aku menonton band otai , axl depan mata. beliau sangat suka dengan lagu akulah kekasihmu. boleh dapatkan muka shy dalam iklan akedemi fantasia yang paling latest.
miraj , beliau kini merupakan sessionist kepada band acapella , 24seven. dan menetap di damansara ketika ini.
ayu , sedang bertingkatan empat. dan beliau masih kerinting.
scha , kini sangat busy dengan praktikal di klia. habis saja waktu kerja , beliau akan meluangkan masa dengan membantu kekasihnya di gerai makan di bandar baru nilai. seorang kawan yang paling rajin wall aku di facebook.
tazo , sudah hampir setahun arwah meninggalkan kita. meninggal dunia akibat barah paru-paru. al-fatihah.
capyq , mamat ni agak senyap. mungkin sebab sudah punya dslr sendiri. di facebook juga sudah kurang nampak. almaklumlah budak degree kan ?
eqbal , sedang mengambil ijazah di uitm shah alam. penyokong MU yang tegar sampai kadang-kadang aku bergadoh dengan dia pasal bola. gadoh-gadoh manja.
hasrul , sedang berpraktikal di nilai. satu-satunya kawan yang aku ada di nilai ketika yang lain tiada. kerap menjadi mangsa menghantar dan ambil aku di ktm.
farlihin , beliau kini sudah ada facebook. tapi jarang nampak di nilai. mungkin sedang di kolej lagenda bertungkus lumus untuk graduasi.

tiada dalam gambar :
farhan , selalu berjumpa di myspace. harapnya dia sudah berubah menjadi seorang yang lebih cekap memandu kereta.
zymn , sedang bekerja di subang. masih aktif dalam bidang fotografi. kali terakhir berjumpa , masa aku dimaki di bentley music.
yazan , aku tak pasti. mungkin masih bergiat aktif dalam bidang lumba kereta.
sid , aku dengar dia dah kerja. praktikal kot. masih berhubung melalui facebook. dan aku tak rasa dia akan deactivated facebook kalau MU tak menang EPL season ni.
bani , ada je dia dekat facebook. dan kadang ada sms bertanya kabar. kali terakhir bersua muka masa peristiwa bersejarah malam merdeka rasanya.
lihin , sudah menyambung pelajaran di politeknik PD. beliau akan menelefon aku jika MU menang besar. atau jika mahu mengajak bermain bola jika beliau cuti di nilai.
fendy , sedang melanjutkan pelajaran di politeknik sabak bernam. kerap menghabiskan masa dengan aweknya. sesekali menelefon aku untuk bertanyakan tentang internet. sedang meminjam jaket mekanikal aku. jangan tak pulang sudahlah.
nadjmee , juara permainan cak ke le cak cak cak cak semasa parti pantai. beliau kini merupakan supervisor di salah satu jabatan di klia. dan juga merupakan tauke gerai makan di nilai. siapa nak makan free ?
muaz , beliau sedang bekerja. tapi tiap-tiap malam boleh jumpa dia dekat gerai nadjmee.
gima , mungkin sedang masih belajar. aku tak pasti. tapi beliau masih bersama muaz.

tapi betul , aku tak rindu pon parti pantai ni. sebab hidup aku sekarang lebih selesa untuk hidup seorang diri. tak perlulah ada kawan-kawan ni semua. menyusahkan saja. bukan dia orang yang menyusahkan. tapi aku yang menyusahkan dia orang. jadi kenapa perlu ada kawan kalau kita hanya akan menyusahkan mereka ? rasa macam mempergunakan. bukan ikhlas pon nak berkawan !

Friday, March 19, 2010

the cousins.


aku rasa semua tahu siapa mereka berlima dalam gambar yang diatas.

ayu si adik aku. mean , khairy dan lynn si sepupu aku. dan shy si kawan baik aku.

aku rasa semua orang tahu yang hati aku masih belum berpunya. masih kosong. masih belum ada isi. aku rasa mungkin ada kena mengena dengan mereka berlima ini. kenapa ?

sebab sejak setahun dua ini , kalau pergi dating , mesti ada antara dia orang ni yang akan menyebok. serius. bukan salah dia orang pon. salah aku. sebab aku yang ajak dia orang. atau aku yang membenarkan untuk dia orang ni turut ikot.

mana tak perempuan lari ? kalau setiap kali dating , ramai je jemaah yang aku bawa. baru first date , aku dah bawa satu keluarga. memang perempuan takot. tapi nak buat macam mana , pada aku , mereka berlima diatas ini penting dalam hidup aku. kalau perempuan itu mahu hidup bersama aku , dia perlu menerima adik-adik aku , kawan baik aku. kena pandai ambil hati dia orang ni. kalau dia orang boleh get along just fine dengan si perempuan , aku puas hati.

sebab dia orang ni memegang kuasa veto untuk mempengaruhi umi untuk merestui hubungan aku dengan sesiapa saja. kalau tak ambil hati dia orang ni , susahlah nak memenangi hati umi , dan mungkin hubungan kita tak kemana.

jadi jangan sekali terperanjat kalau sesekali kita keluar date , saya bawak adik-adik saya ya ! adik-adik saya , adik-adik awak jugak ! adik-adik saya ni semua comel-comel. baik-baik je. kalau awak baik dengan dia orang , memang dia orang baik dengan awak. tapi kalau awak berlaku biadap dengan dia orang ni , jaga-jaga la ye ? saya lebih rela pilih untuk hidup dengan dia orang ni dari nak hidup dengan awak.

girlfriends [cewah ada s] boleh cari , adik beradik tak boleh cari !

p/s : aku rasa masa untuk bertemu dengan si jodoh sudah dekat. tapi bukan nak kawen sekarang pon , kenal-kenal saja dulu ! heheh

Monday, February 22, 2010

jejo jejo.

hari ni , atas permintaan tuan punya badan , dia suruh aku tulis pasal dia. siapa tuan punya badan tu ? gf aku ke ? eh bukan bukan. dia kawan sekolah aku. tapi tak pernah sekelas pon. kelas sebelah-sebelah sejak dari tingkatan 2 sampai 5. dia cakap , kalau aku tulis pasal dia , dia nak belanja aku makan mahal-mahal bila dia dapat gaji nanti. aku terus setuju.

nama dia jehan. bukan jehan miskin tu. ni jehan kaya. sebab sekarang dia bergelar pramugari. air asia. selalunya , perempuan yang hot dan cantik saja yang layak jadi pramugari kan ? jadi jehan ni memang sah la kategori perempuan hot dan cantik. serta seksi. siapa setuju ?

jehan ni sejak aku kenal dia , dia ada satu sikap yang agak menyakitkan hati aku. dia selalu sangat merendah diri. sampai rendah sangatlah rasanya. sebab dia selalu ym aku , sms aku , wall aku cakap yang dia ni tak lawa. wtf la. korang sendiri tengok gambar dia atas ni , korang cakap dekat aku , dia ni lawa ke atau dia ni terlebih lawa ? hah !

aku akui , masa sekolah dulu , aku tidaklah rapat sangat dengan jehan ni. sebab aku rasa dia ni macam wayyy out of my league. aku ni handsome , cuma tak cukup handsome nak tawan hati si jehan ni. baik aku main jaoh-jaoh.

