second blog

Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Monday, May 25, 2009

Bulan Baru !


Bulan Community dan Bulan Clothing kini berwajah baru. kerana tiada lagi diktator didalamnya. kami kini bebas menjana sesuatu dengan kerjasama berpasukan. bukan lagi dibawah arahan atau ditunjuk ajar atau dipaksa mengikut kehendak seseorang atau sesiapa.

admin Bulan Community adalah orang-orang kuat Bulan Clothing. mereka adalah seperti gambar yang diatas. [atas dari kiri : Elmi , Shy dan Muaz. bawah dari kanan : Lihin , Nadjmee dan Moja. serta tiga orang yang tidak dapat hadir ke majlis photoshoot : Aiman , Hasrul dan Scha].

majulah kehadapan Bulan Clothing dan Bulan Community ! jangan pandang belakang lagi. lupakan kisah silam yang parah lagi menyakitkan. kita buka buku baru. semoga sukses dan semoga kaya. HAHA !

kepada makhluk bulan yang lain , teruskan menyokong kami. banyak lagi yang menanti anda ! dan jangan berurusan lagi dengan pihak yang sudah ditendang keluar. PEACE !

Sunday, May 17, 2009

romantik.

aku sedang dalam mood romantik. sedang ingin berbicara tentang cinta. entry-entry lepas , aku cakap aku tidak bersedia untuk bercinta. memang benar aku belum bersedia. tapi masa sudah makin suntuk. aku perlu pantas. lagi 3 tahun lebih , aku dah kena ke jinjang pelamin. atau sekurang-kurangnya bertunang.

memandangkan aku pada tika ini masih lagi belum berpunya , dan masih juga buntu , maka dengan ini aku officially mencari alternatif lain.

aku terfikir , aku ramai kawan , ramai kenalan. kenapa tidak aku cuba berkenal-kenalan dengan kawan-kawan kepada kawan-kawan aku. kan? mesti seronok kan? macam si Ika Shanaz , dia ada kawan baik , single lagi , apa lah salahnya kalau kenalkan dekat aku. mana tahu ada jodoh , dah banyak pahala kau dapat. kan? kan?

contoh lain , Jeju. dia ada adik , yang belajar dekat negara matahari terbit sana tu , boleh je kalau nak berkenalan. kan jeju kan? ada jodoh , aku jadi adik ipar kau. cool gila. hari-hari kita makan sundae.

cakap pasal adik , Amy pon ada adik. cantik boleh tahan. untung-untung , aku dengan Pjoe berbiras. boleh aku pau sikit followers blog dia. HAHA !

kalau nak ikotkan , ramai saja kawan-kawan aku yang boleh kenalkan aku dengan siapa-siapa. cuma dorang tak nak saja. ya lah , aku ni tak handsome nak kenalkan dekat kawan korang. kan? tak apa , aku tak ambil hati pon.

bila sudah jadi macam ini , aku teringat kira-kira sebulan lepas , si Paeh dapat pergi blind date dengan Carldeena hasil dari kerja gila adik Carldeena. adik dia buat promosi , 'siapa nak jadi abang ipar saya?'. cool gila. tak pasal-pasal Paeh dengan Zareena jumpa dan terus berkawan. sekurang-kurangnya dorang jadi kawan kalau tiada jodoh pon kan? bertambah kawan. kan kan?

aku pon terfikir nak buat macam itu juga. semalam aku dah memanjangkan hasrat aku kat Umi dengan Ayu. Umi dah promote aku kat facebook , Ayu dah promote aku dekat myspace. tapi tak laku. haram. damn.

apa kata , lepas ini , korang yang baca entry ini promote aku juga. aku tak boleh janji habuan , tapi aku boleh janji yang aku akan sentiasa doakan kesejahteraan hidup korang? amacam? deal? :D

mungkin aku nampak terdesak , tapi aku tak rasa aku terdesak. aku cuma nak hidup aku lebih colourful dengan adanya seseorang disisi. tambah manis kalau seseorang itu dikenalkan oleh seseorang yang aku kenal , dan dia kenal. macam ada hubung kait.

apa yang aku merepek pon aku tidak tahu. tapi yang penting , tajuk entry yang ini adalah nama salah satu lagu baru HUJAN. Romantik. oh aku makin obses dengan Hujan.

jangan lupa , promote saya !

Friday, April 10, 2009

Hari Bintang Jatuh '09 : Tiga Venus.



pernah dengar pasal Hari Bintang Jatuh?

tahun lepas event ini dibuat di banglo merah dekat belakang Pelita KLCC. ingat lagi?

tahun ini Hari Bintang Jatuh kembali lagi.

Hari Bintang Jatuh '09 : 3 Venus , menampilkan 3 wanita berbakat yang bakal mengangakan mulut anda semua iaitu Wani Ardy , Ana Raffali dan juga Fynn Jamal.

tarikh : 31 Mei 2009
tempat : the Annexe Gallery , Central Market
masa : 1 pm
tiket : RM15 [termasuk sebuah CD eksklusif 3 Venus] *hanya 150 keping tiket untuk direbut*
tempahan : masih belum dibuka








Wednesday, March 25, 2009

Earth Hour 2009.

anggap saja ini iklan.


Wednesday, February 25, 2009

Teaser CAMNI CAP EHH !! versi dua.



kepada makhluk-makhluk bulan serta rakan-rakan. tolong promote boleh teaser ni dekat blog anda. dekat myspace anda. pleaseeee. terima kasih.

Wednesday, January 28, 2009

teaser CAMNI CAP EHH !!



oh ini adalah teaser CAMNI CAP EHH !!
aku sedang mengupload episod baru. tunggu ya kawan kawan?