TAPI TAKPE !
entry kali ini , aku nak cerita pasal kebanggaan dalam kemusykilan.
aku bangga , bila mana ramai sahabat-sahabat aku mula berblog selepas dorang dapati hidup berblog macam aku ni best. tazo , shy , alip , moja , seyza dan paan , baru-baru ini dah pandai buat blog sendiri. yang buat aku bangga , adalah sebab dorang cakap , dorang buat blog sebab dapat inspirasi dari blog aku.
gila bangga aku ! aku jadi inspirasi hidup orang. dulu aku asyik jadikan orang sebagai inspirasi hidup aku , tapi tanpa aku tahu , ada juga orang yang jadikan aku sebagai idola. [perasan sekejap]
tapi dalam kebanggaan aku. ada satu kemusykilan. bila dorang dah ada blog , dorang macam dah tiada masa nak baca blog aku lagi dah. sibuk dengan blog masing-masing. dah tiada komen dari dorang dekat entry-entry aku. dulu , pantang ada entry baru saja , muka dorang yang komen. sekarang dah tak ada. tapi kat blog orang lain , aku baca , semua entry pon dorang komen. berderet saja.
aku disini bukan ambil hati , aku cuma musykil. mungkinkah penulisan aku kini sudah tidak best? atau mungkin sebab aku sudah miskin , semua orang pon tak mahu kawan dengan aku?
aku tak minta komen dari korang , jadi tolong jangan siapa-siapa komen entry yang ini. siapa komen juga , aku anggap dorang tak reti bahasa. terima kasih.
klik pada nama dibawah untuk ke blog sahabat-sahabat aku.