tapi hubungan kami macam mula berubah bila jehan kehilangan baba yang dia sayang sangat. sejak tu aku tiba-tiba jadi rapat dengan dia , dengan mama dia. sejak dari tu jugak yang aku mula sedar yang jehan ni sebenarnya banyak cerita pasal aku dekat mama dia. sampaikan masa pertama kali aku jumpa mama dia , mama dia banyak tahu pasal aku. aku jadi merah. segan tak tentu pasal. macam jumpa dengan bakal mak mertua. padahal.

sejak dari tu , aku ada jugak selalu datang jumpa jehan dekat rumah dia. bawak keluarga dia pergi kedai runcit sebagai contoh mydin. kadang-kadang bawak jehan pergi keluar jalan. tapi hubungan kita orang tetap sebagai kawan , dan tak pernah melebihi had sampai ke tahap yang lebih istimewa.

ada lah pernah sekali tu , masa tingkatan tiga , aku dengan dia macam dikenenkan oleh ida , yati dan lain-lain. tapi things didn't worked out really well. sebab aku terlampau takot dengan status keluarga jehan ni. yelah , duduk rumah banglo dalam pajam lake homes tu. gila kau ? aku nak makan tengahari pon fikir dua kali , ni nak jaga anak orang kaya ? [metafora] memang tak lah.

jadi sampai ke hari ni , aku macam buang perasaan yang bukan-bukan terhadap jehan ni jaoh-jaoh.

cuma ada masa sekali tu , aku kenalkan jehan dengan shy. masa tu jehan single. shy pon single. sebelum kenal shy , ym dengan aku bukan main lagi. aku baru on , dah terus buzz. selalu jugak sms dengan aku. siap kalau terjumpa dekat assalam bistro , mesti tegur aku dengan suara seksi dia.

tapi bila dah jumpa shy. perempuan mana yang tak angau kan ? ym dengan shy je memanjang. tak ada sikit pon buzz aku. sms aku ada. tapi cuma tanya , kenapa shy tak layan dia ? cis. aku memang tercabar. terserempak dengan aku dengan shy dekat assalam , panggil shy sorang je. aku sikit pon tak pandang. memang kecik hati aku.

tau tau tup tup sekarang , dah ada bf. dah jadi pramugari air asia. siap delete aku dekat facebook lagi dua kali. dia cakap facebook dia problem. dan aku percaya dia.

tapi tak tau lah. kalau dia single hari ini , confirm aku dah bawak dia lari pergi assalam sekarang ni ajak lepak minum minum. sebab ayat jehan yang sampai sekarang aku ingat , 'jom zul keluar , kita luah perasaan'.

tapi tak pernah pon dia luah perasaan dia dekat aku. sekeh mau ?

Thursday, December 31, 2009

orang orang hebat.

atas dari kiri : kak suri , kak wani , omar , baim , acap , tri.
tengah dari kiri : along , syafiq , emy , shy , kak fynn.
bawah dari kiri : elmo , syafiq dan kak wani , kak ikim , kak jasmin dan fadza.

aku takkan cerita pasal selamat tahun baru. sebab tahun baru tiada makna bagi aku. sebab bagi aku , nak tanam azam , bukan hanya pada tahun baru. azam boleh tanam bila-bila. so what's the point nak celebrate tahun baru , kan ?

aku cuma nak kenang tahun 2009.

tahun dimana aku kenal orang-orang hebat didalam gambar diatas ini. untuk pengetahuan , aku dah anggap mereka ini macam kakak-kakak dan abang-abang aku.

aku mulai kenal mereka sejak aku sibuk-sibuk tengok kak wani perform sana-sini. dan rasanya titik mula aku nak rapat dengan mereka ialah bila masa aku dengan adik-adik aku pergi monolog pantai kak wani dekat bagan lalang tahun lepas. since then , aku mula rapat sikit demi sikit sehingga aku sukarela nak jadi askar bintang jatuh.

sejak bintang jatuh 3 venus dulu tu , aku rasa aku dengan mereka ni jadi bertambah rapat. ada yang jadi tempat aku mengadu pon hah.

kira dalam ramai-ramai askar ni , akulah yang paling bongsu. tapi semestinya bukan yang paling manja lah !

tapi rasanya , 2010 tidak akan sama rasanya. kerana kami bakal kehilangan dua orang ketua askar , kak wani dan kak fynn. masing-masing akan terbang jauh untuk belajar dan juga mengajar.

selama ini pun , selalunya kami akan berkumpul bila-bila kak wani atau kak fynn ada persembahan. kalau tidak , susah juga nak berkumpul. tapi lepas ni bila lah lagi.

haihhhhhhhhh. *mengeluh panjang gila*

malam ni dengar kata performasi terakhir kak wani. datanglah kalau kau orang ada masa. di lepaq cafe , kelana mall. aku rasa berbaloi kot kalau kau orang tak pergi the curve , tak pergi dataran merdeka atau klcc untuk menyaksikan persembahan terakhir kak wani. sebab lepas ni nak tunggu , lama gila lagi kot. jom ramai-ramai ! :)

p/s : aku rasa ramai orang yang dah aku pengaruhi untuk minat pada kak wani. sama ramainya dengan orang yang aku pengaruh untuk minat sama hujan. salah seorang yang minat gila dengan kak wani , tapi tak kesempatan untuk tengok kak wani perform , arwah tazo. :(




Saturday, December 12, 2009

21 tahun. 300 entry. dan bukan terakhir.

bismillah.

assalamualaikum.

pejam celik pejam celik , sudah dua puluh satu tahun aku menghadap dunia yang tiada apa ini. sudah dua puluh satu tahun aku hadapi berbagai onak duri dan cubaan dekat dunia penuh bohong ini.

pejam celik pejam celik , sudah tiba ulang tahun kelahiran aku lagi sekali. seperti 20 tahun-tahun lepas , sama saja ulang tahun aku kali ini. tiada apa yang berbeza.

cuma ,

agak hambar sedikit hidup aku hari ini. tahun lepas berduyun rasanya sms birthday untuk aku. tahun ini cuma tiga belas. empat belas termasuk seorang yang sms kepada adik aku sebab tiada nombor aku. tahun lepas sms saja cecah 40 sms. itulah , bikin ramai musuh , inilah jadinya.

tapi wall facebook boleh tahan meriah. tak henti-henti wall masok. ada juga rupanya yang masih ada masa untuk singgah dan mengucapkan aku selamat hari lahir , selamat semakin tua , semoga panjang umur , murah rezeki , cepat jumpa jodoh dan sebagainya. terima kasih. zaman makin canggih. semua orang dah ada facebook. apa barang sms , wall la kool !

tapi ada juga yang wall + sms. sumpah terharu.

tahun ini juga , tiada sebarang ancaman tepung dan telur. cuma satu dari moja. itu pun hanya sekadar gurauan. tiada ancaman sebenar. macam tahun lepas , aku kena setepek dikepala oleh miraj. nasib tahun ini miraj dah duduk di kl. kalau tidak , pasti dia balas dendam sebab masa birthday dia tahun lepas , dia parah di tembak telur. selamat hari jadi , miraj. esok saja birthday kau. sibuk nak sebelah dengan aku. hehh.

