april ini banyak yang terjadi. paling yang aku tak boleh lupa , kes video youtube aku yang sampai kena panggil pihak UiTM. benda paling bodoh yang pernah aku buat sejak hampir 3 tahun aku dekat UiTM Penang ini. benda bodoh tapi cool.
entry ini bukan ingin mengungkit benda yang sudah lepas , benda yang sudah lepas pada aku , tidak perlu lah nak dikenangkan sangat. tapi entry ini lebih kepada pembuka Mei.
sejak dua tiga hari ini , aku banyak berfikir. fikir tentang kehidupan aku selepas tamat diploma ini nanti. apa yang aku mahu buat? kerana seperti semua sudah tahu , aku memang tidak mahu sambung belajar lagi. kalau sambung pon , tahun depan baru start. sekarang aku nak rehatkan dahulu minda aku dari proses pembelajaran.
oleh akibat tidak mahu hidup aku nanti bosan bila tidak belajar[tanam anggur] , aku sudah listkan beberapa rancangan aku sebaik saja lepas habis diploma ini nanti.
entry lepas aku ada bercerita tentang gig akustik yang ingin aku anjurkan hujung tahun nanti. itu cerita hujung tahun. tapi masih perlukan perancangan yang rapi kerana inginkan kejayaan yang sukses. oh by the way , aku sudah dapat nama untuk gig itu nanti. Bulan Community's Music And Friendship Acoustic Party. apa pendapat korang?
entry kali ini pula , aku ingin cerita tentang plan-plan aku dalam jangka masa pendek. iaitu pada dua bulan akan datang. yang pastinya , bulan mei dan jun ini merupakan bulan busy aku.
bulan mei yang bakal menjengah esok , akan aku mulakan dengan menghadap buku untuk 2 paper yang masih perlu aku duduki. kemudian , sebaik tamat exam , aku ingin fokus pada band aku , Scarlett's Pancake yang turut di anggotai Shy , Paeh , Farlihin dan juga kawan baru , Awie. insyaAllah , kalau tidak ada apa yang menghalang , gig pertama kami adalah pada 13 atau 14 Jun nanti.
pada bulan mei ini juga , aku sangat tidak sabar untuk bercuti dengan budak-budak Bulan Community yang lain untuk ke Pangkor 15-17 mei ini. walaupun sambutan tidaklah memberansangkan , tapi aku tetap tidak sabar untuk turut serta. walaupun berlima sekalipon , ia tetap dikira sebagai holiday. [kepada sesiapa yang masih mahu turut serta , boleh hubungi alip - 0132702633]
selepas ke Pangkor , aku akan membusykan diri untuk Hari Bintang Jatuh '09 : Tiga Venus. ini kerana , aku adalah merupakan salah seorang askar[crew] untuk event itu. tapi perlu diingatkan , aku tiada kuasa dalam urusan jual beli tiket , diharap kepada sesiapa yang mahukan tiket , lawati lah laman web rasmi Wani Ardy untuk keterangan lebih lanjut mengenai tiket yang cuma ada 150 keping saja. siapa cepat , dia dapat.
kemudian tiba Jun. dalam perancangan , aku mahu ke Miri dan ke Kuching. tapi itu mungkin hujung bulan. awal Jun , aku mahu bikin filem pendek kedua arahan aku selepas Selenge. dan filem kedua ini kemungkinan besar bertemakan 50-60an. dimana pelakonnya perlu dress-up seperti era itu. dapat bayangkan bukan? kepada yang berminat untuk berlakon saja-suka-suka , boleh hubungi aku.
dan juga , aku ingin bikin video clip tidak rasmi lagu SPG , Waktu Indah Dahulu. ini kerana , aku agak tercabar dengan kata-kata Apit SPG , 'bila kau nak buat VC SPG?'. jadi dengan adanya video clip tidak rasmi ini , dapat juga aku tunjuk dekat dia , hasil tangan aku. kalau dia berminat dengan konsep serta idea , bolehlah kita pergi sewa equipment dan terus shooting official video !!
oh ya , aku ada perancangan untuk hujan.org juga untuk bulan Jun nanti. aku nak uruskan gathering hujan.org. tapi kena bincang dengan pihak Hujan dan juga bos-bos aku di hujan.org itu. dan mungkin aku dan Bulan Clothing akan cuba untuk membuat baju rasmi hujan.org juga.
ini semua plan. seperti kata orang , 'manusia hanya merancang , tuhan yang menentukan'. aku sendiri pelik , kenapa aku suka cerita dekat orang tentang perancangan aku.
p/s : kepada 10 orang sahabat aku yang aku bagi tiket AIM 16 untuk support Hujan , tolong enjoykan untuk aku ya? aku tak dapat pergi. aku pasti Hujan sedih sebab Raingers nombor satu dorang tiada masa hari kejadian. *perasan*