second blog

Tuesday, April 21, 2009

teori nakal

aku sejak kebelakangan ini ada terfikir tentang teori nakal. teori nakal tentang kehidupan sebagai seorang pelajar yang terpelajar.

teori nakal aku adalah :

kalau aku extend semester.
aku akan dapat keistimewaan sebagai anak staff MAS sampai hujung tahun. aku mungkin , MUNGKIN dapat merealisasikan impian aku untuk ke Los Angeles. sebab kalau aku masih belajar , aku dikira masih dibawah tanggungan abah.

kalau aku extend semester.
aku akan masih dapat duit belanja bulan bulan dari abah. sebab kalau aku habis belajar , abah hanya akan bagi aku elaun bulanan sampai Julai sahaja. selepas itu , aku kena start kerja. oh alamak ! tapi kalau aku extend , abah akan bagi lagi elaun bulan bulan sampai hujung tahun.

kalau aku extend semester.
raya tahun ini aku masih akan dapat duit raya sebab aku masih seorang student. kalau aku sudah habis belajar , kemungkinan besar aku yang kena bagi duit raya. oh tidak !

kalau aku extend semester.
katakanlah aku hanya failed 1 paper , maknanya aku akan ada 3 jam kelas dan 1 jam tutorial semester depan. jadi kehidupan aku akan lebih melepak. bila bila boleh balik Nilai. CAMNI CAP EHH pon masih boleh fokus. cuma Scarlett's Pancake akan sedikit terabai kemunculannya.

kalau aku extend semester.
aku tidak akan rasa tekanan dibebel oleh abah. sebab seriously , sekarang sudah tidak macam dulu. abah dengan umi selalu membebel kalau aku lepak malam , kalau aku balik lambat , kalau aku jarang ada dirumah. mereka akan cakap yang aku lebih mementingkan kawan dari ibubapa sendiri.

itu teori nakal aku. kalaulah aku rasa semua paper aku boleh jawab dengan hebat , paper last aku nanti , aku akan saja buat buat gagal. boleh tak?

p/s : aku amat berharap umi , abah dan ayu terlepas pandang dari baca entry ini.

7 comments:

Azrin said...

macam2 la kau punya teori elmi...

mmg ang sangat la NAKAL...

;D

Syzwni A. said...

wohohohoho u sgt brani ar nk buat cmni..

sHEmA_sHImoT:D said...

moral of the srory..
ko akn sgje mengagalkan 1 paper..
nakal bgt seh..
huhuh

Moja [Bulan] said...

bgos gak teori lucu ko ni..hehe.. =p

.amiey. said...

gahahahaah
jgn bai
ada negative side jugak
hahaha

Lynyu said...

sangkaan kau slah
aku da bce. wuuuuuuuuuuuttt~
last skli toleh blah
psal membebel. (X

AnNa said...

pelik tapi benar..