aku dah cukup umur untuk bergerak bebas. aku dah cukup umur untuk mengundi. aku dah cukup umur untuk ke mana-mana. aku sudah cukup umur. cuma belum mahu matang. tapi aku janji , selepas ini , blog aku ini akan matang. cukuplah 300 entry yang merepek-repek sebelum ini. lepas ini tiada entry merepek , insyaAllah.

tahun lepas , macam-macam yang aku harapkan untuk tahun ke 20 hidup aku. satu pon tak jadi , malangnya. aku harapkan supaya akhirnya hari ini aku akan ada seseorang dalam hidup aku. aku tak ada. aku harapkan hari ini aku sudah berjaya tamatkan pelajaran , aku tak dapat. aku harapkan supaya hari ini aku 65kg , aku tak berjaya. aku harapkan hari ini aku semakin matang , aku tidak. aku harapkan yang aku tidak akan meninggalkan solat lagi , aku tak berjaya.

semuanya tidak tercapai. kerana ? disiplin dan juga tiada keinginan.

tahun depan ?

aku nak capaikan apa yang tak dapat aku capai masa aku dua puluh. mintak-mintak dua puluh satu ini lebih kuat semangatnya.

tahun lepas banyak yang aku mahukan sebagai hadiah hari jadi. sungguh kanak-kanak. tapi dapat. *senyum kambing* tapi tahun ini , maaflah. aku tak mahu pon hadiah-hadiah ini. aku cuma mahu hati senang saja. ;)

tapi sejujurnya. aku sunyi. sunyi sebab tak ditepung. nampak sangat aku ni tak ada kawan lah wei yang sanggop buat macam-macam untuk aku. pathetic sungguh hidup anak muda sorang ni. haihh. tak apa. as long as dorang ingat , dah cukuplah. tak elok nak mintak banyak. nanti orang kata , demand.

21 tahun aku memandang dunia dengan pelbagai perspektif. macam-macam yang aku nampak. dalam dunia ini , sentiasa perlu berhati-hati. kadang orang yang kau anggap kakak , akan menikam belakang kau. orang yang kau anggap kawan baik , akan membuat hidup kau huru-hara. orang yang kau kurang ambil peduli , akan sentiasa peduli pada kau. orang yang kau mungkin lupakan , tidak lupa pada kau. orang yang sentiasa membuli , sebenarnya baik hatinya. orang yang mengambil kesempatan , indah budi bicaranya. orang yang dilihat kejam luaran , sungguh kuat imannya.

banyak yang aku belajar. tak cukup rasanya satu entry. nanti panjang berjela.

sudah. cukup-cukup cerita pasal ulang tahun kelahiran aku. bukan apa pun , hari jadi je pon. tak perlu gebang-gebang.

semoga aku panjang umur. semoga Allah murahkan rezeki aku. semoga aku sudah pandai senyum jujur. semoga hidup aku disenangkan. semoga aku habiskan diploma aku. semoga aku rajin belajar. semoga aku jadi manusia hebat. semoga aku menjadi kawan yang hebat kepada semua yang baca ni. semoga aku jadi anak yang hebat untuk kedua orang tua aku. semoga aku jadi yang hebat untuk diri sendiri. semoga hebat , ELMI !

kita tinggalkan 21 tahun dibelakang kita. kita mula hidup baru yang lebih kool. untuk kau , Elmi , dan aku , Elmi juga. [aku dah gila]

kita juga perlu tinggalkan 300 entry yang sudah ada ini dibelakang kita. kita pandang kedepan. sudah 300 entry blog ini. banyak betul aku menulis. rasa dah boleh buat novel. haha

300 entry. banyak ia ajar aku. tentang manusia. tentang hidup. ada orang mungkin tersinggung dengan tulisan kita. ada orang mungkin akan maki hamun tentang tulisan kita. ada orang mungkin menangis. ada juga mungkin tersentap. ada juga mungkin senyum.

aku berniat untuk menutup blog ini. tetapi memandangkan sudah ada followers yang tersendiri , aku tutupkan niat itu. ramai yang menghalang aku daripada menutup blog. ramai maksud aku , ramai. bukan lebih dari seorang maksudnya ramai.

dulu amy tanya , apa pentingnya followers ? ya , tak penting pon. sebab dari semua yang kita update , tidak semua pon yang baca. apatah yang memberi komen interaksi. tapi , ada juga yang akan singgah dan baca. walaupun tak habis , akan ada juga yang baca. dan yang baca ini , aku panggil mereka ini , pembaca yang setia. walau aku tulis merepek , dorang tetap akan baca.

umpama kita tulis buku , dan orang beli dan baca. dorang akan baca , dan mengambil iktibar , walaupun sedikit. walau aku tulis merepek , dorang akan sedar , yang tak ada gunanya tulis merepek. jadi mereka sedar dan mereka akan cuba berubah. insyaAllah , kalau mereka berubah sebab mereka baca blog kau , secebis cuma pahala mungkin merubah antara syurga dan neraka.

walaupun aku rasa sekarang lebih banyak ke arah neraka blog aku ini. haha

tapi apa-apa pun , terima kasih kerana membaca. terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan hidup aku. terima kasih.

sebenarnya otak aku blank , tak tau macam mana nak menyentuh hati pembaca dengan tulisan tentang hari jadi aku ini. harap-harap korang tak bosan membaca.

terima kasih lagi sekali kerana membuat hidup aku penuh warna-warni sepanjang 21 tahun ini. terima kasih.

Thursday, December 3, 2009

asal usul.

assalamualaikum dan selamat pagi.

sudah seminggu rasanya baba [nenek aku belah umi] ada dekat rumah aku. umi nak jaga dia kejap supaya dia berubah angin. yelah , kesian dia , umur dah 72 , tapi kena duduk rumah pakcik aku , dan jaga pakcik aku yang dah koma 12 tahun. patot dia yang dijaga , dan bukan dia menjaga.

dua tiga tahun lepas , omak [nenek aku belah abah] duduk dengan aku hampir tiga bulan. bukan nak cakap apa , tapi , aku rasa selesa bila dorang ada dirumah aku. sebab ? walaupun dorang ni kaki bebel hanya Tuhan je lah yang tau kan , tapi bila dorang ada dekat rumah , aku banyak belajar pasal hidup. nak nak bila kita dah tua nanti.

bila aku tengok dorang , aku dapat lihat diri aku masa dah tua nanti. kalau panjang umur lah kan ? aku suka tengok dorang duduk dijaga. sebab aku nak aku dijaga bila aku sudah tua nanti. korang bayangkan kalau semua orang ignore dorang , dorang duduk sendiri. memang tak dapat dibayangkan. kesian.

aku pelik , ada juga orang yang anti dengan atuk nenek mereka. yang anti dengan mak bapak dorang pon ada. sumpah aku tak faham. kalau dorang tak ada , korang tak ada. tak tau pulak aku , kalau korang tak reti mengenang budi la kan ?

macam kes baba ni , hari hari dia merungut selagi makanan tak habis. memang kau kena habiskan stok makanan , baru dia duduk senyap. masa aku sedang tulis entry ini , dia ada je dekat sebelah aku ni , tengah kemas bilik aku. berhabuk katanya sambil merungut pasal abah main drum , bising katanya.

memang menyakitkan hati kalau nak diikutkan. dia akan kejut aku pagi pagi. walaupun bukan sengaja dia nak kejut aku. tapi dia buat aku terjaga dengan menyapu bilik aku , bawa hezry baring sebelah aku dan macam macam lagi.

hah , sekarang dia tengah bebel suruh aku kahwin dengan orang rajin. -____-''

walau macam mana annoying pon dia , dia nenek aku. dia dah tua. biarlah dia nak bebel ke apa ke. dia dah tua. kalau dia marah aku ke apa ke , aku tak ambil hati pon. dia nenek aku. bila bila je dia boleh pergi. sebelum dia pergi , baik aku berbudi dengan dia. ada juga kenangan aku dengan dia. jangan nanti bila dia dah tak ada , baru aku nak menyesal.

aku cuma ingat satu je , baba akan sentiasa tolong aku dan keluarga aku bila susah. dia tak kedekut. aku ingat lagi masa mula mula aku nak masok uitm , aku tak ada duit nak bayar yuran dan beli barang keperluan , dia yang hulurkan bantuan. tak banyak cakap pon. sebab aku tahu dia sayang aku.

baba sekarang sakit. ustazah tu cakap , baba boleh nampak hantu raya. fuh , memang cuak juga lah kan ? tapi aku relaks. sebab baba macam tak nampak apa pon dalam rumah aku ni. cuma hezry saja sekarang kerap menangis , dan ustazah tu cakap , ada orang bunian duk kacau dia. main cubit cubit pipi dia. sebab kawasan desa kolej , nilai ni memang tempat orang bunian katanya. memang patotlah aku banyak dengar kawan aku cerita pasal nampak macam macam dekat desa kolej ni.

aku tanya abah , orang bunian tu siapa. abah cakap lelaki tua. pfth !! aku ingat orang bunian yang macam nora danish tu. boleh suruh hezry kenalkan dengan aku. haha eh eh , lari topik ni.

haaa baba. apa lagi aku nak cerita pasal dia eh ? dah tak ada nak cerita kot. aku cuma nak pesan dekat korang. kalau korang ada atuk nenek lagi , korang janganlah segan segan nak pergi jenguk dorang selalu. doranglah yang jaga mak ayah korang dari kecil sampai besar. macam mana korang rasa mak ayah korang sayang korang , macam itulah atuk nenek korang sayang mak ayah korang. dan percayalah cakap aku , atuk nenek kita ni lebih sayang cucu cucu dorang dari anak anak dorang.

macam mana aku tau ? sebab aku rapat dengan kedua belah atuk nenek aku. aku tahu lah ! korang apa tau ? HAHA

:)

Sesiapa yang suka rezekinya dimurahkan atau umurnya dipanjangkan, hendaklah dia merapatkan hubungan kekeluargaannya. - HR Al-Bukhari dan Muslim.

Friday, October 30, 2009

idola [satu]

photography


malam ini aku rasa macam teringin nak kongsi tentang siapa idola aku dalam bidang photography. tiba tiba rasa macam jeles gila dengan gambar gambar dia walaupun hakikatnya seorang manusia tidak patot cemburu dengan idolanya.

okey , idola aku ialah Fad Manaf. ramai yang mungkin tak kenal dengan beliau. tapi mungkin ramai juga yang familiar dengan nama beliau. dan mungkin ramai juga tertanya , kenapa Fad Manaf ? bukan Sue Anna Joe ?

mungkin aku tidak berapa minat dengan Sue Anna mungkin sebab pada mata aku , beliau ini agak sombong. tidak seperti Fad yang lebih ramah dan humble. rasanya.

pernah selalu berjumpa dengan Fad. terutamanya pada show show Hujan. beliau merupakan official photographer Hujan selain Eone , Kareem dan juga Azim. dan aku pernah bergelar official photographer Hujan sekali untuk trip ke Indonesia tempoh hari. jadi aku macam agak proud bila dapat berdiri semegah mereka mereka ini walaupun aku sedar karya aku tidak sehebat mereka. mana ada bayi lahir terus berlari. kan ? :)

okey , mari kita lihat sedikit sebanyak hasil petikan jari Fad Manaf. aku pasti korang teruja.




okey aku paling tak suka gambar atas ni. nuff said. :)

gila kool kan gambar gambar dia kan ? apa yang aku tau , Fad ni dia gemar dengan gambar black and white. walaupun tiada warna , tapi still aku rasa macam lawa gila la kot gambar tu. kan ?

tapi lately , apa yang aku perasan , Fad dah kurang bermain foto. dia lebih terjurus kearah videografi. ini antara video video yang dia buat.




cool jugak kan ? itu sebab dia idola aku. :)
teringin nak ada projek dengan beliau.
mungkin suatu hari nanti.
insyaAllah.

cari Fad Manaf di :

Wednesday, October 7, 2009

it's about time POWER RANGERS !


okey , gambar gambar atas ini masa kami berlima belum diketahui menjadi POWER RANGERS MALAYSIA lagi. masa itu belum ada uniform. belum tau pon siapa kaler apa , siapa warna apa. superpower pon belum ada lagi masa ni.

tapi bila dah jumpa power , dah tau yang kami ini sebenarnya adalah POWER RANGERS MALAYSIA , kami kemana saja berbaju mengikut kaler masing masing. siap beli uniform POWER RANGERS sama sama. kami mahu buktikan yang kami tidak main main.

kami betul POWER RANGERS. kami tak tipu.

IT'S ABOUT TIME !!







tapi tulah. kadang kadang aku macam rasa tak best jugak. sebab dorang lagi empat ni pasangan kekasih. satu pasangan ni dah nak tunang bulan tiga ni. satu lagi pasangan ni nak kawen dah hujung tahun ni katanya. dah tu , aku ni seorang je.

bila keluar kemana-mana , aku seorang diri , aku tak kesah. sikit pon tak ada masalah bagi aku. tapi bagi dorang ? dorang mesti ada sekelimpas rasa macam aku ni menyibuk. memanglah dorang cakap , dorang tak kesah. dorang cakap , selagi aku seorang , dorang jaga aku. suap aku makan ais krim bagai. tapi dalam hati , mesti ada rasa macam aku ni menyibuk kan ?

tak payah nak tipu aku la wei BIRU , HIJAU , KUNING dengan PINK. aku pernah berada dalam kasut korang [ceceyh metafora]. aku tau apa perasaan korang. tapi nak buat macam mana , aku sayang korang empat kot. termasok raksasa dalam gambar atas tu pon aku sayang jugak. yang lain lain yang bukan POWER RANGERS pon aku sayang jugak la wei !

tapi tulah , kalau tak lepak sama korang empat , dengan siapa lagilah aku nak lepak. korang layan je lah aku yang seorang ni okey ? buat sementara waktu ni , biarlah aku kawan dengan setiap raksasa dalam setiap episod dulu. gahaha

Go Go POWER RANGERS.
tet tet tenet tet tettt !

Tuesday, September 29, 2009

Power Rangers Malaysia.




yeah.

kini aku dan 4 sahabat baik aku , Shy , Lubby , Paeh dan Zareen sudah bergelar Power Rangers Malaysia.

setelah puas berfikir tentang nama clan yang sesuai untuk kami berlima , memandangkan kami berlima selalu lepak bersama , akhirnya tercetus idea tentang Power Rangers. datang dari Lubby yang teringat apabila Paeh menyebut tentang Power Rangers didalam Facebook tempoh hari.

kami bukan Power Rangers yang menyelamatkan dunia. tapi kami Backpacking Power Rangers. haha

mari aku cerita sejarah perkenalan kami berlima.

Paeh dan juga Shy merupakan kawan sekolej. mereka pernah berkolej di MIAT bersama. pada ketika itu , Shy dan Paeh duduk bilik bersebelahan di hostel mereka.
Shy mengenali Elmi pula apabila mereka melepak sama di sebuah restoran di Nilai iaitu Restoran Sebelah Thai.
Shy lalu mengenalkan Elmi dengan Paeh semasa Rock The World tempoh hari.
Elmi berkenalan pula dengan Lubby di Myspace. cara perkenalan adalah amat kool , iaitu apabila masing-masing berbalas buletin mengenai blog.
Paeh pula berkenalan dengan Zareen menerusi Myspace juga. tetapi mereka dikenalkan oleh adik angkat Zareen.
kemudian Paeh mengenalkan Zareen dengan Elmi dan juga Shy semasa mereka melepak di Rockaway.
Lubby dan Shy pula tanpa segan silu berkenalan di wall Facebook Elmi.

sejak dari itu , mereka berkawan rapat sebelum pada suatu hari , mereka menyedari bahawa mereka mempunyai suatu kuasa hebat diantara diri masing-masing. mereka tidak boleh dipisahkan. jikalau tidak , mereka akan kehilangan satu sama lain. dan Zord akan berhabuk tak ada orang nak guna.

jadi mereka telah membuat keputusan untuk sehidup semati walau apa pon yang terjadi.

dan inilah mereka , dikenali serata Malaysia :

Power Rangers Malaysia !!

Elmi [Red Ranger]
seorang yang single dan available. masih belum berpunya. mempunyai kuasa mengedit video yang hebat serta boleh bertutur dalam dua bahasa sahaja. seorang yang agak pemalas dan juga agak selekeh. tetapi seorang yang memandang jaoh kehadapan tanpa menoleh kebelakang. hidupnya agak terurus kerana masih menetap bersama keluarga walaupun kerap berulang ke markas kecil Power Rangers Penang. oh dan juga , dia seorang yang agak kedekut. dipilih menjadi ketua kerana kehebatan matematik beliau yang jaoh lebih hebat dari orang yang hebat matematik.

Lubby [Pink Ranger]
seorang yang rajin didapur. tetapi kadang-kadang agak kegedikan sedikit. mempunyai gelak yang agak macam buat-buat sedikit. beliau seorang yang cerdik tetapi kerap juga ponteng kelas. kebolehan yang paling hebat beliau adalah makan ketam. seorang yang tidak kedekut , tetapi agak sensitif kerana kerap menangis bila diserang pihak musuh.

Paeh [Green Ranger]
beliau adalah pemilik sebenar Zord [kenderaan rasmi Power Rangers Malaysia]. merupakan seorang yang suka bangun pagi untuk melakukan kerja-kerja amal seperti pergi kerja untuk mendapatkan duit tambahan supaya Power Rangers ada duit untuk isi minyak dan juga bayar duit tol. kebolehan terbaik beliau adalah bermain skateboard tetapi beliau tidak boleh memakan makanan mentah seperti sushi. beliau juga memanggil nori yang membalut sushi itu sebagai Honda Civic.

Zareen [Yellow Ranger]
seorang yang menggilai The Times dan juga minat bermain keyboard. mengidolakan dimas hujan dan juga meminati lagu Coldplay yang bertajuk Yellow. seorang yang mempunyai 3 handphone yang berlainan tidak termasok jam Power Rangers yang boleh berkomunikasi antara Power Rangers. beliau juga merupakan Rangers yang paling berusia , atau lebih dikenali sebagai , paling tua.

Shy [Blue Ranger]
beliau merupakan Ranger yang paling kacak dan diminati ramai. kehebatan kuasa beliau adalah keupayaan membuat pihak musuh yang berjantina wanita untuk longlai dihadapan beliau. juga mempunyai rambut yang membuatkan pihak musuh ingin berdansa disko bersamanya. malang bagi semua peminat beliau , beliau serta Pink Ranger bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. oh by the way , beliau merupakan bakal abang ipar idaman ramai lelaki. kenapa ? tanyalah dia ! HAHA !

uniform pertama kami. gambar Rangers wanita belum ada.

warga bumi tidak perlu risau lagi. dengan adanya Power Rangers Malaysia , negara kita akan terselamat dari segala bencana. bak kata pepatah melayu zaman dahulu kala :

'Satu Remaja Satu Malaysia , Go Go Power Rangers !'

this one for zuzu rempit !

hah ,

i tau you memang tak pernah baca blog i. pemalas nak copy paste url blog i. dari dulu lagi. yang you tau cuma buat survey dekat buletin myspace je. HAHA!

gambar atas tu ingat lagi masa pergi lepak dengan Awanband dekat penang sana. masa tu kita merempit dua orang. sumpah kelakar bila tengok you tak reti pakai helmet. lepas tu paling tak boleh belah , bila you jakun gila naik motor. i baru bawak slow , you dah bising dekat belakang. gila.

aish , sem lepas selalu gila lepak dengan you. valentine pon kita keluar sama. sem ni je i tak ada transportation langsong nak ajak you keluar. cuma setakat terserempak terserempak je dengan you. cis.

tapi tak apa la zuzu bongek. nanti ada rezeki ada jodoh , kita keluar lagi.

HAPPY BIRTHDAY ZUZU !
semoga cepat-cepat jumpa calon bf. jangan asik duk add perempuan je dekat myspace tu. cari lelaki la weyh ! :p

p/s : tahun depan kumpul duit raya awal sikit tau zuzu nak buat topup supaya tak ada la you sms raya masa hari raya ketiga. senget. haha

Thursday, September 17, 2009

cerita raya tentang kawan kawan [must read]

hah , ingat lagi raya tahun lepas ? entry malam raya aku. yang aku tujukan khas kepada semua ahli keluarga aku. tahun ini , lain sikit. aku nak buat entry raya khas untuk semua kawan-kawan aku yang telah memberi impak dalam hidup aku sepanjang tahun ini. yang nama tak ada tu , harap maaf lah , kadang kadang termiss satu dua nama. :) lagipon nama yang ada ni semua aku tengok dalam phonebook. kalau aku ada nombor phone korang , adalah nama korang dalam ni. haha

aku buat nama korang ni ikut turutan huruf. jadi tak ada lah yang nak duk berebut siapa nombor satu , siapa nombor last. korang semua sama rata baik dia dengan aku. tak boleh nak bezakan. untung betul aku hidup zaman facebook. ramai kawan aku dapat.

ok let's start !


ad
hah , aku nak mintak maaf kat kau , sebab setiap kali kau call , mesti aku macam tergesa-gesa nak letak telefon. tulah kau , selalu call timing salah. haha sorry wei. :)

afie
ha wei , sori kat u. sebab i ni kerja i selalu nak duk bahan u je. maaf la eh kalau u ada terasa apa apa.

afiq adli
aku nak mintak maaf kat kau kalau aku ada macam buat kau tersinggung ke apa ke. kalau aku ada guna motor kau sampai kau tak pegi kelas tu , maaf sangat. hehe

afyq othman
hah , aku nak mintak maaf dekat kau , sebab masa kau berlepas ke US , aku tak dapat nak hantar kat airport. lepas ni entah bila nak jumpa. hope kau raya dengan best kat US sana tu.

aiman
weiii , lately ni macam dah kurang sangat lepak dengan kau. sorry la busy sikit. kau tau aku tetap sayang kau kan ? haha

ainna
erm , i nak say sorry dekat u , sebab sekarang i macam jarang gila nak buzz ym u. almaklumlah , i busy sikit lately. hehe ym pon jarang online dah. sorry !

alef
dengan kau , aku nak mintak maaf sebab aku macam selalu je menyusahkan kau. nak nak masa malam yang lepak kamar seni haritu. kau kena teman aku sampai lewat pagi. kesian gila. sorry wei !

along
hah along , along selalu emo emo dengan elmo. [omg rhymes !] mintak ampun mintak maaf kalau ada buat along tersinggung. along kakak yang paling best lah ! :)

amirah imanie
dengan u , i nak mintak maaf sebab masa dekat aussie dulu tu i sombong gila. haha :p

amy
dengan u , i nak mintak ampun mintak maaf sebab tak selalu komen blog u. boleh gitu ? gahaha rindu la wei nak ym sama u !

apple
dengan u , i rasa i paling banyak buat salah tahun ni. macam makin renggang je hubungan adik akak kita ni. sori la ple. sumpah i tak ada niat nak jaohkan diri i dari u. tapi sebab bf u dah ada dekat dengan u , i malas ah nak kacau u lebih lebih. sorry ple.

asrul
dengan kau , aku tau kau mesti banyak simpan rasa tak puas hati dengan aku. sebab asyik heret kau sana sini teman aku. banyak gila menyusahkan kau. haha sori sori. lepas ni janji aku buat lagi. kau tu jangan merajok lagi wei. kitorang ada je sini. cuma busy je. haha

azura
dengan u pulak , i nak mintak maaf sebab tak datang masa u perform dekat lepaq haritu. haha sengal. kalau tak mesti tambah dosa i duk bahan u. :p

bella
hah , dengan kau , kanda nak mintak maaf sebab selalu masa dinda mintak tolong kanda , mesti kanda tak boleh nak tolong. susah la wei bila tak ada motor. kanda janji , nanti kalau kanda ada kereta , takde hal bila bila boleh tolong dinda. asal ada duit minyak. haha

brella
dengan u , i nak say sorry sebab selalu ajak lepak tapi tak jadi. i tau u mesti bengang dengan i. sorry ye ? haha

capyq
dengan kau , mesti kau stok marah aku masa kita serumah dulu. aku macam suka sepah sepah. lepas tu aku selalu moody. selalu menyusahkan kau. sorry ye ?

ceghap
dengan kau , aku nak mintak maaf kalau aku terlupa nak downloadkan kau file file yang kau suruh download. lepas tu , kalau aku tak terupdate indie.my tu , sorry la. aku tak tau nak update apa. haha

dahlia
dengan u , i nak mintak maaf sebab selalu kacau u malam malam. lepas tu selalu ajak lepak lepas tu tak jadi. haha sori lah ! nanti lepak okey ? :p

dimas
aku tau , aku banyak menyusahkan kau masa kat bandung dengan jakarta. banyak gila kau belanja aku makan , bagi aku tempat tido semua. sorry lah kalau menyusahkan kau. lepas ni janji buat lagi. hahaha

emon
dengan kau , aku nak mintak maaf , kalau aku duk maki maki bila gurau sama kau. kau tau aku ni selalu camtu kan ? jangan ambil hati ok ?

erie
aku nak mintak maaf sebab aku macam dingin dengan kau. yelah , sejak pindah rumah , aku rasa macam kurang rapat dengan kau dah. sori kalau kau rasa aku sombong ke apa ke ya ?

ezza
hah , sorry wei za aku macam dah lama gila tak borak sama kau. lepas tu aku macam sombong sikit. aku tak sombong. aku busy je. haha

fadzreen
dengan kau , aku tau aku banyak susahkan kau. nak nak masa sem lepas. aku tak buat kerja masa buat final project. lepas tu masa kes farhana , kau ada je tolong aku semua. sumpah terbaik wei. :)

farahain
u , i'm sorry sebab apa yang jadi dulu. i tau i salah. sorry. (:

farlihin
hah , sorry wei selalu nak jamm tapi tak jadi. mesti kau bengang selalu kan ? haha

fd
wei senget ! sorry kalau macam selalu duk bahan u dalam ym. gahaha

hakim
hah , sori kem sebab aku dah lama tak contact kau. kau budak degree , aku jadi segan. haha

hanna
sori eh you sebab janji nak belanja spicy mcdeluxe sampai hari ni tak belanja. hahahaha

ika
err , aku ada buat salah sama kau ke ? takde kan ? yang aku ingat , kau janji nak belanja aku sebab belikan tiket bintang jatuh haritu. mananya ? haha

imnie
im , sorry sebab macam menghilang masa u kat terengganu dulu. padahal masa tu , u sangat memerlukan teman kot. i tau terengganu sana bosan. haih. sorry im.

izzah
hah izz , nak sorry apa eh kat you ? haaaaaaaaaa , sorry tak dapat distribute habes flyers rockaway haritu. gahahaha

jeju
dengan jeju , aku banyak salah. sorry sebab banyak menyusahkan kau. banyak ganggu ym kau. skaip kau. fb kau. aku tau aku ada mengecewakan kau sikit. tapi nak buat camne jeju , aku manusia. sorry kalau ada salah silap. (:

jijul
ha wei , sori sebab aku banyak menyusahkan kau masa gathering haritu. stok suruh kau buat flyers la banner la. macam aku bos je. haha sori !

joanna
nana , elmo tak ada salah sama nana kan ? haha sori sebab dah lama tak wall nana. lols.

kak fynn
hah , dah tau dah , mesti nak kena mintak maaf sebab dah lama gila tak singgah adam. gahaha

kak jiggy
sorry kak jiggy , masa kat indon , banyak gila susahkan kak jiggy. macam macam nak kena ajar saya kan ? haha sori !

kak wani
hah kak wani , sori sebab merampas omar dari kak wani. haha and sorry sebab ganggu kak wani masa kak wani punya ym tengah busy. hahaha

lihin
erm , aku tau sejak dua menjak ni , dah lama tak jumpa kau. kau pon dah kerja. sumpah aku rindu wei. ingat lagi raya tahun lepas , kita pergi shopping berdua. ojus nak beli baju depan kedai. rindu la weii !!

lubby
hah lubby , thanks sebab selalu je teman i dekat ym. dengar luahan hati i apa semua. siap sanggop lepak sama i kasik i tak tensi. u memang kawan terbaek lah ! i doakan u dengan shy kekal sampai bila bila ah !

mimie
i'm sorry i macam terus hilang dari u. serius i busy oh. haih.

ming
haaa , aku tau kau mesti ada terasa hati dengan aku. sebab dulu kau selalu je call aku. sekarang , mana ada kau call aku dah. aku mintak maaf kalau aku ada buat salah dengan kau weh ming. kalau macam aku terkasar bahasa ke apa ke. sori la. :)

miraj
ha wei ! aku nak mintak maaf dekat kau sebab banyak gila heret kau sana sini. lepas tu kau buat kerja selalu dengan aku , aku tak bagi gaji pon. sori la. nanti aku dah kaya , kita bincang lain. gahaha

moo moo
wei moo moo ! i takde buat salah dengan u kan ? 0-0 sudah la. haha

muaz
hah , dengan kau , aku nak mintak maaf sebab aku selalu naik dengan kau tak bayar duit minyak. sebab aku tau kau takde hal belanja. hahahaha

mujahid
moja , sumpah aku rindu kau. sejak dua menjak ni , mana ada lepak sangat dengan kau dah. rindu sial dengan kau. nanti hujung tahun kita pergi bercuti yok !

naima
sejak kau dah takde dekat nilai , aku rasa aku dengan kau makin jaoh gila. kalau dekat fb pon , tegur gitu je. haih. nanti kalau ada masa , aku datang jenguk kau ye ?

najmi
hah ! aku takde salah dengan kau ni. siap kenalkan kau dengan scha. so , belanja plis !

nazira
dengan u , lagi i rasa bersalah. lama gila tak sms u apa semua. almaklumlah , orang dah ada bf. haha malas nak kacau. :p

nia
sori nia ! sebab selalu ada projek tak ajak u. gahaha siapa suruh menetap kat penang sana tu ?

noh
aku tau , aku banyak gila menyusahkan kau. tumpang rumah kau , ikot kau pergi indon tu semua. sori la kalau kau rasa macam aku ni seorang raingers yang memeluatkan kau. tapi thanks sebab banyak gila bagi nasihat dekat aku. siap tolong CCE. gila ah noh !

nurul
dengan kau , lama gila tak jumpa. aku tau kau baca blog aku ni. jadi , marilah belanja aku tengok wayang. selamat hari raya. gahaha

nwa
err , aku idola kau. so confirm aku takde buat salah sama kau kan ? hahahahahaha

omar
haaa omar , sori menyusahkan kau hari tu. sejak bintang jatuh , aku mesti buli kau jadi cameraman aku kan ? haha sori tau tau ? and thanks for the speedlight for raya ! wooooot !

paan
aku tau kau kecik hati sama aku , sebab tak ajak kau join projek aku semua. tapi tu ah , kau dah dekat jb kot ! ayat dalam myspace nak touching gila. piiiiiirah ! haha

paeh
paeh , aku nak mintak maaf satu je. masa pergi lawat mak aku haritu. mesti kau macam rasa lain gila kan ? hahaha sori wei !

sara
aya , errr , i takde salah kot. haha kan kan kan ? :p

scha
haaaaaaaaaaa ! aku tau kau cakap aku sombong sekarang. kan ? aku bukan sombong wei. aku busy. macam macam nak buat. macam macam nak fikir. sori yeh ?

seyza
erm , aku nak mintak maaf dekat kau sebab masa kau dekat penang dulu , aku macam susah je nak layan kau semua. sori la wei. aku busy project kot. :)

shy
shy shy shy. aku tau aku banyak macam singgung perasaan kau. kau pon kenal aku dah lama. aku memang jenis buat benda tak fikir. cakap main lepas. so kalau kau ada tersinggung apa apa , maafkan la aku. aku manusia biasa. tapi apa apa pon , aku tak sabar untuk REMAJA ! ahahaha

sid
erk , sori sid kalau aku terbahan MU lebih lebih. gahahaha!!

skin
hah , aku tak ada salah sama kau. cuma aku selalu tak layan kau bila kau buzz ym aku. kan ? biasalah artis. gahahaha

syed
aku tau kau macam marah aku sebab macam selalu kacau bazila. ala lek ah bro , aku suka kacau dia sebab aku tau dia gf kau. macam kau suka kacau adik aku la. hahaha :p

arwah tazo
haih. pemergian kau satu kesan kot. aku dah hilang antara kawan terbaik aku. first time aku raya , aku hilang seorang kawan baik. aku harap kau sedang berada dalam keadaan tenang. al fatihah.

wanie kpj
hah ni lagi sorang sombong nih ! cih ! raya ni tak kira , sila sediakan duit raya yang banyak untuk aku. haha

wany
i tau i punca hidup u tunggang langgang sepanjang ramadhan ni. i tau i tak sepatotnya taroh harapan mula mula. i tau i salah. pasal i , u dengan syhr dah jadi macam macam. i'm sorry. dari hujung rambut , sampailah hujung kaki. i janji , lepas ini i tak buat lagi dah. i just hope for the best. :) nama tabby tu akan i simpan sampai bila bila.

yatie
hah hah , ni lagi sorang. stok malas je nak lepak sama aku. cis. duit raya aku nak. tak kira. haha

zareena
zmk , u salah sorang yang sentiasa bagi i semangat. i sentiasa ada masa nak layan karenah i selain lubby sama jeju. thanks a lot ! tapi tu ah , duit raya tetap i nak ok ? takde lepas lepas. u pangkat kakak dah. kena wajib bagi duit raya. ahaha

zuhair
si sewel ni dah lama betul tak jumpa. mana hilang entah. aku nak mintak maaf , sebab setiap kali kau nak datang rumah aku , mesti aku ada hal. sori wei.

zuraine
zuzu minah rempit nih. haha i rasa i tak ada salah dengan u. cuma tu ah , sorry sebab ajar u naik motor. jadi minah rempit. hahaha kesian sudah tengok you tak reti pakai helmet. :p

zymn
hoiiiiiiiiiiiiii. sejak dah terer photography ni , stok takde masa langsong nak lepak. ada aja hal. cis. sorry sebab tak dapat lepak tugu negara sampai harini. dah 3 bulan dah janji nak lepak sana. haha


so kepada semua kawan-kawan aku , Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin. gila tak ada kerja aku sampai buat entry panjang macam ini. tak apa lah , saja nak kasik each one of you guys ni macam terkesima tengok aku sanggop buat macam ni. haha

siapa yang balik kampung tu , balik elok-elok. drive slow-slow. siapa yang raya dekat rumah je tu , have fun. and lastly , semoga raya korang lebih bermakna kalau korang tengok REMAJA episod raya 3 oktober ni pukul 1 petang di TV3. hahahaha

aku elmi
aku manusia biasa
tak lekang dari kesilapan
dah nama pon manusia
kan ?

jari disusun 10 rapi rapi
di pagi raya nanti
aku minta maaf lagi dan lagi
lepas itu buat lagi
tahun depan minta maaf lagi sekali

elmi elmi

aku akhirkan entry ini dengan serangkap pantun. dah nak raya ni kalau tak ada pantun macam tak sah. kan ?

pagi raya makan ikan sardin
ketupat rendang dah muak nak telan
selamat hari raya maaf zahir batin
raya nanti meh datang rumah ada makan makan

HAHA !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!

Tuesday, August 18, 2009

ini untuk afiq othman.


elmonism ,

semalam merupakan hari lahir salah seorang kawan paling baik aku di sekolah dulu. nama dia Muhammad Afiq Bin Othman. hari ini aku nak tulis entry tribute untuk beliau.

dulu masa di sekolah , aku admit , dia kawan paling baik aku selain fendy. banyak juga kenangan aku dengan dia masa 2 tahun di sekolah dulu. kami satu kelas. aku ketua tingkatan masa form 4 , dia ketua masa form 5.

antara kenangan yang aku tak boleh lupa , masa aku pindah rumah dulu , dia salah seorang yang berusaha keras tolong aku angkat angkat barang. gila terharu masa tu wei , SUMPAH !

lepas tu lagi satu yang aku tak boleh lupa , masa dekat dekat hari sukan , yang aku nak tarik dia tukar rumah , dari rumah kuning masok rumah biru. sebab aku tau dia ini ada endurance. tapi cikgu suriya tak bagi masa tu. cih. kalau tak , confirm rumah biru johan masa tu. demit !

lepas habis sekolah pon , aku dengan dia ni agak rapat. sebab aku selalu main bola dengan dia dekat taman perumahan dia dekat bukit mahkota sana tu. siap pergi UKM selalu main bola. tapi selalu kena belasah kan afyq kan ? HAHA!

tapi ada juga benda yang tak berapa nak best jadi antara kami dua. masa form 5 , ada beberapa bulan tu , kitorang jadi musuh ketat dalam kelas. gila tak best masa tu wei. tapi aku tak salahkan dia pon , sebab aku tahu masa itu ada unsur lain yang menghantui diri dia. :p

tapi aku bersyukur sebab benda itu tak berpanjangan. kita masa tu akhirnya berbaik. aku ada lagi kot video kau minta maaf dekat yati tu. nanti aku upload. gila kelakar la wei. GAHAHA!! nanti aku cari , aku upload. yeah yeah yeahh !

tapi kan tapi , afyq ni dah pindah duduk amerika sana tu. dia cakap dia tak mungkin balik sini lagi dah. masa kau nak pergi tu , sori sangat wei aku tak dapat datang. Umi bersalin wei masa tu. kalau tak , aku mesti pergi kot airport hari tu. tapi tak apa , kalau ada rezeki , mana tau aku nak backpacking pergi sana , boleh lepak lepak sama kau. bawak aku pergi usya american chicks yep !

akhir kata untuk entry ini , HAPPY BIRTHDAY DUDE ! semoga kau berjaya dengan apa juga yang kau buat dekat tempat orang sana tu. kalau ada rezeki , kita jumpa lagi lain kali. manalah tau jodoh aku dengan Demi Lovato. tentu-tentu nanti aku selalu pergi tour US. kan ?

tapi yang pasti , aku rindu kau la wei ! &*!$#%!$@* !!

Friday, August 14, 2009

Selamat Hari Lahir Umi !!


elmonism ,

hari ini hari istimewa. kerana hari ini hari lahir Umi aku yang ke 44.

hari ini bertambah istimewa. kerana , ada satu hari itu , beberapa hari sebelum Umi bersalinkan hezry , aku amat takot. takot entry yang aku tulis hari ini jadinya lain. jadi entry sedih , emo , yang bakal membuatkan orang ramai menangis. kerana risiko Umi untuk bersalinkan hezry tempoh hari.

aku yakin semua tahu , yang seorang wanita yang berusia , banyak risiko untuk melahirkan anak. Umi ada cerita tentang seorang wanita yang punya masalah yang sama dengan Umi. dia meninggal dunia beberapa hari selepas melahirkan anaknya. sekarang kau rasa apa yang aku rasa masa itu ?

aku tak boleh tidur malam beberapa hari sebelum Umi bersalin. hari terakhir sebelum Umi bersalin , aku melangkah dengan penuh berat hati. aku risau. kalau boleh masa itu , aku nak tidur saja di hospital menemani Umi. aku takot. pergi tanya imnie , tanya shida , malam itu , berapa kali aku tanya dorang pasal ini.

tapi semuanya selamat. Alhamdulillah , tiada apa yang berlaku. Umi pon selamat , adik pon selamat. comel pulak tu. aish. bikin panas bila semua cakap dia lagi comel dari aku. [iklan kejap]

aku bersyukur kepada Allah , sebab aku semacam dapat peluang kedua. peluang kedua untuk menjadi anak yang superb kepada Umi. walaupun aku memang seringkali menyusahkan Umi. alahai , anak mana yang tak pernah menyusahkan mak bapak dorang , ye tak ?

cuma satu yang aku nak sampaikan , korang sayanglah Ibu korang. sebab kita tak tau bila Tuhan nak tarik nyawa dorang. kan ? sebelum apa-apa jadi , baik korang hargai Ibu korang. tak kesah la dia dah nyanyuk tua ke , tak kesah la dia mami jarum ke , tak kesah la dia menganak-tirikan kau ke , tak kesah la dia berbelah bahagi sayang korang ke , tak kesah la dia benci kau sebab dia sayang anak yang lain ke , tak kesah dan JANGAN KESAH ! dia mak kau. dia lahirkan kau. sekali kau hilang dia , kau dah takkan dapat lagi kasih sayang seorang Ibu ! percayalah wei , kasih sayang Ibu tiada galang ganti. takkan ada orang yang akan sayang kau macam Ibu kau sayang kau. SUMPAH !

aku tak percaya kalau kau cakap ada orang lain yang lebih sayang kau dari mak kau sayang kau. aku tak percaya kalau kau cakap suami isteri kau sayang kau lebih sayang kau dari mak kau. aku tak percaya girlfriend kau sayang kau lebih dari mak kau sayang kau. aku tak percaya boyfriend kau sayang kau lebih dari mak kau sayang kau. sebab pada aku kasih sayang seorang Ibu itu adalah sayang yang ULTIMATE. yang paling besar yang kau boleh dapat dari seorang manusia yang lain.

bodoh lah kepada sesiapa yang lebih sayang orang lain dari dia sayang mak dia. aku rasa dia sangat bodoh. [sesiapa yang terasa , maaf. ini umum]

aku sekarang tak kesah kalau Umi nak herdik , nak pukul , nak marah , nak tengking aku. dia mak. dia boleh buat itu semua. dia mengandungkan aku dalam perut dia 9 bulan. perit kot. apa salahnya kalau dia nak pukul , marah aku ? masa dalam perut dia , aku tendang tendang tak apa pulak kan kan kan ? buat lah apa yang Umi nak buat , asalkan jangan hilang dari hidup elmi.

tahun lepas dalam blog ini , elmi punya banyak janji nak berubah , kan ? [klik sini] entah berjaya berubah ke tidak , you judge ! HAHA

dikesempatan ini , elmi doakan Umi panjang umur , murah rezeki dan dimudahkan kehidupan. no more problems. lepas ni duduk rumah diam-diam jaga hezry saja. dan semoga hari-hari mendatang ini akan menjadi lebih indah buat Umi. tambahan ada hezry lagi. mesti susah tidur malam kan ? sabar je lah. haha

tapi sorry Umi , elmi masih belum ada calon menantu lagi la. aish.

p/s : aku masih anak nombor satu. walaupun ada adik kecil , aku masih first. cuma sayang dah kena bagi empat. dulu bagi tiga saja. mesti kurang dapat duit raya nih. *winks*